****
PUAN DAVINA sedang membersihkan taman kecilnya yang dipenuhi dengan bunga itu segera melihat ke halaman rumah apabila terdengar bunyi suara kereta. Timbul tanda tanya di fikirannya. Apa kes lagi budak dua ni?
“Rindunya dengan manja, sayang, honey and baby. Awww!!” ujar Farish yang baru sahaja keluar dari kereta Ziyad.
Sayang adalah panggilan untuk Lamborghininya. Honey panggilan untuk kereta Audi RS7, manja untuk kereta Toyota RAV4 dan baby pula untuk Ferrarinya. Ziyad menggeleng perlahan apabila melihat Farish memeluk dan mencium kereta yang tidak bernyawa itu. Kadang-kadang dia sendiri juga tidak memahami dengan sifat Farish.
“Ha Ziyad, kenapa dengan budak tu?” Terperanjat Ziyad dibuat oleh puan Davina. Ziyad segera mencium tangan mamanya.
“Biasalah, ma. Orang sayangkan kereta macam tulah.” balas Ziyad
“Orang sayangkan kereta tak macam tu Ziyad. Dia dah macam orang gila pula tu. Haih..ni kamu dua ni tak kerja ke? Erick tahu kamu ke sini?” soal puan Davina. Kadang Erick menelefon hanya untuk mencari kedua jejaka itu.
“Kerja. Ni pun baru lepas habis meeting. Then, Farish ajak ke sini. Katanya nak ambil kereta dia.” Jelas Ziyad.
“Mama...dari mana berpeluh macam ni? Siap guna sarung tangan pula tu..” Tegur Farish yang semakin menghampiri puan Davina dan Ziyad.
“Kan mama dah pesan semalam bawa kereta tu. Sekarang baru sibuk nak ambil. Buang masa betul kamu ni.” kata Puan Davina dengan lembut. Soalan Farish tadi dibiarkan begitu sahaja. Ziyad hanya memerhati gelagat Farish yang tersengih-sengih. Tak tahu apa pula jawapan si Farish ni.
“Alaaa...mana ada buang masa. Kitaorang kerja juga tau. Anak mama semua rajin...” Pujinya sambil menayangkan giginya putih dan tersusun rapi.
“Nonsense! Setahu mama yang rajin hanya Ziyad dan Erick. Kamu tahu main je dalam syarikat tu.” perli puan Davina sambil melangkah ke taman bunganya semula. Ziyad dan Farish turut mengekori.
“Macam mana mama tahu? Ni mesti Ziyad dan Erick bagitahu kan? Tak guna betul!” katanya dengan kesal. Jari jemarinya yang gatal itu memetik bunga yang baru ingin mekar.
“Tiada siapa yang bagitahu. Tengok gaya pun dah tahu.” ujarnya.
“Dengar tu, Tengok gaya pun dah tahu! jangan nak tuduh aku pula !” sindir Ziyad sambil mengulang perkataan Puan Davina. Farish membuat rolling Eyes. Kemudian, dia memerhati satu demi satu bunga yang ditanam oleh puan Davina. Mekar dan cantik warnanya.
“Ziyad balik pejabat dululah ma. Ada kerja lagi nak buat.”
“Yelah, hati-hati bawa kereta tu..” pesan puan Davina. Ziyad terus melangkah menuju ke keretanya tanpa memberitahu Farish yang leka melihat bunga. Dah macam tak pernah tengok bunga dia tu.
“Eh? Ziyad nak ke mana ma?” tanya Farish baru sahaja menyedari Ziyad melangkah pergi. “Balik ke pejabatlah kemana lagi.” jawab puan Davina.
“Woi...woi..!!” jerit Farish sambil melambai ke arah Ziyad yang dalam perut kereta.
“Apa lagi dia nak ni.” keluhnya. Cermin kereta diturunkan apabila Farish datang mendekat. “Ha, kenapa?”
“Seriously kau nak balik pejabat?” soal Farish. “Yelah. Kenapa?” gilirannya pula menanya sebabnya.Tak ada pula undang-undang yang dah balik rumah tak boleh pergi ke pejabat semula. Kecuali kena pecat.
“Jom....” Farish menjungkitkan keningnya beberapa kali. Ziyad terpinga-pinga. Tak faham dengan maksud si Farish.
“Jomlah..main game. Kita main Pubg. Push rank..” Farish mula meracuni fikiran Ziyad.
“Push rank pubg? Jom arh..” tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju dengan cadangan Farish. Niat ingin ke pejabat dibatalkan serta merta. Semalam mereka tidak bermain game tersebut akibat menonton movie horror.
“Terboek!” puji Farish. Mereka berdua melangkah ke pintu. Ziyad melekapkan ibu jarinya di suatu pengimbas jari untuk mengesahkan identiti. Setelah selesai, barulah pintu tersebut boleh terbuka. Mereka berdua pun melangkah masuk. Rumah Tuan Razin dan puan Davina itu dilengkapi dengan sistem keselamatan yang ketat. Dari pagar rumah sampailah ke dalam rumah.
Rumah yang dibeli mereka juga, mempunyai sistem yang sama. Yang bezanya mereka tidak menggunakan pengawal keselamatan. Yalah, mereka hanya bertiga dan tiada juga barang berharga di dalamnya.
“Hmmm, dua kali lima je perangai korang ni...nasiblah Erick boleh diharapkan. Kalau tidak, tak tahu apa akan jadi dengan syarikat tu..” bebel puan Davina sambil menggelengkan kepalanya.
ERICK FAUZAN cuba menyambung ke bilik Farish melalui interkom. Tiada sambutan. Dia cuba menyambung ke bilik Ziyad pula, tetap sama. Mana pula dua beruk ni pergi? tanya hatinya.
Dia mengambil telefonnya dan terus mencari nama 'Farish'. Butang 'call' ditekan. Beberapa saat kemudian, talian bersambung. Belum sempat Erick berkata 'Hello' terus di potong oleh Farish serta merta.
“OI, AKU PUSH RANK NI! NANTI KAU CALL AKU BALIK!”
*Tut Tut Tut*
Erick menghela nafas sambil menggeleng. Itulah sebabnya dia tak mahu Ziyad dan Farish keluar bersama. Ada sahaja yang mereka lakukan. Kalau keluar pejabat pagi, sampai ke malam mereka belum tentu balik pejabat semula.
“Nasiblah dua beruk ni adik aku, kalau tidak dah lama aku pecat!” bebelnya sendiri.
“ATAS tu ada musuhlah gila! Buka sikit mata kau tu.. Nanti tak dapat 'Chicken' kita!” ujar Ziyad dengan separah menjerit.
“Aku tahulah! Aku pun berusaha bersembunyi ni. 'Darah' aku nak habis doh...” balas Farish.
“Haih...anak-anak bujang mama! Marilah makan sekali. Tak kenyang hadap telefon tu!” ajak puan Davina. “Kejap Ma..dua orang lagi nak 'ditumbangkan' pastu 'chicken'. Baru boleh makan.” balas Ziyad yang hanya fokus pada screen telefonnya.
“TEMBAK YAD! SATU LAGI !!”
“YEAYY CHICKEN!!” sorak mereka berdua seperti mendapat satu piala yang sangat berharga. “Makanlah telefon tu!!” ujar puan Davina yang sudah mulai kesal.
Kelam kabut Ziyad dan Farish berlari ke meja makan.
“Alololo...buah hati kita merajuklah Rish.”
“Oh no...janganlah merajuk sweetheart. Kita makan sama-sama eh.” giliran Farish pula memujuk. “Tahu pula muncul depan meja ni. Kenapa tak makan je game tu?” kata Puan Davina dengan acah-acah merajuk.
Farish dan Ziyad saling berpandangan.
“Tak nak! Kami nak makan nasi!” ujar mereka serentak sebelum meledakkan tawa. Puan Davina tersenyum. Ada sahaja tingkah yang dapat mencairkan hatinya dan membuatkan dia tersenyum lebar.
“Papa ke mana ?” Soal Ziyad.
“Ni papa. Kenapa rindu ke?” tiba-tiba Tuan Razin muncul di hadapan mereka dan mengambil tempat di tengah.
“Yes, of course i miss you. Miss you very-very much.” balas Ziyad sambil tersenyum.
“Gelilah! Dah cepat baca doa makan. Mama lapar ni.” ujar Puan Davina.
bersambung..
Happy reading
Share this novel