Chapter 28 - Dua Darjat Berbeza

Fantasy Completed 2305

Raqnid dan Fat berlari menuju ke istana Elf. Istana Elf tidak jauh beza daripada istana Human, cuma yang membezakan nya adalah pokok. Istana Elf dipenuhi pokok-pokok yang menghiasi kawasan istana.

Masuk mereka ke istana, mereka dapat merasai sesuatu yang menenangkan mereka. Pokok-pokok di dalam istana merupakan pokok yang mampu membantu merawat sesiapa yang berada dalam kawasan tersebut.

Tiba mereka di dewan istana yang dipenuhi ramai kaum yang pelbagai. Bukan manusia sahaja di jemput ke negara Elf, malah negara besar lain seperti Beastman dan Dwarf juga dijemput. Negara kecil seperti Lizardman turut dijemput.

Tujuan utama kesemua negara ini dijemput adalah untuk menyaksikan kewujudan Hero itu sendiri. Mereka mahu melihat individu-individu yang digelar Hero. Wakil-wakil yang dihantar oleh setiap negara menunjukkan sokongan mereka kepada Hero.

Sebab lain, negara Elf menjadi tempat utama kesemua mereka berkumpul adalah untuk menyaksikan individu yang kedua penting dalam operasi membunuh Demon King. Tugas mereka adalah untuk menghancurkan benteng yang melindungi negara Demon dan membolehkan Hero untuk memasuki negara tersebut tanpa sebarang kesan sampingan.

Dua individu ini akan bergabung kuasa melancarkan panahan bulan ke benteng Demon. Individu pertama yang telah terpilih sejak lahir lagi namun wajahnya tidak pernah ditonton kepada umum ialah satu-satu anak kepada raja Elf iaitu puteri Shara. Pasangan nya masih belum diketahui sehinggalah upacara pemilihan sewaktu 'Dou Moon' berlangsung.

'Dou Moon' merupakan malam di mana muncul dua bulan penuh bergabung menjadi satu. Upacara ini hanya boleh dilakukan setelah puteri Shara mencapai umur 17 tahun. Setiap peserta yang terpilih mestilah berada di sisi puteri Shara di 'Tree of Truth'. 'Tree of Truth' ialah tempat di mana kedudukannya berada betul di bawah 'Dou Moon'. Cahaya bulan yang terpancar itu akan menunjukkan individu yang terpilih. Hanya seorang sahaja daripada kesemua peserta yang akan terpilih. Syarat utama individu yang terpilih itu mestilah seorang 'Archer'. Dia juga mestilah seorang yang kuat.

Jadi kesemua negara memilih 'Archer' terkuat mereka dan menghantarnya sebagai peserta mewakili negara mereka. Jika terpilih ia akan menbanggakan negara itu. Individu yang terpilih itu juga berpeluang mendapat gelaran bangsawan dan menjadi aset penting negara. Individu tersebut akan dihormati dan namanya akan sentiasa dikenali di setiap negara.

Raqnid dan Fat mencari di mana kumpulan mereka berada kerana ruang itu begitu padat sehingga tidak terlihat seorang manusia sekali pun. Lalu, seseorang menjerit nama mereka dan mengangkat tangannya.

Terlihat di hujung hadapan ruang tersebut, terselindung di sebalik kaum Lizardman yang tinggi-tinggi. Ternyata itu adalah Goug dan Kiel.

Raqnid dan Fat berjalan di celah-celah Lizardman itu. "Tumpang lalu!", tiba-tiba Fat terlanggar seorang yang besar menghalang laluan mereka.

Lizardman itu kelihatan marah. "Oi manusia mata kau letak mana hah?"

"Maaf kan saya!", Fat langsung memohon maaf.

"Kau ingat dengan maaf dapat hilangkan kesakitan aku ni!"

"Tapi saya hanya terlanggar sedikit je!"

"Sikit kau kata!"

*Haish! Aku benci betul orang la macam ni!* Raqnid berkata dalam hati.

"Saya betul-betul minta maaf!"

Kemudian, Lizardman itu menarik baju Fat di bahagian leher.

*Aku perlu hentikan ni cepat sebelum lebih banyak perhatian dan masalah!*

Raqnid memegang bahu Lizardman itu. "Maafkan lah kawan saya ni ye!"

"Hah? Siapa kau nak menya… mpuk! 'Gulp' "

[Killing Aura] active.

*Siapa lelaki ni? Aura apakah ini? Aura ni sangat menakutkan. Aku tak mampu nak pandang mukanya. Auranya terlalu kuat. Apa yang boleh aku katakan yang lelaki ni berbahaya! Sangat berbahaya! *

Raqnid mengeluarkan aura yang hanya dapat dirasai oleh Lizardman itu. Lizardman itu menyedari dirinya lemah dan tidak setanding dengan lawannya itu.

"Ye… ye… saya ma… afkan dia. Awak boleh pergi sekarang!" tergagap Lizardman bila berkata.

"Ye ke terima kasih!", Fat dan Raqnid pun pergi.

"Oi kau okey ke?" tegur rakan Lizardman itu.

"Hah? Ahh! Aku okey!" *Lelaki tadi dah pergi ke?*

Lizardman itu dengan pantas memandang ke arah Fat dan Raqnid namun sudah tidak kelihatan. "Mana lelaki tadi?"

"Maksud kau orang yang langgar kau tadi?"

"Bukan! Kawan dia! Kau nampak kan muka dia!" sambil memegang bahu rakannya dengan kuat.

"Aduh! Sakit… sakit… Aku tak nampak! Kenapa?"

*Aku tak pernah jumpa orang sekuat tu. Dia hero ke? Ataupun raksasa?*

Raqnid dan Fat berada dalam kumpulan mereka semula. Kumpulan manusia berada di hadapan sekali sebagai menghormati kedatangan Hero.

"Maaf aku lambat!"

"Takpe lagipun baru je nak mula."

Musik dibunyikan menunjukkan kedatangan raja Elf. "Raja sudah datang. Sila berikan laluan."

Raja dan juga beberapa pengawal pengiring membawa raja ke tempat duduk. Mereka berjalan di tengah-tengah ruang tersebut yang sudah disediakan khas. Tiba sahaja di atas pentas itu. Raja Elf pun berkata-kata.

"Terima kasih kerana datang ke negara beta." selepas itu raja Elf bercakap panjang mengenai Hero dan acara 'Duo Moon". Semua tidak pedulikan kata-kata tersebut. Yang mereka tertanya-tanya adalah perempuan di belakang raja itu yang menutup keseluruh wajahnya.

"Baiklah, beta akan perkenalkan satu-satunya puteri kerajaan Elf iaitu puteri Shara. Shara sila ke hadapan!"

Puteri Shara ke hadapan berdiri bersebelahan ayahnya. Lalu dia membuka pelitup wajahnya itu.

"Huh?" kesemua orang yang berada dalam ruangan tersebut terkaku.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, kesemua mereka terpukau dengan kecantikan puteri kerajaan itu. Kecantikan yang berada di tahap yang berbeza. Auranya sekeliling juga menyebabkan ruangan tersebut nyaman.

"Cantiknya!" Jilk berkata.

"Bidadari!" Sofia terpaku.

*Perempuan yang menangis tu! Dia puteri! Harap dia tak cam muka aku.* Raqnid terperanjat dan risau.

Shara dengan tidak sengaja bertentang mata dengan Raqnid. *Huh!*, kedua-dua mereka menoleh dengan cepat setelah mata mereka bertembung.

*Dia tak ingat kan muka aku?* Raqnid masih risau akan hal kemarin.

*Raqnid pun ade kat sini! Memang betul yang semalam tu, Raqnid.*

Suasana dalam ruangan tersebut mula menjadi riuh mengagumi kecantikan puteri itu.

"DIAAAM!" jerit pengawal.

Shara pun kemudian mengeluarkan suaranya berkata. "Selamat Datang Semua! Selamat Berkenalan!". Suaranya yang lembut dan mendayu itu telah sekali lagi memukau hadirin di hadapannya.

"Sedapnya suara!"

Semua orang disitu terperanjat tapi tidak seperanjat Raqnid. Suara yang baru sahaja didengari nya itu adalah suara yang paling di ingatinya walaupun dia hanya pernah mendengar sepatah perkataan.

Melalui dari itu, Raqnid dapat menyimpulkan segala pertanyaan yang sebelum ini tidak terjawab. *Matanya dan suaranya itu!*, dia sudah dapat meneka bahawa Sara yang dikenali sebelum ini merupakan seorang puteri kerajaan Elf yang bernama Shara. *Heh(tersengih), kau buang 'H' je.*

Untuk memastikan tekaan nya itu tepat ataupun tidak. Raqnid menggunakan skill 'Detect' untuk mengesan ruang di sekelilingnya itu. *Jumpa!*, dia dapat mengesan kehadiran Albert iaitu pakcik yang bersama Shara di negara Human. *Jadi Albert tu pengawal peribadi Sara! Eh, bukan! Nama dia sekarang adalah Shara!*

*Raqnid awak mungkin dah sedar siapa saya sekarang ni kan! Inilah diri saya yang sebenar. Tentu awak takut untuk dekati saya kan.*, hati Shara mula merasa sakit.

*Semenjak dari awal, pertemuan di antara kita hanyalah kebetulan. Kita mungkin bernafas udara yang sama, tapi dunia kita berbeza. Saya seorang puteri manakala awak orang biasa. Walaupun banyak kali saya berharap dan berangan yang takdir kita akan bertemu suatu hari nanti, namun saya tetap tidak dapat melihat jalan bagaimana semua itu boleh berlaku.*

Bernafas udara yang sama, namun hidup di dunia yang berbeza. Perbezaan darjat diantara mereka sungguh jauh sehingga tidak terbayang bagaimana mereka dapat bersatu.

Raja Elf kemudian menjemput semua untuk hadir ke upacara 'Dou Moon' keesokan harinya di 'Tree of Truth'. Mereka akan mencari pasangan yang akan bersama Shara menjayakan panahan bulan.

Keesokan harinya, pada malamnya. 'Duo Moon' akan berlaku tepat jam 10 malam. 'Duo Moon' hanya akan berlangsung selama 2 jam. Jika mereka tidak berjaya mencari ahli terpilih seterusnya maka tamatlah riwayat mereka. Demon King tidak akan dapat ditewaskan.

Kesemua orang mula berkumpul di 'Tree of Truth' iaitu sepohon pokok yang besar yang sudah pun mati. Disitulah tempat di mana 'Duo Moon' akan berlangsung tepat di atas pokok itu.

Puteri Shara sudah berdiri di tempat yang sudah tersedia khas untuk nya. Di sebelahnya pula, tempat untuk peserta lain berdiri. Obor api di dalam tempat itu mula dipadamkan. Tepat jam 10 malam hanya cahaya bulan menerangi tempat tersebut. Cahaya bulan hanya menyuloh dua tempat iaitu tempat Shara berdiri dan pasangan nya nanti.

"Baiklaah, tanpa lengahkan masa lagi mari kita mulakan pencarian orang yang terpilih."

Peserta pertama dari negara Elf berdiri di bawah cahaya bulan itu. Setiap peserta yang dipilih sudah diyakini kehebatan mereka dalam memanah. Untuk mengetahui orang tersebut terpilih ataupun tidak adalah apabila pokok itu akan menghasilkan cahaya benderang. Seluruh tempat tersebut akan di penuhi cahaya dan pokok itu akan hidup kembali.

Malangnya, peserta pertama hanya dapat menghasilkan sedikit cahaya. Itu menunjukkan dia tidak serasi dengan puteri Shara. Satu per satu gagal untuk terpilih. Hanya tersisa beberapa orang sahaja lagi.

"Seterusnya, peserta dari negara Human. Raqnid!"

Tiada sebarang respon daripada Raqnid. Semua kaum lain mula melihat ke arah kumpulan manusia. Tercari-cari lelaki yang bernama Raqnid. Bukan kaum lain sahaja yang tercari-cari malah rakan sekelas Raqnid sendiri tidak menyangka nama yang dipanggil itu adalah daripada kelas mereka sendiri. Lagi teruk adalah Raqnid sendiri tidak percaya yang namanya dipanggil.

Dia tidak mengambil sebarang ujian ataupun daftar untuk menjadi peserta. Kekuatan nya juga di rahsiakan daripada semua orang. Mana mungkin dia terpilih.

"Raqnid dari negara Human sila keluar ke hadapan sekarang!"

"Raqnid kau sorang je dengan nama tu kat sini aku rasa." bisik Fat.

"Huh?... EHHHHHHH!"

*Ini jalannya. Jika Raqnid berjaya terpilih! Semua yang aku impikan bakal jadi kenyataan.*, Shara berharap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience