Chapter 27 - Black String

Fantasy Completed 2305

Keesokan hari nya…

"Raqnid kau nak pergi mana hari ni?" soal Fat.

"Ahh, aku nak pergi ganti tali busur yang baru."

"Putus lagi! Dah berapa kali kau tukar, baru minggu lepas je kan kau baru tukar."

"Ha! Entah cepat sangat tali ni putus."

Raqnid pun keluar, pergi mencari kedai untuk mengganti tali busur yang baru. Dia berjalan-jalan sehinggalah bertemu kedai senjata.

"Sini mungkin boleh kut!"

Tanpa banyak soal, Raqnid memasuki kedai tersebut. Malangnya, busur di negara Elf mempunyai kedai khas yang dibuat untuk busur sahaja. Pemilik kedai senjata itu memberikan lokasi kedai busur kepada Raqnid.

Raqnid menuju ke kedai tersebut. Terpapar di hadapan kedai itu tertulis 'Bow Shop'.

"Selamat datang!" pemilik kedai untuk menyambut Raqnid yang baru sahaja memasuki kedai tersebut.

"Saya nak ganti tali busur!" jawab Raqnid.

"Manusia!" pemilik kedai itu berbisik.

Riak wajah pemilik kedai itu berubah serta merta setelah melihat Raqnid. Wajah yang mesra tadi terus berubah menjadi begis.

"Sini takde tali untuk busur. Dah pergi balik!"

"Tu belakang pakcik, bukan tali busur ke?"

"Yang ini tak di jual!"

* Semenjak aku jejak kaki dekat kota ni. Kenapa aku jumpa Elf yang pelik-pelik hah? Semalam perempuan tu nangis tiba-tiba lepas tengok muka aku. Harini orang tua Elf ni pulak, macam tak puas hati je lepas tengok muka aku. Teruk sangat ke muka aku ni hah? *

"Kenapa pulak tak jual? Banyak tu tali pakcik."

"Haish! Aku tak jual dekat manusia!"

“Hah? Kenapa pakcik benci manusia ke?"

"Tak! Aku tak benci manusia, aku cuma benci manusia macam kau!"

"Apa salah saya? *Aku dah agak ni mesti muka aku ni!*"

"Sebab kau lemah! Lebih baik kau berhenti je laa jadi acher, cari job lain."

Berdesing telinga Raqnid apabila mendengar kata-kata orang tua Elf itu.

"Pak cik tahu mane saya ni lemah? Buktikan!"

"Tak perlu buktikan pun, sebab bila species macam kau jadi seorang 'Archer' memang terbukti lemah. Kau tahu kenapa di kalangan Hero takde Hero Archer?
....Sebab nya korang lemah! 'Archer' adalah kebanggan negara Elf. Aku boleh pertimbangkan jika kaum lain menjadi 'Archer' tapi bila spesies kau, aku memang suka. Disebabkan spesies engkau lah Archer di pandang lemah oleh semua orang. Kau tahu!"

Terkaku Raqnid apabila mendengar kata-kata pemilik kedai itu. "Maaf kan saya kerana mengganggu!", Raqnid pun beransur pergi.

*Huh? Busur tu…
Macam pernah nampak…*, tanpa hirau pemilik kedai itu mengambil busur Raqnid tanpa kebenaran nya.

Raqnid terkejut setelah busur nya dicuri dan mulutnya tersasur kata-kata yang kurang sopan. “Oi orang tua bagi balik busur aku!”

“Macam mana busur ni boleh jatuh ke tangan orang macam kau?”

Raqnid merentap busur nya kembali. “Bagi balik!”

“Kau tahu tak yang busur tu bukan busur biasa! ‘Mana of Bow’ ni bukan untuk orang macam kau!”

Raqnid kemudian meng endahkan kata-kata orang tua itu.

“Tunggu! Aku akan ganti tali busur kau, kalau kau berjaya tewaskan aku dalam pertarungan.”

“Buat apa aku bertarung dengan kau, orang tua! Buang masa je.”

“Ciss! Baiklah! Aku bagi tali ‘Black String’.”

“Hah? ‘Black String’ , Apa tu?”

“Kau tak tahu ‘Black String’, kau ni biar betul! ‘Black String’ merupakan tali busur idaman setiap pemanah. Ia merupakan antara tali busur yang terhebat dan sukar untuk didapati. Hanya ada tiga dalam dunia ni.”

“Ahh, i see! Okey bye!”

