Chapter 30 - Diserang I

Fantasy Completed 2305

Di kem latihan istana Elf.

Ray dilatih cara menggunakan busur dengan betul. Oleh disebabkan dia telah dipilih sebagai pasangan Shara di upacara 'Duo Moon', dia perlu mempelajari teknik memanah dengan betul kerana serangan yang mereka bakal lakukan melibatkan teknik memanah.

Individu yang ditugaskan untuk mengajar Ray teknik memanah adalah Leonel. Setiap pagi, Ray dan ahli kumpulan nya akan berlatih bersama dengan melawan raksasa. Di waktu petang pula, Ray akan berlatih bersama Ray dan juga Shara teknik memanah.

Kumpulan Guardian dan Support bebas melakukan apa-apa aktiviti di negara Elf. Mereka tidak terikat dengan jadual seperti kumpulan Hero. Akan tetapi tidak semudah itu, kerana kumpulan Guardian mempunyai ketua kumpulan yang tidak disukai oleh ahli nya sendiri iaitu Jones. Dia telah mengarahkan ahli kumpulan supaya berkumpul setiap pagi, mereka akan memburu raksasa bersama sebagai latihan. Ahli lain mungkin ingat yang semua itu hanyalah latihan yang dilakukan oleh Jones untuk menguatkan ahli kumpulannya. Tapi silap, Jones hanya mengambil peluang ini untuk memudahkan kerjanya memburu raksasa. Setiap raksasa yang diburu mempunyai ganjaran dan nilai nya yang tersendiri. Jones mengambil kesemua ganjaran tersebut.

Satu bulan berlalu, tiba masanya Raqnid dan rakan-rakannya pulang ke negara Human. Oleh disebabkan Ray terpilih sebagai pasangan Shara, hanya kumpulan Hero sahaja tinggal di negara Elf. Untuk memastikan Ray dapat berlatih panahan bulan dan berlatih bersama kumpulannya. Blaise dan Carlos juga tinggal di negara Elf untuk menjaga kumpulan Hero. Manakala, Rusk, Monica dan Shino akan bimbing kumpulan Guardian dan Support pulang ke negara Human.

Perasaan sedih dapat dilihat daripada riak wajah Shara. Sebulan berlalu begitu sahaja, Shara tidak dapat bertemu Raqnid berdepan-depan seperti dahulu. Malah, tegur antara satu sama lain, sama sekali tidak. Kali terakhir, dia melihat Raqnid adalah pada malam upacara Duo Moon. Selepas itu, batang hidung Raqnid langsung tidak terlihat di ruang istana. Raqnid terlalu sibuk untuk melakukan aktiviti lain selain memburu raksasa, hal ini semua berpunca daripada Jones.

"Jumpa nanti!" ujar Monica kepada Blaise dan Carlos.

"Ye, hati-hati!" jawab Blaise.

Monica memandang ke arah Sora sambil mengedip mata kirinya. Sora terperanjat, lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana malu.

Raqnid dan Fat menyaksikan apa yang berlaku. "Hmmm, Fat kau nampak apa yang aku nampak!" soal Raqnid.

"Ye, aku nampak sangat jelas lagi nyata!" jawab Fat.

Kumpulan Guardian dan Support bertolak keluar dari ibu kota negara Elf. Tentera Elf mengiringi mereka sehingga ke pintu gerbang tersebut.

*Sayonara!*, ucapan selamat tinggal terakhir kepada negara Elf ataupun lebih terarah kepada Shara daripada Raqnid.

*Raqnid, selamat tinggal!* ~ Shara

****

Perjalanan mereka berjalan lancar pada hari itu. Mereka pun bermalam seperti biasa di kawasan berdekatan laluan utama.

"Raqnid kau nak pergi mana?" ~Fat

"Tak pergi mana pun, ronda2 depan ni je!" ~Raqnid

"Ouh, hati-hati." ~Fat

"Ok!" ~Raqnid

Kata-kata Raqnid langsung tidak menepati tingkah lakunya. Tempat yang dituju nya berada setengah kilometer dari tempat mereka berkhemah. Penghujung nya hanyalah tebing tinggi, namun bulan penuh terlihat dekat disitu.

"Hurmm…", Raqnid memikirkan setiap perkara luar biasa yang berlaku padanya. Daripada identiti Shara hingga ke upacara Duo Moon. Setiap apa yang berlaku itu, langsung tidak disukai nya malah menyusahkan dirinya.

'KBOOMMM!!!'

Bunyi letupan yang kuat datang dari tempat mereka berkhemah. Terlihat api besar yang terang membakar kawasan tersebut.

"SEMUA… NAIK ATAS KERETA KUDA SEKARANG! KITA BERGERAK PERGI!", jerit Rusk.

"LARI….!" ~jerit orang ramai

"GARGGGHH!" ~Minotaur

Sementara itu…

Monica sedang melindungi yang lain daripada serangan Minotaur dengan kuasa magik nya. Mereka pun bergegas menaiki kereta kuda, meninggalkan semua barang yang kurang penting.

Sekumpulan Minotaur yang tidak tahu asalnya, menyerang mereka secara tiba-tiba.

"Sepuluh… seratus… seribu… lebih lagi!", Nancy mengesan jumlah yang Minotaur yang menyerang mereka.

"Apa!!!" ~Doug

"Cepat naik Fat!" ~Kiel

"Raqnid, Raqnid takde lagi!" ~Fat

"Kita tak boleh tunggu lagi!" ~Kiel.

"Kita takkan gerak selagi Raqnid belum tiba!" ~Fat

"Doug apa kita nak buat ni?" ~Kiel

"Ahh!" Doug lompat keluar dari kereta kuda itu sambil mengeluarkan pedang. "10 minit!"

"Huh?" ~Fat

"10 minit, kalau Raqnid tak sampai juga kita kena pergi! Ataupun kita semua mati di sini. " ~Doug memandang Fat.

"Baiklah! Terima kasih Doug." ~Fat

"PERGI!" ~Doug

Fat pun pergi mencari rakannya itu. Memasuki ke dalam hutan yang dipenuhi Minotaur.

"RAQNID!... RAQNID!" ~Fat

Kiel juga turun dari kereta kuda itu. Melindungi kereta kuda mereka daripada diserang Minotaur.

°°°

"Oi… oi… apa terjadi tu? Aku kena ke sana cepat!" ~Raqnid berlari pulang ke kumpulannya.

Pada mulanya skill mengesannya tidak mengesan sesuatu. Tiba-tiba dengan sekelip mata, terdapat banyak raksasa yang muncul serentak ketika mengesan.

"Seperti ada yang meng teleportasi raksasa ni!" ~Raqnid

"Garggghh!" ~Minotaur

Sedozen Minotaur menghalang pergerakan Raqnid ke kumpulannya.

"Haishh!" ~Raqnid

Busur dikeluarkan, satu demi satu dibunuh oleh Raqnid dengan mudah. Namun, jumlah Minotaur semakin bertambah setelah membunuh yang di hadapannya. Minotaur muncul tidak putus-putus selepas satu persatu dibunuh.

"Raqnid mana kau!" ~Fat

Sementara Fat masih mencari Raqnid sambil dikelilingi Minotaur. Kereta kuda yang lain sudah bergerak pergi satu persatu. Tinggal kereta kuda, Goug dan rakannya yang masih belum bergerak kerana menunggu kepulangan Fat dan Raqnid. Masa sudah kian suntuk.

10 minit berakhir…

"Macam mana ni Doug? Fat dengan Raqnid masih belum sampai!" ~Kiel

"Hiyarghh(membunuh Minotaur) … kita gerak!" ~Doug

"Hurmm… baiklah!" ~Kiel

Timbul kekecewaan di wajah mereka kerana mereka terpaksa meninggalkan rakan mereka.

"Baiklah… Nancy bergerak sekarang!" ~Doug

Kereta kuda mereka bergerak tanpa Fat dan Raqnid.

"Tak guna!" ~Kiel menghentak penumbuk nya.

Doug dan Nancy juga merasa kecewa apabila terpaksa meninggalkan rakan mereka.

Tiba-tiba, mereka merasa gegaran yang kuat mendekati dari dalam hutan. Perasaan takut dan risau bermain di hati mereka. Mereka hanya memerhati ke arah datang nya bunyi getaran ini.

"Getaran apa ni?" ~Kiel

"Jangan cakap yang Mino…" ~Doug

"ARGHH!", muncul Fat dari dalam hutan itu, berlari sekuat mungkin mengejar kereta kuda.

"FAT!" ~Doug

Terpapar senyuman di wajah mereka bertiga apabila melihat Fat selamat.

"Tapi bunyi apa kuat sangat sampai bergetar jalan-jalan ni?" ~Kiel

'Zhossh!'

"Alamak! Banyak betul penumpang yang Fat bawak." ~Doug

"Aku tak rasa yang kereta kuda ni muat nak sumbat mereka!" ~Kiel

Sekumpulan Minotaur keluar dari hutan itu, mengejar Fat bersenjatakan pedang besar.

Doug dan Kiel menghulurkan tangan mereka kepada Fat.

"Sikit lagi!" ~Doug

"Cepat Fat!" ~Kiel

"Hiyarghh!", Fat melakukan pecutan terakhir dan melompat ke arah kereta kuda sambil menggapai mereka dengan tangan kanannya.

"Dapat!", Doug dan Kiel berjaya menangkap tangan kanan Fat lalu ditarik mereka bersama-sama.

"Satu… dua… tiga… TARIK!"

Fat berjaya menaiki kereta kuda dan Minotaur di belakangnya tidak dapat mengejar lagi.

"Raqnid?" ~Kiel

Melihat riak wajah Fat, mereka sudah dapat menjangkakan jawapannya.

"Jangan risau, aku yakin Raqnid pasti selamat!" ~Doug

Mendengarkan kata-kata itu, Fat mula merasa tenang. Dia percaya dengan kebolehan rakannya itu.

"Ye, betul cakap kau Doug! Kalau itu Raqnid dia pasti selamat." ~Fat

°°°
Di tengah-tengah hutan…

"Hah! Bila nak habis ni?" ~Raqnid masih bertarung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience