Chapter 15 - Arena 1

Fantasy Completed 2305

Tibalah masanya kelima-lima hero untuk beraksi...

Rose seorang perempuan yang populer di sekolah kami. Dia terkenal oleh kerana kecantikannya yang jika dibandingkan diantara semua perempuan di sekolah kami dialah adalah No. 1. Tambahan pula dia sangat ramah dengan ramai orang. Sehinggakan ramai lelaki di sekolah kami tergila-gilakan dia.

Rose berjalan menuju ke tempat petarungan sambil memegang buku seperti Sora namun kelihatan kecil sedikit.

Lalu dipanggil kesemua orang yang tercedera dalam petarungan sebentar tadi masuk ke gelanggang semula.

Lalu Rose menggunakan kuasa magiknya. Setelah itu semua orang yang berada di dalam gelanggang tersebut bercahaya kemudian mereka sembuh seperti sediakala.

Semua orang disitu terkejut dengan kuasa magiknya.

Kalau lihat dari sudut pandangan aku ianya kelihatan biasa bagi Healer untuk merawat kecederaan orang dengan magik seperti di dalam kebanyakan game RPG.

Namun apa daripada apa yang aku baca di dalam buku dan melihat keadaan di luar istana bahawa class Healer adalah class yang sukar dijumpai. Jika seseorang di kerajaan ini ada kelas Healer maka masa depannya adalah cerah walaupun dia hanya dapat menyembuhkan luka yang kecil.

Kelas Healer hanya terkenal di kerajaan Elf dan kerajaan Laut. Barang-barang seperti potion untuk menyembuhkan luka agak mahal kerana bahan-bahannya yang sukar didapati kerana barang tersebut hanya di hutan yang merupakan tempat kerajaan Elf.

Inilah penyebab kenapa Rose kelihatan hebat di dunia ini. Class Healer itu sudah menjadi suatu yang unik ditambah lagi dengan gelaran Hero.

Rose kemudian senyum kearah orang yang dia telah sembuhkan tadi. Kelihatan cahaya bersinar-sinar daripada senyuman itu.
Setelah itu populariti Rose terus melonjak naik daripada kalangan lelaki walaupun di dunia lain.

Setelah itu Rose memandang kearah Ray. Tak sangka Rose juga jatuh hati kepada Ray.

Yang menyebabkan orang dibelakang Ray iaitu Jilk melihat Ray dengan pandangan yang dengki kerana Rose suka kepada Ray yang menyebabkan populariti Ray jugak melonjak walaupun Ray belum menunjukkan kemahirannya.

Selepas itu Jilk pula ke gelanggang dengan perasaan dengki dan sombongnya kerana selalu berada di no. 2 selepas Ray.

Jilk membawa tombak ataupun "spear".

Lawan Jilk juga merupakan pahlawan tombak istana kelas pertengahan.

Loceng perlawanan bermula dibunyikan.

Jilk dengan pantasnya berlari kearah persaingnya itu sambil menghayun tombaknya kearah persaingnya.

Aksi Jilk itu kelihatan seperti....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience