Bab 15

Romance Series 35914

****

MASA berjalan begitu pantas. Sedar tidak sedar sudah seminggu dirinya menjadi tunang kepada Jackie Albemo. Semakin hari juga dia mendapat kecaman hebat daripada natizen yang menganggapnya perosak hubungan orang. Bukan dia sahaja, Jackie pun turut di kecam bersama. Dia dianggap lelaki itu buta kerana sanggup meninggalkan Amirah yang sentiasa berada di sampingnya. Stress!

Armel dan Jackie menuntun langkah ke ruang privasi di sebuah restoran yang mewah itu. Di situ, ada seseorang telah menunggu kedatangan mereka.

“Sorrylah kitaorang lambat..,” ujar Jackie.

“Tak pe. i fahamlah encik bos. So, kenapa encik bos panggil i ke sini ? ” Amirah terus bertanya tanpa ingin berbasa-basi.

“I yang suruh dia ajak you datang sini. Amirah, we need your help. You tahukan situasi sekarang tengah panas,” balas Armel. Wajah Amirah dipandang seolah-olah meraih simpati gadis itu.

“Ya , panas sebab matahari kan ada. You nak i tolong padamkan matahari tu ke ? Kalau tu , i tolak mentah-mentah.” Armel dan Jackie memandang sesama sendiri. Pelik budak ni.

“No, i tak maksudkan tu..,”

“Gila ke apa nak padamkan matahari? Orang dibayar berbilion pun tak akan ada yang mampu. Belum sampai lagi dah hangus !” kata Jackie sambil menggelengkan kepalanya. Nampaknya pembantu peribadi yang diharapkan itu sudah terjemurus dalam kalangan orang yang lembab.

“Hehehe , i gurau jelah ! Gila ke apa nak padamkan matahari ? Belum sampai lagi dah hangus !” jawabnya sambil tersengih-sengih.

“Hello ? you tiru ayat i tadi !”

“Ye Hello , i tahu . Okay , sorry sebab buat benda yang tak kelakar . So, you nak i tolong apa?” matanya beralih ke arah wajah Armel. Gadis yang bertudung rapi itu tersenyum.

“I nak minta tolong you , buat satu video then upload dekat Instagram you. Boleh?”

“Huh? Video apa?” soal Amirah ingin tahu.

“Video untuk jelaskan apa yang berlaku antara kita bertiga. Jelaskan hubungan you dan Jackie hanya sebatas rakan sekerja. Pleaseeee,” rayu Armel sepenuh hati.

“Tapi , kenapa bukan korang berdua je yang buat ?”

“Sebab kalau kitaorang , natizen tak percaya. You pun tahu kan yang i ni selalu post gambar kita dulu dengan caption yang entah apa-apa.” Jackie mulai bersuara.

Dulu , sebelum mengenali Armel , dia sering memuat naik gambar mereka berdua dengan caption yang sedikit sebanyak agak romantik. Itulah hal yang membuatkan para pengikut Jackie di Instagram menganggap mereka adalah sepasang kekasih. Tak sangka para pengikutnya menjadi agresif dengan melemparkan kata-kata yang pedas ke atas dirinya dan tunangnya.

“Tulah encik Bos , i dah larang tapi nak juga ! Okay macam ni, nanti i buat pasal video tu. Tapi , i tak janji tau ia dapat meredahkan panas tu atau tidak. Actually , i pun stress dengan mereka tu. Boleh pula i dikata sadgirl ! Huh!” bebelnya. Armel dan Jackie tergelak serentak.

“Sebab tulah kali ni you bagitahu detail punya ! We trust you, Amirah. You can do it.” ujar Armel sambil melemparkan senyumannya. Dari sudut hatinya berharap sangat kali ni dapat meredahkan semuanya. Pasal Erick juga dia tengah fikirkan. Dia tahu dia salah sebab tak bagitahu apa-apa berita pun tentang Jackie kepada lelaki itu.

“So , i boleh keluar ?” tanya Amirah.

“Eh no. Kita makanlah dulu. Jom kita buat pesanan. You order je apa you nak , don't worry , awak di belanja..,” katanya kemudian menekan butang yang terdapat pada meja tersebut. Seketika itu , seorang pelayan masuk membawa sebuah menu restoran mereka.

MALAM itu , Amirah mundar-mandir sendirian di dalam biliknya. Fikirannya sedang memproses hal yang dikatakan oleh Armel dan Jackie di restoran itu. Dia tidak kisah sangat tentang permintaan itu, tetapi dia fikirkan tentang pertuturannya semasa membuat video tersebut. Sebelum ini , dia hanya memuat naik story Ig dengan menaip sahaja.

“Hai , Assalamualaikum. Saya Amirah Faihanah , jangan lupa.... Arghhh! Jangan lupa apa benda mirah?” omelnya sambil menampar perlahan mulutnya. Hampir 20 kali dia latihan bercakap, ada sahaja yang salah. Itu belum lagi kena record. Hampeh !

“Jangan lupa buat video tu. I know you can do it. You boleh susun tutur kata yang the best..Alaa , macam buat presentationlah. You boleh punya,” Amirah mengingat kembali kata-kata encik Bosnya petang tadi.

“Aduhhh, Itu presentation tentang pekerjaan , ini lain. Kena record pula tu! Malulah aku bila tengok balik !” bebelnya. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea. Kakinya menuju ke meja yang berada di sudut ruangan itu. Buku dan sebuah pen dicapai. Kemudian , dia mencatat sesuatu di helaian yang kosong.

“Siap !!” ujarnya riang. Pen yang di pegang tadi diletakkan ditepi buku itu. Buku yang mengandungi tulisan itu diangkat dan dibaca semula. Nampak seperti sebuah rumusan tetapi ini adalah benda yang ingin dikatakan olehnya nanti.

Pen biru itu diambil semula untuk memadamkan atau mencoret ayat yang tidak kena dengan otakknya. Seusai menyemak semula , dia menyalin semula di helaian baru. Nampak kemas dan senang untuk dibaca. Dia menghafal satu demi satu baris. Hampir satu jam dia mengambil masa untuk menghafal.

Jari-jemari yang lembut itu mencapai Iphone 8 dan terus mencari kamera untuk merakam. Sebelum itu, dia mencari 'lighting' yang bagus. Telefon miliknya itu disandarkan pada bantal yang berperanan sebagai penghalang daripada telefon itu terjatuh. Dia tidak mempunyai 'Tripod' atau yang jenis dengannya. Dia pun mula merakam dirinya sendiri.

“Letihlah.., buat satu video je pun!” dia mendengus geram. Jam dilirik seketika yang sudah pun memaparkan pukul 10 malam.

“Edit video lagi! Tak reti aku ! Tapi, kau kena buat Mirah. Kalau kau membebel memang tak siaplah. Just calm down. Malam ni kena update juga!”

Setelah berpuas hati dengan kerjanya, dia pun masuk dalam akaun instagramnya. Amirah menarik nafas sebelum menekan button muat naik. Setelah muat naik selesai , dia terus keluar dari instagram. Dia tidak lupa juga untuk tag Armel dan Jackie.

“My job is done !” Dia meluruskan badannya. Tudung yang digunakan dilepas kemudian menuju ke bilik air untuk membasuh muka sebelum tidur.

Kedengaran bunyi nada dering instagram asyik berbunyi-bunyi. Mesti komen daripada para natizen. Lantaklah , esok- esok jelah aku baca , aku mengantuk dan penat ! Selimut ditarik dan selamat malam.

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience