Pada malam harinya..
Di istana Elf, berhadapan pintu ruang raja Elf bersemayam. Aku bersama Shara, datang untuk meminta restu ibu bapanya. *Gulp! Matilah aku!*
Shara melihat wajah Raqnid yang kelihatan gugup "Raqnid, awak okey tak?".
"Raja Elf baikkan orangnya?" tanya Raqnid.
"Pfffttt.. Jangan risau, saya ada bersama awak!" Shara ketawa kecil.
Kedua-dua mereka pun memasuki ruangan tersebut. Terlihat dari jauh, raja Nolan sedang bersemayam di atas takhtanya dan diikuti Shila dan Wells di sebelahnya.
Raqnid telah melayan Wells dan Shila dengan teruk sebelum ini dan raja Nolan yang tidak menyukai orang sepertinya menyebabkan dia terasa sangat berat untuk berjumpa dengan keluarga Shara, *Hah, tiga orang yang paling aku nak elak dalam dunia ni, sekarang duduk bersama dan bakal menjadi keluarga mertua aku! Arghhh, malam petaka apakah ini!*.
Raqnid dan Shara datang menghadap raja Nolan. Kedua-dua mereka menundukkan hormat kepada raja Nolan. "Selamat malam, tuanku!" kata Raqnid.
Raja Nolan dengan wajah yang garang dan sombong menyoal "Jadi, kamulah orang yang merosakkan semua rancangan beta!"
"Rancangan?"
Raja Nolan menghentak tangannya "Rancangan beta untuk kahwinkan, Shara! Dia lari daripada perkahwinan disebabkan kamu! Kamu tahu betapa malunya beta dengan negara lain."
"Ayahanda!" Shara bersuara setelah mendengar ayahnya masih mengungkit hal siang tadi.
"SHARA DIAM!"
Melihat raja Nolan menengking anaknya sendiri begitu menyebabkan Raqnid merasa semakin kurang yakin, *Gulp, makcik! orang tua! Cakaplah sesuatu, ini semua idea korang!* kata Raqnid dalam hati.
"Beritahu beta sebab apa kamu layak untuk berkahwin dengan puteri beta!" soal raja Nolan.
Raqnid terkesima hendak menjawab pertanyaan raja Nolan itu kerana dia tidak pasti jawapan seperti apa yang diinginkan raja Nolan.
DOOM! Pintu ruangan itu terbuka. Tiba Ray, Fat dan rakan sekelas yang lain ke ruang tersebut.
Raqnid hanya menoleh sedikit kepalanya untuk melihat siapa yang datang, *Ray! Fat! Apa mereka semua buat dekat sini?* kata Raqnid dalam hati.
"Huh? Apa yang berlaku ni? Kenapa Ray panggil kita ke sini?" tertanya rakan sekelas lain.
Rakan sekelas Raqnid dapat mengecam Shara walaupun dari jauh kerana kecantikannya "Huh? Bukan ke itu puteri Shara yang lari tadi!"
"Ye, laa!"
"Siapa lelaki yang menghadap raja tu?"
Rakan sekelas Raqnid mula berkata-kata.
"Diam! Apa kamu semua buat dekat sini? Inilah adalah ruang diraja!" jerit raja Nolan.
Ray kemudiannya ke hadapan, "Maafkan, saya tuanku! Ini semua rancangan saya!" jawab Ray.
"Huh? Hero Ray! Apa yang kamu cuba lakukan ni? Kalau pasal hal tengah hari tadi, beta minta maaf! Beta akan beri ganjaran yang setimpal!"
“Bukan itu tujuan saya datang ke sini, tuanku!” jawab Ray.
“Jadi, apa tujuan kamu ke sini?” soal raja Nolan.
“Saya datang ke sini untuk menyokong perkahwinan Raqnid dengan puteri Shara, tuanku!”
“HAH!” terkejut raja Nolan tindakan Ray itu.
“Raqnid?” rakan sekelas yang lain mula melihat ke arah Raqnid.
Masih yang ramai tidak mengetahui yang rakan sekelas mereka itu masih hidup kerana Raqnid menghilangkan diri selepas hari pengebumian, “Bukankah, Raqnid dah mati!”
“Ye, dia mati sewaktu hendak pulang ke negara Human!”
Zack terus meluru ke arah Raqnid lalu menariknya untuk memastikan itu benar-benar Raqnid. “Hurhhh, Raqnid! Kau masih hidup!”
“Ahh! Lama tak berjumpa!” jawab Raqnid mengiyakannya sambil tersenyum kecil.
“Itu Raqnid!”
“Raqnid masih hidup!”
“Jadi, puteri Shara lari tadi disebabkan Raqnid ke?”
“Ehh, mustahil! Raqnid bukannya siapa-siapa!”
“Entah dalam kelas, dia biasa je aku nampak!”
“Tapi kenapa Raqnid datang bertemu raja Elf?”
“Tahu laa puteri Shara cantik pun, takkan laa dia tersedak sampai macam ni!”
“Diam, kita patut bersyukur yang salah seorang daripada rakan kita terselamat. Kita sepatutnya sambut kepulangannya bukannya mengutuk dia!” jerit Sofia.
Semua orang terus terdiam.
*Raqnid dengan puteri Shara!* Fat dan Sora terkejut. Mereka sudah tahu yang Raqnid masih hidup tapi mereka tidak tahu tentang hubungan Raqnid dengan Shara.
*Raqnid!* sakit hati Shara melihat Raqnid diperlakukan sebegitu. Sewaktu Shara hendak bersuara dia melihat reaksi wajah Raqnid yang mengatakan jangan.
“Tuanku, mungkin tidak tahu! Kalau bukan disebabkan Raqnid, saya mungkin tak dapat membunuh Demon King!” Ray beritahu kepada raja Nolan.
“Apa maksud kamu?” soal raja Nolan.
“Raqnid yang bertarung dengan Demon King bukannya saya. Dia yang membuka peluang untuk saya membuat serangan terakhir." jawab Ray.
"APA!" raja Nolan terkejut.
*Apa yang kau buat ni, Ray!* Raqnid juga terkejut apabila Ray memberitahu raja Nolan mengenai hal tersebut.
Kata-kata itu juga mengejutkan rakan sekelas yang lain. Selama ini mereka menyangka bahawa Ray membunuh Demon King seorang diri. Malah apa lagi yang mengejutkan ialah Raqnid yang membantu Ray. Raqnid yang dikenali sebagai orang biasa dan langsung tidak dikenali.
"Betul ke, apa yang aku dengar ni!"
"Mustahil! Takkan Raqnid sekuat tu!"
*Raqnid bertarung dengan Demon King!* Sora terkejut.
"Apa yang kau merepek ni, Ray!" jerit Jilk.
"Betul ke apa yang kau cakap ni, Ray!" soal Sofia.
"Ya betul! Raqnid yang sepatutnya menerima perhargaan bukannya aku!" jawab Ray.
Semua orang di dalam ruangan tersebut terkejut dengan berita itu.
Zack yang berada di sisi Raqnid kemudiannya menarik leher baju Raqnid. “Betul ke apa yang Ray katakan tu, Raqnid!”
Raqnid hanya terdiam lalu mengelak daripada memandang Zack kerana tidak mahu menjawab pertanyaan tersebut. Zack terkejut melihat reaksi Raqnid, selalunya orang yang mengelak daripada menjawab soalan sedemikian samaada benar ataupun mereka tidak pasti, “Jadi betul laa, kau yang bantu Ray!”.
Jilk dengan perasaan marah meluru ke arah Ray lalu menarik leher bajunya. “Ray, apa yang bebelkan ni, siapa yang akan percaya yang Raqnid tu bertarung dengan Demon King! Jangan buat lawak!”
Ray tidak berkata apa-apa namun memandang Jilk dengan pandangan yang serius untuk menunjukkan apa yang dikatakannya benar.
“Kau ingat aku akan percaya kalau kau pandang aku macam tu! Dalam dewan ni tiada siapa yang percaya dengan kata-kata kau tu!” jerit Jilk.
“Bukan itu sahaja, Raqnid yang bunuh Demon Lord Vishnal! Dia juga yang hancurkan benteng negara Demon!” Ray menambah lagi cerita yang tidak boleh diterima oleh akal mereka.
Rakan sekelas mereka yang lain mula membuat konklusi lain tentang apa yang dikatakan Ray. “Kalau apa yang Ray katakan itu betul!”.
“Maksudnya, Raqnid lagi kuat daripada Hero!”
“Jadi, selama ini kita ikut orang yang salah!”
“Cehh, kalau Raqnid yang pimpin kita selama ini pasti takkan ade rakan kita yang mati!”
“Hurrhh, apa yang berlaku ni?” Sofia mula keliru dan sedikit demi sedikit termakan dengan konklusi yang dibuat oleh rakan sekelasnya yang lain.
Raja Nolan hanya menyaksikan situasi dalam diam, *Heh, sekarang apa yang kau akan lakukan Raqnid! Disebabkan kau, rakan-rakan kau bergaduh!* kata raja Nolan dalam hati.
## Sebelum itu ##
“Jadi, awak kata budak yang bernama Raqnid ni yang selamatkan awak!” soal raja Nolan kepada istrinya, Shila.
“Ya!” jawab Shila.
“Dia bukan sahaja selamatkan Shila, Nolan! Dia juga yang hancurkan benteng negara Demon! Ayah pun malu untuk mengaku tapi dia juga berjaya tewaskan ayah dalam memanah!” kata Wells.
“Jadi, budak ni tersangatlah kuat! Tapi ia tak bermakna saya akan izinkan dia untuk berkahwin dengan Shara!” jawab raja Nolan.
“Nolan!” tegas Shila dan Wells.
“Saya perlu uji dia dulu, kalau dia lepas ujian saya! Barulah saya benarkan dia berkahwin dengan Shara!”
“Uji?” Shila dan Wells keliru.
“Ye, saya akan uji dia! Jadi saya nak Shila dan ayah untuk tidak berkata apa-apa ataupun cuba untuk mempertahankan budak ni!” kata raja Nolan.
#####
*Nolan, ini ke ujian kau pada Raqnid!* kata Wells dalam hati.
*Ujian kau bermula, Raqnid! Hehh(tersengih)!* kata raja Nolan dalam hati.
Share this novel