Tibalah hari perkahwinan Shara dan Ray akan berlangsung.
"Puteri Shara!" Lyn risau melihat Shara yang kelihatan murung ketika penyolek sedang menyoleknya.
Selesai sahaja Shara mengenakan busana pengantin, Lyn dan Albert mengiring Shara ke dewan istana untuk upacara akad nikah.
Hati Shara yang berdebar dan tidak tenteram apabila dia menghampiri dewan tersebut.
Tiba sahaja di hadapan pintu dewan tersebut. Pengawal membuka pintu, Shara pun berjalan memasuki ke dalam dewan itu, terlihat beribu orang telah menunggu ketibaannya.
Kebanyakannya dari golongan raja dan bangsawan. Perjuang-perjaung yang berjuang dalam peperangan sebelum ini juga turut hadir.
"Cantiknya!" kata orang ramai.
Ramai orang terpesona dengan kecantikan Shara sehingga ada memcemburui lelaki yang bakal menjadi suaminya.
"Saksikanlah ketibaan puteri Shara di pintu utama!" kata pengacara.
Clap! Clap! Clap!
Tepukan yang gemuruh mula diberikan sebaik sahaja pengacara mengumumkan ketibaan Shara.
Shara dan pengiringnya berjalan menuju ke hadapan dewan dimana Ray berdiri.
Sampai di tengah dewan, Raja Nolan kemudiannya menggantikan Lyn dan Albert untuk mengiring Shara ke hadapan.
Shara memberikan senyuman kepada raja Nolan supaya ayahnya tidak mengetahui perasaannya.
"Kamu nampak sangat cantik, Shara!" bisik raja Nolan kepada anaknya.
Raja Nolan pun mengiringi Shara sehingga ke pangkuan Ray. Ray menyambut Shara dengan senyuman manisnya namun tidak diendahkan Shara.
*Heh, sekarang di mana kau, Raqnid! Saksikanlah kekalahan kau kepada aku!* kata Ray dalam hati.
Kedua-dua mereka bersedia untuk diijab kabulkan.
*Selamat tinggal, Raqnid! Sob.. sob!* hati Shara yang masih tidak dapat melupakan Raqnid.
KBOOOOMMM!!!
Belum sempat, tok kadi mengatakan apa-apa, pintu utama dewan tersebut dipecahkan.
"SAYA BANTAH PERKAHWINAN NI!" jerit seseorang.
"Huh? Apa yang berlaku?" menjadi tanda tanya orang ramai.
"Siapa pulak yang berani ganggu perkahwinan ni?
PENGAWAL TANGKAP PENCEROBOH TU!!!" jerit raja Nolan.
Pengawal mula bertindak untuk menahan penceroboh itu.
WHOOSHH!
"ARGHHHH!!!" habis melambung pengawal istana selepas individu itu melibaskan pedangnya. Libasan itu juga menghilangkan debu-debu di udara akibat daripada pintu yang hancur tadi. Terlihat individu tersebut yang memakai jubah hitam berhoodie.
SHOOOSH!
Dengan sekelip mata, individu tersebut berada di hadapan raja Nolan lalu mengacungkan pedang ke arahnya.
“Gerrh, berani kau acungkan pedang ke arah aku! Kau tahu aku siapa, aku raja negara ni!”
WHOOSH!
Individu tersebut langsung tidak gementar dengan kata-kata raja Nolan. Dia langsung meletakkan mata pedangnya pada leher raja Nolan.
“Ahhhh, aku ni raja kau tahu! Kalau kau apa-apakan—”
“Hehhh, kalau kau raja, aku pula adalah permaisuri!”
"Huh? Suara perempuan! Siapa kau hah?" soal raja Nolan.
Individu tersebut pun membuka hoodienya lalu melepaskan pedangnya.
"Lama tidak berjumpa, Nolan!"
Selepas melihat individu itu, air mata raja Nolan tiba-tiba berlinang keluar.
"Mustahil!" Nolan terkesima melihat wajah isterinya yang sudah sekian lama dia tidak terlihat.
*Huh! Ayahanda menangis!* Shara terkejut melihat ayahnya mengalirkan air mata buat pertama kali.
"Berhenti! Jangan bergerak!" tentera-tentera Elf mula mengelilingi Shila dengan mengacungkan senjata ke arahnya.
Raja Nolan berjalan mendekati Shila. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Raja Nolan pun berbisik kepada Shila. "Kau ingat aku akan terpedaya dengan helah kau, berani kau menyamar sebagai isteri aku! Aku akan pastikan hidup kau merana—"
DOOMM!
Shila memberikan satu tumbukan ke perut Nolan. "Haishh!".
"Gorghh!" raja Nolan terus sujud menyembah bumi selepas menerima tumbukan itu.
Shila kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Shara lalu berjalan ke arahnya.
"Tuanku! Berani kau—" tentera Elf cuba menyerang Shila.
"Tunggu! Jangan apa-apakan dia!" namun sempat dihalang oleh raja Nolan.
"Tuanku! Tuanku okey tak!" tanya salah seorang daripada tentera Elf.
*Huh! Perempuan haritu yang bersama Raqnid!* Shara selepas melihat wajah Shila.
Shila terus berjalan ke arah Shara tanpa ada sesiapa yang menghalang kerana menurut perintah raja Nolan. Tanpa Shara sedari, dirinya sudah dipeluk erat oleh Shila.
*Huhh? Kenapa dia peluk aku?* keliru Shara.
"Mama sangat rindukan kamu, Shara!" Shila memanggil anaknya dengan suara yang lembut.
"Eh?" walaupun Shara masih keliru, namun hatinya dapat merasakan kasih sayang seorang ibu yang sangat mendalam sehingga dia mengalirkan air mata tanpa dia sedari.
"Maafkan mama ye, Shara! Sebab tak dapat besarkan kamu!"
"Awak ni, betul ke mama, Shara?" Shara memandang Shila.
"Ye, ini mama sayang!" Shila sambil tersenyum manis.
"Sob-ssob! Guargghh! Mamaa!" nangis Shara dalam pelukan ibunya.
"Tuanku, siapa perempuan tu sebenarnya?" soal ketua tentera Elf.
"Permaisuri negara ini, Queen Shila!" jawab Nolan.
"SEMUAAA! HORMAATT!!" jerit ketua tentera Elf.
"SELAMAT PULANG! TUANKU!"
*Heh, tumbukan dia masih kuat macam dulu!* kata raja Nolan dalam hati.
"Dah-dah berhenti menangis, nanti tak cantik anak mama! Pergi!" kata Shila.
"Huh?" Shara hairan dengan kata-kata ibunya itu.
"Pergi, dia sedang tunggu kamu!" kata Shila.
Shara memandang raut wajah ibunya. Shara mula memahami apa yang dimaksudkan ibunya itu. "Mama, maksudkan—!"
Shila mengangguk mengiyakannya. "Beritahu dia perasaan kamu!"
"Baiklah! Tapi, ayahanda—!" Shara masih takutkan ayahnya.
"Takpe, jangan risau! Biar mama uruskan.. Yang penting anak mama gembira! Sudah, pergi sekarang.."
"Terima kasih, mama!" sekali lagi Shara memeluk Shila kemudian dia beransur pergi.
"Huh? Shara nak pergi ke mana tu?" soal raja Nolan.
"Apa dah jadi? Kenapa puteri Shara keluar dari dewan ni?" soal orang ramai.
"Ciss!" Ray bengang melihat, lalu dia pun pergi meninggalkan dewan.
"Kenapa, pengantin tinggalkan dewan?" keliru orang di dalam dewan.
Shila kemudian mengalih semula perhatiannya ke arah Nolan.
"Huhh?" melihat Shila memandang ke arahnya menyebabkan raja Nolan merasa gerun.
SHOOSH!
Shila dengan pantas menarik leher baju suaminya itu. "Berani yee, awak paksa anak saya kahwin dengan lelaki yang dia tak cintai!"
"Eh.. Ehhh!" raja Nolan menelan air liur.
Share this novel