Aku menoleh kearah orang tersebut dan melihat.
"Ouh kau rupanya Fat" aku menjawab.
Aku bertanya kepada Fat "Kau pilih kumpulan mana Fat"
"Aku macam biasalah, sama seperti kau kumpulan Guardian, senang dan mudah... HAHA"
jawab Fat tanpa ragu-ragu.
Aku tidak dapat mengawal expresi muka aku dan menunjukkan wajah gembiraku kepada Fat.
Aku berfikir sejenak di dalam pikiran aku
'bahawa aku memilih rakan yang betul selama ini'
Kemudian timbul dalam pikiran aku 'dimanakah rakan baik aku lagi seorang'.
Kemudian aku bertanya kepada Fat "Dimanakah Sora".
"Aku pun tengah mencari dia dari tadi Raqnid aku ingatkan dia dengan kau"
"Tadi aku pergi mencari dia di kumpulan Support tetapi aku tak nampak Sora di sana pun"
Jawab Fat.
Aku pun tetiba tergerak hati untuk melihat kearah kumpulan Hero.
Fat pun menoleh pandangannya kearah kumpulan Hero.
Dalam hati aku dan Fat berkata 'Ini mustahil' kerana seorang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan hanya mengikut telunjuk kami berdua sahaja.
Walaupun timbul ayat itu di dalam hati kami berdua, mata kami merayau-rayau kearah kumpulan Hero.
Kelihatan seorang yang tubuhnya dari belakang seperti Sora, tubuh kecil dan kurus kering seperti orang tidak bermaya.
Yang menghairankan kami berdua adalah lelaki yang berbentuk tubuh seperti Sora ini dikelilingi oleh ramai orang daripada kumpulan Hero.
Kalau mengikut sejarah kami Sora tidak pernah sepopular itu.
"Betulkah itu Sora? " menjadi pertanyaan dalam minda kami berdua.
Share this novel