Bab 22

Romance Series 35914

****

DIA melangkah laju memasuki syarikat Erick Fauzan sebaik sahaja turun dari kereta peribadinya. Dia memakai jacket hitam yang besar dan menggunakan mask dan kaca mata hitam. Orang sekeliling pelik melihatnya. Kakinya terus sahaja melangkah masuk ke pejabat Erick. Kebetulan, Setiausaha Erick tidak kelihatan.

“Who are you ?” tanya Erick dalam keadaan terkejut. Gadis berkaca mata hitam itu langsung sahaja menerjah masuk tanpa salam mahupun ketukan pintu. Sudah seperti seorang penjenayah.

Tanpa berkata, gadis itu membuka mask dan kaca mata hitamnya. Erick sedikit terkejut melihat wajah gadis itu.

“Armel ?” Gadis itu terus menangis teresak-esak dihadapannya.

Aik ? aku panggil nama je pun, tu pun nak nangis ?

“Er, Are you okay ? Kenapa muka you lebam macam tu ?” tanya Erick sedikit terkejut. Armel hanya menangis. Susah untuk di luahkan.

“Hey, please don't cry. Tell me, what happen ?”

“Di-dia...,” kata-katanya terhenti.

*Tok Tok* *Klak!*

Amirah terus sahaja membuka pintu, dan masuk sambil menatang secawan air. Dia sedikit terkejut melihat susuk tubuh yang duduk berhadapan dengan Erick. Perlahan-lahan dia berkata, “Sorry, sir. Saya tak tahu ada orang. Erm, ini air sir.”

“No , it's okay. Letak je air dekat situ.” balas Erick. Armel berusaha mengelak daripada wajahnya dilihat oleh gadis yang masuk itu. Suara macam kenal. Takkanlah dia kerja dekat sini ?

“Saya minta diri dulu ya sir. Sorry menganggu.”

“Tak pe. Terima kasih buatkan air ni,” Amirah hanya mengangguk dan terus keluar dari bilik pejabat Erick.

“So , apa tadi yang you nak cakap ?” Erick terus menyambung perbualannya dengan Armel. Simpati dia melihat gadis itu. Dia kena pukul ke ?

“Di-dia tipu i . ” Tersekat-sekat dia berkata.

“ 'Dia' yang you maksudkan , Jackie?” Armel mengangguk. Perlahan-lahan air matanya mengalir turun membasahi pipi. Entah berapa kali sudah gadis ini menangis. Mata pun sudah sembap dilihatnya.

“Di-dia pukul i. Di-dia tipu i . Dia ambil semua duit i dalam bank, lepas tu dia paksa i pinjam duit dekat Ahlong disebabkan nak bayarkan hutang dia !” luahnya.

“What ?! parents you tahu ke benda ni ?”

“Dah. Tapi , mereka buat tak tahu je.”

“Buat tak tahu macam mana ? You jangan macam-macam,”

“Betul , parents i sekarang ada dekat luar negara. Dua hari lepas i bagitahu masalah ni dengan mereka , tapi respon mereka buat tak tahu je. Menyakitkan hati tau tak. I tahulah i salah sebab pilih Jackie, tapi sekurang-kurangnya bagilah respon yang positif dekat anak sendiri,” bebelnya dalam kesedihan. Sakit hatinya .

“Maksud you , parents you tak suka dekat Jackie ? Habis yang bertunang tu kenapa ?” soal Erick lagi. Pening juga dirinya dengan masalah yang dihadapi oleh Armel.

“Itu semua i yang paksa. I tahu i silap. I terlalu percaya Jackie , tak sangka dia sanggup buat i macam ni. Sekarang ni i ada you seorang je yang boleh bantu i. Please Erick, i tak tahu nak minta bantuan siapa.” Rayunya.

“Wait , habis Jackie ke mana? You tak buat report polis ?”

“I tak nak report polis , i takut. Dia dah ancam i kalau i report polis , keluarga i akan mati termasuk i sekali.”

“Kenapa Jackie macam tu ? You buatlah report polis. Jangan takut. Entah-entah lepas ni dia ugut parents you pula !”

“Dia kan dah muhflis!I kena tunggu parents i balik dari luar negara baru i report polis. Pasal ancaman ni , i tak bagitahu parents i lagi.”

“Hmm betul. Er, Jackie ke mana sekarang ? Dia ada bagitahu you ?” Armel menggeleng.

“ I don't know. But sekarang ni , i beg to you. please help me. Anggota Ahlong tu dah cari i !”

“Ya Allah , kenapa you sanggup pinjam dekat Ahlong tu ? Yelah , berapa hutang you dengan dorang ?” Tanya Erick. Dia tak mahu lagi banyak soal, Kasihan melihat nasib rakannya itu.

“Rm100 ribu,” jawabnya perlahan. Dia tebalkan muka sahaja meminta bantuan dari lelaki itu. Ericklah yang banyak membantunya sebelum ini.

Teringat lagi zaman di mana dia sedang di buli oleh beberepa orang dekat luar pagar kolejnya. Ericklah yang menyelamatkan dirinya daripada geng pembuli itu. Waktu itu , dia masih lagi 'nerd'. Senang cerita, Dia sejak kecil lagi memang suka di buli oleh rakan sekolahnya sehingga peringkat universiti. Tapi , semuanya berubah disebabkan Erick Fauzan sudi berkawan dan menganggap sebagai adik sendiri.

“You nak tunai ke ? atau nak i transfer ?”

“Er , you transfer dekat akaun ni,” Armel terus menghulurkan sehelai kertas kepada Erick. Terdapat nombor yang telah tertulis pada kertas tersebut. Mungkin ini nombor akaun Ahlong tu , fikirnya.

“Okay , sekarang you bagitahu Ahlong tu , hutang you sudah terbayar. Don't worry , lepas ni dia tak kejar you dah. But , be careful dengan Jackie tu. Bila-bila masa je dia boleh datang balik.” pesan Erick. Armel mengangguk perlahan.

“Thank you sebab sudi tolong i. Nanti i ada duit , i ganti duit you.”

“Tak payah fikir sangat pasal tu , bila-bila masa je tu. You kena fikir keselamatan you. Ingat , kalau ada apa-apa terus call i , Farish atau Ziyad. Dah , now you balik, rehat dan tenangkan fikiran.” Armel hanya mengangguk akur. Selang dua minit, dia pun meminta diri.

“Ada orang dekat dalam ? Siapa ? Tetamu dari mana pula datang?” tanya Ziyad bertubi-tubi. Terbantut sementara niatnya nak menghantar fail apabila di cegah oleh Amirah.

“Tak tahu juga pasal tu. Tadi saya tengok , dia bertudung , guna jacket hitam. Muka dia tak nampak , sebab dia memandang sebelah kiri saya berada sebelah kanan.” terang Amirah.

“Kenapa you tak pergi ke arah kiri? bolehlah nampak muka dia,” balas Ziyad selamba.

“Ish, mana boleh macam tu. Nanti orang tu kata, saya ni tak pernah nampak orang pula...”

Ziyad hanya tergelak. Tidak lama kemudian , orang yang dimaksudkan oleh Amirah itu keluar. Dia terus sahaja berjalan tanpa memandang kiri dan kanan. Terpinga-pinga Ziyad dan Amirah melihatnya.

“Uish, macam penjenayah pun ada...” bisik Ziyad.

“Tak pelah. i masuk dulu. Orang pelik tu pun dah keluar. Nak tengok Erick, mana tahu kena cabul dengan orang tu. Bye bidadari.” Amirah hanya tersenyum. Dia dengan Farish sama saja, suka panggil aku bidadari. Elok je nama aku Amirah , tetiba nak ubah ! Tak pelah , cantik apa bidadari tu. omelnya sendiri.

“Bro, kau tak kena cabulkan? Siapa tadi tu?” tanya Ziyad yang baru sahaja melabuhkan punggungnya. Fail yang di bawa bersama juga diletakkan di atas meja. Wajah Erick dipandang lama.

“Cabul apa benda bongok? Kau jangan nak tambah serabut aku,” balas Erick dengan nada mendatar.

Ziyad tersengih sendiri. “Tak delah. Habis tu, dia siapa?” soalnya lagi.

“Armel,” jawab Erick ringkas. Terbuntang luas mata Ziyad mendengarkan nama itu.

“Apa dia buat dekat sini ? Pelik je dia tu..”

“Biar aku ringkaskan cerita ya, penyibuk. Dia kena tipu dengan tunang dia. Then , dia datang sini nak minta aku tolong dia untuk bayar hutang yang dia pinjam untuk bayar hutang tunang dia. Kau faham ?”

“Faham. Habis tu , kau bantu dia ke?”

“Yelah , dah kawan kita. Lagipun, kalau kau tengok dia tadi, memang simpati giler. Dia kena pukul dengan Jackie. Kalau aku dapat si Jackie tu , memang habis dia kena dengan aku !” Erick menggenggam jari jemarinya. Jelas terpancar amarah pada wajah Erick. Ziyad hanya berdiam diri sahaja.

“Tahu pula cari kau masa susah...dulu lupa ingatan. Tengok kita pun tak nak..” bebel Ziyad.

“Biar jelah , aku tak kisah pasal tu. Selagi aku boleh bantu aku bantu. Asalkan tak menipulah...”

“Kalau dia menipu macam mana ?”

“Kau ni , takkanlah dengan Armel kau tak percaya. Kenapa kau ingat si Armel tu suka menipu ?”

“Tak adalah. Aku ragu-ragu je. Macam tak percaya pula Jackie tu sejahat macam tu...” kata Ziyad.

“Hati manusia , mana kita tahu..” balas Erick.

“So , kau buat apa dekat sini lagi ?” tanya Erick pelik. Ingat bilik aku ni untuk mengata orang ke ?

“Hehe , tak ada apa. Nah , itu Fail untuk projek di sarawak tu. Semua dah lengkap, kau tengoklah. Aku nak chau !” Katanya dan terus keluar. Erick hanya membiarkan sahaja. Fail yang terletak dihadapannya itu di ambil dan diletakkan di bahagian fail yang belum lagi disemak olehnya.

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience