Bab 48

Romance Series 35914

****

JACKIE Mundar-mandir di ruang pejabatnya sejak tadi lagi. Setiap kali ingin membuat kerja, fikirannya asyik terganggu dek kerana memikirkan hal yang sama dari semalam lagi. Seribu satu soalan yang muncul dalam fikiran tidak terjawab dengan jelas. Apa motif Armel sebenarnya? Kenapa kena menculik Amirah pula? Semua itu hanya Armel yang tahu jawapannya.

“Think something, Jackie ......” dia memukul dahinya perlahan beberapa kali, Berharap ada sesuatu idea yang muncul dan boleh menyelamatkan daripada Amirah menjadi mangsa. Walaupun gadis itu pernah menuduhnya membunuh arwah Emir , tapi Jackie tidak pernah berniat untuk berdendam. Dia faham situasi gadis itu, kalau dia ditempat Amirah, dia akan buat benda yang sama juga.

Jackie mengambil tempat di sofa yang tersedia di ruangan itu. Otaknya masih berfikir. Dari duduk bertukar ke posisi baring. Dari baring bertukar berdiri. Dia berjalan keliling ruangan itu. Fikir, fikir, fikir!

“Yahuuuuu ! ” dia bersorak keriangan. Dari hasil memerah fikirannya sendiri dia mendapat satu idea yang cukup bernas ! Congrats Jackie .

Dia mengambil kunci keretanya dan bergegas keluar dari pejabat. Dia ingin mendapatkan 'benda' itu secepat yang mungkin.

“Sayang....you nak kemana?” suara itu membuat langkahnya berhenti serta-merta. Dia menoleh dan cuba berlagak tenang. Senyuman terukir manis.

“Yes, honey? ” balasnya lembut. “You nak kemana tergesa-gesa macam ni? ada benda penting ke?” tanya tunangnya yang semakin menghampiri.

“Fuh...tulah..ada.er, meeting dengan client dekat luar.” dalihnya membuat Armel percaya.

“Hmm..ni mesti terlupa punya pasal kan? tak pelah, pergilah cepat. Karang terlepas pula, rugi.” kata Armel lembut. Jackie mengangguk sambil melepaskan kelegaan dalam diri. Nasiblah wanita itu tidak banyak tanya lagi.

“See you lunch nanti...love you...” balasnya dan pergi.

ERICK mengatur langkah keluar dari ruang pejabatnya. Kot kerjanya ditanggal kerana rimas memakainya beberapa jam lalu. Kakinya laju sahaja melangkah ke bilik adiknya, Farish. Staf yang melihat kelibat dirinya secara automatik fokus dan diam membuat kerja masing-masing.

Bam !

Pintu bilik Farish di buka dengan kasar. Terkejut penghuni di dalamnya mendengar. Wajah yang mengandungi pelbagai perasaan ditayangkan oleh Farish. Nak hempuk ke nak tendang ni ?

“Ingatkan engkau main game...” kata Erick selepas menutup pintu semula. Farish tersengih.

“Kau ingat aku ni tak pandai bekerja ke?” dia mencerlung tajam ke arah Erick yang sudah pun duduk dengan rapi di hadapan mejanya.

“Whatever. So, macam mana?” tanya Erick. Kening tebalnya turut naik sama. Farish menghembuskan nafas dengan berat.

“Kau datang sini sudahlah tak bagi salam. Buka pintu bilik aku dah macam penjenayah, kalau aku ada sakit jantung macam mana? Lepas tu, datang sini tiba-tiba tanya aku, macam mana? Kau ingat aku apa? boleh baca fikiran orang,” bebel Farish panjang lebar. Dah macam perempuan datang bulan dia ni.

“Haih, bendul betullah kau ni. Aku tanya kau macam mana, dapat jumpa Ziyad tak?”

“Kan elok macam tu. Detail.Senang aku faham. Aku bendul sebab kerja bertimbun ,” balasnya. Erick membuang pandangannya. Kalau bukan sebab nak tahu perkembangan tentang Ziyad, tak hadap dia nak jumpa adiknya sendiri. Boleh buat orang tinggi darah.

“Aku ada upah orang untuk cari dia, tapi sekarang ni aku belum dapat apa-apa info lagi,” terang Farish setelah Erick tidak memberi respon apa-apa.

“Kau kan sentiasa bersama dengan Ziyad, takkanlah tak ada tempat yang kau tak tahu. Maksud aku tempat yang dia selalu pergi..”

“Mana aku tahu. Kalau aku tahu, dari hari tu lagi aku cari dia,” balas Farish. Sebenarnya, ada beberapa tempat telah dia pergi. Namun, hasilnya tetap sama. Semua menghampakan.

“Aduh, macam mana nak cari dia ni...kau tahu kan kita kena balik Australia masa terdekat ni..” adu Erick.

“Aku tak akan balik selagi Ziyad tak ada.” tegas Farish. Hidupnya dengan Ziyad sudah sebati. Segala perangai gila mereka sudah tergenggam erat dan tidak dapat dilepaskan. Dia tekad untuk tinggal sendiri di Malaysia sehinggalah Ziyad kembali ke pangkuan.

“Kalau aku tak halau dia, semua ni tak jadi...” katanya perlahan. “Dahlah, Erick. Semua ni dah takdir..tulah, lain kali siasat dulu baru nak marah bagai...” nasihat Farish. Bosan dia mendengar keluhan daripada Erick. Menyesal, menyesal dan menyesal. Ergh;

“Aku keluar dulu, kalau ada apa-apa kau inform aku,”

“Ya di alu-alukan...” ujar Farish dengan senang hati.

ARMEL mencari-cari kelibat tunangnya kiri dan kanan sementara memandu dengan perlahan di kawasan yang sempit itu. Mana pula jejaka pujaan ni? Bibir merahnya mengukirkan senyuman apabila melihat susuk tubuh tercegat di belakang sebuah kereta yang terpakir. Dia menghentikan keretanya tepat. Lantas, Jackie terus memboloskan diri dengan selamat dan dia terus menekan pedal minyak. Takut juga kena hon dengan kereta belakang.

“Sorry sayang susahkan you untuk ambil I,” kata Jackie. Dia merapikan duduknya serta memasang seatbelt.

“Mana ada susahkan...Tapi kenapa dengan kereta you?” tanya Armel pelik. Pagi tadi okay je dia keluar. Nak balik rosak pula?

“Tak tahulah tu.Tiba-tiba tak boleh start. Dahlah I janji you nak lunch sama. Di situ jugalah kereta tu buat hal,” bebelnya. Armel tergelak kecil.

“Habis dah hantar gi bengkel?”

“I dah call kawan dekat bengkel tu baiki. Tengoklah macam mana nanti...”

“You...i sebenarnya nak minta maaf, sebab hari ni tak boleh nak lunch samalah. I ada meeting dengan persatuan i.” terang Armel.

“Oh, kenapa tak cakap awal-awal? Taklah i ganggu you tadi....”

“Mana adalah! Sekarang macam ni, I drive pergi lokasi meeting i, nanti you drivelah sendiri guna kereta ni. I bagi you pinjam..”

“Habis you balik nanti naik apa? Takpelah, you turunkan i dekat mana-mana restoran, nanti pandai-pandailah i balik pejabat naik teksi.” jelas Jackie.

“Ish, you ni. I nanti balik ikut kawan i lah. Don't worry, baby..” ujarnya. Jackie mengangguk akur. Nanti bantah, bergaduh pula. Baik elak sebelum terjadi.

“Bye sayang..hati-hati drive. Jangan usik apa-apa dalam kereta I. Tu jangan tanggalkan hello kity i..” pesan Armel kemudian dia melambai dan berjalan masuk ke sebuah cafe. Seusai Armel hilang dari pandangan, Jackie beredar pergi.

Mata Jackie liar melihat isi kereta itu. Kotlah ada camera yang mengawasi. Setelah berpuas hati, Jackie menguntumkan senyuman lebar. Selamat.

Dia mengeluarkan satu alat pengesan lokasi di dalam kereta itu. Tadi, lain dia rancang lain pula yang terjadi. Tapi, dia bersyukur semua ini lebih daripada yang dirancangnya. Kereta ini sudah pun bersama dia dan tiada siapa yang menganggu untuk memasang alat pengesan.

“Mana aku nak letak benda ni?”

Dia mendapat idea untuk meletakkannya di bonet belakang kereta. Dia turun dan membuka bonet itu. Benda kecil itu yang telah terpasang dengan kompenen yang rapi langsung sahaja diletakkan.

“Fuh senang kerja aku.”

Bup !

Bonet kereta ditutup dia terus melangkah masuk ke pejabat. Dia yakin Armel tidak akan tahu soal benda ni jadi tidak ada yang perlu dirisaukan olehnya.

Haraplah benda ni boleh bantu aku nanti. Getusnya.

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience