Chapter 10

Fantasy Completed 2305

Semua hal yang berlaku tadi sudah berakhir.Sora akhirnya menyertai kumpulan Hero.

Berbalik kepada hal sebenar, aku tak peduli pun semua itu yang penting aku bebas daripada masalah.

Ketiga-tiga kumpulan telah dibentuk.

Kumpulan Hero diketuai oleh Ray. Kumpulan Guardian diketuai oleh Jones dan kumpulan Support diketuai oleh Jamie.

Ketiga-tiga mereka mulai kehadapan dan memberikan ucapan masing-masing.

Aku tidak tertarik langsung kepada ucapan mereka bertiga. Apa yang aku tertarik adalah Razor.

Razor terdiam selepas Ray memberi ucapan yang menaikkan semangat semua orang.

Razor kelihatan tidak puas hati dan seperti menyimpang dendam kepada Ray, Raja Alex dan puteri Alia kerana selepas kata-kata yang diberikan Ray, Razor dimaki dan dicaci oleh rakan sekelas disebabkan tindakannya.

Aku merasakan bahawa Razor akan menjadi kuat lebih Ray suatu hari nanti. Sebab banyak komik aku baca, watak utama adalah orang seperti Razor. Dibenci dan dipulau oleh orang ramai pada mukanya dan menjadi orang paling berguna di masa hadapan.

Aku pun kurang pasti, perkara itu akan berlaku ataupun tidak. Aku harap Razor tidak senaraikan aku dalam orang yang dia dendam sebab aku selalu baik dengannya.

Razor berada dalam kumpulan Support. Aku tidak tahu status apa yang dimilikinya.

Kemudian, kami semua dibawa keluar daripada bilik penjelmaan itu dan dibawa ke luar.

Kami semua dibawa ke bilik yang mempunyai pintu yang sangat besar. Semua orang tertanya-tanya apa yang berada di belakang pintu besar tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience