Bab 3

Romance Series 35914

****

SEORANG gadis berusia 25 tahun itu menuntun langkah menghampiri sebuah kereta peribadinya yang dari tadi menunggu di hadapan rumah. Selendang bewarna coklat itu terlilit rapi di kepalanya. Lipstik yang digunakan menambahkan lagi kecantikan dirinya. Anggun dan jelita. Hari ini dia berhasrat untuk menemui sahabat lelakinya, Erick Fauzan. Lagipula, tiada aktiviti yang mahu dibuatnya. Bosan.

“Nak ke mana ni, cik jelita?” tanya pemandu peribadinya siap dengan pakej pujian, 'jelita'. Dia mula tersipu malu saat mendengar pujian tersebut.

“Alaa...pakcik ni. Macam tak tahu. Mestilah nak jumpa sahabat saya.” balasnya dengan lemah lembut.

“Ye la tu sahabat. Bukan boyfriend ke?” usik pakcik itu. Kadangkala, apabila melihat keakraban Erick Fauzan dengan wanita ini, amat sulit untuk dipercaya. Bukan apa, ia kelihatan seperti pasangan dalam diam.

“Ishh pakcik ni. Kawan jelah. Lagipun, kitaorang dah janji nak berkawan sampai bila-bila.” Terangnya dengan sungguh-sungguh. Cuba meraih kepercayaan pemandu peribadinya.

“Setahu pakcik, orang yang menjalankan persahabatan antara lelaki dan perempuan ni, hujungnya akan jatuh cinta antara satu sama lain.” ujarnya yang sesekali memandang wajah gadis tersebut melalui cermin pandang belakang kereta itu. Mereka sudahpun bergerak lima minit yang lalu.

“Macam mana pakcik tahu? Ke pakcik dengan Mak senah ni macam tu dulu?” sakatnya kemudian tergelak kecil.

“Pakcik tak main sahabat ni. Pakcik dulu terus masuk meminang je mak senah tu. Alhamdulillah, bahagia sampai sekarang.”

“Baguslah macam tu pakcik. Saya tengok pakcik dan mak Senah tu romantik je. Kalah saya ni. Boyfriend pun tak ada.”

“Ada-ada jelah kamu ni Armel.” Balas pakcik itu sambil tersenyum lebar.

ARMEL ADRESIA tiba di hadapan bilik pejabat milik Erick Fauzan. Dia menguntum senyuman sebelum mengatur langkah. Sudah beberapa bulan dia tidak melihat wajah Erick akibat dia berada di luar negara. Hanya berhubung melalui media sosial sahaja. Itu pun jarang-jarang. Kepulangannya ke Malaysia, Erick dan yang lain pun tak tahu. Hanya keluarga sahaja yang tahu. Konon nak suprise si Erick dan dua adiknya.

“Selamat pagi Cik manis jelita.” tegur PA Erick. Senyuman Armel semakin lebar. Hari ni aku berbeza ke? Ini pujian kedua yang aku terima. Sabar Mel, tenang. Jangan terbang.

“Selamat pagi. Err, Erick ada kat dalam tak?” tanya Armel.

“Oh, dia ada meeting tapi rasanya dah habis kot. Biar i bagitahu dia dulu. Mesti dia teruja dapat jumpa Cik manis ni.”

“Eh, tak payah. I nak suprise dia. Dia belum tahu lagi i balik malaysia ni.” terangnya.Wanita yang seusianya itu mengangguk faham dan terus menyambung semula kerjanya.

Pintu di kuak separah luas. Dia menjenguk ke dalam dahulu sebelum melangkah sepenuhnya ke bilik Erick. Dia terus menuju ke sofa yang terletak khas di situ. Bukan pertama kali dia pijak bilik Erick, dah lebih beratus kali. Jadi, tak hairanlah kalau dia terus menerjah bilik Erick. Dia datang bukan mencuri pun!

Tidak lama kemudian, seseorang menolak daun pintu dan melangkah masuk. Gerak-geriknya hanya di perhati melalui anak mata. Erick terus duduk di kerusinya tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Kelibat Armel langsung tak diperasan.

Nasiblah aku ni baik. Kalau aku pencuri tadi, dah lama mati kena tikam si Erick ni. Bebelanya dalam hati.

“How are you Erick Fauzan? Still busy nampaknya?” akhirnya dia bersuara setelah hampir lima minit berdiam dan Erick masih tidak perasan sama sekali kehadiran dirinya.

Membuntang mata Erick dibuatnya. Tiada angin tiada ribut entah tiba-tiba suara itu berada dalam biliknya. Dia menoleh ke sisi kirinya.

“Armel? Is that you?” tanya Erick ragu-ragu. Armel tergelak kuat melihat reaksi comel si lelaki itu.

“Of courselah i.” katanya lalu berjalan menghampiri meja kerja Erick.

“Bila you balik Malaysia?” Mata Erick masih tidak berganjak dari melihat gadis tersebut. “Ni mesti tak tengok instagram i kan? Dua hari lepas, i balik sini. You ni busy sangatlah tu.” ujarnya sambil memuncungkan sedikit bibirnya. Erick hanya tersenyum dan pandangannya masih tidak teralih.

“Hello? Kenapa you tengok i macam tu? Tak suka ke i datang sini jumpa you? sampai hati you kan?” dia menyilangkan kedua belah tangannya sambil bersandar, acah-acah merajuk.

Erick tergelak kuat. “Mana ada. I terkejut je. Yelah, tengok you..serba tiba-tiba.” tambahnya setelah tawanya redah.

“You're totally different, Armel. Look at you. I tak boleh nak cakap...but, you nampak lebih cantik.” pujinya apabila melihat perubahan Armel yang begitu ketara. Dulu, Armel seorang yang freehair dan pakaian serba sedikit terdedah.

“You ni! I ingatkan apalah tadi. Betul ke i cantik ni? You orang ketiga tau yang puji i hari ni.”

“Laaa..bukan i yang pertama ke?”

“No. Driver papa i yang pertama puji i.” ujarnya. Tergelak kecil Erick dibuatnya. “Okaylah, i nak suprisekan Ziyad dan Farish pula. Dorang ada kan?”

“Ada je dorang tu. Tapi, baik you tunggu sini je. Dorang mesti datang sini punya.” Saran Erick apabila melihat jam di tangannya. Jam telah menunjukkan pukul 10:35 pagi. Biasanya sekitar jam tersebut, kelibat dua beruk itu pasti akan muncul.

“Oh...korang ada meeting tiga orang ke?” tanya Armel.

“Meeting tak meeting dorang tetap akan datang sini. I pun tak tahu apa yang best sangat bilik i ni.” Armel mula tergelak.

“AKU ketuk, kau yang cakap dengan dia eh?”

“Mana boleh, kau kan adik dia. Kaulah yang cakap.” balas Farish. Mereka berhenti seketika di sebuah meja para pekerja itu untuk berbincang pasal ketuk pintu. Begitulah hari-hari mereka apabila ingin ke ruang Erick.

“Cakap aku pula, diri sendiri dah lupa ingatan ke? Kau pun adik dia juga!” bantah Ziyad.

“No way...okay macam ni. Kita ketuk sama-sama, kita cakap sama-sama.” Ujar Farish yang enggan mengalah. Dah macam zaman sekolah, apabila disuruh oleh cikgu minta kehadiran disetiap kelas. Salah seorang akan ketuk dan seorang lagi tukang tanya.

“Encik yang tampan dan bergaya, elok jangan gaduh dekat sini. Saya nak buat kerja. Tak fokus pula...heheh” tegur pekerjanya sambil tersengih.

“oh? Sorry,sorry. Teruskan bekerja. Ish, kau punya pasallah ni!” bebelnya.

“Exusce me? kau yang berhenti kat situ, aku ikut je.” balas Farish. “Arghhhh! Whateverlah. Jom.” ujarnya sambil menarik tangan Farish. “So sweet...” kata Farish perlahan.

“SELAMAT PAGI encik Erick Fauzan. Kami ingin.......,” Farish segera menutup mulut Ziyad. Terperanjat Ziyad dibuatnya.

“Kau ni pehal, tutup mulut aku?!” marahnya. Farish memberi isyarat dengan menunjuk-nunjuk menggunakan mulutnya. Dahi Ziyad berkerut dan menoleh ke arah Erick. Wajahnya berubah serta merta.

“Hai...lama tak jumpa korang.” Sapa Armel sambil menayangkan senyumannya yang manis. Mereka berdua turut membalas senyuman tersebut.

“sejuk hati memandang....kan Yad?”

“Bidadari dari syurga. You, you memang sangat cute . so, stoplah being so cute, you buat i hanyut...,” sambil menari dia menuju menghampiri gadis tersebut. Begitu juga dengan Farish turut menari-nari mengikut alunan lagu yang dinyanyikan oleh Ziyad.

“Dah mula dua beruk ni.” kata Erick sambil mengurut lembut dahinya. Nasiblah Armel ni dah masak juga dengan perangai dua orang itu. Kalau tidak, berkemungkinan kena lempang free!

“hahaha..lawaklah korang ni. Masih tak berubah juga eh?” tanyanya kemudian tertawa semula.

“You tak tengok ke perubahan kitaorang?!” tanya Farish serius. Armel menggeleng perlahan. Erick hanya memerhati dan menunggu jawapan keluar dari mulut Farish.

“Maknanya you bukan jodoh kitaorang.” katanya dengan selamba. Armel dan Erick menayangkan muka 'blur'.

“What do you mean?”

“PERUBAHAN KITAORANG IALAH SEMAKIN HARI SEMAKIN HANDSOME!” serentak mereka berkata. Tak tahu macam mana sel dan saraf mereka boleh bercantum sama.

“Jom Farish. Tak naklah kacau orang tengah 'dating'.”

“Engkau dua orang nak pergi mana pula?” Erick terus bersuara.

“Dating!! Chau lu.” ujar Farish selamba. Kemudian dia dengan Ziyad menjadi seperti sepasang kekasih yang romantik.

“Pergi mampus!!” ujar Erick. Armel yang terpinga-pinga terus meledakkan tawanya apabila terdengar Erick mengeluarkan kata-kata 'Savage'nya.

bersambung...

Happy reading <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience