Chapter 13

Fantasy Completed 2305

Keesokkan hari bermulalah hari kedua bagi mereka di dunia baru ini. Mereka terpaksa membiasakan diri untuk terus hidup disini. Hal ini kerana mereka mungkin lagi dapat pulang ke dunia asal mereka buat waktu masa yang panjang.

Hari kedua mereka berjalan seperti biasa. Kumpulan Hero dan Guardian dilatih untuk berlawan mengikut class masing-masing . Manakala kumpulan Support diajar tentang ilmu berniaga dan apa produk yang mereka ingin hasilkan di dunia ini.

Raqnid berlatih memanah seorang diri tanpa diajar oleh siapa-siapa. Raqnid tidak merasa sedih walau sedikit pun malah dia merasa amat gembira bersendirian kerana dia dapat mencuba skill-skill yang ada. Setelah Raqnid mendapat title "Noob Acher" penglihatan menjadi bagus kerana dia dapat melihat dengan jauh dengan menggunakan skill acher. Waktu siang Raqnid mencuba skill achernya manakala di waktu malam Raqnid mencuba skill assasinnya. Hal ini kerana Raqnid tidak tahu aktiviti apa yang hendak dia lakukan di dunia ini.

Kesemua mereka tidak dibenarkan keluar dari istana kerana mereka semua perlu dilatih terlebih dahulu selama 3 bulan. Ini untuk memastikan mereka benar-benar bersedia untuk menghadapi dunia yang kekuatan berlawan untuk hidup di dunia ini. Raja Alex merupakan raja bertanggungjawab kerana dia begitu mengambil berat akan kami walaupun kami terpaksa menaruh nyawa kami untuk melindungi negara ini. Tapi apa yang aku dapat lihat cara dia memimpin begitu ikhlas untuk rakyatnya. Sebelum ini aku sukar untuk melihat pemimpin yang ikhlas memerintah bukan hanya mengejarkan jawatan dan harta semata-mata.

Di malam hari, sewaktu semua orang sibuk tidur di atas katil mereka aku curi-curi keluar dari istana untuk melihat keadaan bandar dan rakyat di dunia ini. Ternyata ia seperti yang diceritakan di dalam komik fantasi. Kebanyakan orang disini menjadi pemburu yang memburu raksasa. Tunggu-tunggu bukan sahaja orang ada di bandar ini malah elf, lizard man, cat man dan macam-macam lagi. Aku seperti bermimpi melihat makhluk yang mempunyai ekor, sisik dan terlihat seperti haiwan. Malah ada yang terlihat cantik seperti elf dan cat woman.

Aku pergi dari satu kedai ke kedai yang lain melihat pelbagai senjata, perisai yang dijual. Kemudian aku bertanya kepada salah daripada peniaga disitu di manakah guild hunter kerana aku ingin menjadai hunter. Setelah bertanya, aku pun pergi ke guild hunter mengikut panduan peniaga kedai tadi. Tiba sahaja aku di hadapan guild hunter aku terpegun melihatnya. Aku masuk ke dalam dengan perlahan-lahan mengikuti belakang orang yang berbadan besar yang sama turut ingin memasuki guild itu supaya aku dalat mengurangkan perhatian. Aku mengambil langkah berhati-hati kerana tidak apa yang berlaku setelah aku menjejakkan kaki ke dalam guild ini. Aku pun masuj ke dalam dan melihat semua orang disini sibuk mencari quest, berborak dan tunjuk hebat. Ini bagus kerana tiada perhatian dari siapa-siapa. Aku mula untuk pelan-pelam menuju ke arah pekerja perempuan yang menjaga counter disitu.

"Saya nak daftar menjadi hunter boleh" kata Raqnid kepada pekerja counter itu.

Kemudian pekerja perempuan itu menerangkan apa yang aku perlu ada untuk mendaftar. Duit sebanyak 1000 gil dan diuji untuk mengetahui kemahiran bertarung aku. Aku pun bersetuju untuk mendaftar dan tiba-tiba pekerja itu meminta kad id aku. Aku dengan pantas memandang kearah lain seperti tidak mendengar kata-katanya untuk mengelak timbulnya masalah yang lebih besar. Di dunia aku dahulu jika tidak mempunyai kad id maka boleh ditahan.

"Ahhhh saya lupa saya ada kerja lain. Lain kali yee saya daftar"

Untuk mengelak daripada masalah aku cepat-cepat pecut keluar dari tempat ini. Aku tidak sangka dunia ini pun menggunakkan kad id. Aku hampir-hampir sahaja ditangkap tadi. Aku kemudiannya pulang ke istana untuk berehat dan meneruskan hari esoknya seperti biasa.

3 bulan berakhir begitu sahaja kami di dunia ini. Berakhirlah sudah latihan kami di istana dan tibalah masanya untuk kami bertemu dengan dunia luar. Keseronokan yang dinantikan-nantikan semua orang. Hari terakhir kami adalah dimana Ray dan kesemua kumpulan Hero akan menunjukkan skill mereka dihadapan raja Alex.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience