****
“KEADAAN bini aku macam mana?” tanya Erick kepada Dokter Wan. Perasaan cemas masih membaluti dirinya. Dia sedar perbuatannya agak melampau terhadap isterinya. Semua disebabkan amarah yang melanda dirinya tadi. Maafkan abang, sayang.
“Dia okay. Dia perlukan rehat yang cukup, jangan bagi dia stress. Kalau stress beginilah jadinya..” balas Dokter Wan dengan sedikit nasihat. Erick mengangguk faham. Semua ini berpunca dari dirinya.
“Kalau ada apa-apa just call me, bro. By the way, congratulations. Tak lama lagi kau jadi seorang ayah hahaha..aku chau lu,” dia menepuk bahu Erick beberapa kali.
“Huh? bini aku mengandung ke?”
“Yelah, kau tak tahu ke ?” tanya dokter Wan.
“Kalau aku tahu, aku tak tanya siot..”
“Hmm yelah. Aku pergi dulu. Jaga bini elok-elok. Ingat, dia tengah mengandung dan perlukan rehat yang cukup. Kalau boleh, janganlah bagi dia kerja yang berat-berat dan kau perlu bersedia dengan segala permintaan...hahahahaha,” pesan dokter Wan lagi sambil tergelak. Bukan dia tak tahu perangai wanita mengandung. Kemudian dia melangkah keluar.
Erick duduk dibirai katil sambil memerhati isterinya yang berbaring di atas katil. Jauh disudut hati dia menyesal dengan perbuatan dirinya tadi. Ya, dia hampir melempang Amirah sebentar tadi. Kalau benda tu terjadi, itu adalah kesalahan paling besar dia lakukan.
“Sayang...abang minta maaf. Saya tak ada niat nak naik tangan dengan awak. Saya akui saya cemburu tengok awak dengan Ziyad dalam gambar tu...” ujarnya walaupun dia tahu isterinya tak mendengar kata-katanya.
“Jadi, benda ni lah kau naik amuk macam setan tadi?” tiba-tiba Farish muncul di muka pintu. Kelihatan dia memegang telefon milik Erick. Dia memang bengong dengan sikap Erick tadi. Lebih-lebih bab nak naik tangan dengan perempuan, dia pantang semua tu.
“Kita bincang dekat bawah...” ujar Erick.
“kau nak bincang apa?” tanya Farish mendatar.
“Kau marah aku ke?” Dia memandang Farish yang berdiri tidak jauh dengannya. Bila ingat balik, kejadian tadi adalah kejadian pertama Farish melenting kepadanya.
“Apa perasaan kau kalau orang lain pukul Amirah? kau marah kan?! Dia akak ipar aku tau! huh, bodoh punya soalan.”
“Lagi satu, kita kenal Ziyad dah berbelas tahun. Kita membesar sama-sama. Makan, mandi, bermain semua bersama. Kau masih ingatkan semua tu?! ”
“Huh, disebabkan benda bodoh ni kau sendiri hancurkan keluarga yang kita bina dari kecil. Apa bodoh sangat kau ni Erick?! Ziyad tak buat semua ni. Gambar ni kau dapat dari mana?” tanya Farish setelah berceramah panjang lebar.
“Ada orang hantar dekat aku. Dia kata Ziyad suka dekat Amirah siap bagi bunga lagi...mana aku tak marah ..” balas Erick sambil memerhati langkah Farish. Dia nak buat apa pun tak tahulah.
“Bunga ni kau maksudkan? Disebabkan bunga ni juga berlaku perbalahan. Macam nilah, aku tak tahu apa yang terjadi, tapi bunga ni untuk kau sebenarnya. Amirah beli nak bagi dekat kau, nak bagitahu kau yang dia mengandung. Nota yang ada ni pun, dah jadi saksilah.”
“So, it is up to you to believe or not...” kata Farish dingin. Malas sudah hendak melayan abangnya itu.
“Tengoklah sebab aku tak boleh nak percaya seratus peratus. Hati manusia ni tak ada siapa yang tahu...” balas Erick. Dia masih meragui Ziyad.
“okay, I hope you will not regret it one day..chauu..” Farish terus meninggalkan Erick sendiri. Sebelum melangkah, dia mengambil satu belon lalu dibawa masuk ke biliknya.
Penat aku tiup belon ni konon nak memeriahkan , tapi memecahkan ! Sial punya belon.
SEJAK tadi lagi Ziyad tidak berhenti berjalan kaki. Keberadaannya sekarang tidak di ketahui dek kerana terlalu ikut emosi marah , sedih dan kecewa. Mungkin dah 28 Kilometer dia berjalan kaki dari rumah Erick tadi. Mungkinlah...
Ziyad berhenti seketika. Tekaknya mula terasa haus akibat perjalanan jauhnya. Matanya melilau mencari kedai runcit untuk membeli air. Tak kisahlah air apa, janji dapat membasahkan tekaknya.
Ziyad mengambil air mineral sejuk dan coca-cola tin. Mujurlah kedai runcit ini tidak jauh dari tempat dia berhenti tadi. Setelah membayar, dia langsung meneguk air mineral yang sejuk itu dengan rakus. Lega..
Dia duduk dikerusi yang terdapat disitu. Botol mineral tadi telah dibuang ke dalam tong sampah. Seorang budak lelaki berumur lingkungan 8 tahun memerhati gerak-gerik Ziyad yang membuka coca-colanya. Air liurnya ditelan pelat.
“Adik nak air ni ke ?” tanya Ziyad setelah menyedari budak itu memerhati coca-colanya. Budak itu mengangguk perlahan. Ziyad tersenyum dan menghampirinya.
“Kalau nak, beli sendiri hahaha..abang gurau je. Nah, ambil ni. Abang tak minum lagi,” Dia menghulurkan tin cola yang masih berisi itu. Dengan senang hati, budak itu mengambil dan terus menyedutnya. Mengeletar perlahan dia menahan gas yang naik ke rongga hidung.
“Adik ni dari mana main kotor macam ni? mak ayah tak marah ke ?” tanya Ziyad. Dia memerhati pakaian budak lelaki itu dipenuhi dengan kesan tanah. Budak itu menggeleng perlahan.
“Adik dari minta sedekah dengan orang-orang sekitar sini. Mak adik pergi tinggalkan kami sebab miskin, ayah pula sakit.” kata budak itu dengan sejujurnya. Air cola itu disedut lagi. Sedap.
Ziyad tersenyum nipis mendengar kata-kata budak tersebut. Sebesar beban yang ditanggungnya saat ini, besar lagi beban yang ditanggung oleh budak ini.
“Rumah adik dekat mana? Boleh abang jenguk ayah adik ?” tanya Ziyad.
“Boleh. Jomlah, lagipun adik memang nak balik ni sebab dah nak malam.” ujar budak itu.
“Kejap, kita beli makanan dulu untuk ayah adik.” Mujurlah Ziyad mempunyai lebihan wang sewaktu membayar kek tadi.
Tidak berapa jauh dari tempat Ziyad, seseorang sedang memerhati kelakuannya. Senyuman sinis diukirkan dibibir merahnya. Senyuman itu penuh dengan makna yang tersirat.
“Kesian kau Ziyad. Dulu ada kereta mahal, duit banyak dan tinggal di rumah besar. Sekarang, apa pun kau tak ada. Pergilah minta sedekah macam budak busuk tu !” katanya dan terus beredar. Hatinya menjadi riang dan ceria melihat Ziyad dengan budak tersebut.
“So, dekat mana rumah adik ni? jauh lagi ke ?” tanya Ziyad apabila dari tadi melintasi beberapa buah rumah.
“Dekat sini..” budak itu berlari ke satu tempat.
“Bawah jambatan?” bisiknya perlahan. Rumah pondok yang dibayangkan sirna serta merta. Tanggapannya salah sama sekali. Rupanya budak ini tinggal di bawah jambatan. Kenapa baru sekarang dia terserempak dengan orang macam ni? Ya Allah, engkau tabahkanlah hati budak ini.
“Cepatlah bang...ayah tengah tunggu tu.” jerit budak itu dengan riang.
“ye ye..abang datang..” perlahan-lahan dia melangkah turun ke bawah jambatan besar itu.
“Assalamualaikum, pakcik..apa khabar ?” tanya Ziyad. Pilu hatinya saat ini melihat keadaan pakcik tersebut. “Waalaikumsalam..macam nilah nak. Terima kasih sebab sudi datang sini..” balas Pakcik itu.
“Ni saya ada bawa makanan untuk pakcik. Makanlah..” pelawa Ziyad.
“Terima kasih ya Allah. Terima kasih nak....”
“Kalau boleh saya tahu, dah berapa lama pakcik tidur bawah jambatan ni? Pakcik sakit apa?” tanya Ziyad ingin tahu. Kasihan melihat keadaan pakcik itu. Hendak dibantu, dia pun hanya sehelai sepinggang.
“Pakcik baru lepas kemalangan tahun lalu. Disebabkan tu, pakcik tak boleh kerja. Pakcik kena buang, dan isteri pakcik pun tinggalkan kami. Pakcik faham dan tak salahkan dia. Begitulah, kehidupan...” jelas Pakcik itu sedikit sebak. Ziyad membisu. Buntu hendak menjawab apa lagi.
“Ayah, abang ni pun bagi adik air cola ni.” sampuk budak itu. “Sudah ucap terima kasih ke ?”
“hehehe , belum. Terima kasih abang..”
“ya sama-sama..” balas Ziyad sambil tersenyum.
bersambung...
Share this novel