Keadaan di situ nampak seperti tidak selesa bagi lelaki tersebut kerana lelaki tersebut seperti dipaksa memasuki kumpulan Hero.
Melihat gelagat lelaki itu sedang mencari seseorang.
Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan sehinggalah dia memandang ke arah kami.
"Ouh jangan tengok sini"
Kata Fat dengan suara yang perlahan.
Mata kami bertemu dengan lelaki itu dan riak wajah lelaki itu mula gembira melihat kami.
Kami berdua dengan pantasnya menoleh pandangan kami kearah lain agar pertemuan mata berakhir.
Ternyata kami berdua tidak mahukan perhatian yang sebegitu.
Lelaki itu bergerak menuju kearah kami sambil diukuti orang-orang yang bermasalah bagi kami.
Kami berdua cuma untuk mengelak dengan bergerak kearah bertentangan lelaki tersebut.
Kedengaran suara dari jauh memanggil nama kami berdua.
"Raqnid, Fat tunggu nii aku" jerit lelaki itu.
Apakah daya, nasi sudah menjadi bubur.
Kami tidak dapat mengelak semua ini kerana ternyata lelaki yang membawa perhatian itu adalah rakan baik kami sendiri iaitu Sora.
Kami berdua toleh kearah Sora dan berlakon seperti tidak tahu apa-apa.
"Ouh Sora mana kau pergi, kami berdua cari kau dari tadi"
Fat mengeluarkan kata-kata yang baik agar orang - orang di belakang Sora tidak memandang buruk kepada kami.
Lalu kami berdua pergi ke Sora dan berbisik perkara sebenar.
"Oi Sora kau biar betul, kau nak sertai kumpulan Hero"
Kelihatan riak wajah Sora seperti keliru tentang hal itu.
Kami mulai risau....
Tiba seorang lelaki menyapa kami bertiga dari belakang ketika sedang kami berbisik.
Share this novel