Chapter 12

Fantasy Completed 2305

"Senjata ini pernah digunakan oleh pahlawan-pahlawan yang pernah membunuh Demon King sewaktu ketika dahulu"

Pedang yang dikhabarkan tekuat disitu terlihat begitu cantik dan bersinar.

Tanpa ragu -ragu pedang itu dihulurkan kepada Ray kerana mempunyai status yang tertinggi diantara kami semua.

Zack kelihatan cemburu kerana Ray diutamakan dahulu.

Selepas raja Alex menunjukkan pedang yang kedua kuat dan dengan terburu-buru Zack menuju ke arah pedang yang ditunjukkan tadi.

Zack mengambil pedang tersebut dan mengangkatnya ke udara.

Semua orang tidak suka akan kelakuan Zack yang pentingkan diri itu.

Semua kumpulan Hero memilih senjata mereka masing-masing.

Sora memilih tongkat magik yang dianggap diantara yang tekuat kerana Sora diberikan keutamaan kerana statusnya yang juga tinggi.

Ahli kumpulan yang lain terlihat tidak berpuas hati dengan Sora kerana diberi tongkat magik yang kuat.

Sesudah selesai memilih, jadi kali ini giliran kumpulan Guardian untuk memilih.

Jadi aku dan Fat pun pergi melihat senjata yang ada manakala ahli kumpulan Guardian lain tergesa-gesa kerana ingin memilih senjata yang kuat.

Fat merupakan tank jadi dia memilih pedang dan penampan yang kelihatan serdahana.

Ia merupakan pilihan yang bijak bagi orang yang tidak ingin terlalu banyak perhatian.

Jadi aku tidak ingin kalah dengan Fat, aku pergi mencari pemanah yang sesuai untuk aku.

Sewaktu aku mencari - mancari aku melihat satu pemanah yang berada di penjuru bilik senjata ini. Pemanah ini terlihat begitu lama dan kusam.

Semua orang kelihatan sudah HENDAK habis memilih senjata mereka. Aku pun tanpa meneliti pemanah itu dengan betul-betul aku terus mengambil pemanah tersebut dan lari terus ke Fat yang sudah ingin keluar.

Waktu kumpulan Guardian memilih senjata sudah tamat dan kini giliran kumpulan Support untuk memilih. Kumpulan Support terlihat begitu kecewa kerana mereka seperti tidak diperlukan lagi.

Melihat reaksi wajah mereka raja Alex mengembirakan mereka dengan berita yang baik.

Mereka diberikan rumah untum tinggal di bandar ini dan segala urusan mereka akan ditanggung raja Alex.

Aku begitu terpegun melihat raja Alex yang begitu baik yang sanggup menolong mereka. Tetapi memang patut juga raja Alex bertanggungjawab kerana dia yang membawa kami semua ke sini.

Selesai saja semua, kami semua dibawa berjalan-jalan melihat istana ini.

Aku melihat istana ini begitu besar dan ia terlihat akan seperti komik yang aku baca. Aku seperti berada di dalam mimpi. Aku tak sangka ia merupakan realiti kerana ini merupakan impian semua pembaca komik untuk masuk kedunia fantasi kerana ingin menjadi hero. Akan tetapi realitinya tidak semua akan menjadi hero dan malah lebih menyedihkan lagi apabila kita terlalu ingin ke dunia fantasi akan tetapi kita hanya watak biasa dan tidak diperlukan.

Tetapi semua itu tidak aku hairankan kerana aku tidak mahu diketahui. Aku begitu gembira melihat bangunan-bangunan disini ia nampak begitu realistik. Pengawal-pengawal disini memakai perisai.

Tiba di suatu tempat. Terlihat pengawal-pengawal yang sedang berlatih bermain pedang, pemanah dan pelbagai lagi. Kemudian mereka semua berhenti berlatih dan memberikan tanda hormat kepada raja Alex. Kemudian seorang pengawal disitu terlihat seperti ketua mereka menuju kearah raja Alex.

"Ada apa tuanku datang kesini tuanku dan siapakah mereka nii semua"

Tanya pahlawan tersebut kepada raja tentang kami semua.

"Mereka adalah manusia dari alam yang lain yang datang untuk menyelamatkan kita daripada demon King"

Kemudian kesemua mereka pengawal menjerit kegembiraan menyambut kedatangan kami. Kami semua terasa begitu gembira kerana dijemput dengan gembira. Kemudian raja Alex menerangkan apa yang berlaku dan menyuruh mereka untuk membantu kami tentang alam ini.
Pengawal itu kemudian datang kearah kami dan memperkenalkan diri.

"Saya Sato ketua pengawal di istana ini"

Ray kemudian maju ke hadapan mewakili kami semua.

Kemudian Sato pun memberitahu tenteranya tentang kami. Mereka semua menuju kearah kumpulan Hero kerana teruja ingin melihat Hero yang akan menewaskan Demon King. Kumpulan Hero diberikan layanan yang baik manakala kami pula seperti tidak wujud.

Kemudian tiba seorang perempuan yang bernama Nana. Dia merupakan orang kedua selepas Sato.

Setelah itu kami semua semua diajar tentang dunia ini. Dunia ini terdapat banyak jenis makhluk antara yang terkenal ialah manusia, elf, demon, cat-human, lizard dan banyak lagi. Wang yang digunakan dipanggil Zen. Disini kami boleh menjadi apa sahaja dan antara kerja yang terkenal ialah hunter, mechant dan blacksmith.

Kemudian kami diajar mengikut class masing2.
Aku diajar untuk memanah dan mereka seperti tidak mahu mengajar aku dengan betul. Tapi aku lebih suka mereka berambus dari sini biarkan aku sendirian dengan pemanah ini.

"ummm tuan kalau ada urusan lain boleh jee tinggalkan saya disini sendirian"

Pengawal itu pun kemudian pergi melihat Ray kerana ingin melihat skill Ray dan Hero yang lain.
Pengawal itu langsung tidak rasa bersalah meninggal aku disini sendirian. "Ahhh biarkan" aku pun memcuba menggunakan pemanah yang aku pilih ini. Aku pun meletakkan panah di pemanah aku kemudian melepaskan panah aku kearah sasaran. Dan memang semestinya tidak kena ke sasaran. Tiba-tiba muncul paparan menunjukkan "You have gain new title "Noob acher". Selepas melihat paparan itu hati aku ini sedikit terguris dan membuatkan aku mula untuk melepaskan lebih banyak panahan tanpa hiraukan apa yang lain lakukan.

Ray menunjukkam skill yang luar biasa dan bukan itu sahaja Ray juga bertarung dengan Sato kerana Sato ingin menguji kemahiran Ray. Kebanyakan perempuan yang menyaksikan Ray begitu teruja.

Pertarungan mereka berdua agak sengit. Sato terkejut melihat skill Ray kerana skill boleh dikatakan hampir setaraf dengan Sato. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa Ray merupakan ketua kelab Kendo di sekolah dan pernah memenangi banyak pertandingan antarabangsa. Jadi bermain dengan pedang menjadi tidak asing lagi bagi dia. Betapa tidak adilnya dunia ini kenapa orang macam boleh bagus dalam semua perkara.

Sora berlajar untuk menghasilkan spell magik yang pertama dan agar terkejut mage disitu kerana spell yang dihasilkan menghasilkan api kuat.

Hari pertama kami disini berakhir sampai sini dimana kami diajar tentang asas untuk hidup di dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience