Chapter 26 - Air Mata

Fantasy Completed 2305

10 tahun lalu…

“Puteri! Jangan lari nanti jatuh!”

“Kejar la Shara sampai dapat!”

Shara hanya berumur 7 tahun ketika itu. Bermain di taman istana seorang diri sambil ditemani oleh orang gajinya iaitu Lyn. Dia ketawa dengan penuh kegembiraan.

Keesokan hari nya Shara pergi melewati bandar. Apa sahaja yang dihajatkan, pasti akan ditunaikan kerana Shara merupakan satu-satu nya anak raja kerajaan Elf. Dia merupakan puteri sulong dan juga satu-satu nya pewaris takhta kerajaan itu. Namun, semua yang di hajatnya tidak bermakna tanpa ada orang untuk berkongsi. Bapa Shara sibuk mentadbir negara dan tidak ada masa terluang untuknya. Ibu nya pula telah meninggal dunia sewaktu dia masih bayi. Orang di sekeliling nya yang lain hanya menganggap Shara sebagai puteri kerajaan Elf. Shara merasa keseorangan, senyuman nya tiap-tiap hari menjadi kosong kerana ia seperti dibuat-buat.

Pada suatu hari, Shara berjalan-jalan di taman istana tanpa ditemani oleh Lyn. Sewaktu di berjalan, dia terserempak dengan seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengannya sedang menangis teresak-esak.

“Uhmm! Awak okey tak?”

Lalu, kanak-kanak lelaki itu memandang ke arah Shara. “Huh?”

Shara senyum ke arah lelaki itu.

“HUARGH!” , budak lelaki itu lagi kuat menangis.

“Ehh! Janganlah menangis!” Shara lalu mengambil gula-gula di dalam poket kemudian diberikan kepada budak lelaki tersebut.

Budak itu pun berhenti menangis selepas diberikan gula-gula. “Siapa nama awak?” soal Shara.

“Leonel!”

“Berapa umur awak?”

“Umm... tujuh tahun!”

“Ye ke kita sama la!” , Shara terloncat kegembiraan kerana buat pertama kali, dia menemui seseorang yang sebaya umur dengan nya.

Semenjak itu, Shara dan Leonel menjadi kawan. Leonel datang bermain dengan Shara setiap hari. Setiap hari, Shara tidak akan sabar untuk menunggu petang kerana waktu itu Leonel akan datang bermain dengannya.

Shara menunjukkan segala permainan yang dimainnya sebelum ini kepada Leonel. Permainan yang tidak diminati nya sebelum ini, mula merasa seronok selepas bermain bersama Leonel. Senyuman kini kelihatan penuh warna-warni kegembiraan sehinggalah suatu hari ibu Leonel mencarinya.

“Leonel! Apa kamu buat kat sini hah?” soal ibu Leonel dengan begitu bengis.

“Ibu saya tengah bermain dengan kawan saya!” , Leonel sambil tersenyum.

“Kawan? Siapa kawan kamu? Kamu tahu tak yang tempat ni, bukan tempat kamu untuk bermain sesuka hati!” , ibu Leonel memarahinya.

“Kawan saya namanya Shara, ibu!”

“Apa puteri Shara!” , lalu ibu Leonel merentap dan menarik tangan anaknya untuk dibawa pulang.

“Ibu tunggu! Shara suruh saya tunggu dia dekat sini!”

“Dah balik! Puteri Shara bukan kawan kamu!” , ibu Leonel menariknya dengan paksa dibawa pulang.

Shara pun pergi ke pondok tempat dimana dia dan Leonel selalu bermain. “Huh? Mana Leonel pergi?” , semenjak hari itu Shara tidak lagi melihat Leonel di pondok itu.

Keesokan harinya, bapa Leonel pergi menghadap raja Elf untuk memohon maaf atas perbuatan anaknya itu.

Shara bersendirian semula, menunggu rakan nya iaitu Leonel setiap hari di pondok yang sama. Rakan nya itu yang menghilang tanpa khabar menyebabkan Shara sedih. Hidupnya mula kembali kepada keadaan asal malah lebih teruk kerana Shara yang dulu selalu senyum keriangan kini hanya menjadi seorang yang pendiam.

3 tahun berlalu, kini Shara sudah berumur 10 tahun.

Setelah 3 tahun, Shara bertemu semula dengan Leonel. Leonel menunggu Shara di pondok yang sama sewaktu mereka bermain.

"Huh? Siapa awak?" soal Shara.

"Puteri Shara, ni saya Leonel!"

"Leonel? Leonel yang selalu nangis tu kan! Lama tak berjumpa! Berani awak tinggalkan saya tanpa ucap selamat tinggal ye!"

"Hahaha! Maafkan saya puteri Shara!", Leonel dengan muka yang bersalah.

"Huhu! Jangan risau saya tak marah pun. Awak panggil saya Shara je laa, tak payah puteri-puteri lagipun kita kan kawan!"

Lalu Leonel menundukkan kepala memohon maaf.

"Saya tak boleh buat macam tu, puteri Shara. Saya tahu sebelum ni saya begitu biadab dengan puteri. Saya tak tahu kedudukan saya. Maafkan saya puteri Shara. Saya tak layak berkawan dengan puteri Shara."

*Huh! Tak layak berkawan!*, hati Shara terguris selepas mendengarkan hal itu.

"Apa maksud awak tak layak berkawan hah! Kalau macam tu, siapa je layak…", Shara berkata dengan nada yang tinggi kerana begitu marah. Sebelum sempat dia habiskan kata-katanya, dia dihalang oleh Lyn. Lyn membisik sesuatu ke telinga Shara.

"Puteri Shara sabar! Tolong hormat pendiriannya!"

Selepas mendengar kata-kata itu, Shara pun pergi sambil menggenggam penumbuk. *Siapa je layak berkawan dengan aku!*

"Puteri Shara tunggu!", Leonel belum sempat menghabiskan kata-katanya.

*Maaf! Puteri Shara, saya ingin menjadi pahlawan istana yang kuat. Dengan cara ini, saya dapat bersama dengan puteri Shara.*

°°°

Sewaktu Leonel berumur 7 tahun. "Kamu tahu apa kesalahan kamu!" soal ayah Leonel iaitu general Leonard merupakan salah satu orang kuat dalam kerajaan Elf.

Leonel menundukkan kepalanya sambil melutut. "Saya sedar kesalahan saya ayah! Tapi saya nak bersama puteri Shara ayah! Saya… ".

"Kamu fikir kamu siapa hah! Puteri Shara bukan kawan kamu faham!"

Leonel terkejut selepas mendengar tengkiran ayahnya itu. Tetapi, Leonel tidak mengalah dan nekad dengan pendiriannya.

"SAYA TETAP AKAN BERSAMA PUTERI SHARA!"

*Huh?* general Leonard pertama mendengar anak nya itu menjerit dan begitu degil.

*Apa dah jadi dengan Leonel ni? Dia tak pernah menjerit sebegini. Dia tak pernah melawan cakap aku. Dia kanak-kanak yang manja dan selalu menangis. Puteri Shara saya tak tahu apa yang puteri buat kepada anak saya? Tapi saya berterima kasih. (Tersengih)*

"Leonel kenapa biadap sangat tenking ayah kamu macam tu. Ibu tak pernah ajar pun!"

"Takpe! Tak perlu risau!", general Leonard bagun dari tempat duduknya.

*Buat pertama kali, dia jadi sebegini nekad! Ini boleh menjadi satu pembakar semangat kepada dirinya.*

Lalu general Leonard memegang bahu anak nya itu dan berkata "Kalau kamu nak bersama puteri Shara, kamu kena menjadi kuat. Kuat dari semua orang lain."

Leonel memandang ke arah ayah nya. "Betul ke dengan menjadi kuat saya dapat berjumpa dengan puteri Shara lagi. Uhuhu.." Leonel menangis.

"Ye betul!" general Leonard sambil tersenyum kerana anak nya telah menjumpai jalan yang akan mengubah dirinya ke arah yang diinginkan ayahnya iaitu menjadi seorang pahlawan yang hebat.

Selepas itu, Leonel mula berlatih setiap hari supaya dia dapat menjadi pahlawan istana dan berjumpa dengan Shara semula.

°°°

Shara balik ke kamarnya melepaskan segala kesedihannya yang selama ini terpendam.

"Uargh!"

"Puteri Shara bertabah la!", Lyn hanya mampu berdiri di luar kamar bilik Shara mendengar tangisannya itu.

Setelah itu, Shara telah kehilangan Leonel sebagai kawannya. Tidak ada siapa yang berani berkawan dengan Shara kerana darjat yang berbeza.

Pada umur 13 tahun, Leonel telah berjaya menjadi pahlawan istana yang termuda. Dia berjaya mengalahkan ramai saingan nya yang jauh lebih tua yang turut sama merebut tempat sebagai pahlawan istana. Keterujaan yang amat sangat buat general Leonard kerana anak nya berjaya menbanggakan namanya.

Puteri Shara juga tidak kurang hebatnya. Dia telah berlatih memanah sejak kecil lagi. Sekarang dia juga diantara yang terhebat namun apa kan daya dia seorang puteri. Keselamatan nya sentiasa dijamin oleh beberapa askar elit yang diakui kekuatan mereka. Albert merupakan ketua kepada kumpulan yang ditubuhkan khas hanya untuk menjaga keselamatan puteri Shara.

Kumpulan khas ini hanya boleh disertai oleh individu-individu terpilih sahaja. Pemilihan nya lebih sukar daripada pemilihan pahlawan istana kerana tidak semua orang tahu yang kumpulan khas sebegini wujud. Leonel menyasar untuk memasuki kumpulan khas ini setelah mendapat tahu daripada ayahnya. Dengan cara ini, dia dapat bersama dengan puteri Shara.

Umur 16 tahun, puteri Shara berjaya menyerang Albert buat pertama kalinya setelah beberapa tahun berlatih bersama Albert. Hasil kerja keras puteri Shara yang tidak jemu berlatih. Dia juga sering berlatih bersama atoknya dan Leonel kerana mereka mempunyai job yang sama iaitu 'Archer'. Melalui latihan itu, Shara dapat menjadi kuat.

"Awak tahu tak yang Hero sudah dijelmakan di negara Human."

"Ye ke! Maksudnya Hero tu yang akan bunuh Demon King"

"Ye! Aku dengar yang Hero kali ni ada 5 orang!"

Shara yang lalu di situ, mendengar perbualan 'maid' istana tentang kemunculan Hero baru itu.

Shara menuju ke ruang di mana ayahnya iaitu raja Elf berada. Tiba di hadapan pintu ruang itu, terdengar perbualan ayahnya dengan beberapa Elf lain.

"Kita akan menghantar beberapa orang pahlawan ke negara Human untuk menerima kedatangan Hero. Jadi saya akan menghantar kamu dan kumpulan kamu, Leonel ke negara Human." raja Elf.

"Terima kasih atas perhormatan yang diberikan tuanku!" jawab Leonel.

Shara yang sebentar tadi mahu menjumpai ayahnya terus pergi mencari Albert.

"Albert!"

"Albert!"

"Saya di sini puteri Shara. Ada apa cari saya ni?"

"Albert, awak ingat tak janji awak, masa pertama kali awak nak latih saya memanah tu!"

"Janji? Masa saya pertama kali latih puteri? Apa ye?"

"Albert!", Shara kelihatan marah.

"Hehe!", Albert sudah mengetahui janji itu dari awal, dia hanya mahu mengusik Shara.

"Uhhhh! Jangan main-main boleh tak!"

"Ingattttt! Dah kenapa nye?"

"Kalau Shara berjaya sentuh sikit je Albert sewaktu bertarung, Albert akan tunaikan apa sahaja permintaan Shara kan!"

"Uhmm! Satu sahaja! Permintaan nya mestilah munasabah dan masuk akal! Dan hanya di dalam kemampuan saya!"

"Ye Shara tahu!"

"Apa yang puteri Shara hajatkan?"

Shara tersenyum manis.

*Kenapa rasa macam tak sedap hati je ni!* Albert merasa sesuatu.

Mula dari situlah Shara berjaya memujuk Albert untuk membawanya ke negara Human tanpa pengetahuan raja Elf.

"Lyn tolong ye jaga rahsia ni! 3 bulan je" Albert memohon bantuan Lyn.

"Uhmm! Baiklah! Puteri Shara dekat sana baik-baik tau, jangan susahkan Albert. Kalau apa-apa terjadi saya takkan berkompromi dengan segala rancangan puteri lagi."

"Baik Lyn!"

"Albert jaga puteri baik-baik!"

"Baiklaah!"

Albert dan Shara masuk ke dalam kereta kuda.

"Maaf kan saya, kerana saya tak dapat pergi bersama kamu!" Leonel menundukkan kepalanya memohon maaf kepada ahli kumpulannya.

"Jangan risau la ketua, kami ok je!"

"Ye betul tu! Ketua tak sihat lebih baik balik rumah rehat!"

"Terima kasih semua!"

Mereka pun bertolak menuju ke negara Human. Rombongan ini bukan sahaja membawa kumpulan Leonel malah ada juga kumpulan lain yang turut serta.

"Puteri Shara, saya tak boleh panggil awak macam biasa selama 3 bulan ni. Puteri Shara perlukan gunakan nama samaran!"

"Ye Shara dah tahu nak guna nama apa!"

"Apa?"

"Sara!"

"Uhmm, tak ada nama lain ke!"

"Shara fikir satu malam tau untuk dapat nama ni!"

"Punya lama fikir, last-last namu puteri cuma buang 'H' je!"

"Ummm! Shara tak biasa la nama pelik-pelik!"

"Ye la! Ye la! Janji Sara ingat arahan saya dah!"

"Tutup muka Shara boleh faham lagi, tapi kenapa sampai Shara nak bercakap pun tak boleh? Takkan nak berkomunikasi dengan menulis je?"

"Ye menulis je! Sebab setengah orang mungkin boleh cam suara Sara! Faham!"

"Ummm!"

*Sebenarnya boleh je tukar suara jadi lain guna magik tapi puteri Shara ni selalu terlepas cakap! Kalau dia terlepas cakap susah nanti! Lebih tak payah bagi dia cakap langsung*

Hari pertama Shara jejak kaki nya di kota negara Human, merupakan hari pertama di telah jatuh cinta dengan seorang lelaki biasa. 3 bulan di negara Human berakhir tanpa lelaki tersebut mengetahui identiti Shara. Shara hanya dikenali sebagai rakan bertarung dan lelaki tersebut menjadi kawan manusia pertama bagi Shara.

"Selamat pulang puteri Shara." Lyn menyambut kepulangan Shara.

"Mmm! Terima kasih Lyn!" Shara hanya berjalan menuju ke kamarnya.

"Dah kenapa dengan puteri Shara tu Albert? Muram je? Ada terjadi apa-apa ke kat sana?"

"Entah? Mungkin dia sedih selepas tinggalkan kawannya kut?"

"Kawan? Puteri Shara berkawan kat sana? Awak dah gila ke Albert biarkan puteri Shara berkawan dengan orang tertentu! Kalau apa-apa terjadi dekat dia macam mana!" Lyn mula tinggi suaranya.

"Jangan risau la, aku pantau puteri Shara. Lagipun budak tu salah seorang daripada kawan Hero. Dia tak tahu banyak sangat tentang dunia ni. Tambahan lagi budak tu hanya budak biasa. Takda apa yang special."

"Budak biasa kau kata, sampai muram macam tu puteri Shara!"

"Biasa la tu puteri Shara tak pernah ada kawan. Tentulah dia sedih tinggalkan kawan dia. Dua tiga hari nanti, ok laa tu!"

"Uhmm!"

Selepas beberapa hari kemudian, atok Shara datang melawatnya.

"Shara atok datang ni! Jom kita berlatih!"

Mereka pun berlatih selepas itu. Selesai sahaja berlatih.

"Wow! Shara semakin kuat laa semenjak pulang dari negara Human ni!"

Atok Shara mengetahui tentang perkara itu kerana atoknya yang membolehkan semua itu berlaku.

°°°

"Albert boleh la! Awak dah janji kan!"

"Permintaan tu terlalu sukar untuk saya tunaikan puteri Shara!"

Atok Shara datang kemudian melihat gelagat mereka berdua.

"Apa yang kecoh-kecoh ni?"

"Atok!"

Shara kemudiannya tersenyum lebar selepas melihat atoknya. Dia kemudiannya memujuk atoknya supaya membantunya. Oleh kerana atoknya begitu manja kan nya, atok Shara yang merancang semua perjalanan Shara ke negara Human.

°°°

"Kamu ada berlatih ke kat sana?" soal atok Shara.

"Ye! Shara ada berlatih memanah dengan seseorang. Dia hebat sangat!"

"Huh! Ye ke! Antara dia dengan atok siapa lagi hebat?"

"Mestilah atok!"

*Ummm, sebenarnya aku pun tak tahu siapa lagi hebat? Kalau atok lawan dengan Raqnid? Siapa ye menang?*

"Hahaha! Atok dah tahu jawapannya!"

Shara mula gembira selepas bertemu dengan atoknya. Dia bercerita semua tentang perkara yang dibuat nya di negara Human.

Sehari berlalu…

Seminggu berlalu…

Sebulan berlalu Leonel berjaya memasuki kumpulan khas…

Setahun berlalu…

"Sara!"

Shara secara automatik mengalih pandangan ke arah suara itu.

*Apa yang kau fikir ni Shara, respon ke panggilan yang bukan nama kau. Tapi... hanya beberapa orang je yang akan memanggil aku dengan nama ni. Hah! Apa yang kau cuba harapkan ni Shara. Ia sudah tentu Albert bukan. Tak mungkin orang lain, ia mesti Albert. Albert mesti nak bergurau ni. Yang penting aku tahu, Albert yang memanggil aku. Albert siap kau nanti.*

Shara pun memandang ke arah panggilan tersebut dan melihat.

*Huh!*

*Kenapa Albert menyamar jadi orang lain ni. Main-main la dia ni.*

"Maaf! Saya lihat dari jauh awak nampak macam rakan saya. Bila awak pandang arah sini, baru saya perasan yang saya silap. Maaf kan saya yee!"

*Suara pun dia tiru sama. Dah melampau la Albert ni!*

Shara meratap wajah Raqnid yang sekian lama tidak dilihat.

*Shara ni hanya permainan Albert kenapa hati kau terasa sakit?*

"Haha! Awak mesti pelik kan kenapa saya boleh ada dekat sini. Sebenarnya saya… sesat. Haha! Maaf ya saya akan beredar sekarang!"

*Tunggu Albert jangan pergi lagi, Shara belum puas tengok penyamaran Albert!*

"Kenapa awak nangis? Saya ada buat salah ke?" soal Raqnid.

Kedengaran bunyi seseorang mendekati. Raqnid tanpa berlengah melarikan diri daripada dilihat oleh orang lain.

*Tunggu… Jangan pergi!*

"Huh! Nasib baik, kalau tak kantoi aku. Perempuan tadi tu nangis kenapa?"

"Puteri Shara! Apa awak buat dekat sini? Saya cari awak lam..a…. huh? Kenapa awak nangis?" Lyn mendekati Shara.

"Huh! Mana ada Shara menangis!" Shara kemudian mengelap air matanya.

"Huh! Kenapa air mata Shara tak nak berhenti ni!", air mata Shara terus mengalir tanpa henti. Dia mengelapnya berkali-kali namun tidak dapat di hentikan.

"Haha! Lyn jangan risau ye, mata Shara masuk habuk je ni!"

*Puteri Shara!* Lyn kemudian memeluk Shara dengan erat.

"Ye saya tahu puteri! Awak tak perlu tahan lagi air mata awak puteri. Lepaskan segalanya, saya ada sini!"

"Apa awak cakap ni, Shara… Ughhh…. Huhuhuh.. Huarghh!" Shara tidak dapat lagi mengawal perasaannya, dia menangis dalam dakapan Lyn. Sekian lama tidak bertemu dengan Raqnid, tiba-tiba Raqnid muncul di hadapan nya tanpa mengenali diri Shara yang sebenar.

"Albert cepat ambil kan tisu!"

*Huh? Albert! Kalau Albert ada kat sini, maksudnya yang tadi tu… UGHhh!*

"Albert! Ughh…*sniff*"

"Kenapa dengan Albert puteri Shara" soal Lyn.

"Ni semua salah Albert! Huhuhu!"

"Hah? Apa salah saya puteri Shara?"

"Kau siap Albert nanti aku kerjakan! Nanti saya ajar Albert, puteri Shara jangan la nangis lagi!"

*Raqnid awak langsung tak berubah, masih sama macam dulu. Yang berubah hanyalah saya. Sara yang awak kenal dahulu hanyalah penipuan semata-mata, dia tak wujud. Yang wujud ialah Shara. Puteri kepada kerajaan Elf. Ye saya, puteri Shara. Tentu awak tak suka dengan diri saya yang sebenar bukan. Dikenali ramai, anak raja, satu-satunya pewaris kerajaan Elf. Terlalu banyak perhatian akan menimbulkan banyak masalah bukan. Awak mesti tak suka kan, Raqnid!*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience