*Ujian kau bermula, Raqnid! Hehh(tersengih)!* kata raja Nolan dalam hati.
“RAYYY, LEBIH BAIK KAU TUTUP MULUT KAU!” jerit Jilk.
“Heh(tersengih)! Kau bukan tak mahu percaya tapi kau tak mahu kalah, bukan! Kau tak mahu kalah dengan orang yang bukan setaraf dengan kau, bukan! Kau takut maruah dan status kau tercalar! Betul tak Jilk!” kata Ray.
“Ghaishh!” Jilk yang terkesan daripada kata-kata Ray itu kemudiannya melemparkan penumbuknya ke arah Ray.
“BERHENTIIII—!!”
Kuasa yang mempunyai aura yang kuat menghentikan semua orang daripada bergaduh dan perhatian mereka terarah kepada arah datangnya aura itu.
“Aura apa ni?” - orang ramai
“Sungguh kuat!” - orang ramai
Semua orang dalam ruangan tersebut pun melihat ke arah sumber aura tersebut datang, “Raqnid!”
*Jadi inilah kuasa orang yang bertitle Legendary!* teruja raja Nolan dalam hati.
Setiap orang yang berada dalam dewan tersebut merasakan aura itu dan pada saat itulah mereka menyedari betapa kuatnya Raqnid. Aura yang mengelilingi Raqnid tersangatlah kuat sehingga tiada seorang pun mampu berkata-kata kerana ketakutan.
*Aura ini seakan-akan Demon Lord!* kata Nancy dalam hati.
*Tak, aura ni lagi kuat daripada Demon Lord yang kami lawan!* kata Zack dalam hati.
“Cukup! Jangan bergaduh lagi! Apa Ray yang katakan itu semua benar! Aku yang bunuh Demon Lord Vishnal. Aku yang bantu Ray lawan Demon King. Jadi, jangan disebabkan aku, korang berpecah belah!” kata Raqnid.
Raqnid menurunkan sedikit auranya. Setelah itu barulah orang di dalam ruangan tersebut bebas bergerak kembali.
“Kalau kau kuat sebegini, kenapa kau rahsiakannya? Kalau kau tak rahsiakannya, Rororo—rose pasti terselamat! Sob!” kata Sofia dan mula mengalirkan air mata.
Mendengar kata-kata Sofia itu menyebabkan balutan luka terbuka kembali, mengingatkan orang lain kepada rakan-rakan mereka yang terkorban dalam peperangan.
“Ye, betul tu!”
“Pasti Rose takkan mati!”
“Ye, pasti takkan ramai yang terkorban!”
“Dia sembunyikan kuasa untuk selamatkan diri dia seorang!”
“Pentingkan diri!”
“Dasar tak guna!”
“Pergi mampus laa!”
Orang ramai mula menyalahkan Raqnid. Raqnid hanya mendiamkan diri dan menerima segala tomahan yang dituju ke arahnya.
*Inilah akibatnya apabila kau menyembunyikan kuasa yang terlalu besar daripada orang.. Heh, tak! Orang akan tetap menyalahkan orang lain tak kira orang tersebut kuat ataupun lemah.. Inilah realiti dunia ini.. Mereka akan mencari salah orang lain untuk menutup salah sendiri..* kata raja Nolan dalam hati.
*Raqnid!* Fat, Sora, Doug, Kiel, Nancy tidak mampu lagi melihat rakannya diperlakukan sedemikian. Mereka pun pergi berdiri di sebelah Raqnid untuk memberi semangat kepadanya.
“Kau tak perlu risau, Raqnid! Kami disini bersama kau.. Kami percaya yang kau dah buat yang terbaik!” kata Fat.
“Huh? Fat, Sora, Doug, Kiel, Nancy?” Raqnid terkejut apabila rakannya berdiri sebelah bersamanya.
“Ya, kami percayakan kau, Raqnid!” sambung Kiel.
“Mari, kita terima tomahan mereka bersama-sama!” kata Sora.
“Ahh!” angguk Doug dan Nancy.
Melihat kelibat Fat, Sora, Doug, Kiel dan Nancy bersama Raqnid. Mereka juga tidak terlepas menerima cacian. Namun, cacian yang diterima kali ini tidak begitu memberi kesan yang mendalam kerana mereka bersama.
Ray juga tidak berhenti mempertahankan Raqnid. Dia segala upaya berusaha meyakinkan rakan sekelasnya untuk tidak menyalahkan Raqnid, “Sofia, apa yang kau cakap ni! Kematian Rose tiada mengena dengan Raqnid!”
“Ye betul tu, Rose takkan mati! Kalau dari awal dia bersama kita berlawan dengan Demon Lord Dolce! Kalau dia berada disitu, pasti kita takkan berpecah!” Jilk bersuara.
“Tak, itu tak benar!” Ray menidakkan kata-kata Jilk.
“Ray macam mana kau boleh tahu, Raqnid yang bunuh Demon Lord Vishnal!” soal Zack.
“Hahh? Aku..” Ray tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan tersebut kerana dia sendiri tidak melihat kejadian itu. Tapi, dia tahu naga yang mereka anggap selama ini Demon Lord Vishnal hanyalah tentera Demon Lord Vishnal sahaja. Setelah berdepan sendiri dengan Demon King barulad dia sedar Demon Lord Vishnal tidak semudah itu untuk dibunuh oleh mereka yang baru sahaja dijelmakan ke dunia itu. Jadi, setelah melihat kekuatan Raqnid semasa bertarung dengan Demon King, Ray beranggapan bahawa Raqnid yang membunuh Demon Lord Vishnal dan tanggapannya ternyata benar setelah mendapat kepastian daripada Raqnid sendiri.
“Hehh, aku dah agak! Kau hanya bersekongkol dengan dia!” kata Zack sambil menuding jari ke arah Raqnid.
Dalam situasi hura-hara itu, tiba Anne, Paul dan Izar ke ruang raja tersebut mengejutkan orang ramai.
“Siapa mereka?”
“Mereka rakan Razor!”
“Razor yang selalu bersendiri tu ke?”
“Ya!”
“Razor yang berjaya bunuh Demon Lord Pico kan!”
“Sendiri?”
“Dia bunuh Demon Lord sendiri!”
“Tak sangka Razor pun kuat!”
"Anne!" Raqnid dan Wells terkejut melihatnya.
Sofia mendekati Anne. "Awak ni rakan, Razor bukan!"
"Ya, kenapa?" soal Anne yang langsung tidak memalingkan wajahnya ke arah Sofia.
"Dia tu punca Razor mati! Raqnid! Dia menyembunyikan kekuatannya selama ini!" kata Zack sambil menuding jarinya ke arah Raqnid.
Anne memandang ke arah Raqnid. "Heh, tak guna!"
Raqnid hanya menundukkan pandangannya.
Anne kemudiannya memalingkan wajahnya daripada Raqnid dan melihat ke arah rakan sekelas Raqnid, "Awak semua yang sebenarnya tak guna!" dengan lantang bersuara.
"Huh?" Terkejut mendengar kata-kata itu ditujukan ke arah mereka.
"Kalau Razor berada di sini sekarang ni, pasti awak semua akan salahkan dia juga, bukan!" kata Anne.
"Apa yang dia cakapkan ni?" - orang ramai
"Razor pentingkan diri! Kenapa tak selamatkan kami, kenapa tak bersama kami, kenapa simpan kekuatan kau!" ajuk Anne.
Jilk, Sofia, Zack dan yang lain terkesima mendengar ajukan Anne itu.
"Jawab! Kenapa awak semua diamkan diri! Hehh, awak semua sebenarnya yang tak guna! Jangan salahkan orang lain disebabkan awak semua tak dapat selamatkan kawan sendiri.. Salahkan diri sendiri sebab lemah!" Anne menggenggam penumbuk sambil mengalirkan air mata memikirkan dirinya yang lemah kerana tidak dapat menyelamatkan Razor.
"Anne!" Izar dan Paul turut sedih melihat keadaan Anne.
"Sob! Mereka menjadi kuat bukannya secara semula jadi.. Mereka juga bermula sama seperti kamu semua.. Lemah! Halangan, cabaran dan perit yang mereka rasai itulah yang membentuk kekuatan yang mereka miliki sekarang.. Tapi, kamu semua langsung tak tahu, apa yang mereka terpaksa lalui sebelum mereka menjadi kuat.. Kamu semua langsung tak pernah terfikir, bukan! Sebab kamu semua tak lalui semua itu, kamu semua hanya tahu mengadu.. Kenapa mereka tak lakukan ini dan itu! Cukuplah, salahkan orang! Lihat diri sendiri apa yang telah aku buat! Apa yang aku sumbangkan! Kenapa aku lemah! Kenapa aku tak dapat selamatkan..Sniff!" Anne terus teringatkan Razor lalu rebah menangisinya.
Izar dan Paul datang memapah Anne yang hampir rebah, "Anne cukup laa tuu!"
Mendengar kata-kata Anne itu, membuatkan semua orang di dalam ruangan tersebut terkesima. Setiap kata-kata yang ditujukan, menjentik hati lunari mereka. Masing-masing menundukkan kepala mereka, menyesal dan malu dengan perbuatan sendiri.
"Maafkan kami, Raqnid!" Sofia bersuara.
"Aku minta maaf, Raqnid! Salahkan kau sedangkan kematian Rose semuanya disebabkan sifat terburu-buru aku!" Jilk memandang tangannya yang putus.
"Kami yang pentingkan diri, Raqnid!" kata Zack.
"Maafkan kami, Raqnid!"
"Maaf, Raqnid!"
Semua orang mula memohon maaf kepada Raqnid.
"Ya, aku maafkan awak semua!" jawab Raqnid.
Suasana di dalam ruangan tersebut kembali reda. Segala ketegangan antara mereka sudah pun selesai. Masing-masing menerima takdir yang ditetapkan untuk mereka.
*Hehh, kau ada kawan yang hebat, Raqnid!* kata raja Nolan dalam hati.
"Jadi apa sebab kau layak untuk berkahwin dengan anak aku, Raqnid!" raja Nolan bersuara.
Suasana menjadi tegang kembali selepas mendengar pertanyaan raja Nolan kepada Raqnid.
"Tuanku, seperti yang saya katakan—” Ray bersuara.
“Diam, saya mahu dengar jawapan daripada orang yang ingin kahwini anak saya sendiri!” raja Nolan memotong kata-kata Ray.
Semua orang terus mendiamkan diri selepas mendengar kata-kata raja Nolan dan hanya memandang ke arah Raqnid.
*Raqnid, kau boleh!* kata Fat dalam hati.
*Tunjukkan kehebatan kau Raqnid!* Sora dalam hati.
Raqnid kemudiannya menoleh pandangannya ke arah raja Nolan dan dengan wajah yang serius berkata "Sebab saya cintakan Shara dan Shara cintakan saya!"
Krikk.. krikk.. krikk
Fat tepuk dahinya *Nohh!*.
*Aku tak sangka kawan aku lurus macam ni.* Sora dalam hati.
*Jawapan yang apa kau bagi tu, Raqnid!* Sofia dalam hati.
*Kau rasa raja nak terima ke jawapan macam tu ke, Raqnid!* Jilk dalam hati.
*Sob.. Aku letak harapan yang tinggi dekat kau selama ini, Raqnid. Tapi, sekarang harapan aku merosot.* kata Ray dalam hati.
Semua orang dalam ruang tersebut terkesima mendengar jawapan yang diberikan oleh Raqnid.
“Shara! betul ke kamu cintakan dia?” soal raja Nolan.
“Ya, betul ayahanda.. Saya cintakan Raqnid!” jawab Shara.
“Baiklah, itu sudah memadai! Asalkan anak ayahanda bahagia ia sudah memadai.. Apa lagi yang ibu bapa macam ayahanda ni boleh minta melainkan melihat kebahagiaan anaknya sendiri..! Raqnid, tolong jaga anak beta dengan elok.. pastikan dia bahagia!” kata raja Nolan dengan lembut.
Raja Nolan memandangkan ke arah Shara, “Maafkan ayahanda, Shara! Selama ini, ayahanda mengikut perasaan apabila membesarkan kamu.. menyebabkan kamu terseksa.. maaf—Sobb.. maafkan ayahanda, Shara! Maaf.. Sobb! sniff!”
Shara terharu mendengar kata-kata ayahnya itu, “Sniff.. Ayahanda!”. Shara berlari ke arah ayahnya lalu memeluknya. “Shara pun minta maaf.. sebab menjadi anak yang nakal.. Sobb!”
Raja Nolan memeluk Shara dengan erat, “Tak, Shara merupakan anak yang baik.. Shara tak pernah mengecewakan ayah! Ayah sayang kamu!”.
Rakan sekelas Raqnid terkejut dengan jawapan puteri Shara dan raja Nolan, "EHH.. EHHHHHHHH!".
“Jadi, puteri Shara memang sukakan Raqnid!”
“Raqnid bukannya syok sendiri!”
Raqnid kemudiannya memandang ke arah Shara yang sedang memeluk ayahnya dengan reaksi wajah yang mengatakan, “Saya berjaya!”. Shara terharu dan membalas dengan mimik mulut, “Ahh, saya tahu awak boleh lakukannya!”.
Wells dan Shila pun datang mendekati Raqnid.
"Tahniah, cucuku!" kata Wells.
"Lepasni, panggil mama ye!" Shila mengusik Raqnid.
"Oahhh, ahh! Baiklah!" Raqnid mula merasa segan.
*Tunggu, jawapan Raqnid tu! Macam pernah dengar!* Wells sepeti pernah mendengarkannya.
###IMBAS KEMBALI###
Sewaktu Wells masih memegang takhta.
"Apa yang kamu fikirkan, Nolan! Kamu mahu berkahwin dengan orang biasa!" kata Wells.
"Saya cintakan dia, ayah! Dan dia cintakan saya!" jawab Nolan.
###IMBAS KEMBALI###
*Tak perlu mencari alasan lain, katakan apa yang terbuku di hati kau sudah memadai kerana ia menunjukkan keikhlasan kau mencintai Shara!* kata raja Nolan dalam hati.
Kawan-kawan Raqnid pun datang mengucapkan tahniah kepadanya. “Tahniah, Raqnid!”
3 bulan selepas itu, Raqnid dan Shara pun berkahwin. Raqnid yang hanya ingin melakukan majlis perkahwinan secara kecil-kecilan tidak kesampaian. Oleh disebabkan status Shara sebagai puteri kerajaan Elf, tambahan pula Shara merupakan satu-satunya pewaris diraja kerajaan itu. Perkara yang besar seperti status perkahwinan Shara tidak boleh dirahsiakan begitu sahaja. Rakyat negara Elf dan orang luar perlu tahu tentang hal ini.
Pada majlis perkahwinan tersebut, ramai yang tertanya-tanya siapakah orang yang mengahwini puteri Shara. Wajah yang asing, langsung tidak didengari namanya disebut dimana-mana sebelum ini mengahwini puteri kerajaan itu. Bukan mudah untuk mencipta nama Raqnid sebagai orang yang menghancurkan benteng negara Demon dan membantu membunuh Demon King kerana sukar untuk orang percaya yang orang biasa seperti Raqnid dapat melakukan semua itu. Masalah itu telah dijangka oleh raja Nolan dan dia telah memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah itu.
“Selamat petang semua, harini merupakan hari yang bersejarah dan penting buat diri beta sebagai seorang raja dan ayah.. Harini merupakan hari perkahwinan puteri beta iaitu Shara. Anak yang beta sayangi dan cintai.. Sebelum ini, beta hanya seorang raja tapi bukanlah seorang ayah kerana beta paksa anak beta ikut setiap perintah saya tanpa mengambil tahu pendapatnya.. Dia hanya menjadi anak yang baik, turut setiap perintah tanpa bantahan.. Namun harini, dia berdiri di sini, di dalam di dewan ini, bersebelahan suaminya, bukan lagi dipaksa ataupun menurut perintah beta tetapi semuanya atas pilihan dia sendiri. Pada awalnya beta agak kecewa tapi sekarang tidak lagi.. Kerana dia lebih tahu apa yang lebih baik untuknya.. Apa yang buat dia gembira.. Melihat dia mengatakan keinginannya menyebabkan beta mula berfikir, ‘Ahh anak ayah dah besar rupanya!’.. Beta sebagai seorang ayah bangga dan yakin dengan keputusan anak beta.. Jadi beta harap kamu semua pun begitu, beta harap kamu semua dapat menerima keputusan puteri beta dan puteri kamu semua.. Tidak kira siapa sebenarnya Raqnid ni, sudah tentu beta sudah pastikan dia merupakan orang baik.. Beta harap kamu semua dapat meletakkan kepercayaan kepada keputusan beta dan pilihan puteri kamu semua!”
“BAIKLAH TUANKU!”
“KAMI PERCAYAKAN TUANKU!”
“KAMI PERCAYA DENGAN PILIHAN PUTERI SHARA!”
“SEMOGA PUTERI SHARA GEMBIRA!”
“RAQNID PASTIKAN KAU BAHAGIAKAN PUTERI KAMI!”
“SIAP KAU KALAU KAMU BUAT PUTERI KAMI SEDIH!”
“HIDUP TUANKU!”
Sebaik sahaja raja Nolan selesai ucapanya, rakyat negaranya langsung percaya dan menerima keputusannya. Masalah tentang identiti Raqnid tidak lagi menjadi pertikaian. Kini, mereka dapat menerima Raqnid seadanya.
*Semoga awak bahagia, puteri Shara!* kata
“Tahniah, Raqnid!” kata Fat. “Nanti giliran kita pulak.” kata Alene yang merupakan pekerja kaunter di Guild di negara Human. “Ya!” jawab Fat kepada Alene yang berdiri di sebelahnya.
“Heh, sukar dipercayai! Raqnid dah berkahwin lepastu Fat pulak.. Tinggalah aku keseorangan! Huhu!” kata Sora sambil menangis. “Hahh, keseorangan! Lepastu saya ni apa?” bengang Monica melihat Sora. “Perempuan takkan faham!” jawab Sora dengan nada yang perlahan. “HAH! APA AWAK CAKAP?” Monica terus menarik cuping telinga Sora. “AH AH MAAF MAAF”
Ray hanya tersenyum lebar melihat Raqnid tanpa sedar dirinya sedang di perhatikan. Melihat Ray tersenyum merupakan satu yang tidak dielakan oleh wanita-wanita yang berada disitu. Puteri Alia dari negara Human juga tidak terlepas daripada melihat kehenseman Ray.
Anne, Izar dan Paul juga turut hadir ke majlis itu. “Wahh, hebat betullah Raqnid!” kata Izar sambil mengunyah makanan. “Ahh, betul laa kata Ray, dia seorang yang hebat!” jawab Paul. Anne yang tersenyum lebar.
Rakan sekelas Raqnid yang lain juga berada disitu. Sofia, Zack, Jilk, Kiel, Doug, Nancy.
Wells mengalirkan air mata. “Huhu, nampaknya atok yang tersayang mengangis!” kata Shila kepada Wells. “Hah, mana ada nangis! Mata masuk habuk!” jawab Wells sambil mengusap matanya.
“Raqnid!” panggil Shara. “Ya!” Raqnid memandang ke arah isterinya. “Saya harap saya dapat jadi isteri yang terbaik untuk awak, Raqnid!” kata Shara. “Saya pun sama, Shara!” jawab Raqnid.
##TAMAT##
Terima kasih kerana membaca cerita saya sampai ke penghujungnya.. Saya juga nk ucapkan terima kasih kpd 'Sky' yg selama ini memberi saya semangat utk menghabiskan cerita ini, tanpa beliau cerita ini mungkin tidak hbis.. cerita ini ditulis pada hujung tahun 2019 dan kini sudah pada 19 FEB 2023.. saya harap menulis novel dpt menjadi hobby saya dan saya harap dpt menulis lebih bnyk novel pada masa akan datang...Insyaalah!
Share this novel