"Buka pintu ini" Raja Alex mengarahkan pegawal istana itu.
Pintu besar tersebut dibuka oleh pegawal yang berada di situ.
Setelah terbukanya pintu tersebut, kelihatan sinaran cahaya yang terpantul-pantul.
Terdapat beribu-ribu senjata di dalam bilik tersebut. Bilik ini adalah bilik penyimpanan senjata.
Senjata-senjata di dalam bilik kelihatan begitu unik dan berbeza daripada senjata yang digunakan orang pegawal istana.
"Inilah senjata-senjata disimpan oleh kami untuk kegunaan kamu semua, jadi pilih senjata sesuai untuk kamu semua" kata Raja Alex.
Semua orang teruja melihat senjata-senjata kerana ianya seperti dalam permainan video.
Sewaktu semua orang ingin masuk, jerit seorang
"Tungguuuuuuu...."
Ia adalah Zack
"Kumpulan Hero dahulu masuk pilih senjata" kata
Zack kepada kami.
Kumpulan Guardian dan kumpulan Support membantah hal tersebut.
Zack menjawab "Kami kumpulan Hero perlu membunuh Demon King, jadi tak salah kalau kami diutamakan untuk memilih senjata"
"Betul tak Ray"
Ray pun kemudian bersetuju dengan cadangan itu. Semua orang pun diam dan mengikut apa yang Ray putuskan.
Aku dah agak semua ini akan berlaku dan ia kelihatan seperti Zack yang merancang semua ini. Tapi perancang sebenar adalah Ray sendiri.
Mungkin di mata semua Ray adalah pemimpin yang hebat dan berwawasan, akan tetapi di mata aku setiap pemimpin tidak lari dari sikap tamak mereka. Buka aku nak kata semua pemimpin tamak, aku dah perhatikan setiap perlakuan Ray sejak dia memimpin kelas kami.Aku boleh tahu kerana Ray akan menjadi ketua apabila sesuatu perkara itu memberi ganjaran kepadanya.
Aku tidak nafikan kerana itu adalah sifat sesetengah manusia mencari apa yang terbaik untuk mereka.
Kami semua masuk ke dalam bilik penyimpanan senjata . Kumpulan Hero diutamakan dahulu untuk memilih senjata mereka. Mereka semua kebanyakan tertarik kepada senjata yang bersinar dan nampak kuat.
Raja Alex menunjukkan kepada Ray dan orang mendapat gelaran Hero senjata yang sesuai buat mereka.
"Inilah......"
Share this novel