Kami bertiga menoleh ke arah orang tersebut.
"Maaf mengganggu perbincangan korang bertiga"
"Kami memerlukan Sora dalam kumpulan Hero kerana statusnya yang tinggi dan gelaran yang unik"
Kata Zack kepada kami bertiga.
Zack adalah salah seorang golongan budak-budak popular.
"Status tinggi, gelaran unik, Hahaha biar betul kau Zack. Kau silap tengok niii, ni Sora kut takkan dia dapat status macam tuu" jawab Fat dengan suara mempersendakan Sora.
"Tak, memang betul apa yang aku lihat tadi semasa Sora membuka statusnya" jawab Zack dengan muka yang serius.
Fat terdiam, kerana tidak sangka Zack begitu serius tentang hal itu.
Aku mulai rasa kesian kepada Fat kerana dia hanya ingin perbualan ini berakhir dengan baik.
Kami tidak dapat bergurau dengan orang golongan popular dengan sesuka hati dan perlu memilih ayat-ayat betul agar tidak memberi efek yang buruk kepada kami kerana mereka boleh menyebabkan semua orang berfikir buruk tentang kami dengan menggunakkan kepopuleraan mereka.
Aku bertanya kepada Sora mengenai statusnya.
Sora menunjukkan kepada aku dan ternyata status Sora amat luar biasa.
--------------------------------------------
-Nama: Sora
-Umur : 17
-Level : 1
-Title : Four Elemental
-Job : Mage
-HP : 100 MP : 500 Strength : 50
-Defense: 50 Magic: 400 Speed : 50
-Intelligent : 40 Luck : 6
Skill
-Fire - Water
-Earth - Wind
----------------------------------------------
Aku dan Fat terkejut melihat status Sora.
Zack yang berada di situ sekali lagi berkata "Betulkan kata-kata yang Sora mempunyai status yang hebat."
"Jadi kami perlukan kuasa kau Sora dalam kumpulan Hero"
sekali Zack memaksa Sora untuk sertai kumpulannya.
Sora kelihatan keliru untuk membuat keputusan,kemudian Sora mengelak pertanyaan Zack dan bertanya kepada kami berdua tentang status kami.
Nampaknya Sora turut berharap status kami berdua sama sepertinya.
Harapannya pudar selepas melihat status kami. Aku melihat status Fat yang juga dikatakan biasa dan tidak layak menyertai kumpulan Hero.
--------------------------------------------
-Nama: Fat
-Umur : 17
-Level : 1
-Title : None
-Job : Khight
-HP : 200 MP : 100 Strength : 150
-Defense: 180 Magic : 50 Speed : 80
-Intelligent : 15 Luck : 11
Skill
-Shield - Guard
----------------------------------------------
Sekali lagi, Zack mendesak Sora dengan lebih memberi jaminan dan tawaran yang menarik jika Sora menyertai mereka. Bukan Zack sahaja yang mendesak tetapi ada juga pengikut-pengikut Zack yang lain mengajak Sora dengan baiknya.
Sora kemudian mengajak kami berdua juga untuk menyertai kumpulan Hero.
Ternyata keputusan itu tidak disetujui oleh mereka dan malah mereka berpalingkan muka.
Kemudian Zack mengemukakan pandangan kepada Sora yang menolak kami berdua daripada menyertai kumpulan itu.
"Kami bukan tidak boleh menerima mereka berdua tetapi ini soal keselamatan mereka, mereka akan berada ada dalam bahaya jika menyertai kumpulan kita kerana status mereka yang rendah"
'Bagus ayat kau Zack' kata aku dalam hati.
Selepas mendengar kata-kata itu Sora mula risau. Sora rasa bersalah kerana dia tidak dapat bersama kami berdua.
Aku dan Fat pun menyenangkan hati Sora.
"Kau jangan risau Sora, walaupun kita tak sama kumpulan kita masih kawan kan. Jadi kau sertai laa kumpulan Hero, selamatkan kerajaan dan kami."
Kata-kata daripada Fat itu menyenangkan hati Sora yang gelisah sebentar tadi.
Zack dan pengikutnya mula tersenyum.
Aku tahu yang mereka tak peduli pun pasal Sora yang mereka nak hanyalah kuasanya.
Share this novel