Razor dan ahli kumpulannya berjalan memasuki medan perang dari arah tepi. Mereka ingin cepat-cepat aktifkan Dragon Heart.
“Huh?”
“Oi… oi… oi… bukankah kau ni Razor.” Soal Jones yang berada berdekatan situ.
Razor terus berjalan tanpa menghiraukan Jones.
“Betullah… ni Razor. Loner tuu kan. Haha… lama tak jumpa kau Razor… kau nampak berbeza sekarang nii.” rakan Jones.
“Apa yang kau buat kat sini hah Razor?” soal Jones.
Razor dan ahlinya terus berjalan menuju ke kawasan istana. Hal tersebut menyebabkan Jones bengang kerana tidak menghiraukan pertanyaan nya.
“Oi… berani kau endahkan aku!” Jones menarik bahu Razor.
“Berhenti!” Paul menahan Jones daripada menganggu Razor lagi.
“Siapa kau nak halang aku hah, kerdil!” tenking Jones.
*Huh? Kenapa aku tak boleh gerakkan tangan aku? Siapa kerdil ni? Kuatnya!* Jones berkata dalam hati.
“Ahhhh… lepaskan tangan aku!” Jones terus melepaskan tangannya daripada bahu Razor.
“Heehhhh… aku ingat apa yang berlaku harini Razor!”
“GARGHHHHHH!”
Muncul di hadapan mereka Demon Lord Pico bersama tenteranya. Pintu portal yang membawa raksasa di buka oleh Demon Lord Pico. Terdapat berdozen pintu portal yang muncul berdekatan mereka.
“Hancurkan kesemuanya, Tehee!” Demon Lord Pico.
“Siapa budak yang duduk di atas Minotaur tu?” soal rakan Jones.
“Aku tak tahu, tapi apa yang aku pasti adalah budak tu yang panggil semua raksasa ni! Kalau kita tewaskan budak tu pasti kita akan dapat banyak ganjaran.” jawab Jones.
“Kalau macam tu, apa yang kita tunggu lagi! Marii!” rakan Jones.
Jones dan rakannya terus lari menuju ke arah Demon Lord Pico untuk menewaskannya.
“Tunggu Jones! Budak tuu bukan…” Razor cuba untuk menghalang mereka namun kata-kata Razor tidak diperdulikan.
“Baru sekarang kau nak bercakap dengan aku. Sudah terlambat, jangan harap aku akan biarkan kau curi kegemilangan aku.” Jones tanpa menghiraukan kata-kata Razor.
“Hiyarrghhh… mati kau budak!” Jones menghayunkan pedangnya ke arah Demon Lord Pico.
‘Whooosshhh’
Minatour yang membawa Demon Lord Pico dengan pantas menghayun pedang besarnya. Serangan itu begitu pantas sehingga tidak sempat untuk rakan-rakan Jones mengelak. “Arrghhh!”dengan sekelip mata, kesemua rakan Jones mati terbunuh oleh serangan itu.
‘Claanng!’ Jones seorang sahaja sempat untuk menepis serangan Minatour dengan pedangnya.
“Huh? Ughhh…” Jones hanya terkaku melihat rakannya mati di hadapannya. Dia hanya dapat melutut di hadapan Minatour itu kerana kakinya sudah hilang kekuatan untuk melarikan diri.
“Grrrrrrrrr!”
*Minatour ni lebih kuat dan pantas daripada kebiasaannya. Aku tak nak mati dekat sini.. Sesiapa tolong…* Jones tidak mampu berkata-kata lagi dengan mulutnya kerana begitu takut.
“Bosannya, kenapa laa awak lemah sangat. Pico baru nak berseronok, Tehee!”
*Siapa sebenarnya budak ni?* Jones masih tidak mengetahui identiti sebenar Demon Lord Pico.
“Habiskan dia, Tehee!” Demon Lord Pico memberikan arahan.
Minatour itu terus mengangkat pedang besarnya. Jones yang berada betul tepat di bawah pedang tersebut hanya dapat melihat.
*Gulp, TOLONG!* Jones memejamkan matanya.
‘Whooosh’
‘Dhoooom’ kawasan itu hancur berkecai selepas dihentak oleh pedang Minotaur.
“Hohoho, tak sangka ada tetamu lain. Tehee!”
“Huh?” Jones membuka matanya, sukar untuk dia percayai yang dia masih hidup. Dia sempat diselamatkan oleh Izar sebelum pedang tersebut mengenainya.
“Ciss, kita berjumpa buat kali yang kedua Demon Lord Pico!” Razor bersuara.
“Uhmm… Pico ingat awak! Hehe, akhirnya jumpa orang seronok!”
“Jangan terlalu gembira Demon Lord Pico sebab hayat kau akan berakhir di sini.” Paul bersuara.
“Wuhoo, Pico suka kata-kata awak.. Apa kata kita mulakan permainan kita sekarang! Tehee!”
Minatour dan tentera Demon Lord Pico yang lain terus bergerak menyerang Razor dan Paul yang berada di depan mereka.
“Garghhhh!”
“Heh, Black Hole!” Razor mengeluarkan magic terlarangnya.
Satu gelombang hitam mula terbentuk di hadapannya. ‘Bzzzzz’ gelombang hitam itu menyedut segala apa yang berada sekelilingnya. Kesemua tentera Demon Lord Pico yang cuba menyerang Razor disedut masuk ke dalam gelombang hitam itu.
“Garghhh!” tentera Demon Lord Pico cuba untuk melarikan diri daripada gelombang hitam namun gagal kerana sedutan itu begitu kuat.
Jones yang sudah selamat, terkejut menyaksikan kekuatan Razor. “Huh, itu Razor yang aku kenal ke?” menjadi tanda tanya selepas melihat perubahan besar yang berlaku pada Razor.
“Magik apa yang dia gunakan tu?” Jones.
“Magik terlarang!” suara seseorang muncul di belakang Jones.
“Siapa? …HUH”
Ia merupakan suara Monica dan ahli kumpulannya Stingray. Ketua mereka juga turut bersama.
“Jadi dialah orangnya!” Gaius bersuara.
“Ye, dialah orang dunia lain yang menghilangkan diri sewaktu latihan!” jawab Carlos.
“Dia nampak kuat…hmmm ataupun lebih tepat lagi, dia nampak berbahaya!” Rusk bersuara.
“Sekarang bukan masanya untuk fikirkan soal tu. Musuh kita sama, jadi kita perlu bantu dia.” tegas Gaius.
“Baik Captain! Lagipun dia rakan sekelas Sora, jadi saya akan dengar cakap captain kali ni.” Monica berkata.
"Kau betul-betul sukakan budak lembik tu ke Monica! Budak tu muda lagi kut!" soal Rusk.
Monica toleh ke arah Rusk sambil tersenyum dengan aura yang menakutkan. "Ya, kenapa? Muda! Kenapa aku dah tua ke Rusk… Beza umur kami berdua baru 5 tahun… kau nak kata aku tua ke?"
"Ahhhh… mana ada! Hahaha… sesuai sangat!" Rusk ketakutan.
"Lebih baik kau tutup mulut kau Rusk, kalau Monica dah marah, captain pun boleh hentikan kau tahu.." bisik Carlos.
"Aku tahu lahh!" bisik Rusk.
“Hoho, ada manusia yang berani gunakan magik terlarang ye! Setahu Pico siapa yang menggunakna magik terlarang akan ditangkap. Tehee!”
Kesemua tentera Demon Lord Pico habis disedut gelombang hitam itu. Namun, tenteranya takkan habis selagi pintu portal terbuka.
***
‘Tap… tap… tap’
Ray berjalan masuk ke dalam istana. Istana itu kosong, langsung tidak dikawal oleh tentera Demon. “Huh? Mana yang lain?” dia menoleh kebelakang dan mula menyedari yang ahli kumpulannya sudah pun tiada. Dia keseorangan di dalam istana Demon. Tanpa gentar dia terus mara ke pintu besar yang menghubungkan ke bilik Demon King bersemayam.
Ray menolak pintu besar itu, ‘Kreeek’ dengan mudah pintu itu terbuka. Dia berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Terlihat Demon King sedang duduk di atas kerusi yang dibuat khas untuk raja-raja selalu duduk.
“Akhirnya, sampai juga kamu Hero. Selamat datang!” Demon King bersuara.
“Kalau kau dekat sini, siapa yang berada dekat atas istana ni?”
“Ahhh… itu hanya clone aku yang aku buat khas untuk memanggil kau Hero!”
“Jadi kau Demon King yang sebenar!” Ray mengeluarkan pedangnya.
“Tak sabar betul. Biar aku perkenalkan diri aku dulu. Aku Demon King generasi yang ke-8, Volkanon!”
“Aku takde masa nak berkenalan dengan kau lahhh!”
‘Shooosh’ Ray terus maju ke hadapan menyerang Demon King Volkanon.
“Hero memang macam ni ke! Suka terburu-buru.”
‘Whooshh’ libasan pedang oleh Ray mudah dielak oleh Demon King Volkanon.
‘Whoooshh… whoosh… whooosh’
“Ahhhh… terlalu perlahan!”
"Hiyarghh!" Ray.
‘Dhiiiing’ pedang Ray ditangkap oleh Demon King dengan tangannya.
“Huh!” Ray terkejut.
“Kenapa kau lemah sangat.”
“Heh… jangan terlalu gembira!” pedang Ray mula bercahaya dan mengeluarkan aura yang kuat.
“Terima ni… Raging Blooood!”
‘KABOOOMM’
Serangan itu menghancurkan sebahagian besar istana.
“Berani kau hancurkan istana aku!”
“Lepasni giliran kau pulak yang akan hancur!” kata Ray.
“Kalau macam tu tunjukkan! Garghh!” Demon King dengan pantas menyerang Ray.
‘Shooosh!’ dengan sekelip mata Demon King berada di hadapan Ray.
“Gerrrghh!” *Lajunya!* Ray berjaya mengelak serangan Demon King.
Ray cuba mengekalkan jarak daripada Demon King kerana dia tidak mampu mengelak kesemua serangan Demon King.
“Kenapa kau jauhkan diri, kenapa kau tak serang balas HAH!” Demon King bertubi-tubi menyerang Ray.
‘Whooosh! Whoosh! Whosssh! Whosssh! Whosssh! ’
*Aku tak mampu tewaskan dia seorang diri!*
“Hah… hah… hah…” Ray kepenatan mengelak.
“Kenapa kau dah penat!” soal Demon King.
“Diaaamlaah!” Ray kemudiannya menyerang.
*Kali ni , aku pasti!* Ray membaca gerak langkah Demon King apabila menyerang. Ray menyasarkan tangan kiri Demon King.
‘Whooosh!’
‘Claang!’ Ray berjaya menepis serangan Demon King dan tiba masanya untuk serangan balas.
“Hiyaaarghh!”
“Heh!” Demon King tersengeh.
*Huh? Tangan kiri dia macam mana boleh berada di situ? Aku tak sempat untuk mengelak!*
Perancangan Ray untuk serangan balas sangat baik , namun disebabkan jurang kekuatan diantara mereka sangat jauh. Demon King dengan mudah mematahkan serangan balas Ray.
“Matilah kau Heroooo!”
'Whooosh!'
‘Claang!’
Seseorang tiba-tiba muncul dan menepis serangan Demon King itu.
“Huh? Siapa kau hah?” soal Demon King yang terkejut dengan kemunculan lelaki aneh yang berjubah hitam itu.
"Huh?" Ray juga terkejut.
***
“Raqnid, serangan kita berjaya!” soal Shara.
‘Krik… krik…’
Shara lalu menoleh ke belakang selepas kata-katanya tidak direspon oleh Raqnid.
“Huh? Raqnid?”
Raqnid tidak kelihatan dan apa yang ada hanyalah busur kepunyaan Raqnid yang berada di atas tanah.
“Mana Raqnid pergi?”
Share this novel