"Tempat apa ni?"
Sedar-sedar dia sudah berada di tempat lain yang begitu luas. Ia bukan lagi bilik sama yang terdapat bulatan magik. Melihat sekeliling tempat itu, terlihat dari jauh seorang wanita yang teperangkap di dalam kaca bulat.
"Ada orang kat sana!" Raqnid mengorak langkah menuju ke arah wanita itu. Jarak dia untuk sampai ke wanita itu agak jauh. Tiba sahaja di hadapan wanita tersebut. Raqnid melihat yang wanita tersebut di dalam bulatan yang mengandungi air di dalamnya.
Tangan Raqnid menyentuh bulatan tersebut. Cahaya oren terpancar dari dalam bulatan tersebut. Wajah wanita itu terlihat jelas, dia mempunyai rupa paras yang sangat cantik.
"Elf!"
'Pergi!'
"Huh? Suara apa ni?" selepas Raqnid menyentuh bulatan tersebut, dia terdengar suara yang bercakap di dalam fikiran nya.
'Pergi dari sini!'
Raqnid melihat sekelilingnya jika ada orang lain selain dia.
"Siapa kau? Kenapa kau suruh aku pergi?"
'Pergi dari sini, tempat ni berbahaya'
Raqnid kemudiannya memandang ke arah wanita yang terperangkap di dalam bulatan itu.
"Jadi awak orang yang bercakap dalam fikiran saya."
'Pergi dari sini sekarang, sebelum...'
Obor-obor api menyala secara tiba-tiba menerangi tempat tersebut.
"Huh? Benda apa tu?" Raqnid terkejut dan terkaku apabila melihat makhluk yang begitu besar tiba-tiba muncul.
'Lariiiiiii', suara wanita itu menjerit di dalam fikiran Raqnid.
"Gerhh!" Raqnid lari selepas mendengar jeritan wanita itu.
'KBOOMMM'
Raqnid melambung kerana menerima kesan daripada serangan makhluk tadi.
"Aduhhh" Raqnid menapak semula dan melihat ke arah makhluk tadi.
"RROAAARR!!!"
"NAGA!!!" mata Raqnid terbeliak melihat makhluk yang besar tadi merupakan seekor naga. Naga tersebut mengibaskan sayapnya. Angin yang kuat bertiup ke arah Raqnid hasil kibasan sayap naga.
'Cepat lari...'
"Macam mana aku nak keluar dari sini?"
'Pintu keluar, ada belakang naga tu!'
"Baiklah!"
Raqnid masih tidak berganjak dari tempat dia melambung tadi.
'Apa kau buat, cepat lari!'
Raqnid masih tidak berganjak. Dia hanya memerhatikan naga tersebut sambil tangan kirinya bersiap sedia mengeluarkan busurnya manakala tangan kanan berada pada anak panahnya.
"RROAAARR!" naga tersebut mengibaskan sayapnya, lalu terbang ke arah Raqnid.
'Budak lariii!'
Hampir sahaja naga itu mendekati nya. Tangan kiri nya menggapai busur dan tangan kanannya mengeluarkan anak panah secara serentak.
"Smoke Bomb Shot" panahan yang dilancarkan mengenai tepat pada naga itu. Asap hitam tebal mengelilingi naga itu, menghalang penglihatan nya.
Raqnid dengan pantas berlari ke arah pintu keluar.
"Terima kasih!" Raqnid ucapkan kepada wanita yang menolongnya. Dia melepasi pintu keluar itu dan mendengar kata-kata akhir wanita itu.
'Selamat tinggal...' suaranya begitu sayu dan sedih.
"Hah! Selamat... Tapi" Raqnid memikirkan tentang wanita yang teperangkap tadi.
"Tunggu... Dragon Heart! Naga!" dia merasakan yang naga tadi dapat memberikan apa yang mereka tercari-cari selama ini.
"Tak, tak. Terlalu berbahaya kalau aku sendiri. Lebih baik aku beritahu mereka dulu." Raqnid menepuk kedua-dua belah pipinya.
"Tapi... Macam mana kalau tempat ni hilang. Lagipun pintu gerbang tadi pun sebelum ni takde." fikiran nya bercelaru untuk membuat keputusan. Kemudian dia terfikir kan Anne dan lain-lain yang berusaha keras mencari 'Dragon Heart' selama ini untuk menyelamatkan dunia ini.
" Argghhhhhh... " Raqnid masuk semula melalui pintu tersebut sambil memegang busur nya yang sudah sedia untuk memanah naga tersebut.
'Apa yang kau buat ni budak?' suara wanita tersebut mula kedengaran selepas Raqnid masuk semula ke tempat itu.
"Thunder Claw..." anak panah yang dilepaskan bagaikan kilat yang menyambar. Naga tadi yang masih terhalang penglihatan nya oleh asap hitam terkena serangan Raqnid mengaum kesakitan.
"Garggghh!"
'Kau takkan dapatkan tewaskan naga ni . Naga ini bukan naga biasa, dia ialah Arch Dragon.' beritahu wanita itu kepada Raqnid.
"Bunyi macam menakutkan." Raqnid berlari di bahagian tepi, bersedia untuk melakukan serangan seterusnya.
'Kau tak tahu Arch Dragon! Kau ni datang dari dunia mana?'
"Haha, perlu ke semua orang tahu nama naga ni... Thunder Clap!" Raqnid melepaskan panahan yang seterusnya. Anak panah itu bercambah menjadi banyak dan mengeluarkan kilat mengenai kesemua bahagian naga itu.
'Itu pengatahuan Am! Kau tahu tak berapa ramai nyawa dah tekorban disebabkan naga tu'
"Maafkan aku, aku ni kurang pengatahuan Am tentang dunia ni. Hiyarghh..." Raqnid bertubi-tubi memanah naga itu. Dia mengeluarkan kesemua skill tahap tinggi menyerang naga itu namun kesannya tak begitu memuaskan.
"Ciss, kuat betul naga ni!"
"RROAAAR"
'Hati-hati naga tu nak hembuskan sesuatu dari mulutnya.'
"Teleport Item… "
Hembusan naga itu menghancurkan kesemua bahagian Raqnid berada.
'Tak mungkin orang boleh hidup selepas terkena serangan tu!'
Sebelum naga itu menghembuskan api, Raqnid saja membiarkan salah satu anak panahnya tersasar supaya dia dapat teleport ke anak panah itu jika berlaku perkara yang tidak dijangka.
Raqnid menyimpan busur nya, lalu kedua-dua tangannya menggapai pisau.
[Assassin Mode On]
"Mari kita tamatkan semua ni, Naga!" terlihat Raqnid berada 5 meter tinggi dari naga itu.
'Huh? Apa yang terjadi? Macam mana dia boleh berada di atas tu?'
"Secret Art… Tornado Slash!“
[Secret Art: Tornado Slash] [SS] [skill]
'Zhossh'
Naga itu tidak mampu membuat apa-apa. Setiap inci badannya diserang bertubi-tubi oleh Raqnid dengan begitu pantas menggunakan pisaunya. Satu per satu serangan Raqnid, meninggalkan kesan.
Oleh disebabkan pergerakan Raqnid begitu pantas, serangan nya terlihat seakan-akan puting beliung yang menyerang naga itu.
"Garggghh!" naga itu menjerit kesakitan.
|Critical Hit|
|Backstab Success|
|Critical Hit|
|Critical Hit|
|Critical Hit|
|Critical Hit|
|Backstab Success|
|Critical Hit|
*Macam mana pemanah boleh buat serangan macam tu?* wanita itu berkata dalam hati.
"Hah!" Raqnid berada di bawah naga itu setelah serangan habis.
*Pisau?*
"Inventory!... Gulp gulp gulp" Raqnid minum ubat 'mana' untuk mengisi semula 'mana' nya yang sudah kehabisan selepas menggunakan skill.
*Budak ni, Archer ataupun Assassin?*
"Maaf buat kau menunggu naga." Raqnid sedia untuk menyerang semula.
"Hiyarghh… Vacuum Slash!"
[Vacuum Slash] [s] [skill]
'Zhoosh'
'Ting'
'Kling'
Raqnid tidak putus-putus menyerang Arc Dragon itu, menggunakkan setiap skill yang dia ada.
*Siapa budak ni?*
"Hiyarghh…
Guargghh…
Ciyarggh…
Argghh…"
Pertarungan mereka belanjutan begitu lama.
*Ahh, aku dah penat. Bila naga ni nak tewas? Kenapa aku lakukan semua ni? Kenapa aku berusaha sekeras ni? Aku cuma nak hidup kehidupan yang biasa. Kenapa perit sangat!* Raqnid semakin lama, semakin penat. Botol ubat 'mana' dia pun semakin berkurang. Walaupun naga itu tidak dapat menyentuh Raqnid kerana begitu laju, tetapi Raqnid tidak mampu bertahan lama.
Siapa yang bertahan lagi lama, dialah yang akan menang. Samaada Raqnid kehabisan mana nya dulu ataupun naga itu tewas dahulu.
Jika Raqnid melakukan sedikit kesilapan, dia akan mati. Dia perlu mengelak setiap serangan naga itu kerana nyawa dan ketahanan nya yang rendah.
*Hebatnya… kalau dia boleh teruskan begini. Mungkin… dia boleh menang!* wanita itu hanya kagum melihat Raqnid bertarung dengan naga itu.
"Fatal Wi… Huh!"
"RROOAAAARR!" naga itu mengaum menghasilkan tekanan di sekelilingnya.
[Rage] [B] [skill]
"Ergghh!" Raqnid melambung jauh.
'BUDAK!' wanita itu menjerit.
'Doom' bunyi Raqnid jatuh.
'Budak kau ok tak?'
Hanya bunyi nafas Raqnid dapat didengari. Dia terbaring kepenatan dan kesakitan.
'Bagun, cepat lari dari sini!'
"Inventory, mana potion!" Raqnid menapak semula, mengambil botol ubat 'mana' terakhir nya lalu diminum. 'Gulp'
"Hah hah hah!(kepenatan)" Raqnid melangutkan kepalanya ke atas. *Mari tamatkan semua ni!*
'Cepat lari!' wanita itu berkata.
Naga itu mengecas kuasanya untuk melepaskan serangan dari mulutnya.
Raqnid mengeluarkan busur nya. Dia juga mengecas kuasa ke dalam busurnya. Serangan terakhir yang akan menentukan nasib nya.
'Lari budak, kau takkan mampu menghalang serangan naga tu!'
'Ting'
'Ting'
'Ting'
'Ting'
Bulatan magik besar terbentuk di bawah kaki Raqnid berpijak. Di busurnya juga terbentuk bulatan magik yang besar. Berlapis bulatan magik di busurnya terbentuk.
Di mulut naga itu pun terbentuk bulatan magik. Menandakan kuasa magik hampir sempurna untuk dilepaskan.
*Budak ni dah gila!*
Kedua-dua mereka sudah bersedia untuk melepaskan serangan.
[Roaring Burst] [SS] [skill]
"RROAAAR!!" naga itu melepaskan serangan nya.
'Throooughh' bunyi hembusan naga itu dilepaskan.
"Secret Art… Phoenix Blassst!"
[Secret Art: Phoenix Blast] [SS] [Skill]
'Throooughh' Anak panah Raqnid pun dilepaskan.
Anak panah itu berubah menjadi seekor Phoenix berapi yang besar. Melibaskan sayap nya berterbangan meluru laju.
'Zhooooosh'
*Phoenix? Skill tu benar-benar wujud! Skill legenda!*
'Haaawwwwkkk!'
'KBOOMMM!!!' letupan yang besar berlaku.
'ting'
-You gain a new title
[Dragon Slayer] [Title]
Share this novel
Saya tunggu bab seterusnya
Lagi, author