Chapter 45 - Bertahan

Fantasy Completed 2305

"GARGGGHH!" bertubi-tubi tumbukan meluru ke arah Fat namun ditepis rapi oleh perisai nya. Setiap tumbukan menghasilkan tekanan angin yang kuat yang menyukarkan Doug dan Kiel untuk mendekati Demon Lord Dylas.

"Apa yang perlu kita buat ni? Kita perlu bantu Fat dengan segera!" kata Kiel.

"Kau rasa dengan tekanan angin macam ni, kita boleh dekati mereka ke hah!" jawab Doug.

'ZHOOOOOSH!'

Satu anak panah yang laju meluru ke arah Demon Lord Dylas.

"Huh?"

'DOOOSH!' anak panah itu sempat ditangkis oleh Demon Lord Dylas.

'ZHOSSH!'

'ZHOSSH!'

Lebih banyak anak panah meluru ke arah Demon Lord Dylas. Demon Lord Dylas kemudiannya mengundurkan dirinya jauh daripada Fat dan mengelak kesemua panahan itu.

"Cehh! Ada pengacau!" Demon Lord Dylas sambil melihat bahagian tangannya yang terluka akibat menangkis panahan tadi.

*Raqnid?* Fat menoleh kearah datang nya anak panah itu.

Namun, individu tersebut bukan apa dibayangkan Fat. Pemanah yang membantu nya tadi merupakan Nolan iaitu pemanah terhebat dari negara Elf.

"Saya datang untuk membantu!" jerit Nolan dari jauh.

Sekarang kumpulan Fat sudah sempurna dengan kehadiran Nolan sebagai penyerang jarak jauh.

"CAYALAAH!" jerit Fat.

"Korang ingat dengan penambahan seorang pemanah dapat mengubah keputusan pertarungan ini! Keputusan pertarungan ini sudah ditetapkan sejak awal korang bertembung dengan AKUUUU LAGII! GARGGGHH!" Demon Lord Dylas muluru ke arah mereka dengan laju.

'ZHOOSH!'

Nolan tidak memberikan peluang kepada Demon Lord Dylas untuk menyerang dengan mudah. Setiap anak panah yang dilepaskan mengganggu prestasi Demon Lord Dylas kerana terpaksa mengelak setiap satu anak panah.

"GERGHH!"

Kini Demon Lord tidak boleh sewenang-wenangnya menyerang kerana dia perlu berhati-hati dengan panahan Nolan.

[Shield Boost]

Fat pun mempunyai sedikit masa untuk dia bersiap sedia menerima serangan Demon Lord Dylas.

'SHOOOSH!'

Doug dengan Kiel juga bertindak pergi membantu Fat.

Sewaktu Demon Lord Dylas sibuk mengelak serangan daripada Nolan. Muncul Doug dan Kiel menyerangnya secara mengejut.

[Twin Blade]

"Huh?" Demon Lord Dylas yang tidak sempat untuk mengelak serangan Doug dan Kiel terpaksa melindungi dirinya menggunakan tangan sebagai perisai.

'HYOOSH!'

"Tak guna! GARGGGHH!" Demon Lord Dylas menukar sasarannya dan cuba untuk menyerang Kiel dan Doug.

"KIEELLL!" Doug menjerit kepada Kiel yang berada berhampiran Demon Lord Dylas.

'DHOOM!'

Malangnya serangan Demon Lord Dylas berjaya ditepis oleh Fat.

"Terima kasih, Fat!" Kiel yang terselamat daripada serangan itu.

"Gerghh, engkau lagi!" Demon Lord Dylas mula baran.

'ZHOOSH!'

"ARGGHH!" jerit Demon Lord Dylas yang kesakitan akibat terkena serangan daripada Nolan.

"KETEPI!" jerit Nancy yang memberi amaran kepada ahli kumpulannya bahawa dia sudah bersiap sedia untuk menyerang.

"BAIK!" jawab Doug, Kiel dan Fat.

[Fire Tornado]

Demon Lord Dylas hanya terkaku dan keliru apabila melihat bulatan magik yang besar berada di tempat dia berpijak dan dia tidak boleh berfikir panjang akibat menerima serangan yang tidak putus-putus.

'BOOOM!'

Puting beliung berapi yang besar menelan Demon Lord Dylas di dalamnya.

"ARGGHH!" hanya jeritan Demon Lord Dylas sahaja dapat didengari oleh mereka.

Jeritan yang kuat tadi langsung hilang begitu sahaja. Menjadi tanda soal buat mereka.

"Dia dah mati ke?" soal Fat.

"Entah!" jawab Doug.

Tiba-tiba kelihatan bayangan hitam melalui puting beliung itu. Bayangan hitam itu semakin lama menjadi semakin besar.

Kedengaran suara seperti orang sedang ketawa. Suara itu semakin lama semakin kuat.

"HAHAHA HAHHHA HAHAHA, AKU MATI!"

'FHOOOM!'

Magik Nancy dipatahkan oleh Demon Lord Dylas dengan begitu sahaja setelah Demon Lord Dylas berevolusi menjadi suatu bentuk yang lain. Dia kelihatan di besar dan menakutkan dari yang sebelumnya.

"GARGGGHH! BERSIAP SEDIA LAA KORANG!"

Sewaktu penglihatan Fat dan lain-lain terganggu oleh debu-debu pasir yang berterbangan disebabkan puting beliung tadi, Demon Lord Dylas mengambil kesempatan itu untuk menyerang.

'SHOOOSH!'

"Huh?" Nolan terkejut melihat Demon Lord Dylas yang tiba-tiba berada di hadapannya.

"Selamat tinggal!" Demon Lord Dylas memberikan satu tumbukan tepat ke arah perut Nolan.

'DHOOMM!'

Nolan terpelanting jauh selepas menerima tumbukan itu.

"NOLAAAANNN!" jerit Kiel yang menyaksikan situasi itu.

Demon Lord Dylas mengalih pandangannya ke arah Nancy yang bersendirian seorang diri.

"NANCYYYY!" Doug berlari menuju ke arah Nancy untuk menyelamatkannya.

Namun, kepantasan Demon Lord Dylas yang luar biasa tidak sempat untuk Nancy ataupun Doug bertindak. Dengan sekelip mata, Demon Lord Dylas berada di hadapan muka Nancy sambil tersenyum dengan senyuman yang sangat mengerikan.

"Uhhhh!" ketakutan baru yang tidak pernah dirasai Nancy hadir dalam dirinya. Membuatkan Nancy menggigil dan terkaku menyaksikan ketakutan itu.

"TIDAKKKK!" hanya jeritan mereka yang dapat sampai ke Nancy.

"Giliran kau pula, gadis kecil!" Demon Lord Dylas yang sudah bersedia untuk melepaskan buku limanya ke arah Nancy.

Buku lima itu kemudiannya dihentak ke arah Nancy.

'KBOOMMM!' habis hancur berkecai kawasan tersebut di hentam buku lima Demon Lord Dylas.

Doug, Kiel dan Fat terkaku melihat rakan mereka di hentam oleh Demon Lord Dylas.

"Nancy!"

"ARGGHHHH.." sudah hilang kesabaran dalam diri Doug dan Kiel. Mereka berdua meluru ke arah Demon Lord Dylas secara membabi buta.

"TUNGGU!" jerit Fat.

'HYOOSH!'

Pedang mereka dilibas ke arah Demon Lord Dylas.

'CLAANNG!'

"Huh?" serangan mereka berdua terpantul seperti mereka baru sahaja menyerang batu yang besar. Serangan yang langsung tidak memberikan kesan kepada badan Demon Lord Dylas. Badannya sudah menjadi begitu kebal.

Pandangan mereka berdua teralih ke arah kawasan Nancy diserang.

"Na na nan---cy!" hati mereka hancur apabila melihat Nancy terbenam di dalam tanah dengan darah yang terpercik di merata tempat.

"HAHAHA HAHAHA! Ini laa padahnya apabila korang tidak sedar diri. Korang pilih lawan yang salah."

Air mata mula mengalir, perasan marah yang membuak-buak. Sekali lagi mereka meluru menyerang Demon Lord Dylas secara membuta-tuli.

"GARGGGHH!" mereka menghayun pedang mereka menyerang Demon Lord Dylas berkali-kali namun tiada sebarang kesan.

"Heh!" Demon Lord Dylas tersengih.

"DOUGG, KIELLL LARIII!" jerit Fat.

'SHOOOSH!'

"Huh?" mereka berdua terkejut apabila Demon Lord Dylas hilang dengan sekelip mata.

Demon Lord Dylas muncul di belakang mereka lalu ditangkap mereka berdua dengan kedua belah tangannya.

'CAUGHT!'

"Hahaha, ini sebab manusia lemah. Hati korang terlalu mudah hancur kerana perkara-perkara remeh!... Biar aku hancurkan jasad korang yang kecil ni pula!" Demon Lord Dylas menggenggam Doug dan Kiel dengan tangannya.

"ARGHHHHHH!" jerit Doug dan Kiel kesakitan.

"Hiyarghh!" Fat datang menghayun pedangnya untuk menyelamatkan Doug dan Kiel namun dengan mudah dielak oleh Demon Lord Dylas.

"Hurmm... Aku lupa pasal kau!" Demon Lord Dylas menggenggam Doug dan Kiel sehingga patah tulang rusuk mereka lalu mereka berdua dihentak ke tanah.

'DOOOM!'

"Huh!" Fat tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rakannya. Dia hanya mampu melihat dengan hati yang terluka.

"Baiklah, mari kita teruskan permainan kita semula!"

Sekarang hanya tinggal Fat seorang diri bersemuka dengan Demon Lord Dylas.

"Rasakan ni!" Demon Lord Dylas melepaskan tumbukannya pada perisai Fat.

'DHOOOM!'

Habis hancur kawasan sekeliling Fat selepas tumbukan itu. Fat masih berdiri teguh namun darah mula mengalir daripada hidungnya. Menunjukkan serangan Demon Lord Dylas kali ni agak memberi kesan kepada Fat walaupun dia berjaya menepis serangan itu.

*Kuatnya! Macam mana aku nak menepis serangan seterusnya?*

"Heh, kau tidak menghampakan aku manusia! Sebagai penghargaan, beritahu nama kau supaya aku akan sentiasa ingat nama manusia pertama yang berjaya menepis serangan aku."

"Fat!" jawab Fat.

"Hahaha, Fat ya! Baiklah Fat, kau patut berasa bangga yang aku, Demon Lord Dylas menganggap kau sebagai seorang lawan."

"Jadi orang lain tuu bukan lawan bagi kau!" soal Fat.

Tumbukan seterusnya bakal dilepaskan.

"Mereka hanyalah serangga kecil!" jawab Demon Lord Dylas.

[What you give, you get back!] [Skill] [SS]

Fat sudah bersiap sedia menggunakan skillnya sewaktu Demon Lord Dylas sibuk menyoal namanya.

"GARGGGHH!" tumbukan seterusnya dipukul ke arah perisai Fat. Namun kali ini, Demon Lord Dylas menyerang dengan bertubi-tubi.

"GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA! GA!"

'DHOOM!'
'DHOOM!'
'DHOOM!'
'DHOOM!'
'DHOOM!'

"ARGGHHHHHHHHHH!" Fat dengan sedaya upaya bertahan.

°°°°

'CLANNG!'

'CLANK!'

Zack menyerang Demon Lord Dolce namun pedang besarnya ditangkis. Kemudian datang pula Jilk menyerang Demon Lord Dolce dan serangannya juga ditangkis. Sofia pula datang menyerang selepas Jilk ditangkis oleh Demon Lord Dolce.

Beterusanlah mereka bertiga bergilir-gilir menyerang Demon Lord Dolce. Demon Lord Dolce tidak pernah gagal sekalipun menangkis serangan mereka dan juga berjaya menyerang balas. Walaupun Demon Lord Dolce berjaya menyerang balas, namun kecederaan yang dialami oleh Hero-hero tidak kekal lama. Setiap kali mereka cedera, kecederaan mereka akan disembuhkan oleh Rose.

"Ciss! Kalau macam ni punya gaya, sampai esok pun kita tak dapat sentuh dia."

"Jilk, jangan kau sesuka hati nak bertindak sendiri!" kata Sofia.

"Maaf, korang!" Rose bersuara.

Disebabkan Rose, Jilk dan yang lain tidak dapat bertindak sepenuhnya menyerang Demon Lord Dolce kerana terikat dalam formasi untuk melindungi Rose.

"Jangan risau Rose, tanpa kau, kami takkan dapat bertahan sampai sekarang!" kata Sofia.

"Zack! Sofia! Korang tunggu sini, jaga Rose. Biar aku yang serang!"

"JILKK TUNGGU!" jerit Sofia.

'SHOOSH!'

Jilk bertindak seorang diri menyerang Demon Lord Dolce.

[Lighting Spear]

"Hiyarghh!"

'CLANNG!' Demon Lord Dolce menangkis serangan Jilk.

"Manusia sombong, kau fikir kau boleh tewaskan aku seorang diri!"

"Diamlah raksasa bodoh, aku belum habis lagi! Garghhh!"

'CLANK!'
'CLANNG!'
'CLANK!'

Jilk menyerang bertubi-tubi ke arah Demon Lord Dolce dan kesemua serangannya ditangkis. Demon Lord Dolce hanya membiarkan Jilk menyerang dan dia hanya mengundurkan diri ke belakang sambil menangkis.

"Haish, apa yang dia fikir tu? Cuba lawan Demon Lord sorang diri." Sofia membebel.

"HIYARGHHHH!"

"Heh!" Demon Lord Dolce tersengih.

'HYOOSHH!'

"Huh?" Jilk terkejut kerana Demon Lord Dolce tidak menangkis serangannya kali ini tetapi mengelak.

Setelah Demon Lord Dolce mengelak serangan itu, dia terus menyerang balas.

'SLAAASHH!'

Satu libasan besar menyentuh badan belakang Jilk.

"ARGHHH!" jerit Jilk.

"JILKK!" jerit Sofia dan Rose.

Zack tidak duduk diam selepas melihat Jilk diserang. Zack berlari meluru ke arah Demon Lord Dolce dengan harapan dapat membantu Jilk.

"ZACK TUNGGU!" jerit Sofia.

"Heh, sorang lagi termakan umpan!" Demon Lord Dolce bergerak menuju ke arah Zack yang datang padanya.

'HYOOSHH!'

Zack melibas pedang besarnya pada Demon Lord Dolce yang datang ke arahnya.

'SHOOSH!' dengan mudah serangan itu dielak oleh Demon Lord Dolce kerana hayunan yang sangat besar memudahkannya mengelak.

'SLAASHH!'

Zack juga tidak terlepas, sewaktu Demon Lord Dolce melepasi Zack dengan mengelak. Saat itulah mata pedangnya memotong badan hadapan Zack.

"AHHHH!"

"ZACKKK!"

Demon Lord Dolce tidak berhenti disitu, dia terus menuju ke Sofia dan Rose untuk menyerang. Rancangan sebenarnya adalah untuk meruntuhkan formasi mereka.

"Tak guna, ROSE CEPAT LARIKAN DIRI!"

'SHOOSH!'

Dengan sekelip mata, Demon Lord Dolce berada di hadapan mata Sofia.

"GARGGGHH!" Sofia cuba menyerang.

'CLANNG!'

Serangan Sofia ditangkis, lalu satu tumbukan melekat pada perutnya.

'AHHHH!'

Terjatuh melutut Sofia apabila menerima tumbukan itu.

"Sofiaa!" jerit Rose.

"Ce—pat la—rikan diri!" kata Sofia.

"Giliran kau pula, Healer!"

Rose hanya berdiri di situ tanpa melarikan diri kerana risau akan rakannya. Belum sempat untuk dia menyembuhkan rakannya mata pedang Demon Lord Dolce menusuk tembus badannya.

"Huh?" Rose terkejut, tahu-tahu sahaja mata pedang telah menusuk badannya.

"ROSEEEEE!" jerit rakannya.

"Kau tahu, antara korang berempat! Kaulah yang paling menyusahkan aku! Kalau tak kerana kau, semua rakan kau dah mati aku bunuh!" bisik Demon Lord Dolce pada Rose.

'SLUUURP!'

Demon Lord Dolce menarik pedangnya keluar daripada badan Rose.

"GARGGGHH!" Jilk, Zack dan Rose berusaha bangun dari kesakitan yang mereka alami lalu meluru ke arah Rose untuk menolongnya.

'HYOOOSH!'

Mereka menyerang Demon Lord Dolce supaya menjauhkan diri daripada Rose.

Sofia menangkap Rose yang hampir terlantar. Dia membaringkan Rose dengan perlahan. Sedikit kainnya di koyak lalu ditutup luka tusukan Rose dengan kain itu untuk mengelakkan lebih banyak darah mengalir keluar.

"Sniff.. Rose bertahan ye!" kata Sofia sambil mengalirkan air mata melihat keadaan rakannya itu.

"Sofia!"

"Ye Rose! Sniff"

"Kenapa sakit sangat rasanya?"

"Ughhh.. Awak ditusuk dengan pedang Rose sebab tu laa sakit. Tahan sikit ye!"

"Hah.. Patut laa sakit.. Jadi macam ni rasanya bila nak mati!"

"Apa awak cakap ni Rose.. Tiada siapa yang akan mati.. Kita semua akan balik bersama.. "

"Tapi Sofia, saya tak dapat tahan lagi rasa sakit ni.. Rasanya tersangatlah sakit.. Erghhh!"

Sementara itu, Jilk dan Zack yang berdepan dengan Demon Lord Dolce dalam keadaan cedera parah.

"Heh.. Kesian dia, dijelmakan ke dunia ni sebagai seorang healer.. Job healer adalah job yang paling malang dan menyedihkan sekali kau tahu, sebab mereka sentiasa menyembuhkan luka orang lain tapi luka sendiri mereka langsung tak boleh sembuhkan.. Mereka lemah, tak boleh berlawan dan perlu sentiasa dilindungi.. Malang bukan, apabila hidup sentiasa menyelamatkan orang tapi apabila ahli kumpulan lain yang buat hal mereka yang menjadi mangsa.."

Jilk mula menyesal akan perbuatannya yang mementing diri sendiri.

*Betul kata dia, ini semua salah aku! Kalau aku dengar cakap Sofia tadi pasti semua ni takkan berlaku.. Gerghh!*

"Kau tahu mereka ni dipanggil apa apabila mereka sudah kehabisan 'mana' , mereka dipanggil beban!"

"ROSE BUKAN BEBAAN!"

Selepas mendengar cacian itu, Zack dan Jilk terus menyerang.

"Maafkan saya Sofia kerana saya hanya menjadi beban kepada awak semua!"

"Apa awak mengarut ni, kami tak pernah anggap awak sebagai beban Rose. Sebaliknya, kalau tiada awak, kami pasti akan lebih susah, awak tahu! Sniff!"

"Hehe, gembira saya dengar.. Saya sangkakan saya seorang beban.. Coug coug"

"Cukup Rose! Berhenti bercakap, awak tu cedera!"

"Apa saya boleh buat Sofia, ini saja cara saya untuk kurangkan kesakitan saya ni! Mungkin ini boleh jadi perbualan terakhir kita.. "

"Ughhhh.. Sniff.." mendengar kata-kata membuat Sofia lebih sedih.

"Saya mula rindu, nak jumpa rakan sekelas saya.."

"Jangan risau lepasni, kita jumpa mereka ye!"

"Kalau saya tak sempat berjumpa mereka, tolong sampaikan maaf saya kepada mereka ye, Sofia!"

Share this novel

MN DAN MS
2022-06-27 20:09:15 

,Yesss !!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience