Chapter 40 - Peluang Kedua

Fantasy Completed 2305

"Tuanku, anggaran tentera musuh adalah sebanyak 80,000 ribu tentera." salah satu tentera melaporkan kepada raja Alex.

Raja Alex hanya bermain gigi apabila mendengarkan berita itu. Dia terkejut dengan jumlah tentera Demon yang dua kali ganda lebih banyak daripada tentera mereka. Bukan itu sahaja, kebanyakan tentera Demon merupakan raksasa yang kuat seperti Troll, Minotaur, dan banyak lagi . Mustahil untuk seorang tentera Unity biasa membunuh seekor daripada raksasa-raksasa tersebut. Mereka perlukan sekurang-kurangnya 5 orang untuk bunuh seekor raksasa. Ini merupakan situasi yang buruk bagi tentera Unity.

"Situasi kita teruk!" raja Alex bersuara.

"Benarkan kami untuk membantu!" suara dari belakang menghampiri.

"Huh?" raja Alex menoleh ke belakang. Terlihat kesemua Hero sudah bersedia untuk memasuki medan perang.

"Apa yang kamu cuba lakukan ni? Ini bukan seperti apa yang kita rancangkan." raja Alex.

"Rancangan kita berubah tuanku. Lagipun rancangan kita sebelum ni hanya menganggarkan tidak lebih daripada 60,000 tentera Demon. Sekarang mereka sudah lebih daripada 80,000. Mustahil untuk tentera kita tewaskan mereka. Tambahan pula, hampir separuh daripada tentera musuh merupakan raksasa tahap tinggi. Biar kami bantu, biar kami selesaikan lagi 20,000." Ray dengan petah berkata untuk menyakinkan raja Alex.

"Musuh kamu bukan yang ini. Kamu semua perlu ingat, kamu semua perlu berdepan dengan Demon King iaitu musuh yang paling bahaya diantara semua. Kalau kamu semua bertemu dengan Demon King dalam kondisi lemah, kamu semua fikir kamu dapat tewaskan dia!"

"Tuanku, kami perlu turun ke medan perang ataupun kami langsung tak dapat berdepan dengan Demon King. Lebih baik dapat berdepan dengan Demon King dalam keadaan lemah daripada langsung tidak dapat berdepan dengannya!" Jilk pula bersuara.

"Kita dah diberi peluang yang kedua untuk betul kesilapan rancangan kita sebelum ni, Tuanku! Kali ni kita tak boleh lakukan kesilapan lagi." Sofia bersuara.

Raja Alex mula buntu untuk membuat keputusan. Keputusan ini bakal menentukan masa depan mereka.

"Ayah!" puteri Alia cuba untuk memberi semangat kepada ayahnya.

Kemudian raja Alex sekilas pandang kearah wajah-wajah Hero yang begitu yakin dengan keputusan mereka.
"Baiklah!"

"Terima kasih, tuanku!" kesemua Hero menunduk memberikan hormat sebelum pergi.

Sesudah Hero meninggalkan raja Alex, raja Alex hampir rebah ke tanah namun sempat ditangkap oleh puteri Alia.

"Ayah ok ke tak?"

"Alia, betul ke keputusan ayah ni!"

"Jangan risau, Alia pasti Hero dapat tewaskan Demon King. Percayakan mereka ayah!"

°°°
"Shara! Di mana Shara!" jerit raja Nolan mencari anaknya.

Lalu seorang tentera mendekatinya memberitahu.

"Tuanku, saya lihat puteri Shara bersama ayah tuanku turun ke medan perang."

"APA! SHARA TURUN KE MEDAN PERANG!" terkejut raja Nolan mendengar berita itu.

"Ya, tuanku!"

"CEPAT PERGI CARI SHARA! PASTIKAN DIA SELAMAT!"

"BAIK TUANKU!"

*Apa yang ayah cuba fikirkan, bawa Shara ke medan perang!* raja Nolan berkata dalam hati.

°°°
Di medan perang...

"FAT!" Kiel menjerit.

"Baik! Ultra Parry!" Fat dengan pantasnya menepis serangan berdozen Minotaur yang berada di hadapan mereka.

"Doom!" melambung kesemua Minotaur yang cuba untuk menyerang Fat.

Dalam kesempatan masa tersebut, Kiel dan Doug maju ke hadapan membunuh kesemua Minotaur itu.

"Twin Blade Combo!" gabungan mereka berdua telah menghasilkan skill yang sangat kuat. Kedua-dua mereka merupakan 'swordsman' yang hebat. Mereka dikenali sebagai 'The Twin' yang bermaksud mereka sangat susah ditewaskan jika mereka bersama.

'Slaaaasshhh'

"Argghh!" Minotaur itu hanya dapat menjerit kesakitan.

"Heal!" Nancy berada di belakang mereka semua sebagai 'Healer'.

Mereka berempat banyak berubah dan bertambah kuat dalam tempoh setahun ini.Gabungan mereka berempat menghasilkan kumpulan yang hebat. Mereka tiada masalah untuk tewaskan mana-mana raksasa milik tentera Demon.

Dalam masa yang sama, di sudut lain medan perang itu.

Wells dengan lincah memanah seekor demi seekor raksasa yang dilihatnya. Setiap satu raksasa mati dengan hanya satu panah. Manakala, Shara tidak kurang hebatnya setelah setahun kekuatannya bertambah berlipat kali ganda dari sebelumnya. Mereka berdua sahaja sudah cukup untuk tewaskan lebih daripada 1 ribu raksasa.

“Garghhh!” troll yang besar berada di hadapan Shara.

"SHARA!" Wells menjerit.

Tanpa ragu-ragu Shara berlari ke arah troll itu, dia mengelak hentakan kapak yang dilakukan troll itu. ‘BOOM!’.. Shara melompat bermula dari kaki troll itu, bergerak ke badan kemudian melompat di atas kepala troll itu.

“Heavy Shot!”

‘Zhooosh’ anak panah itu menembusi tengkorak kepala troll itu.

"Wow, boleh tahan!" Wells hanya menggelengkan kepala melihat cucunya beraksi.

“Hebatnya puteri Shara!” ramai tentera yang mengagumi Shara.

°°°
Di atas bukit...

"Ahhh!"

Setelah hampir empat jam, Raqnid mula menyedarkan diri. Kepala dan badannya merasa sakit akibat daripada panahan bulan yang dilakukannya. Dia bernasib baik yang badannya cukup kuat kerana impak panahan bulan yang diterimanya tidak begitu teruk sehingga ke tahap membawa maut.

"Raqnid, kau okey?" seseorang berada di sebelah Raqnid.

"Huh?... Anne!"

Selepas Raqnid pengsan, Anne yang berada di sebelahnya menjaganya.

"Macam mana.. awak boleh.. berada dekat sini?.. Bukan ke awak bersama Razor.." Raqnid yang masih sukar untuk berkata-kata.

"Razor yang suruh saya datang ke sini melihat awak.. Awak okey tak?"

"Uhmm... Saya.. Saya.. Ok!"

"Awak memang tak ok! Nah minum ni!"

Anne hulurkan 'Super Potion' kepada Raqnid untuk pulihkan kecederaan yang dialaminya.

'Gulp' diminum Raqnid.

"Ahhh.. Benda apa ni? Tak sedap!"

"Jangan banyak bunyi, Minum!" Anne memaksa juga Raqnid menghabiskan ubat itu.

"Uweerghh!"

Dalam sekelip mata, semua sakit-sakit yang dirasai Raqnid terus hilang.

"Wow! Dah tak sakit. Ubat apa yang kau bagi ni?"

"Super Potion"

"APA! SUPER POTION.. Kau dah gila ke bagi aku super potion untuk sakit macam ni! Mahal tau ubat ni!"

"Aku tahulah, lebih baik kau berguna selepas ni sebab kau dah minum ubat mahal."

"Hurmmm!"

Raqnid terus bagun dari duduknya.

"Kau nak pergi mana?"

"Bukan ke kau suruh aku jadi berguna tadi."

"Jangan cakap kau nak pergi terus ke medan perang!"

"Heh(tersengih)"

'Shoooshhh' Raqnid dengan pantas bergerak menuju ke medan perang.

"Dia baru saja baik!... Haha, betul cakap Razor dia memang hebat." Anne terkaku dan terpegun.

Share this novel

Spec Eye
2022-04-03 23:22:09 

Tq, chapter 41 updated.

MN DAN MS
2022-03-28 18:30:33 

WUUUHU BESTNYA !!


NovelPlus Premium

The best ads free experience