“Tunggu! Apa lagi kau nak hah?” orang tua itu terus merayu kepada Raqnid untuk bertarung dengan nya. Orang tua itu menarik kaki Raqnid merayu.

*Hehehe! Orang tua pendek ni betul-betul gilakan busur aku ni!*

“Baiklah! Saya setuju tapi saya nak tambah lagi satu ganjaran jika saya menang.”

“Cakap! Apa saja!”

“Selepas aku menang, aku nak kau melutut memohon maaf kepada aku dan tunaikan satu hajat apa sahaja yang aku mintak!”

“Haaaaah! Tak adil langsung!”

“Ya atau pun tidak!”

“Baiklah!”

Orang tua itu pun membawa Raqnid ke tempat pertarungan. Tempat pertarungan mereka merupakan hutan.

*Hehe! Budak kau ingat, aku akan bagi kau menang. Jangan mimpi la! Seumur hidup aku, aku tak pernah tewas dengan pemanah yang lain. Mereka panggil aku ‘King Of Acher’!*

"Baiklaah, kita dah sampai. Kita akan bertarung siapa yang lebih pantas dan tepat dalam memanah."

Kemudian, orang tua itu mengeluarkan sesuatu.

"Ni merupakan permainan yang popular di negara Elf. "

"Arnab?"

"Ye! arnab ni diperbuat daripada magik. Siapa yang dapat membunuh arnab ini akan menang."

"Jadi siapa yang dapat buru arnab ni dulu dia menang. Macam mudah."

"Jangan yakin sangat budak. Permainan ni bukan sekadar mainan. Hampir kesemua job menggunakan permainan ini untuk menguji kepantasan mereka. Jadi mainan ni di naik taraf kan ke beberapa tahap. Semakin tinggi tahap mainan ini, semakin tinggi kesusahan untuk memburu mainan ini. Bagi job yang pergerakannya lambat seperti 'tank' dan 'mage' , tahap yang paling tinggi mereka boleh capai adalah 4. Tahap 5 hingga 7 adalah untuk job yang seperti 'swordsman' dan seiring dengannya. Job 'archer' pula boleh mencapai ke tahap 9. Dan terakhir ialah tahap 10. Tahap tertinggi ini hanya dapat dicapai oleh 'Assasin'. Tapi ia tak bermakna setiap job itu dapat mencapai tahap yang ditetapkan. Hanya mereka yang betul-betul kuat dan pantas sahaja mampu. Ada je job 'Assasin' yang hanya dapat mencapai tahap 6 dan juga tak mustahil jika tank dapat membunuh arnab tahap 10. Semua itu bergantung kepada kebolehan sendiri."

"Jadi yang arnab ni tahap berapa?"

Orang tua itu tersenyum, "Tahap 10".

"Hah? Tahap 10! Macam mana nak buru, bukan assassin je ke mampu?"

"Kan aku dah kata, bergantung kepada kebolehan kau."

"Jadi kau pernah berjaya ke buru arnab ni?"

"Hahaha! Mesti laa. Hahaha!"

"Berapa kali?"

"Sekali!"

"SEKALI JEE! Hei orang tua, kau tak rasa ke kau tu terlebih confident. Kalau takde yang dapat buru macam mane?"

"Kenapa kau dah takut ke? (tersengeh)"

*Geram pulak aku tengok muka orang tua ni! Kecik besar kecik besar je aku tengok. Haish!*

"HAH… takut! Setakat bertarung dengan orang tua macam kau, aku tak goyang la."

*Meluat pulak aku tengok muka budak ni. Siap kau aku ajar, kau tak kenal aku siapa.*

Kedua-dua mereka bersedia untuk memulakan pemburuan. Menggunakan busur biasa yang di bekalkan oleh pemilik kedai itu. Arnab itu dilepaskan.

"Garggghh!", Raqnid melepaskan anak panah nya yang pertama ke arah arnab itu.

*Heh! Macam mudah je, anak panah aku mesti kena.*

"Shoooshhh!"

Arnab itu begitu pantas mengelak dan laju melarikan diri ke dalam hutan.

"Aish! Tak kena!"

"Haha! Kau ingat semudah tu ke hah!"

Kedua-dua mereka menggunakan skill untuk melihat pergerakan arnab itu.

[Eagle Eye] active. Skill ini membolehkan mata pengguna dapat melihat sejauh 1 km.

[Sniper Eye] active. Skill ini membolehkan mata pengguna dapat melihat sejauh 10 km.

Dengan sekelip mata arnab itu sudah berada 1 kilometers jauh daripada mereka berdua.

Orang tua itu mula mengejar arnab itu. Penggerakan nya sangat pantas, dengan sekelip mata dia hampir mendekati arnab itu. Orang tua itu menoleh ke belakang, tidak kelihatan kelibat Raqnid. "Lemah!" Arnab itu hanya berada di hadapan nya. Dia menyasarkan anak panah ke arah arnab itu. "Huh? Oi! Apa dia buat kat situ?"

Secara tiba-tiba Raqnid muncul di hadapan orang tua itu. Raqnid turut sama menyasar arnab itu. Anak panah dilepaskan. "Arhh! Tak kena, pantas nya arnab ni." jerit Raqnid. Lalu dia menoleh ke belakang nya sambil tersengeh.

"Oi orang tua, fikiran kau mesti sekarang tengah terpikir 'Oi macam dia boleh berada kat situ!' kan. Hahaha!... Kau ingat aku akan terima cabaran kau, kalau aku takde peluang nak menang. Hah… aku tak sebodoh tu la."

Raqnid kemudian dengan pantas mara ke hadapan mengejar arnab itu. Orang tua itu terkejut selepas melihat kelajuan Raqnid.

"Macam mana budak tu, boleh lari sebegitu pantas. Macam Assasin!" kemudian dia menampar wajahnya. "Apa yang aku pikir kan sekarang ni, Hahaha….. Apa aku buat ni, aku ni dah veteran dalam job ni. Aku sepatutnya lebih arif dalam bertarung. Sekarang ni, aku yang kelihatan seperti budak-budak. Dalam apa jua perkara, jangan pandang rendah kepada pihak lawan. Baiklaah, budak aku akan tunjukkan cara ahli veteran beraksi. Hiyarghh! "

Raqnid yang sudah mara ke hadapan sudah beberapa kali memanah arnab tersebut namun tidak mengenainya. Tiba-tiba…

"Shoosh"

Anak panah meluru laju ke arah Raqnid. Namun sempat dielak nya. "Apa tu!", anak panah menembusi segala halangan di depan nya.

Skill 'Strong Arrow', skill ini dapat membuat anak panah menjadi kuat dan mampu memusnahkan segala halangan seperti batu besar atau pun pokok.

"Hahaha! Oi budak! Kau ingat aku akan benarkan kau menang… Jangan harap!"

"Ciss! Tak guna punya orang tua. KAU NAK BUNUH AKU KE HAH!" jerit Raqnid sambil menoleh ke arah orang tua itu.

"Heh! Bunuh! Kalau kau lemah mungkin kau akan terbunuh. Ini pertarungan, aku akan lakukan apa sahaja untuk menang!"

*Wah! Orang tua ni dah tak waras! Hais!*

Raqnid pun menambah kan kelajuan mendekati arnab itu. Dengan sekelip mata, dia menghilang daripada pandangan orang tua itu.

"Hehehe! Budak ni… dia boleh pergi lajul lagi. BOLEH TAHAN KAU BUDAK! Dah lama aku tak rasa teruja begini semasa bertarung."

Kedua-dua mereka bergerak pantas, mengejar antara satu sama lain. Serangan demi serangan juga tidak dapat mengenai arnab itu.

“Macam mana aku serang arnab tu? Setiap serangan aku, dia elak dengan mudah.”

Raqnid mula mengkaji corak pergerakan arnab itu. Cara dia bergerak dan mengelak.

“Shoosh"x5

"ARGHH! Orang tua ni memang nak bunuh aku."

Bertubi-tubi anak panah meluru ke arah Raqnid menghancurkan segala pokok yang berada di hadapan nya.

Raqnid berjaya mengelak ke semua anak panah itu. Di kesempatan itu, orang tua itu pun memintas Raqnid.

"Hehe, tangkas kau mengelak budak."

"Tak guna punya orang tua."

Mereka berdua setara mengejar arnab itu. Raqnid melepaskan anak panah meluru ke arah arnab itu namun anak panah nya dihancurkan oleh anak panah orang tua itu. "Haish!"

*Relax. Aku kena berfikir, macam aku nak tewaskan arnab tu.*

Sewaktu Raqnid leka berfikir, orang tua itu melepaskan panahan ke arah Raqnid. "Huh?", panah itu begitu laju dan tidak sempat untuk Raqnid mengelak sepenuhnya. "Arghh!", Raqnid bernasib baik kerana dia dapat elak panah itu daripada terkena tepat ke kepalanya. Malangnya, anak panah itu mengenai baju nya dan Raqnid tersangkut di pokok.

"Hahaha! Apa yang kau tengah mimpi kan tu budak."

"GARHHHGHH!", anak panah itu tidak dapat ditarik keluar oleh Raqnid kerana begitu kuat melekat pada pokok.

Orang tua itu meninggalkan Raqnid di belakang dan mengejar arnab itu.

"Hehe! Budak kau salah pilih lawan."

Orang tua itu sudah mengetahui cara untuk memburu arnab itu.

"Sekarang aku hanya perlu guna skill tu. Apa pun aku kagum dengan kau budak, sebab berjaya sampai ke tahap ni. Pertarungan ni memang dah tak adil semenjak dari awal. Hehe! Itu silap kau sebab setuju untuk bertarung ikut cara aku. Aku dah main permainan ni dah banyak kali. Aku dah tahu semua corak pergerakan arnab tu. Sebab kenapa hanya 'Assasin' je mampu tewaskan tahap 10 kerana mereka berjaya mengelak daripada dikesan oleh arnab itu. Arnab tu mempunyai jarak kesan sejauh 10 meter, jadi arnab tu akan bertindak jika dia mengesan sesuatu dalam jarak tersebut. Arnab ni juga sensitif pada bunyi. Jadi 'Assasin' juga memerlukan skill 'stealth' yang tinggi supaya pergerakannya langsung tidak dapat dikesan. Jadi aku dah cipta skill baru yang dapat menewaskan arnab tu. Hahaha!"

"..... Huh?", orang tua itu menoleh ke belakang. "Ciss, budak ni dia masih tak berputus asa.", Ada anak panah berada di belakang orang tua itu.

"Mari kita tengok apa yang kau boleh dengan hanya satu anak panah tu. Kau silap besar, sebab kawasan ni adalah kawasan berpokok. Untuk pemanah macam kita ni, kawasan macam ni adalah kelemahan kita kerana anak panah akan tersangkut di pokok-pokok."

Orang tua itu tidak menghiraukan panah Raqnid itu. Kerana lama kelamaan anak panah Raqnid akan tersangkut juga di pokok. Orang tua itu mencari jarak yang sesuai untuk menyerang arnab itu.

"Huh?", sesuatu yang tidak kena mengganggu orang tua itu. "Kenapa aku rasa macam masih diekori?", dia menoleh kebelakang.

"Oi! Oi! Kenapa anak panah budak ni masih ada dekat belakang aku?"

Orang tua itu kemudian menguji anak panah itu dengan memasuki ke celah-celah pokok.

"Hahaha!", orang tua itu ketawa besar selepas melihat anak panah itu masih mengekori nya. "Anak panah ni boleh ikut aku!"

[Missile Arrow] anak panah yang dilepaskan akan mengekori sasaran nya sehinggalah mengenainya.

"Budak ni betul-betul menjengkelkan.", orang tua itu memperlahan kelajuan menunggu untuk menghancurkan anak tersebut. Tiba dekat sahaja anak panah itu mendekati orang tua tersebut, anak panah itu terus meluru laju ke bawah.

"Huh? Kenapa?", selepas itu melihat pergerakan anak panah itu. "Geergghh! Dari awal lagi, sasarannya bukan aku. Sasarannya adalah arnab tu!", orang tua itu bergegas mengejar semula anak panah itu. Dia melepaskan panah untuk menghancurkan anak panah Raqnid namun dielak. "Anak panah boleh elak serangan!", buntu dibuatnya.

"Hehehe! Orang tua kau pasti terkejut kan sekarang ni." Raqnid masih berada di belakang.

[Missile Arrow] [Ss] anak panah dinaik taraf. Boleh mengelak serangan musuh dan pengguna boleh meletak syarat pada anak panah ini.

"Ahh! Kenapa anak panah tu laju sangat? Aku tak boleh kejar kalau macam ni. Aku mesti bertindak sekarang! Huh?"

Orang tua itu hairan melihat anak panah Raqnid tidak menyerang arnab tersebut. Sebaliknya anak panah itu hanya berada di atas arnab itu. "Heh! Nampaknya, anak panah kau dah tak betul budak." orang tua tu tersengeh. Dia melepaskan serangan.

[Invisible Arrow] anak panah yang dilepaskan takkan kelihatan apabila 15 meter menghampiri sasaran.

"Kemenangan milik aku budak!"

"Hehe!" Raqnid tersengih masih tersangkut di pokok. "Dah tiba masanya! Hanya Assasin je mampu untuk memburu arnab tahap 10. Kalau macam tu, aku akan jadi Assasin."

Orang tua itu sudah tersenyum lebar meraikan kemenangan nya yang belum pasti. Dia berhenti mengejar dan menunggu anak panah nya mengenai sasaran. Dia melihat anak panah mula menghilang setelah 15 meter mendekati sasarannya. "Huh?", terbeliak mata nya melihat sesuatu. *Oi! Apa dia buat kat situ?*

"Heh! Apa yang kau gembirakan sangat orang tua. Kemenangan belum ditentukan!", Raqnid tiba-tiba muncul di atas arnab itu menghalakan busur nya ke arah sasarannya.

[Item Teleport] merupakan skill Assasin. Pengguna dapat teleport ke tempat barang yang di set kan. Maksimum jarak adalah 5km.

*Oi! Kau punya target dekat sangat tu budak! Boleh ke arnab tu mengelak dengan jarak sebegitu dekat.*, orang tua itu terkejut melihat Raqnid yang tiba-tiba muncul.

"KEMENANGAN AKAN JADI MILIK AKUUUUU! ARGHH!!!" Raqnid menjerit.

"JANGAN HARAP! ANAK PANAH AKU AKAN KENA DULUUUU!", jerit orang tua itu.

"Zhoissh! Boommm!"

Anak panah siapakah yang lebih pantas mengenai arnab tersebut. "Yeahhh!", sorakan pemenang yang memenangi pertarungan ini.

"Hah! Orang tua, aku menang!"

Raqnid berjaya memenangi pertarungan ini. Anak panah nya betul-betul melekat pada arnab tersebut. Manakala anak panah orang tua itu tersasar hanya mengenai sedikit bahagian badan arnab itu.

*Siapa budak ni? … aku tewas dengan budak higusan… Maksudnya dia lebih kuat daripada… Heh(tersengih)* orang tua itu tidak menyangka kan dia akan tewas.

"Apa lagi, melutut mohon maaf sekarang! Hehehe!"

Orang tua menghiraukan kata-kata Raqnid dan meletakkan tangannya di atas bahu Raqnid. "Yela… yela… aku minta maaf. Kau memang hebat. Jom aku gantikan tali busur kau. Aku tertanya-tanya macam mana kau boleh muncul tiba-tiba macam tu ahh budak?"

"Oi...oi… orang tua kau tak melutut pun. Jangan duk tukar topik."

"Hahaha tak penting pun semua tu, janji aku ikhlas minta maaf kan. Jom… jom… pi kedai."

Akhirnya, orang tua itu langsung tak melutut memohon maaf kepada Raqnid. Raqnid pun berputus asa menyuruh orang tua itu.

Busur Raqnid digantikan dengan tali 'Black String'.

"Nah dah siap!"

"Wow, apa ni… rasanya berbeza daripada yang sebelum ni. Macam ni laa perasaan pakai benda mahal."

"Memang la, ni bukan tali biasa kau tahu. Benda mahal? Tali tak ternilai harganya kau tahu. Tali ni impian setiap Archer… "

"Okey terima kasih… saya balik dulu orang tua."

"Oiiii… aku belum habis cakap lagi. Tak guna punya budak."

Raqnid mula untuk beredar dari kedai itu.

"Oi budak, nama kau?"

Raqnid tersenyum. "Raqnid!"

"Jumpa lagi!"

"Tak! Ini kali terakhir. Kita takkan berjumpa lagi.", Raqnid pun beredar pergi.

"Tak sangka ada orang yang dapatkan tewaskan aku… Mungkin aku dah tua… Apa pun kita pasti akan berjumpa lagi Raqnid!"

Raqnid pun pulang ke biliknya. "Mana pergi semua orang senyap je?". Tempat mereka menginap tidak kelihatan seorang pun rakannya.

"RAQNID!"

"Huh? Fat! Kenapa kau nampak terburu-buru ni?"

"Mana kau pergi? Aku cari kau dari tadi! Jom kita dah lewat ni."

"Pergi mana?"

"Pergi ke istana Elf. Raja Elf nak berjumpa dengan semua!"

"APA!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience