Chapter 1

Fantasy Completed 2305

Aku berjalan ke sekolah seperti biasa seorang diri tanpa menimbulkan apa-apa kekecohan atau apa-apa yang memberikan masalah.

Seperti biasa di hadapan sekolah ada golongan yang suka membuat masalah iaitu golongan murid nakal yang mengganggu murid lain.

Aku tidak hiraukan mereka dan terus menuju ke kelas dan di kaki 5 terdapat murid-murid yang rajin menolong angkat barang-barang cikgu.

Aku bukan tidak mahu tolong kerana aku tahu ada sesetengah cikgu yang ambik kesempetan ke atas aku untuk tolong angkat barangnya setiap hari.

Sebabkan itulah aku mula berhati-hati apabila berjalan di kaki lima kerana aku tidak masuk terserempak dengan cikgu tersebut.

Aku berada di hadapan kelas aku dan tanpa menimbulkan perhatian ramai aku masuk selepas murid lain masuk dengan membunyi di belakang murid tersebut.

Aku pergi ke tempat duduk ku dan ditegur oleh rakan rapat aku iaitu Sora dan Fat.

Mereka menjadi rakan rapat aku kerana mereka telah lulus ujian yang aku tetapkan iaitu tidak terlalu bermasalah dan 'low profile'

Dalam kelas aku terdapat 3 golongan iaitu pertama golongan murid-murid yang popular dan golongan yang aku tidak suka untuk dekati kerana banyak memberikan perhatian.Golongan terdiri daripada murid-murid yang kacak dan atlet.

Golongan kedua ialah golongan budak-budak skema iaitu budak-budak pandai dalam kelas laa.
Mereka inilah yang pandai dalam kelas. Aku tidak suka golongan ini kerana cikgu suka panggil untuk menyelesaikan masalah dalam subjek mata pelajaran.

Golongan ketiga adalah golongan yang bersendiri. Aku mungkin lihat golongan ini paling bagus kerana tidak menimbulkan banyak masalah dan sendirian. Tetapi golongan memerlukan kemahiran yang tinggi kerana
mereka perlu melakukan banyak kerja sendiri kerana tiada orang yang ingin berkumpulan dengannya. Golongan ini akan mengambil paling banyak perhatian apabila cikgu suruh memilih kumpulan.

Jadi aku Raqnid memilih hanya untuk menjadi watak tambahan dan bukannya duduk dalam golongan-golongan tersebut. Aku tidak perlu risau untuk memilih kumpulan, tidak perlu risau cikgu memilih aku dan tidak menimbulkan banyak perhatian. Inilah hidup yang aku ingin mudah dan tidak bermasalah.

Secara tidak langsung terdapat bulatan di atas lantai yang bersinar seperti bulatan magik yang sering lihat di dalam komik kartun.

Semua orang terkejut dan ada sesetengah teruja dengan semua hal ini.

Dengan tiba - tiba kami sekelas berada di tempat berbeza dan melihat seperti yang aku jangkakan.

"Huh...." aku mengeluh kerana hidup sebagai watak tambahan sebelum ini telah hilang kerana hal fantasi ini.

"woahh..."

Ada juga orang teruja dengan semua ini akan tetapi aku terpaksa memilih jalan yang betul untuk mengembalikan hidup aku kembali.

Share this novel

MN DAN MS
2022-03-19 15:13:09 

Memang Nice lah Authir ni 


NovelPlus Premium

The best ads free experience