Chapter 33 - Ahli Baru

Fantasy Completed 2305

"Apa khabar Raqnid!" ~orang berjubah hitam itu, membuka penutup muka dan hood nya.

"Huh?... Razor!" ~Raqnid terkejut.

Razor merupakan rakan sekelas Raqnid dan juga manusia yang dijelmakan ke dunia ini. Dia adalah satu-satu nya golongan persendirian di dalam kelas. Semenjak mereka dijelmakan ke sini, Razor seorang sahaja yang berani bersuara tentang persetujuan menyelamatkan dunia ini daripada ancaman Demon King. Dia tidak mahu menggadaikan nyawanya semata-mata ingin menyelamatkan penduduk di dunia yang langsung tidak dikenali nya. Pada mulanya, pendapat nya mula dipersetujui oleh orang lain namun, Ray telah menghapuskan segala pendapat nya dan melibatkan semua orang dalam masalah penduduk di dunia ini.

"Lama kita tak berjumpa!" ~sapa Razor

"Uhm… ah… ouh… lama tak jumpa!" ~Raqnid tergagap-gagap.

*RAZOR!!! Macam mana boleh bertembung dengan dia pulak ni? Ni semua salah orang tua ni laa ni, kenapa aku boleh termakan kata-kata dia. Kalau tak disebabkan permainan bodoh dia aku takkan jadi macam ni. Aku harap Razor tak nampak laa aku bunuh Minotaur tu semua!* ~Raqnid berkata dalam hati

"Hebat kau Raqnid, bunuh Minotaur tu semua!" ~Razor

*Arghhhh… Dia nampak! Apa aku nak buat ni?* ~Raqnid dalam hati

"Haha, mana ade!" ~Raqnid

"Kau buta ke budak! Aku yang bunuh kebanyakan Minotaur tadi!" ~Wells menyampuk

*Aku lupa orang tua ni ada kat sini. Bagus! * ~Raqnid

"Ahhh, pakcik Wells saya lupa pasal awak! Awak cedera… kan! Baik saya akan bawa awak ke kota Elf untuk rawatan." ~Raqnid

"Huh? Kau dah kenapa budak! Buang tebiat ke? Bila masa aku ceder….ummm"~Wells

Raqnid menutup mulut Wells dengan tangannya, mengelak Wells daripada bercakap.

"Hahaha, Pakcik tahan sikit ye sakit ni! Baiklah kami pergi dulu Razor, terima kasih!" ~Raqnid

Raqnid mengheret Wells bersama dia sambil mengunci mulut Wells.

"TUNGGU!.... Kami ada Healer. Kami perlukan bantuan kau Raqnid!" ~Razor

"ARGHHH!", Raqnid menjerit selepas tangannya digigit oleh Wells. Wells terlepas daripada tangkapan Raqnid.

"Berani kau ye budak, paksa aku ikut cakap kau!... Aku tak cedera pun!" ~Wells

"Haishh! Razor kau nak bantuan kan tadi. Ni orang tua ni boleh bantu kau." ~Raqnid

"Tak cukup!... Perkara ni bukan perkara biasa, ia melibatkan Demon King. Kami perlukan kekuatan kamu berdua!" ~Razor

"Demon King!" ~Wells terkejut

"Demon King bukan urusan kita, itu urusan Hero. Biar mereka yang uruskan." ~Raqnid

"Mereka takkan mampu tewaskan Demon King!" ~Razor

"Hah? Apa maksud kau?" ~Raqnid

"Dengan kekuatan mereka sekarang, Hero takkan mampu bunuh Demon King!" ~Razor

"Sekarang mungkin tidak! 2 tahun lagi, mereka pasti boleh." ~Raqnid

"Aku setuju dengan kau, 2 tahun lagi. Tapi, mereka mungkin tak mempunyai masa sebanyak tu!" ~Razor

"Apa maksud kau budak?" ~Wells

"Peperangan mungkin akan tercetus tidak lama lagi… apa yang aku boleh katakan, paling lama setahun ataupun kurang." ~Razor

"HUH? Macam mana kau boleh tahu? Kau pasti ke?" ~Raqnid terkejut begitu juga Wells

"Kami saksikan sendiri bagaimana Demon King sedang mempersiapkan tentera-tentera nya untuk berperang." ~Razor

"Kau buat lawak bukan!" ~Raqnid

"Kau rase kenapa Demon Lord serang kumpulan korang tadi." ~Razor

"Huh!... Kenapa boleh jadi macam ni?" ~Raqnid

"Semua ni takkan berlaku jika Demon Lord Vishnal masih hidup. Disebabkan Hero telah bunuh Demon Lord Vishnal selepas 1 bulan mereka dijelmakan. Kau rasa apa reaksi Demon King. Aku tak tahu macam mana mereka mampu bunuh Demon Lord Vishnal dengan kekuatan mereka waktu tu. Aku pasti dengan kekuatan mereka sekarang pun, mereka belum tentu mampu cederakan Demon Lord Vishnal. Mereka memang bernasib baik." ~Razor

"Hah… mereka memang bernasib baik!", raut wajah Raqnid berubah selepas mendengar nama Demon Lord Vishnal disebut.

*Gulp… ARGGHH… Apa yang aku dah buat, aku punca segala benda ni berlaku!*. ~jerit Raqnid dalam hati

"Kami perlukan bantuan korang berdua, kalau tidak dunia ni takkan berakhir dengan bahagia!" ~Razor

"Aku akan bantu, tapi aku tak tahu apa keputusan budak ni?" ~Wells

"Baiklah, aku bantu!" ~Raqnid

"Terima kasih Raqnid. " ~Razor

*Lagipun ni semua salah aku!* ~teriak Raqnid dalam hati.

"Selamat datang ke kumpulan kami, nama aku Izar!", Lizardman mengenalkan namanya.

"Aku Paul", Dwarf itu mengangkat tangannya.

"Ooo… jadi kau Raqnid yang selalu dikatakan Razor tu!", Beastman itu memandang wajah Raqnid dengan begitu dekat.

"Ehh… kata?", Raqnid mengorak langkah ke belakang menjauhi Beastman itu.

"Anne!", tegur Razor.

"Hehe, maaf… maaf… nama aku Anne!"

Elf wanita yang berada di belakang rakannya ke hadapan memperkenalkan diri.

"Saya Amani!"

"Selamat datang selagi lagi aku ucapkan, Raqnid. Wells.", Razor menghulurkan tangannya menerima kemasukan ahli baru mereka.

°°°°

"Kau tak boleh tidur ke Raqnid!" soal Razor.

"Tak…"

Razor melihat raut wajah Raqnid yang kelihatan gusar.

"Kalau kau nak ubah fikiran, kami tak kisah!"

"Huh?... Ouh, tak pun."

*Kalau bukan aku punca kepada semua masalah ni, aku dah tarik diri!*, Raqnid dalam hati.

"Kau banyak berubah betul ye Razor! Aku tak sangka yang kau nak selamatkan dunia ni!"

"Aku pun tak sangka Raqnid", Razor merenung ke langit.

"Uuuu… apa ni… kau ada jatuh cinta dengan orang di dunia ke hah?", Raqnid bergurau.

"Ye, betul tu! Aku nak lindungi orang yang aku cintai di dunia ni.", Razor dengan serius menjawab.

"Ehh…", Raqnid terkejut mendengar jawapan Razor, langsung mengetahui siapa yang dimaksudkan Razor kerana dia memandang ke arah wanita tersebut sewaktu dia berkata hal itu.

"Kau takde siapa yang kau cintai ke Raqnid?", soal Razor.

*Shara!*, terlintas di pikiran Raqnid wajah Shara. Lalu dia menundukkan wajahnya memandang ke bumi.

"Fat, Kiel, Doug, Nancy dan rakan kelas kita yang lain!"

"Hahaha… aku maksudkan wanita. Wanita yang kau cinta!"

"Hahaha… apa kau mengarut ni Razor, mana le ada perempuan nak kat aku! Dah laa aku pergi tidur dulu. ", Raqnid pun pergi.

"Hah baik!"

*Aku pasti ada perempuan di luar sana yang akan sedar kehebatan kau Raqnid!*, Razor berbicara dalam hati.

°°°
Seminggu kemudian…

Raja Nolan berjalan menuju ke taman di mana anak perempuan nya berada. Puteri Shara berada di atas pokok yang tertinggi di kota itu.

Terlihat Lyn berada di hadapan pintu yang menghubungkan taman itu.

"Tuanku!" Lyn menyapa raja sambil menundukkan kepalanya.

"Bagaimana keadaan Shara?" soal raja Nolan.

Shara bersedih selepas mendengar berita tentang kematian Raqnid. Seminggu dia menyendiri, langsung tidak keluar membuat latihan bersama Ray.

"Dia semakin pulih tuanku!"

Lalu raja Nolan memasuki taman itu. Melihat puterinya membelai bunga-bunga di situ. Dia pun mendekati Shara.

"Huh?... Papa buat apa dekat sini?"

"Kenapa… papa dah tak boleh nak tengok puteri papa ke!"

"Ummm… bukan, selalu papa sibuk!"

Raja Nolan memeluk puterinya itu.

"Maafkan papa ye, sebab takde masa untuk Shara!"

"Uhm… mmm… takpe Shara faham!"

"Terima kasih, anak papa yang terbaik!"

Tersenyum Shara dalam pelukan ayahnya selepas sekian lama tidak merasai kasih sayang ini.

"Papa dah makan?", Shara mendongak kepala melihat ayahnya.

"Dah!"

"Papa nak air teh, Shara nak tuangkan!"

"Ok!"

Shara menarik tangan ayahnya ke pondok, terletaknya minuman dan manisan. Raja Nolan duduk di salah satu kerusi disitu. Shara menuangkan air di dalam cawan untuk menjamu ayahnya.

Air teh yang dituangkan ke dalam cawan ditegup oleh Raja Nolan. "Mmmm… sedap! Shara buat sendiri ke?"

"Ye, Lyn ajarkan!"

"Pandai anak papa!"

Tersenyum Shara. Dia kemudiannya menyediakan manisan untuk ayahnya di atas pinggan.

"Shara dah ok ke sekarang!"

"Shara ok je papa!"

"Shara tak perlu bersedih kerana budak tu!"

"Huh?... Hurmmm", Shara cuba mengendahkan kata-kata ayahnya tentang Raqnid.

"Dia tak layak untuk Shara. Dasar lelaki tak guna!"

"Raqnid bukan lelaki tak guna!", balas Shara dengan nada yang tinggi.

Ayahnya yang baru sahaja hendak menegup air teh buat kali yang kedua terhenti selepas melihat anaknya masih mempertahankan lelaki itu. Cawan yang diangkat tadi, lalu diletakkan di atas piring semula.

"Kalau dia lelaki yang bagus, kenapa dia tinggalkan Shara!"

"Huh?... Uhmm", Shara terkejut mendengar kata-kata ayahnya. Dia terkedu apabila hendak membalas kata-kata ayahnya.

"Berani dia mempermainkan hati anak aku!"

"Papa…"

"APA! betul kan apa yang papa katakan!"

"Raqnid bukan macam tu!", Shara menggenggam penumbuk.

*Semenjak dari awal, aku dengan Raqnid tak pernah ada apa-apa hubungan. Kami hanya berkawan… Tak, hubungan kami tidak boleh dipanggil berkawan. Semenjak dari awal, Raqnid hanya terpaksa berlatih bersama aku. Kalau tak disebabkan itu, Raqnid takkan ingin untuk mengenali aku… Haah, baru aku sedar sekarang yang aku bukanlah sesiapa dalam hidup Raqnid. Aku hanyalah orang asing.*, Shara mula mengalirkan air mata.

"Kamu masih tidak lupakan lelaki tu!", nada Raja Nolan berubah menjadi serius.

"Uhh… Shara takkan lupakan dia papa!", Shara tak mampu memandang ayahnya.

"CUKUP!... Apa yang bagus sangat pasal lelaki tu. Kamu tu puteri kerajaan Elf, lelaki biasa macam dia tak layak untuk kamu. Papa akan carikan lelaki yang lebih baik dan hebat untuk kamu."

Shara hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya kerana tidak mahu air matanya terlihat.

"Lebih baik kamu lupakan lelaki tu dan pergi berlatih panahan bulan dengan Hero. Jangan buang masa untuk orang yang tidak dijodohkan untuk kamu! Lagipun orang yang dah pergi biarkan pergi kerana dia takkan kembali.", Raja Nolan berdiri dan berjalan keluar dari taman itu dengan muka marah.

Sesaat sahaja ayah Shara melangkah keluar dari taman itu, Shara terus rebah ke bumi melutut. Wajahnya sudah dibasahi air mata yang mengalir.

"Tidak dijodohkan untuk aku! Kenapa aku tak pernah terfikir semua tu.", kata-kata terakhir ayahnya itu begitu mendalam. Menyedari realiti yang sebenar, Shara sebelum ini lupa bahawa dia adalah puteri kerajaan ini. Mana mungkin dia dapat bersama dengan orang seperti Raqnid.

"Huarghhhh!!", Shara menjerit melepaskan segala yang terpendam di dalam hatinya.

"Tuanku!" ~Lyn

"Mari pergi Leonel!" ~Raja Nolan

"Baik tuanku!" ~Leonel

Leonel mengikuti raja Nolan setelah sekilas pandang ke arah taman itu.

*Aku tak sangka yang hati puteri Shara sudah berpenghuni. Heh(tersengih), mungkin sukar untuk dia menerima orang lain sekarang… Raqnid huh?... Kalau tak silap dia salah seorang peserta dalam upacara 'Duo Moon'. Aku teringin nak berjumpa dengan orang yang berjaya menambat hati puteri Shara. Tapi malangnya perkara tu mungkin mustahil sekarang!* ~Leonel dalam hati.

Lyn melangkah masuk ke dalam taman tersebut. Melihat puteri Shara jatuh melutut. Dia berlari meluru ke arah puteri Shara.

"Puteri Shara kenapa ni?" soal Lyn.

"Lyn!"

"Ye puteri Shara."

"Shara takkan menangis lagi. Shara takkan merindui lagi. Shara takkan berharap lagi.", Shara mengangkat kepalanya dan mengelap air mata yang membasahi wajahnya.

"Puteri Shara!", Lyn sedih melihat puteri Shara.

Shara berdiri dari jatuhnya, dia berazam untuk melupakan segalanya tentang Raqnid dan hanya arahan ayahnya.

*Mata puteri Shara… dah berubah! Ughh!*, Lyn sedih melihat mata puteri Shara yang sudah tidak kelihatan seperti dulu. Matanya dulu kelihatan ceria, sekarang kelihatan kosong.

Hati Shara sudah mati, segala yang diharapkannya musnah. Setiap perkara sudah ditetapkan oleh ayahnya. Shara sekarang kelihatan seperti patung yang bergerak mengikut kehendak tuannya.

"Mari pergi Lyn!", nada Shara sebelum ini lembut dan ceria, kini kedengaran seperti robot.

"Ughh… baik puteri Shara!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience