Raqnid mengalami kecederaan yang parah akibat serangan Demon King.
Mustahil untuk dia bangkit kembali bertembung dengan Demon King.
*Mustahil untuk aku tewaskan raksasa ni, dia terlalu kuat.. Betul kata Razor, 2 tahun tak cukup.. Kalau laa aku tak bunuh Demon Lord Vishnal pada hari tu, peperangan ni pasti takkan berlaku secepat ni.. Gough*
Raqnid ingatkan semuanya sudah berakhir, namun nasib masih berpihak padanya.
TINGG!!!
"Huh?" Demon King merasakan sesuatu yang tidak kena.
"Kuasa aku! Kuasa aku disekat!"
Dragon Heart berjaya di aktifkan di saat Raqnid hampir berputus asa. Namun, bukan itu sahaja..
TINGGG!!!
Lagi satu keajaiban memihak kepada Raqnid apabila sihir terakhir Rose sampai kepadanya.
"Huh?" Raqnid merasa hairan apabila badannya pulih kembali begitu juga dengan Ray.
Raqnid berdiri kemudian melihat Demon King yang berada dalam keadaan huru-hara.
"APA DAH JADI PADA KUASA AKUUU!!!" jerit Demon King.
"Heh, Razor berjaya!" Raqnid tersengih.
*********** IMBAS KEMBALI ********
"Bila Dragon Heart berjaya diaktifkan, kuasa puak Demon yang berada dalam bulatan sihir ini akan disekat sebanyak separuh.. Jadi saat tersebut merupakan peluang keemasan untuk Hero tewaskan Demon King.. Tapi perlu ingat yang sihir ini hanya mampu bertahan selama 1 jam.. Jika mereka gagal tewaskan Demon King dalam masa 1 jam.. Masa depan kita musnah!" kata Razor.
*****************
*Jadi aku hanya ada satu jam untuk tewaskan raksasa ni.. Gulp! Tapi Razor tak kata pulak yang Dragon Heart dapat sembuhkan orang yang berada dalamnya.. Ahh abaikan.. Sekarang aku perlu fokus pada raksasa ni..* kata Raqnid dalam hati.
"Hehe, sekarang baru adil!" kata Raqnid pada Demon King.
"Huh? Kau! Macam mana kau boleh—Ciss, Dragon Heart! Korang gunakan benda tuu untuk sekat kuasa aku.."
"Tepat sekali.. Sekarang mari kita mulakan pusingan yang kedua!" kata Raqnid.
Raqnid memegang kedua-dua pisaunya dan bersedia untuk menyerang.
[Telepathy] [Skill] [A]
-Membenarkan pengguna untuk berkomunikasi dengan seseorang menggunakan mindanya tanpa perlu berkata-kata.
*Ray!*
"Huh? Suara siapa ni?" Ray hairan apabila mendengar suara dalam fikirannya.
*Ray, siapkan skill kau yang paling kuat.. Aku nak kau yang tamatkan riwayat Demon King ni.. Aku akan pastikan raksasa ni tak akan mampu mengelak atau menepis serangan kau.. Jadi kau hanya perlu tunggu isyarat aku je!*
Kemudian suara tersebut pun hilang dari fikirannya.
"Jadi, itu suara orang tu!" Ray melihat kearah Raqnid.
"Gerghh.. MARIII!!" Demon King menjerit ke arah Raqnid.
SHOOSH!!
Raqnid meluru laju ke arah Demon King.
CLANNG!!
Pisau Raqnid dan pedang besar Demon King bertemu.
CLANKK!!
CLINGG!!
CINNG!!
Kedua-dua mereka masing-masing membalas serangan. Kini, Demon King tidak lagi sepantas Raqnid. Namun, kekuatan dan ketahanan Demon King masih melepasi Raqnid.
Kedua-dua mereka mempunyai kelebihan tersendiri.Raqnid dengan kelajuannya manakala Demon King dengan kekuatan serangan dan ketahanannya.
Di mata Ray, dia hanya melihat percikan cahaya apabila mereka berdua bertarung. Cahaya yang terhasil daripada pelanggaran antara senjata.
*Ciss, walaupun separuh kuasanya disekat.. Dia masih sukar untuk dikalahkan!* kata Raqnid dalam hati.
*Tak guna, kalau bukan kerana kuasa aku disekat, aku pasti! pedang aku dah kerat dia.. Aku hanya perlu bertahan selama satu jam..Lepas tuu, aku akan hancurkan dia ni dan Hero tuu!* kata Demon King dalam hati.
Demon King langsung tidak dapat menyentuh Raqnid dengan kelajuan dia sekarang. Manakala Raqnid bertubi-tubi menyerang Demon King namun serangannya hanya memberi jumlah kecederaan yang sedikit.
Kalau diteruskan, satu jam mungkin akan berlalu begitu sahaja.
*Tak guna, aku perlu cari cara lain untuk hentikan dia daripada bergerak!* Raqnid mula berfikir.
Raqnid menggunakan hampir kesemua skill yang dia ada pada Demon King namun skill-skill tersebut masih tidak cukup.
Jika dia mempunyai senjata seperti Hero pasti lebih banyak kecederaan yang dia dapat hasilkan. Kesemua Hero mempunyai senjata yang dicipta khas untuk melawan Demon. Disebabkan itulah Raqnid menyerahkan kepada Ray untuk membuat serangan terakhir. Tambahan pula, skill yang diperoleh oleh Ray merupakan skill yang sangat berkesan untuk membunuh Demon.
"Aku perlukan senjata yang lebih kuat! Tapi macam mana? Huh!!!" Raqnid mendapat satu lagi idea.
SHOOSH!!
Raqnid meluru laju menyasarkan pedang Demon King. Demon King yang menyangkakan Raqnid menyasarkannya namun dia terkejut apabila tangannya diserang.
[Disarm] [Skill] [S]
-Melucutkan senjata musuh.
"GERGHH!!"
Pedang Demon King terlucut dari tangannya.
"Heh, tindakan yang bijak! Tapi, apa yang kau boleh buat? Sejam akan berakhir tak lama lagi!" kata Demon King.
Raqnid melepaskan salah satu pisaunya. Kemudian tangannya menggapai menuju ke arah pedang Demon King.
"Huh? Apa yang kau cuba buat? Jangan cakap, kau nak gunakan pedang aku tu! Aku dah beritahu yang pedang tuu hanya untuk ak… !"
Apabila tangan Raqnid sentuh saja pedang besar Demon King, dengan pantas dia melontar pisau ke arah Demon King.
ZHOOSH!!
"Huh!"
CLANNG!!
Sempat ditepis oleh Demon King dengan tangannya.
[Teleport Item]
KA-CHING!!
"Tak gun—Huh!" Demon King terkejut melihat Raqnid muncul di hadapannya sambil menghayun pedangnya Zero.
"MATILAH KAAUU!!" Raqnid melibas pedang Demon King.
WHOOSH!!
KA-BOOOM!!
Demon King sempat mengelak daripada terkena serangan tersebut.
"Ma ma ma ma-cam mana kau boleh gunakan pedang tu!" soal Demon King.
"Seperti yang kau katakan, pedang ni memang takde berat!" kata Raqnid.
"Huh! Ka ka kau ada title Legendary!" Demon King mula menyedarinya.
"Di mana kita tadi?" soal Raqnid.
"Geergghh!" Demon King marah.
ZHOOSH!!
Pisau dilontarkan lagi ke arah Demon King.
KA-CHING!!
"GARGGGHH!" Raqnid sekali lagi menyerang.
BOOOMM!!
WHOOSH!! WHOOSH!! WHOOSH!!
*Mustahil untuk aku elak kesemuanya!* Demon King.
Raqnid seperti biasa menyerang Demon King cuma kali ini tangan kirinya lebih berbahaya. Oleh kerana Zero Blade tidak mempunyai berat, Raqnid dapat menggunakannya seperti pisau biasa.
Demon King hanya mampu mengelak, jika dia cuba untuk menyerang, lebih banyak kecederaan yang dia akan alami.
Raqnid mula menguasai pertarungan.
SHOOSH!!
Demon King cuba menjauhkan dirinya daripada Raqnid dan mulai menyerang menggunakan kuasa magik.
Tapi, Raqnid dengan mudah mendekatkan diri menggunakan skill Teleport Item.
Hanya berbaki 2 minit sebelum Demon King mendapat semula kuasanya.
Demon King cuba menjauhkan dirinya sejauh mungkin.
"Heh!" Raqnid tersengih lalu melontarkan pisaunya ke arah Demon King.
ZHOOSH!!
Demon King dengan pantas membuat perisai magik di hadapannya untuk menghalang Raqnid.
Pada saat itu jugalah, tumit kaki Demon King tertendang sesuatu ke belakang. Dengan sekilas pandang, Demon King melihat pisau Raqnid yang ditinggalkan disitu sewaktu Raqnid mengambil pedang Zero.
"Huh! GERGHH!! TAK GUNAAA!!"
Dalam tempoh sesaat itu, Demon King cuba untuk menghasilkan perisai di belakangnya juga namun semua itu sudah terlewat.
KA-CHING!!
Raqnid teleport ke pisau yang berada di belakang Demon King, kini belakang Demon King terbuka luas tanpa sebarang perisai.
THROUGHH!!
“Gorghhh!"
Demon King ditikam dari belakang oleh Raqnid dengan pedang Zero itu.
*Tak guna, semuanya sudah di rancang! Dia cuba menekan aku supaya aku masuk ke dalam perangkapnya!*
[Telepathy]
*RAY SEKARANGG!!*
"Baiklah! GARGGGHH!"
[Excalibur] [Skill] [SSS]
"Huh!" Demon King kemudiannya melihat pedang setinggi 10 meter bakal memukulnya.
"GARGGGHH! AKU VALKANON, RAJA KEPADA NEGARA DEMON! AKU TAKKAN TEWAS PADA MANUSIA MACAM KORANG!!"
Demon King cuba melepaskan diri daripada tusukan pedang untuk mengelak serangan Ray.
"Gerghh, kenapa serangan tu lambat sangat!" Raqnid menahan pedangnya supaya Demon King tidak dapat melarikan diri.
"GARGGGHH!!!" Demon King menggunakan sepenuh tenaganya untuk melepaskan diri daripada Raqnid.
"KAU TAKKAN KE MANA-MANAA!!! ARRGHH!!!" Raqnid berusaha sedaya upaya menahan Demon King.
WHOOSHHH!!
Serangan Ray itu pun memukul Demon King.
[Teleport Item]
"ARGHHHH!!!" Demon King menjerit kesakitan.
BOOOOMMM!!!
Pedang sebesar 10 meter itu juga menghancurkan istana Demon King.
Orang yang berada di luar terkejut melihat apabila istana yang sangat besar hancur berkecai begitu sahaja. Letusan yang terhasil tersangatlah besar.
“Apa yang dah terjadi?” menjadi tanda tanya ramai orang.
"Ray!" Jilk, Zack dan Sofia yang baru sahaja dalam perjalanan ke istana.
Ray memacakkan pedangnya lalu dia berpaut padanya kerana kepenatan.
"Hurghh.. Hurghh.. Hurghh! Berjaya ke bunuh dia?" Ray memandang ke arah kawasan Demon King diserang.
Apa yang dilihat hanyalah kehancuran yang sangat besar dan tiada Demon King disitu.
Ting!
[Demon King Has Been Slain] [Notification]
[Last Hit On Demon King] [Achievement]
[One True Hero] [Title] [Epic]
Level Up! x194
Selepas Ray melihat notifikasi yang terpapar di depannya, barulah dia menghembuskan nafas lega lalu jatuh terbaring ke tanah.
"Hurghh.. Semuanya dah berakhir!"
Selepas baring seketika barulah Ray sedar akan sesuatu, dia terus bagun.
Ray mencari orang yang menolongnya menewaskan Demon King namun apa yang dijumpai hanyalah abu dan serpihan batu.
****5 minit sebelum itu***
KA-CHING!
"Raqnid!"
Shara terkejut apabila Raqnid tiba-tiba muncul di hadapannya. Raqnid menggunakan skill teleport pada busurnya yang dipegang Shara.
Keadaan Raqnid yang luka parah akibat dia terkena sebahagian daripada serangan Ray.
Shara mendakap Raqnid daripada terjatuh ke tanah. Raqnid kelihatan begitu lemah dan tidak bermaya.
"Raqnid awak okey tak?" soal Shara.
"SHARAA!!!" jerit Wells dari jauh.
"Atokk!" Shara melambai tangan kepada Wells.
"Shara okey tak—Raqnid! Apa yang berlaku pada Raqnid?" soal Wells.
"Shara tak tahu, tiba—!"
BOOOOMMM!!!
"Huh?" Shara dan Wells menoleh ke arah berlakunya letupan itu.
Istana Demon King hancur berkecai.
"Raqnid apa yang awak lakukan di sana?" menjadi tanda tanya buat Shara.
Wells melihat keadaan Raqnid yang parah.
"Kita perlu bawa dia pergi balik ke kem!" kata Wells.
"Baiklah, Atok!"
Wells mendukung Raqnid di belakangnya lalu berlari ke kem untuk mendapatkan rawatan.
########
Semua orang tertanya-tanya apa yang berlaku di istana Demon King. Samaada Hero dapat kalahkan Demon King ataupun sebaliknya.
Jilk, Zack dan Sofia menghampiri istana.
"Seseorang menghampiri!" Sofia dapat merasakan kehadiran seseorang.
Mereka bertiga terus berhati-hati, melihat individu yang akan muncul di hadapan mereka membuat hati mereka berdebar.
Perasaan takut mula merasuki diri mereka apabila mereka mengenangkan betapa perit dan sukarnya untuk menewaskan Demon Lord Dolce. Bayangkan jika mereka terpaksa bertarung dengan Demon King Valkanon iaitu raja kepada Demon Lord yang mereka baru sahaja tewaskan tadi. Memikirkannya sudah menggerunkan mereka.
Bukan sahaja mereka tetapi satu medan perang berdebar menantikan keputusan.
Tap.. Tap.. Tap..
"Ray!" mereka melihat Ray muncul dihadapan mereka bertiga dalam keadaan penat.
Namun mereka masih belum pasti keputusannya.
Ray pun mengangkat pedangnya ke udara menunjukkan kemenangannya ke atas Demon King.
"YARRGHH!!!" jerit Ray.
"Huh?" ketiga-tiga mereka terkaku.
Jilk pun dengan sendiri mengangkat tombaknya walaupun dia masih belum percaya dengan keputusan tersebut.
"YARRGHH!!!"
Setelah itu, jeritan kemenangan itu diikuti oleh Zack dan Sofia dan sampailah berita kemenangan mereka ke seluruh Mardi.
"YARRGHH!!!"
"KITA MENANNGG!!!"
"YARRGHH!!!"
"YAHOOO!!!"
Berakhirlah peperangan itu dengan kekalahan puak Demon. Tentera Demon yang tersisa ditewaskan dan ada juga yang sempat melarikan diri.
Peperangan yang menentukan nasib kesatuan Unity dalam 1000 tahun yang akan datang itu telah berakhir.
Ramai yang terkorban dalam peperangan ini termasuklah Razor dan Rose.
Ray yang baru sahaja keluar daripada istana Demon King sebak mendengar berita kematian Rose. Bukan, dia seorang malah rakan sekelas lain juga turut merasakan benda yang sama.
Perjuangan Razor juga turut diketahui selepas kumpulan Stingray menceritakan kesemuanya.
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Share this novel