****
SELESAI sahaja menghadiri siaran 'Selamat pagi Malaysia' itu , mereka bertiga terus menuju ke cafe yang berdekatan untuk mengalas perut sebelum ke pejabat semula. Erick Fauzan mencerlung tajam kedua wajah adiknya. Dari tadi asyik tertawa, tersengih. Entah apa yang seronok sangat.
“Engkau dua orang ni nak makan donut ni ke nak makan pinggan kecil ni?” tanya Erick mendatar. Begitulah rutinnya apabila bersama kedua lelaki di hadapannya. Buat Naik darah saja. Ziyad dan Farish segera berlagak serius sambil mengunyah donut masing-masing. Tak pasal-pasal mulut tersumbat pinggan pula nanti. Tahu pun takut.
“Erick , aku nak tanya sikit boleh ?” Tanya Ziyad dengan wajah serius.
“Sejak bila kau pandai minta izin ni doh ?” sampuk Farish sedikit terkejut dengan tingkah Ziyad.
“Aku gila-gila , tapi tahu erti sopan tau,” jawab Ziyad dengan sedikit riak. Farish tersengih. “Kau perli aku ke?”
“Aik, terasa ke?” balasnya.
“Kau nak tanya apa, Ziyad?” Erick terus memotong perbalahan yang ingin berlaku itu. Farish hanya menjeling lalu menyambung semula menjamah sarapan yang tersedia.
“Kau nak kahwin dengan Armel ke?” Serius sahaja wajah Ziyad bertanya. Farish dan Erick hampir mati tercekik donut di tempat kejadian. Ada tak lama jadi arwah ni. Terbatuk-batuk mereka berdua dibuatnya.
“Aku salah cakap ke?” tanya Ziyad yang terpinga-pinga melihat reaksi mereka berdua.
“No , err , kenapa kau tanya aku macam tu? Aku ada ciri-ciri ke nak kahwin dengan Armel?”
“Of course, ada. Yelah, sebab kau dengan Armel very close aku nampak. Korang ada sembunyikan apa-apa dari kami ke?”
“Rapat tak menjamin kitaorang ada hubungan yang macam kau fikirkan. Dia tu kawan sekaligus dah macam adik aku sendiri,” terang Erick sungguh-sungguh.
“macam pelik je. Aku pun adik kau, tak rapat macam dia pun.” kata Ziyad dengan nada sedikit mengejek. Masih ragu-ragu untuk mempercayai Erick.
“Kau pergilah tukar jantina, lepas tu aku akan layan macam mana aku layan dia. But make sure, kau lebih cantik daripada Armel.” balasnya mendatar.
Farish yang dari tadi menjadi pendengar terus meledakkan tawa. Memang kena 'kaw kaw' dengan Erick Fauzan.
“Kita sebagai umat islam yang terunggul didunia, kita diharamkan sama sekali untuk menukar atau mengubah ciptaan Allah SWT. Dosa besar tau,” Ujar Ziyad seperti seorang pendakwah yang berwibawa. Farish tergelak lagi. Ada saatnya Ziyad sealim itu.
“Gelak lagi, Gelak lagi!” serentak Erick dan Ziyad berkata. “Sepak karang !!” Raut wajah Farish berubah 100% seperti seorang kanak-kanak yang dimarahi oleh ibubapa mereka. I kennot brainlah!
Menyesal gelak, tak pasal-pasal aku kena sekali !
“Dahlah , aku chau lu. Nah, duit bayar makanan ni. Baki dia, simpan dalam tabung. Jangan membazir .” Pesan Erick sebelum melangkah pergi. Duit sekeping yang bernilai 100 itu di capai oleh Farish serta merta. Ziyad hanya memerhati.
“Dah alang-alang duit dengan kau, bayarlah. Aku pun nak chau.” kata Ziyad pula. Farish hanya mengangguk sebelum memanggil pelayan cafe tersebut untuk membayar makanan yang mereka pesan tadi. Setelah selesai, dia pun mengangkat kaki meninggalkan cafe itu. Chau .
“NURUL, boleh you masuk bilik i sekejap ? bawa buku jadual ya .” pintanya melalui hujung interkom itu.
“Okay , Sir . ”
Nurul yang berbadan dua itu terhegeh-hegeh menuntun langkah masuk ke bilik pejabat Erick Fauzan bersama buku jadual di dalam pegangan. Pintu di ketuk dua kali , kemudian terus dibuka.
“Duduk. Boleh you bagitahu i jadual hari ni ?” tanya Erick Fauzan.
“Sure. Kejap eh,” balas Nurul yang baru sahaja melabuhkan punggung itu. Perut Nurul diperhati sekilas oleh Erick. Dah macam belon nak meletup. Begitu ke bini aku nanti ? fikirnya.
“Hari ini, encik Erick ada dua meeting dan satu lawatan petang nanti. ” Ujar Nurul lagi setelah melihat jadual Erick.
“Meeting pukul berapa? Lawatan tu pukul 4 kan?”
“Ya. Em, meeting dengan syarikat yang baru ditubuhkan tu, pukul dua nanti. Pukul 3 pula dengan Syarikat Albemo.” terangnya. Erick terdiam sejenak. Fikirannya sedang mencerna sesuatu.
“Syarikat Albemo? Yang mana satu tu?”
“Syarikat yang mengambil projek yang kita tawarkan baru-baru ni.” terangnya separuh detail.
“Ouh... Jackie Albemo. Okay, i think minta Ziyad atau Farishlah yang hadiri meeting tu. Sebab i rasa tak sempatlah. Syarikat baru tu banyak benda lagi nak bincang. So, you suruh mereka berdua. Siapa-siapalah yang nak pergi. Tapi, lagi bagus kalau Ziyad.” jelasnya panjang lebar.
“Baiklah. Nanti saya beritahu mereka. Ada apa-apa lagi ?” tanyanya dengan sopan. Erick menggeleng perlahan dan tersenyum.
“Awak boleh keluar. Kalau you rasa penat, rehatlah dulu. Jangan paksa sangat, you kan mengandung.” pesan Erick.
“Terima kasih, Encik. I keluar dulu.” Erick hanya tersenyum dan memerhati dengan ekor mata gadis itu berlalu keluar. Mesti lagi comel bini aku nanti kalau mengandung macam tu , haha . Senyumannya tiba-tiba terukir di bibir.
“Apa ke bodoh aku tersenyum sendiri ni? calon pun tak ada nak bayang isteri mengandung dah kenapa?” dia meraup wajahnya beberapa kali sebelum fokus semula dengan tugasannya.
JAM tangan dilirik sekilas. Jam pun sudah menunjukkan pukul 2:50 petang. Dia melangkah ke sebuah cafe yang sesuai dengan dekorasi yang menjadi pilihan. Cantik sahaja.
“Selamat datang ke House Cafe. Sila ambil tempat dan anda akan dilayan sebentar lagi.” ujar salah seorang pelayan penyambut tetamu itu.
“Maaf, boleh saya tanya?”
“Ya , silakan.”
“Saya datang sebenarnya ada meeting dengan Encik Erick Fauzan tapi tempat dia dalam cafe ni. Awak tahu ke dekat mana? atau pilih salah satu meja je?”
“Ouh, ruang khas untuk meeting ada dekat sebelah ruangan yang berkaca tu. Awak boleh tunggu dekat sana.” balasnya dengan mesra.
“Terima kasih. Saya pergi dulu,” ucapnya kemudian berlalu pergi.
Dia mengambil tempat di sebuah sofa yang berada disitu. Ruang meeting tersebut dilengkapi dengan kipas dan penghawa dingin. Seorang pelayan masuk untuk mengambil pesanan daripada pelanggannya. Sebelum itu , dia mengaktifkan aircond terlebih dahulu.
“Cik , nak pesan apa-apa tak ?” tanya.
“Ermm, bagi saya jus oren je .” ujarnya. Pelayan itu tersenyum dan mengangguk. Kemudian , dia keluar bersama pesanan gadis itu.
Jam menunjukkan tepat pukul 3 petang. Debaran jantungnya semakin kencang. Mana taknya , dia akan berjumpa dengan seorang jutawan yang terkenal. Jauh beza dengan dirinya yang hanya seorang pekerja biasa. Bawahan pula tu !
Anak matanya melirik ke luar dari dinding yang diperbuat daripada kaca itu. Matanya tertangkap dengan satu susuk tubuh yang tagap. Menarik .
Itu ke Erick Fauzan ? Sabar, mirah. Jangan gelabah. Eh , bukan ke dia ni lelaki yang hari tu ? tanya hati kecilnya.
“Assalamualaikum . Maaflah lambat .” ujar Ziyad. Amirah hanya mengukir senyuman. Berat mulutnya ingin menjawab. “Awak ke Jackie Albemo ?” tanya Ziyad. Mata Amirah terbeliak luas , terkejut.
Agak-agaklah nama aku lelaki. Buta ke Erick Fauzan ni? Ke dia tak kenal bos aku ? Ke kali pertama meeting ni ? Erghhhh !!
“Hello ? Jackie Albemo ke?” tanya Ziyad sekali lagi.
“Huh? bu-bukan. Saya Amirah Faihanah , PA kepada Jackie. Bos saya ada hal sikit , jadi saya di minta untuk menghadiri meeting ni.” Terangnya.
“Haha , sorry. Tulah pelik , Nama lelaki , tapi sekali jumpa perempuan pula. Saya minta maaf ye.” balas Ziyad tersipu malu.
“Tak mengapa . Encik ni Erick Fauzan ke?”
“Bukan . Saya Hariz ziyad. Panggil Ziyad sahaja. Sama seperti bos awak, Erick busy juga. Jadi, saya yang di dorong untuk datang ke sini.” terangnya.
“Oh yeke? sorry .” gilirannya pula yang tersipu malu.
“It's okay. Rasanya... kita pernah jumpa sebelum ni? atau saya salah orang,”
“Pernah. Yang saya tak sengaja langgar girlfriend, Encik...” ujar Amirah sedikit ragu-ragu.
Ziyad tergelak kecil. “No, dia bukan girlfriend saya. Kawan aje...”
“Wait , Wait !!” Tiba-tiba Farish muncul di muka pintu. Tercungap-cungap dia mengambil nafas. Amirah dan Ziyad menoleh pantas. Tamatlah perbualan kosong antara mereka tadi.
“Janganlah mula dulu. Bagi aku sedikit ruang untuk mengatur nafas .” ujarnya dengan tersekat-sekat. Ziyad menghela nafas berat. Tadi kata tak nak ikut meeting ni ! Tak boleh percaya langsung !
“Whoa , patutlah hati aku tak senang kalau tak ikut meeting ni. Rupanya, nak jumpa bidadari. ” ujarnya lagi. Dia mengukirkan senyuman yang paling manis. Amirah turut membalas senyumannya. Hairan dan terkejut juga dengan orang di hadapannya. Waras ke tak waras ni ? Dia memandang lelaki bermata coklat itu.
“Mirah , this my partner. Farish Evan, adik kepada Erick Fauzan.” Ziyad mula memperkenalkan Farish kepada wanita tersebut.
“Salam kenal, Encik Farish. Saya Amirah.”
“Salam kenal juga bidadari. Huh, rugi Erick tak datang meeting ni .” sempat lagi dia mengata abangnya.
“Enough, Farish. Sekarang waktu meeting ni, kita dah buang masa 15 minit tau tak? Kalau Erick tahu, kena 'kaw kaw' kita!” bebel Ziyad .
“Tapi dia tak tahu kan? Janganlah bagitahu.” balas Farish selamba. “Okay you win. Sorry Amirah. Kita boleh mula ya .” ujarnya kepada Amirah. Malas ingin berdebat dengan Farish. Sampai ke esok pun belum tentu berhenti.
“Baiklah. Saya akan mulakan dengan penerangan dengan persetujuan atas tawaran projek syarikat Razin holding....,” Amirah juga terus menerangkan satu demi satu. Farish dan Ziyad tekun mendengar setiap bait perkataan gadis tersebut.
bersambung..
Happy reading <33
Share this novel