Chapter 16 - Arena 2

Fantasy Completed 2305

Aksi Jilk itu kelihatan seperti pahlawan tombak yang handal walaupun hanya berlatih dalam waktu yang singkat. Ini mungkin disebabkan talent yang didapati orang seseorang itu menyebabkannyaa  mudah untuk mempelajari sesuatu dengan pantas.

Perkara ini mungkin mustahil di dunia asal kami.Perlawanan antara mereka berdua sangat sengit.

Jilk kemudiannya mengambil jarak dan mengumpulkan ternaga. Udara di sekelilingnya seperti tersedut ke dalam tombak Jilk itu.

"Bersedialah, rasai serangan daripadaku " Jilk Burst "

Jilk bergerak menuju ke musuhnya dengan pantas sambil melepaskan tenaga daripada tombaknya itu tadi.

Pahlawan istana itu tidak sempat untuk bertindak. Dengan sekelip mata sahaja pahlawan istana tersebut melambung ke udara dan jatuh ke tanah.

Jilk dengan bangganya mengangkat tangannya ke udara sambil menjerit. "Argghhhhhhhhhh"

Aku dan Fat terkejut melihat aksi yang ditunjukkan oleh Jilk itu walaupun nama yang diberikan kepada skillnya itu terlalu teruk untuk didengari.

Raja Alex kagum melihat aksi yang ditunjukkan Jilk itu tadi.

Setelah itu, tinggal giliran Zack iaitu pembuli no. 1 di sekolah kami. Zack memasuki arena dengan membawa pedang yang besar. Zack merupakan Khight yang menggunakan Great Sword.

Personaliti langsung tidak selari dengan jobnya. Persaing Zack juga sama seperti Jilk tetapi menggunakan Great Sword.

"Mari, aku akan tewaskan engkau dengan sekelip mata"

kata Zack dengan bongkaknya. Tetapi kata-kata tidak asing lagi bagi kami disebabkan itu merupakan personaliti sebenar dia. Dia bukan jenis orang yang mempunyai 2 personaliti.

Setelah berbunyi loceng. Kedua - dua mereka saling membalas serangan. Zack kelihatan marah kerana dia tidak dapat menewaskan musuh dengan pantas. Setelah itu, Zack juga menggunakan skill seperti Jilk.

Kemudian berakhir petarungan, dengan kemenangan dimiliki oleh Zack. Akan tetapi Zack kelihatan tidak gembira kerana dia tewas kepada Jilk dengan memakan masa yang lebih panjang untuk tewaskan lawannya.

Jilk kelihatan gembira kerana dia masih dia kedudukan pertama. Kesemua mereka ingin bertarung siapakah yang paling hebat.

Setelah itu, giliran Sofia bertarung menggunakan pedang dan penampan kecil. Sofia merupakan Valkyrie.

Tapi lawan Sofia merupakan swordman lelaki. Ini mungkin jadi sesuatu perlawanan yang tidak adil kerana perbezaan kekuatan diantara lelaki dan perempuan. Akan tetapi sesuatu yang mengejutkan berlaku.

Sofia berjaya tewaskan lawannya itu dengan begitu pantas. Sofia sekarang berada di kedudukan ke-dua di belakang Jilk. Ini menyebabkan Zack bertambah marah kerana dia tewas kepada Sofia.Dengan ini, semakin bertambah keyakinan raja dan penduduk negara ini untuk mempercayai mereka untuk menewaskan Demon King.

Akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang iaitu aksi bakal ditunjukkan oleh Ray.

Ray memasuki ke arena. Ray merupakan swordman. Pedang yang dimilikinya merupakan pedang yang terkuat yang negara ini miliki.

Pahlawan istana tahap pertengahan yang terhebat menjadi lawan Ray. Loceng dibunyikan.

"Shoooooosshshhhhhh....... "

Sesuatu yang pantas berlaku dan sukar untuk mata kami memerhatikan apa yang berlaku. Sedar-sedar pahlawan istana rebah ke tanah. Semua orang bingung melihat apa yang berlaku.

"Huh apa yang berlaku nii... "

Pengacara arena masih kebingunggan. Setelah beberapa seketika baru mereka perasan

Loceng perlawanan berakhir dibunyikan.

"Woaahhhh Hero Ray memenangi perlawanan ini..."

"Aksi yang ditunjukkan Hero Ray sungguh menakjubkan sehingga saya tidak dapat melihat apa yang terjadi" kata pengacara arena.

Kesemua orang di dalam arena bersorak kepada Ray. Raja Alex kemudiannya bangun dari tempat duduknya.

"Tahniah2, kepada semua kumpulan Hero"

"Aksi yang korang tunjukkan sangat menabjubkan dan di luar jangkaan saya"

"Saya pasti korang adalah orangnya yang dapat membantu kami dan saya juga beterima kasih kepada semua orang yang dijelmakan kerana berusaha keras sehingga ke tahap ini"

Kemudian raja Alex memberikan tunduk hormat. Dengan itu berakhirlah sesi latihan kami selama 3 bulan di dalam istana. Kami akan dibenarkan keluar dari istana dan menjelajah dunia ini.

"Raqnid kau nak buat apa selepas dapat keluar dari istina" tanya Fat.

"Ahhhhh entah mungkin cari aktiviti yang hendak aku habiskan sementara tunggu kumpulan Hero tewaskan Demon King"

"Kau tahu kerja yang tidak menyusahkan dan tak bermasalah"

"Hahaha kau memang tak berubah, aku join kau sekali" kata Fat.

"Itu semestinya" kata Raqnid.

Malam tersebut raja Alex mengadakan jamuan untuk meraikan kami kerana berjaya menempuhi latihan selama 3 bulan. Malam tersebut semua bersorak kegembiraan.

Kecuali seorang.....

Razor dia berdiri keseorangan di bawah pokok itu.
Memerhatikan Ray dengan penuh perasaan marah.

Sora menyapa kami berdua. Malam kami berbual dengan penuh keriangan. Akan tetapi kegembiraan tersebut tidak bertahan lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience