Ray mula bergerak kehadapan dan berada bersama Puteri Alia dan Raja Alex seperti ingin memimpin kelas kami.
"Jangan risau semua aku Ray telah terpilih sebagai Hero akan menjalankan tugas aku untuk membunuh Demon King dan menjaga kita semua daripada terbunuh, Aku Janji."
" Siapa-siapa yang tidak mampu untuk berjuang seperti aku, jangan risau bukankah Raja Alex telah berjanji dia akan menjamin kehidupan kita di dunia ini akan selamat dan selesa. "
" Jadi sesiapa yang tidak mampu untuk berjuang, kamu semua boleh hidup seperti rakyat biasa di dunia ini dan bukan itu sahaja kita mampu mengenali sesuatu yang magik di dunia. "
" Bukankah itu menarik, kita mampu menggunakkan kuasa magik di sini sedangkan di dunia kita tidak boleh. "
" Jadi kamu semua tidak perlu risau akan keselamatan kamu semua kerana aku berjanji dan berikrar akan melindungi kamu semua. "
Kata-kata Ray yang begitu meyakinkan itu telah meningkatkan moral sekelas.
Kemudian melambai tangannya ke udara dan berkata " Siapa yang ingin berjuang bersama aku untuk membunuh Demon King dan menjadi pernyelamat kepada kerajaan Human, angkat tangan."
Kata-kata Ray itu begitu memberi kesan kepada orang ramai sehinggakan kebanyakan orang yang mempunyai status untuk berlawan raksasa menerima tawaran Ray.
Ray telah membahagi kami semua kepada kumpulan tersendiri.
Share this novel