Tanpa berlengah lagi, kumpulan Hero terus menuju ke istana Demon selepas melihat kelibat Demon King. Mereka tidak lagi hiraukan musuh sekeliling, keutamaan mereka hanyalah Demon King. Setiap musuh yang menghalang mereka pasti terbunuh dengan sekelip mata. Ray seperti biasa mengetuai kumpulannya dengan berada di hadapan.
*Ray kau seorang Hero yang gagal. Kau gagal untuk musnahkan benteng negara Demon. Kau gagal …* suara yang aneh mula muncul dalam kepala Ray. Selepas mendengar provokasi itu, Ray semakin laju ke hadapan meninggalkan ahli kumpulannya.
“Ray!” jerit Zack.
Ray tidak dapat lagi mendengar panggilan Zack. Pendengaran Ray hanya tertumpu kepada suara aneh tersebut.
“Kenapa mamat tu tiba-tiba laju pulak tu!” Jilk.
“Mari, kita tak boleh terlepas daripada Ray!” Sofia bersuara.
Ray dengan sekelip mata memasuki ke kawasan istana. Dia tidak sedar yang ahli kumpulannya sudah tiada di belakangnya.
‘Teeennggg’
“Arghhhh!” Zack secara tiba-tiba melambung apabila hendak memasuki ke dalam kawasan istana.
“Zack!” Rose.
“Kau okey tak Zack?” soal Sofia.
“Kenapa dengan kau ni tiba-tiba?” soal Jilk.
“Entah, aku rasa ada sesuatu yang menghalang aku daripada masuk!”
“Hah?” yang lain hairan.
“Jangan merepek, macam mana Ray boleh masuk! …HUH?” Jilk pada mulanya tidak percaya akan kata-kata Zack. Selepas dia cuba mendekati kawasan istana, tangannya seperti menyentuh sesuatu.
Sofia mula mendekati dan merasai sendiri apa yang menghalang mereka daripada masuk. “Ini dinding halimunan!”
“Dinding halimunan!” Zack dan Rose berkata.
“Hah, dinding halimunan! Tiada apa yang dapat menghalang aku daripada masuk! … Jilk burst!” Jilk terus menyerang dinding tersebut, dia berfikir dinding tersebut akan pecah dengan serangannya. Namun realitinya, dinding tersebut langsung tidak terkesan oleh serangan Jilk.
“Hahaha, kau fikir serangan lemah macam tu dapat hancurkan dinding tu!” suara yang tidak tahu datang dari mana tiba-tiba didengari oleh Hero.
“Siapa tu?” Jilk berkata.
Kemudian orang itu memunculkan dirinya di hadapan mereka. Orang tersebut merupakan Demon Lord Dolce.
“Siapa kau?” soal Zack.
“Haha, soalan yang menarik daripada seorang Hero!” jawab Demon Lord Dolce.
“Jangan bergurau, kami tiada masa untuk layan kau!” Jilk melancarkan serangan ke arah Demon Lord Dolce.
‘Teeenngg’ serangan Jilk dihalang oleh dinding halimunan itu.
“Heh, tak sangka aku dihina sebegini!” Demon Lord Dolce menjadi marah selepas dia dipandang rendah oleh Hero. Hero tidak sama sekali mengenali dirinya yang membuat dia menjadi begitu dingin.
Aura yang kuat daripada Demon Lord Dolce mula dapat dirasai oleh Hero. ‘Shooosh!’
"Huh?" Hero terkejut apabila Demon Lord Dolce dengan sekelip mata mendekati mereka.
"JILK!" jerit Sofia.
'Zeenng' dengan pantas Demon Lord Dolce menyerang Jilk dengan 'Rapier' nya.
"Erghhh!" Jilk tidak sempat untuk mengelak.
'Kriinnnk' Zack sempat menyelamatkan Jilk dengan menepis serangan tersebut.
"Gerghh!" walaupun Zack menepisnya, kesan serangan itu sangat kuat sehingga membuat tangan Zack menggigil.
"Heh, aku macam tak percaya yang korang ni yang bunuh Vishnal. Korang terlalu lemah!”
“Vishnal!” Rose mula berfikir seperti dia pernah mendengar nama itu.
“Ahhh, diamlah!” Jilk dengan terburu-buru menyerang Demon Lord Dolce sekali lagi. Kali ini Demon Lord Dolce tidak lagi berada di sebalik dinding halimunan tersebut.
‘Whooosh’
“Serangan kau terlalu perlahan!” Demon Lord Dolce mengelak serangan Jilk dengan mudah.
“Hati-hati, dia adalah Demon Lord!” Rose menjerit memberitahu rakannya selepas mengingati nama Demon Lord Vishnal.
“Apa!” Jilk tidak sempat lagi mengelak.
“Shooting Rapier!” rapier Demon Lord Pico dengan laju menyerang Jilk bertubi-tubi.
“Arghhhh!” tusukan demi tusukan meninggalkan kesan yang parah kepada Jilk. Dia melambung dengan badannya berlumuran darah.
“JIIILLKK!” jerit Sofia dan Rose.
****
Fat, Doug, Kiel dan Nancy bergerak menuju ke kawasan istana. Berdiri di hadapan mereka Demon Lord Dylas yang tadi cuba menghalang panahan bulan Raqnid.
“Berhenti!” Nancy menjerit kepada mereka.
“Kenapa ni Nancy?” soal Kiel.
Fat dan Doug juga berhenti selepas mendengar jeritan Nancy itu. Mereka hairan kenapa Nancy tiba-tiba menjerit.
“Ada sesuatu yang berbahaya di hadapan kita!” Nancy sudah dapat merasakan kehadiran Demon Lord yang berada di hadapan mereka walaupun di hadapan mereka masih di kerumuni oleh begitu ramai tentera Demon.
“Apa maksud kau Nancy?” Doug bertanya.
“Ada yang musuh yang sangat kuat di hadapan kita!”
“Kuat! Sekuat mana?”
“Lebih kuat daripada apa yang kita pernah lawan sebelum ini. Barangkali, ia adalah Demon Lord!”
“Demon Lord!” ketiga-tiga mereka terkejut mendengar pekabaran itu.
“Oi! Oi! Biar betul! Itu dah jadi tugas Hero untuk kalahkan bukannya kita!” Fat berkata.
“HUH!” Nancy merasa sesuatu.
“CEPAT MENGELAK! DEPAN KITA!” Nancy menjerit.
“HUH?” ketiga-tiga mereka terkejut lalu berlari.
Terlihat Demon Lord di udara menyasarkan mereka berempat. Lalu, di serang ke kawasan mereka berada dengan hanya menggunakan buku limanya.
‘KBOOOM!’
Habis kesemua tentera Demon yang berada berdekatan melambung ke udara manakala mereka berempat sempat untuk mengelak serangan itu.
“Hehehe! Apa yang korang tengah bualkan tu hah!” Demon Lord Dylas tesengih.
“Ughhh!”
“Dia sudah perasaan kita!” Kiel berkata.
“Mustahil untuk kita lari sekarang!” jawab Doug.
“Maaf mengganggu, telinga aku terlalu sensitif bila orang berkata pasal aku!” Demon Lord Dylas berdiri sambil buku limanya bersedia untuk menyerang.
“Kita terpaksa lawan juga!” Fat yang berada paling dekat dengan Demon Lord Dylas.
“Aku nak tanya satu soalan! Kalau korang dapat menjawabnya, aku akan lepaskan korang.”
“Soalan?”
“Siapa yang lakukan panahan bulan yang kedua tu! Tengok daripada arah panahan bulan tu datang, aku jamin yang panahan bulan kedua dilakukan oleh orang yang berbeza.”
“Kenapa kau nak tahu?” soal Doug.
“Sebab aku nak balas dendam atas kematian Demon Lord Vishnal!”
“Apa maksud kau! Hero yang bunuh Demon Lord Vishnal!” soal Kiel.
“Hahaha! Hero! Kau pasti ke Hero yang bunuh! Apa yang aku tahu setelah beberapa bulan mencari, punca kematian Vishnal berpunca daripada serangan jarak jauh. Serangan itu laju dan sukar untuk dikesan.”
“Pemanah!” Fat bersuara.
“Ye, hanya pemanah sahaja dapat lakukan serangan sebegitu. Pantas dan sukar dikesan. Panahan bulan yang kedua tu, aku dapat rasakan yang itu orang yang sama bunuh Vishnal.”
“Jadi bukan Hero yang bunuh Demon Lord Vishnal!” Kiel, Doug dan Nancy terkejut.
“Heh, kau fikir kami akan beritahu kau!” Fat tersengih.
“Kau memang menempah maut!”
*Raqnid, berapa banyak rahsia yang kau rahsiakan daripada aku hah!* Fat berkata dalam hati.
“Bersedia untuk terima tumbukan aku yang seterusnya. Hiyarghhh!” Demon Lord Dylas dengan laju bergerak munuju ke Fat dan kemudian menghentam buku limanya kepada perisai Fat.
“DHOOOOOM!”
“Arghhhhh!” Kiel, Doug dan Nancy dapat merasakan tekanan yang kuat daripada serangan itu.
“FAATTTT!” jerit Doug.
“Hah! Aku okay!” jawab Fat yang masih berdiri teguh sambil memengang perisainya. Serangan itu menyebabkan dia bergerak 10 kaki daripada tempat asal dia menerima serangan tersebut.
“Huh?” Demon Lord Dylas terperanjat melihat Fat yang masih berdiri teguh selepas menerima serangannya.
“Tiada sesiapa yang dapat bertahan dengan tumbukkan aku sebelum ni kecuali Demon Lord lain dan Demon King. Tapi, kau manusia biasa dapat bertahan dengan serangan aku. Menarik! Sangat menarik! Harini aku menerima begitu banyak kejutan. Pertama, serangan bulan yang dapat menghancurkan pedang yang paling kebal dalam sejarah dengan mudah. Sekarang, kau manusia yang dapat berdiri dengan sempurna selepas menerima serangan aku. Baiklah, aku akan bermain dengan kau dulu sebelum aku cari pemanah yang membunuh Vishnal. Mariiiii!”
*Maaf, aku pun ada rahsiakan sesuatu daripada kau Raqnid! Jadi kita seri sekarang. * Fat berbicara di dalam hati.
**************
Name: Fat
Title: Legendary Defender
Job: Knight
**************
Share this novel