"Uhh!" Raqnid dapat merasakan kuasa kuat berada berdekatan Ray.
Raqnid dapat merasakannya kerana salah satu daripada anak panahnya ada pada Ray. Sebelum dia bertemu dengan Shara, dia terlihat Ray dan Hero yang lain terlebih dahulu. Kemudian, dia meletakkan anak panahnya di belakang Ray secara senyap tanpa pengetahuan Ray.
"Teleport Item!"
'Zooop!' Raqnid terus menghilang dari medan perang.
“Matilah kau Heroooo!” Demon King menyerang Ray.
'Zooop!' Raqnid muncul di belakang Ray sambil memegang anak panahnya yang terletak pada Ray.
[Assasin Mode: On]
Dengan pantas, Raqnid memusingkan badannya bergerak ke hadapan Ray lalu menangkis serangan Demon King dengan pisaunya.
'WHOOOSH!'
‘CLAANNG!’
“Huh? Siapa kau hah?” soal Demon King yang terkejut dengan kemunculan Raqnid itu.
"Huh?" Ray juga terkejut.
Raqnid langsung tidak menjawab pertanyaan Demon King Volkanon. Wajahnya di tutup rapat dengan hoodie nya agar tidak dapat dikenali.
*Dimana Hero yang lain? Kenapa tinggal Ray seorang je?* Raqnid berkata dalam hati.
"Kalau kau tak nak bersuara biar aku koyak mulut kau supaya kau bisu selamanya! GARGGGHH!"
'Shoooshhh!'
Demon King dengan pantas meluru ke arah Raqnid untuk menyerang. Raqnid tanpa gentar, dia juga meluru menyerang Demon King. Kedua-dua mereka bertembung.
'Claang!'
'Shrinkk!'
'Claang!'
'Shrinkk!'
'Claang!'
Ray terkaku melihat mereka berdua bertarung. Pergerakan mereka berdua begitu pantas sehingga sukar untuk Ray ikut dengan matanya.
'Claang!' 'Shrinkk!' 'Claang!'
Kedua-dua mereka saling membalas serangan. Pertarungan antara mereka berdua sungguh sengit.
'Cut'
'Cut'
"Gerghh!" Demon King terkena serangan Raqnid.
Oleh kerana Demon King hanya menggunakkan tangan, mudah bagi Raqnid untuk melancarkan serangan dengan pisaunya. Demon King sedikit demi sedikit terluka akibat daripada serangan Raqnid.
'Shoosh!' Demon King mengundurkan dirinya.
"Boleh tahan, kau dapat cederakan aku. Aku akui yang kau lebih kuat daripada Hero tu!"
'Zooop'
Tiba-tiba bulatan hitam muncul di hadapan Demon King. Dia memasukkan tangannya ke dalam bulatan hitam itu lalu menarik sesuatu.
"Saksikanlah artifak yang berharga ni!"
Demon King menarik pedang keluar daripada bulatan hitam itu.
Raqnid mengambil kesempatan tersebut dengan menyerang. Dia membaling salah satu daripada pisaunya ke arah Demon King yang masih sedang mengeluarkan pedangnya.
'ZHOOSH!'
'WHOOSH!' Demon King dengan pantas menepis pisau Raqnid dengan pedangnya.
'Clannk!' Pisau Raqnid melantun ke atas.
"Heh, berani kau serang sewaktu aku tak bersedia!"
'SHOOSH!'
Raqnid terus meluru ke hadapan Demon King yang baru sahaja menepis pisaunya. Sekali lagi, Raqnid mengambil peluang untuk menyerang apabila keadaan Demon King yang tidak bersedia selepas menepis pisau Raqnid.
'HYOOSH!'
'CLANK!'
"Gerghh!" serangan Raqnid itu ditangkis dan diserang balas oleh Demon King.
Kini Raqnid pula berada keadaan yang bahaya selepas Demon King menangkis serangannya secara mengejut. Kesan daripada itu dia perlu mengambil sedikit masa untuk menyerang buat kali seterusnya. Malangnya, Demon King sudah pun bersedia untuk melancarkan serangan seterusnya.
'WHOOSH!' Demon King melibas pedangnya.
Pada waktu yang sama, pisau Raqnid yang melantun ke atas tadi mula jatuh dengan laju di belakang Demon King. Di kesempatan itu, Raqnid teleport pergi ke pisaunya.
'ZOOP!'
Dalam tempoh sedetik itu, Raqnid yang baru sahaja teleport di belakang Demon King terus menyerang menggunakan pisaunya. Demon King juga tidak kalah, dengan pantas memusingkan badannya lalu...
'CLANNG!' kedua-dua mata pedang mereka bertembung.
"Mesti kau tertanya-tanya kan, kenapa aku masih pantas walaupun menggunakan pedang sebesar ini!"
Demon King dapat membaca apa yang dipikirkan Raqnid melalui riak wajah yang ditunjukkannya. Dengan pedang sebesar itu mana mungkin kepantasannya langsung tidak terjejas.
"Biar aku jelaskan kepada kau..."
Pedang yang digunakan oleh Demon King dipanggil 'Zero Blade'. Antara pedang yang terkenal kerana ke-unikannya. Pengguna pedang ini tidak akan merasa berat pedang apabila menggunakan pedang ini. Hal ini kerana pedang ini tidak mempunyai jisim ataupun berat. Disebabkan itulah, Demon King mampu melibas pedang ini sesuka hati tanpa ada sebarang daya lain yang menghalang. Pedang ini akan menjadi teramatlah berat kepada orang tak layak memegangnya.
*Tidak mempunyai berat!* Raqnid berkata dalam hati.
"Tapi malangnya tidak semua orang mampu menggunakan pedang ini. Hanya orang yang mempunyai title Legendary macam aku saja yang layaaaaak..."
Sewaktu mata pedang mereka bertembung, keadaan inilah yang menentukan siapa yang lagi kuat akan menang. Demon King menolak pedangnya menyebabkan Raqnid terpaksa mengundurkan dirinya.
"Sekarang kau rasa betapa beratnya pedang ini!"
'SHOOSH!' Kedua-dua mereka sekali lagi bertembung berlawan pedang.
'CLANG!'
'CLANK!'
*Aku takkan mampu bertahan lama jika diteruskan sebegini!*
Setiap pukulan yang dilakukan oleh Demon King dengan pedangnya terasa sangat berat apabila menangkisnya menyebabkan Raqnid sukar untuk menerima setiap serangan yang datang kepadanya.
"Garggghh!" Demon King bertubi-tubi menyerang sehingga Raqnid tidak dapat lagi menangkis.
*Gerghh, serangan aku takkan dapat menyentuh dia jika aku berterusan menangkis. Aku pun tak cukup pantas untuk mengelak semua serangannya. Apa aku perlu buat?*
Kali ini sukar untuk Raqnid mengenakan serangan terhadap Demon King yang sudah bersenjata. Tambahan pula, setiap kali mata pisau Raqnid bertembung dengan mata pedang Demon King, mata pedang Demon King yang selalu menang kerana berat dan besarnya pedangnya berbanding pisau Raqnid.
Senjata Raqnid yang dicipta kecil dan ringan adalah untuk memenangkan pertempuran menggunakan kelajuan. Namun, apabila muncul senjata lain yang lebih besar dan berat yang mampu menyamai kelajuannya. Sudah pasti senjata yang lebih besar dan berat itu akan menang.
"Huff.. Huff.. Huff.."
Sewaktu Raqnid ralik berfikir bagaimana dia hendak menyerang balas. Demon King mengambil pergerakan yang besar untuk melakukan pukulan yang kuat ke arah Raqnid.
Raqnid terleka dan setelah menyedari akan hal itu. Semuanya sudah terlambat, dia sudah tidak mampu mengelak serangan itu dan hanya mampu menepis dengan kedua-dua bilah pisaunya.
'CLANNG!'
Terpelanting Raqnid walaupun pukulan besar Demon King itu ditepis.
'SHOOSH!'
Raqnid terpelanting jauh sehingga menghentam dinding istana.
'DOOOM!'
"Ahhh!" hentaman itu menyebabkan Raqnid mengalami luka yang parah. Sebahagian badannya berada di dalam dinding yang berkecai. Kepalanya mula berdarah sehingga berlinang ke pipinya. Oleh kerana, Raqnid mempunyai ketahanan yang rendah, kesan daripada hentaman itu sangat teruk baginya.
*cough cough* batuknya juga mengeluarkan darah.
"Heh, berani kau memikirkan perkara lain sewaktu bertarung dengan aku!" kata Demon King.
*Kenapa aku pilih untuk lalui perkara yang perit macam ni!... Untuk apa? Kehidupan aku sebelum ini dah cukup baik... Kenapa aku pilih jalan ni?... Hah... (tersenyum) Ini semua kerana dia... *
Demon King mengabaikan Raqnid kerana Raqnid sudah kelihatan tidak berupaya lagi untuk bertarung. Kini, dia beralih kepada Ray yang masih berdiri sempurna.
'Tap tap' bunyi seperhinan batu kecil jatuh.
"Huh?" Demon King mendengar bunyi dari arah Raqnid. Dia menoleh ke arah Raqnid dan tersengih.
"Haha... HAHAHA... HAHA, sangat mengkagumkan... Kau masih tak berputus asa..."
Terlihat Raqnid mula menapak untuk berdiri semula. Sedikit demi sedikit tangan dan badannya berpaut pada dinding untuk membolehkan dirinya berdiri.
'Tap… tap.. tap.' langkah demi selangkah Raqnid ambil.
"GARGGGHH!" Raqnid kemudiannya berlari meluru ke arah Demon King.
"MARIIIII!" Demon King turut sama meluru ke arah Raqnid.
'CLANNG!!!'
Share this novel
Teruskan Berkarya bang !