"RAQNID" Wells memanggil Raqnid dengan nada tinggi.
"Huh? Ye! Kenapa?"
"Kau tengah mengelamun apa."
"Mana ada aku mengelamun!"
"Dah! Jom kita turun bawah sana!"
'krik... krik...'
"Huh?" Wells hairan.
Raqnid pergi berjalan ke atas meninggalkan Wells.
"Oi! Kau nak pergi mana tu? Jangan cakap kau cuba nak hancurkan benteng Demon tu!"
Raqnid terus berjalan mengendahkan kata-kata Wells.
"Apa kene dengan budak ni? Tadi bukan main suruh aku cepat." Wells kemudiannya turun ke bawah pergi ke Shara.
°°°
"Hero Ray! Mari kita lakukan sekali lagi!" soal Shara yang kelihatan terdesak.
"Puteri Shara, Jangan! Ia boleh membahayakan puteri dan Hero." Lyn memberitahu.
"Lyn, kalau kita tak hancurkan benteng tuu! Mustahil untuk kita tewaskan mereka."
"Tolong dengar cakap saya tuan puteri!" Lyn menarik tangan Shara.
Shara merentap tangannya daripada genggaman Lyn.
"Shara berhenti!" raja Nolan bersuara.
"Ayah! Ini jaa satunya cara untuk kita menang. Kita dah takde cara lain!" Shara memandang kearah Ray yang hanya tercegat disitu. Ray seperti tidak mahu melakukannya untuk kali kedua.
"Biar Shara lakukannya sendiri!"
"SHARA!" raja Nolan meninggikan suara.
"Maaf, Shara terpaksa langgar arahan ayah untuk kali ni. Shara takkan biarkan pengorbanan orang lain sia-sia begitu saja!"
Berdiri seorang diri Shara di tengah-tengah bulatan magik itu. Dia lakukan langkah demi langkah sehinggalah bulatan magik kembali bercahaya. Cahaya bulan meneranginya.
"Tuanku, kita mesti hentikan Shara! Ia boleh membawa maut." Lyn.
"HENTIKAN SHARA SEKARANG!" raja Nolan menjerit memberi arahan.
Tentera-tentera disitu cuba untuk menghentikan Shara. Namun, mereka terhalang daripada memasuki bulatan magik itu. Sesiapa sahaja yang cuba untuk memasukinya akan ditendang keluar oleh bulatan magik itu.
"Arghh!“ tentera-tentera melambung.
Shara sudah hampir ke langkah terakhir sebelum melepaskan panahannya.
"SHARA CUKUP!" jerit Wells.
"Huh!" Shara terkejut mendengar suara atoknya marah. Hal ini kerana, atoknya tidak pernah memarahi Shara walaupun sekali. Atoknya menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Panahan bulan terus gagal apabila Shara telah menggerakkan badannya kerana takut.
"Atok!" Shara melihat atoknya sambil air matanya mengalir.
Wells kemudian berjalan pergi memeluk cucunya itu.
"Cukup Shara! Kamu dah buat yang terbaik."
"Tatata... Tapi atok, macam mana kita nak tewaskan Demon King!" Shara tergagap-gagap.
"Biar atok uruskan selebihnya. Atok ada cara lain."
*Dragon Heart adalah peluang terakhir kita!* Wells berkata dalam hati.
"Maafkan Shara atok!" Shara memandang muka atoknya.
"CAHAYA APA TUU!" jerit salah seorang daripada tentera.
"Huh?" semua orang kemudiannya memandang kearah cahaya itu.
*Cahaya tuu datang dari arah Raqnid berada! Apa yang budak tuu cuba lakukan?* Wells hairan.
°°°
Di tempat cahaya itu muncul.
10 minit sebelumnya...
"Hah! Kenapa lepas satu, satu, masalah yang aku kene hadap."
Raqnid berdiri di tempat yang mana negara Demon terlihat jelas dan juga tempat itu tersorok daripada dilihat orang lain.
"Hurghhhh!" Raqnid menghembuskan nafas.
Tangan kirinya memegang busur. Lalu diangkat menghala kearah negara Demon. Bulatan magik muncul secara tiba-tiba dengan sinaran putih. Anak panah digapai dengan tangan kanannya. Kemudian anak panah diletakkan bersama busurnya dan ditarik.
"Gerghh, beratnya!" tali yang ditarik bersama anak panah menjadi begitu berat dan ketat. Semakin Raqnid menariknya tali busur itu, semakin bercahaya anak panah itu.
Anak panah itu berubah menjadi satu anak panah yang sangat besar. Cahaya bulan terpancar dari Raqnid ke langit.
"Kenapa lama sangat skill nak selesai!"
Cahaya yang terpancar dapat dilihat oleh semua orang yang berada di Mardi. Ia membuatkan Raqnid risau, jika orang menjumpainya.
Raqnid perlu kekalkan posturnya. Tekanan yang kuat diterima oleh Raqnid.
"Eclipse Moon Strike!" anak panah dilepaskan dengan tenangnya.
'Doom!' impak anak panah itu menghasilkan bunyi yang kuat apabila dilepaskan.
"ZHOOOOOSH!" meluru laju kearah benteng negara Demon. Lebih laju daripada panahan bulan yang dilakukan oleh Shara dan Ray.
"Jangan mimpi kau boleh lepas!" Demon Lord Dylas melompat keluar daripada benteng lalu meluru kearah panahan Raqnid itu.
"Mereka cuba halang sekali lagi!"
"HIYARGHH!" Demon Lord Dylas melibas pedang besarnya pada panahan itu.
'Doom!' pedang besar Dylas terus patah sejurus bertembung dengan anak panah itu.
"Geergghh!" Demon Lord Dylas jatuh ke tanah.
'ZHOOOOOSH' anak panah itu terus meluru laju melanggar benteng negara Demon.
'DOOM!' bunyi pelanggaran.
Semua orang hanya menyaksikannya dengan perasaan ingin tahu samaada serangan yang datang entah dari mana dapat hancurkan benteng negara Demon ataupun tidak.
'Krekkk' beberapa seketika selepas pelanggaran itu, benteng negara Demon mula menunjukkan kesan retak. Lama kelamaan kesan retaknya semakin ketara.
'KBOOMMM!!!' benteng negara Demon pecah namun serangan itu masih kuat menghentam tentera Demon yang berlindung di sebalik benteng itu.
"HIYARGHH!" kesemua tentera Unity semangat kembali. Begitu juga yang lain, menjerit kegembiraan menyaksikan benteng Demon hancur.
"Cari siapa yang lakukan panahan itu! Beta nak hadiahkan ganjaran!" raja Nolan bersuara.
*Ciss, ada orang lain yang dapat lakukan panahan bulan!* Ray berkata dalam hati.
"Serangan apa tadi tuu? Sungguh berkuasa!" Demon Lord Dylas sambil melihat tangannya yang masih menggeletar akibat cuba menepis serangan Raqnid tadi.
"Raqnid!" Fat terpikirkan Raqnid apabila melihat serangan sebegitu.
*Ada orang lain yang layak lakukan panahan bulan! Dua orang lain yang tidak dikenali. Nampaknya gelaran pemanah terhebat bukanlah milik aku! Aku harap dapat bertemu dengan mereka.* Leonel berkata dalam hati.
"Dia betul-betul hancurkan benteng tu!" Wells terkejut melihat perkara itu.
"Jadi inilah rancangan atok ye!" soal Shara.
"Hah?... Ahhh... Ye! Ni laa rancangan nye! Haha!" Wells yang terkesima hendak menjawab soalan cucunya itu.
"Siapa orang yang boleh lakukan panahan bulan tu atok?"
*Aku tahu budak tuu hebat! Tapi aku tak jangka sampai ke tahap ni!* Wells berkata dalam hati.
"Atok?" sekali lagi Shara soal atoknya yang abaikan pertanyaannya.
"Ahh! Ye kenapa?"
"Siapa yang buat panahan itu tadi?"
"Ahhh... Kawan atok!"
*Sejak bila atok ada kawan ni? Tak pernah nampak pun.* Shara kata dalam hati.
*Ada orang lain yang layak lakukan panahan bulan. Tambahan pula serangannya lebih kuat dan pantas. Pemanah ni mesti pemanah yang hebat. Siapa?* terlintas di pemikiran Shara nama Raqnid iaitu pemanah hebat yang dikenalinya selain atoknya dan Leonel.
*Tak! Tak! Tak!... Berhenti berfikir orang yang sudah tiada Shara!* Shara menepuk perlahan pipi kiri dan kanannya.
"Shara!"
"Uhhh... Ye atok!"
"Kenapa dengan kamu ni? Dah atok pergi dulu."
"Tunggu!" Shara menarik tangan atoknya.
"Kenapa?"
"Shara nak ikut!"
"Shara, atok nak pergi ke medan perang."
"Shara tahu!"
"Medan perang bukan tempat main-main. Ia tempat yang berbahaya!"
"Shara tahu semua tu atok. Shara dah bersedia!"
Wells berfikir panjang sambil merenung wajah cucunya.
"Atok! Shara dah kuat. Shara boleh tolong!" sekali lagi Shara merayu kepada atoknya.
"Harghh, baiklah! Shara perlu sentiasa bersama dengan atok, faham!"
"Baik!"
Kedua-dua mereka pun pergi ke medan perang untuk membantu. Tiba mereka di medan perang, bertemu mereka dengan Leonel. Leonel dan pasukan tenteranya merupakan barisan terakhir tentera.
"Tuanku!" Leonel menyambut kedatangan Wells.
"Leonel, arahkan pemanah untuk fokus pada musuh yang berbadan besar."
"Baik, tuanku!"
"Saya akan selesaikan belah kanan, kamu selesaikan belah kiri!"
"Arahan diterima!.... Uhhh... Puteri Shara buat apa dekat sini?" Leonel terkejut melihat Shara.
"Saya datang sini nak tolong!" jawab Shara.
"Tapi puteri Shara, disini bahaya! Lebih baik—"
"Jangan risau Leonel, saya akan tengokkan dia!" Wells memotong kata-kata Leonel.
"Uhhmm, baik! Hati-hati!"
"Kamu pun sama!"
Wells dan Shara pun pergi.
°°°°
Dia atas bukit.
"Akhirnya, berjaya!" Raqnid terus melepaskan busurnya ke tanah. Badannya mula merasa sakit akibat daripada kesan panahan bulan itu tadi. Raqnid kemudiannya rebah menyembah bumi.
[Eclipse Moon Strike] [SSS] [Skill]
-Detail: Kekuatan serangan akan bertambah kuat jika terdapat cahaya bulan. Semakin bertambah kuat Eclipse Moon Strike, semakin bertambah kuat kesan buruk terhadap pengguna.
-Warning: Jangan gunakan skill ini sewaktu bulan penuh kerana ia boleh membawa kepada maut jika pengguna tidak cukup kuat.
Share this novel