Di tallest tree..
Shara berlari memasuki pokok itu dengan yakin menganggap Raqnid berada di sana.
Raqnid juga turut menuju ke arah pokok tersebut dengan yakin Shara berada di sana, walaupun Ray hanya memberitahu arah Shara meninggalkan dewan tadi.Raqnid seperti biasa, memanjat pokok dari luar.
SHOOOSH!
"HUH?" Pengawal yang menjaga pokok itu dari luar merasakan sesuatu baru sahaja melepasinya. "Burung kut!" kata pengawal itu.
Raqnid melepasi pengawal dengan begitu mudah sehinggalah dia sampai ke pangkal pokok tersebut.
"Huff.." Raqnid melihat sekeliling lalu terlihat susuk tubuh seseorang.
"Shara!" terus dipanggilnya.
"Huh?" Shara selepas mendengar namanya dipanggil, dia terus menoleh kepalanya.
Mereka berdua pun bertentang mata dan saat itulah mereka baru sedar, kenapa tempat ini terlintas di dalam pikiran mereka sewaktu hendak menemui antara satu sama lain. Tempat itu merupakan tempat pertama mereka bertemu di negara Elf.
*Shara!* kata Raqnid dalam hati.
*Raqnid!* kata Shara dalam hati.
"Maaf, saya salah orang!" kata Raqnid.
*Huh? Salah orang?* hairan Shara dibuatnya.
"Saya pergi dulu ye!" kata Raqnid.
"Ahh, tunggu! Ini saya, Shara!"
"Shara? Maaf, saya tak kenal awak!"
"Huh? Awak tak kenal! Ini saya lahh, Raqnid! Shara!"
"Huhh! Macam mana awak boleh tahu nama saya!"
Mengelap matanya "Sniff.. Sob.. Apa yang dah berlaku pada awak, Raqnid?" Shara mula menitiskan air mata melihat Raqnid yang seakan-akan tidak mengenalinya.
"Maaf, saya hilang ingatan!" jawab Raqnid.
"Hilang ingatan! Tapi, baru 3 hari lepas je, saya jumpa awak.. Sniff!"
"Ouh, ye ke! Maaf, saya tak ingat! Saya pergi dulu ye!"
"Hurmmm.. Tunggu! Siapa yang awak cari! Sob!" soal Shara.
"Huh.. Ahh.. Saya cari seorang wanita!"
"Wanita!" Shara terkejut mendengar kata-kata itu.
"Sara! Nama dia Sara!"
"Huh! Sara! Sniff.." perasaan Shara bercampur antara sedih dan gembira.
*Jadi, hanya ingatan lama Raqnid saja yang tinggal! Sob!* kata Shara dalam hati.
"Saya nak beritahu dia sesuatu yang penting!"
"Sesuatu yang penting? Apa? Sniff!" soal Shara
"Saya cintakan dia!" kata Raqnid dengan wajah yang serius, melihat ke dalam mata Shara.
"Hahh!" Shara terkejut mendengar kata-kata itu, seakan-akan perasaan itu diluahkan kepadanya.
Shara kemudiannya terduduk bertinggung, menangis selepas mendengar luahan itu yang bukannya untuk dia sebagai Shara tetapi Sara.
*Alamak, dia menangis lagi teruk laa!* Raqnid mula merasa bersalah atas gurauan itu.
"Uhmm.. Saya dengar yang ingatan saya ni hilang disebabkan saya ditampar olehnya!" kata Raqnid.
Shara selepas mendengar kata-kata itu terus memandang ke arah Raqnid.
"Sob.. Sniff.. Huargghh! Maafkan, saya Raqnid!" lagi teruk Shara menangis.
Raqnid bertambah pucat apabila Shara lagi teruk menangis. *Arghh, dia tak dapat tangkap lagi ke gurauan aku ni?*
"Shara, sudikah awak berkahwin dengan saya!"
"Huh? Awak sebut Sara ke Shara? Ataupun saya salah dengar! Sob!"
"Shara, sudikah awak jadi isteri saya!"
"Huh!" Shara bagun kemudian memandang Raqnid dengan serius.
Raqnid mula merasa takut dan menyesal dengan gurauannya dia tadi. Tamparan Shara sebelum ini juga masih terasa di pipi kanan Raqnid.
"Apa, awak ni? Siapa yang awak cinta ni? Siapa yang awak nak kahwin ni?" soal Shara dengan serius.
"Gulp! Maksud saya, sa-sasa-saya cintakan Sara dan saya nak berkahwin dengan Shara! Bukan ke, dua-dua tu orang yang sama!" tergagap-gagap Raqnid menjawab pertanyaan Shara kereta takut jika berlaku serangan mengejut secara tiba-tiba.
Shara hanya terdiam dan memandang tajam ke arah Raqnid seperti hendak memakannya. Kemudian, Shara menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.
"Saya juga cintakan, Raqnid! Saya juga nak berkahwin dengan, Raqnid! Orang yang sama! Pffttt!" jawab Shara sambil tersipu malu sudah memahami gurauan Raqnid.
"Pffftt.. Hahaha!"
Raqnid pun kemudiannya berjalan ke arah Shara. Dia merendahkan lututnya ke tanah, lalu dia mengeluarkan sesuatu daripada poket bajunya.
"Sudikah awak menjadi peneman hidup saya, Shara!" Raqnid melamar Shara dengan sebentuk cincin.
Shara terharu melihat impiannya menjadi kenyataan. Terus menerima lamaran Raqnid tanpa sebarang keraguan.
"Saya sudi!"
Seperti apa yang makcik tu kata, jangan pedulikan apa yang akan berlaku selepas itu. Jadi, aku langsung tidak pedulikan akibat daripada tindakan aku itu. Buat seketika aku lupa anak siapa, aku telah melamar fikir Raqnid.
Share this novel