****
JACKIE Memarkir kereta tepat pada petak garisan. Dia keluar setelah enjin keretanya dimatikan. Dia mengenakan baju t-shirt putih dan di tutupi dengan jacket kulit bewarna hitam. Kasut berjenama juga di gunakan. Maklumlah nak keluar 'dating'.
Seusai itu, dia melangkah masuk ke restoran yang telah ditetapkan oleh Armel sendiri. Sudah semestinya Armel nak makanan yang sedap, tempat yang cantik, dan paling penting adalah yang mahal. Bak kata Armel, tak mainlah harga yang murah ni.
Jackie mencari tempat yang sesuai untuk dia dengan Armel duduk. Secara tidak sengaja, dia terpandang susuk tubuh yang dia kenali sedang makan bersama seorang budak lelaki. Agak mesra. Jackie menghampiri dan cuba menyapa.
“Bro...kau masih kenal aku?” tanya Jackie. Lelaki itu memandang dengan sedikit musykil. “Kawan abang Yad eh? duduklah bang...” pelawa budak lelaki itu. Jackie tersenyum mesra. “Duduklah...” pelawa Ziyad pula.
“Farish dengan Erick tak ikut sekali?” Ziyad hanya menggeleng.
“Oh. Adik kau ke?”
“Ya, adik angkat aku. Kau datang dengan siapa dekat sini? Armel?” tebak Ziyad. Jackie mengangguk.
“Aku tunggu dia ni. Kebetulan pula nampak kau, so aku sapalah.” terangnya. Ziyad hanya tersenyum hambar.
Ting !
Satu pesanan mesej sampai di telefon Jackie. Dia terus sahaja membuka dan membaca text itu.
Sayang, sorry tak dapat dinner dengan you. I baru je dapat call dari ahli persatuan i, katanya ada hal penting. Kita jumpa esok eh, love you.. - Armel
Jackie mengetap bibir geram. Hendak di maki juga perempuan itu kuat-kuat. Tapi dia sedar itu tempat awam. Hasrat ingin memaki dipendam dalam. Bukan sekali Armel buat benda ni, dah berkali-kali.
“Abang okay ke? macam stress je..” tegur budak lelaki itu. Jackie sedikit tersentak dan terus mengangguk laju. Tak sangka pula dia diperhati. Seketika itu, dia mula membuka aplikasi yang berhubung dengan alat yang dipasang di kenderaan Armel. Beberapa saat, lokasi Armel dikesan. Sekali lagi, lokasi tunangnya bukanlah di kawasan Kuala Lumpur itu. Jangan kata...
“Yad, aku nak tanya sikit boleh?”
“Apa dia?”
“Amirah sekarang ni, ada dekat rumah ke ?” pertanyaan Jackie membuatkan Ziyad terdiam seketika. “Aku tak tahu. Aku bukan tinggal dengan diaorang...”Balasnya dengan nada perlahan.
“Kenapa pula kau tak tahu? kau tak tinggal dengan dia orang ke?” tanya Jackie pelik.
“Tak. Janganlah tanya aku apa-apa pasal benda ni, aku tak tahu!” Balasnya Ziyad tegas. Jackie mengeluh perlahan.
“Aku harap benda tu tak menjadi.....”
“Apa maksud kau?” tanya Ziyad pula.
JAM di tangan kerap kali di jeling oleh Erick. Timbul perasaan risau dekat Amirah yang tak muncul-muncul lagi dari tadi. Hampir 30 minit dia menunggu kedatangan isterinya. Pekerjaannya tergendala buat seketika. Pintu biliknya di tenung lama. Mana pula dia pergi? Nak call tapi telefon dia tinggal atas meja.
“Mula risaulah tu bini tak pandai muncul,” tegur Farish. Dia pun risau juga dengan kakak iparnya. Dalam dua hari ni, dia perasan ada orang sering menjejaki kakak iparnya. Tapi, benda ini dia simpan dalam-dalam. Bijak punya Farish!
“Diamlah! sibuk je.”
“Dia makan kot dekat bawah, janganlah risau. Bukan tak tahu si Amirah kuat makan sejak mengandung kan?” kata Farish.
“Tapi takkanlah sampai lama macam ni. Aku nak turun jap...” Hati Erick mula rasa tidak tenang.
“Tak payah! Kau buatlah kerja kau. Karang balik lambat, penat aku teman kau. Biar aku tengok dia dekat cafe. Nanti aku call,” ujar Farish kemudian berlalu keluar.
Ting !
Kaki Farish langsung di hayun keluar dan menuju ke cafe yang tidak berapa jauh itu. Sampai sahaja, mata terus mencari kelibat Amirah di seluruh ruang cafe itu. Pekerja disitu hanya memerhati.
“Ada nampak Amirah tak ?” akhirnya Farish bertanya dengan salah seorang pekerjanya. “Ada...tapi dia dah keluar.” jawabnya. Farish mengangguk.
“Bro, bini kau tak ada dalam cafelah...cuba kau call dia,” kata Farish setelah talian di angkat oleh Erick.
“Dia tak bawa telefon. Macam mana aku nak call dia?” ujar Erick di hujung talian.
“Aduh.....habis tu macam mana? Ke dia tidur tengah jalan. Tak pelah, aku cari dia dekat luar cafe pula..”
“Okay, kejap lagi aku turun..” kata Erick dan talian terus diputuskan. Dengan pantas Farish berlari keluar untuk mencari Amirah.
“Pakcik, pakcik ada nampak tak isteri saya lalu dekat sini tadi ?” tanya Erick yang baru sahaja sampai di bawah. Wajahnya jelas di ambang kerisauan.
“Pakcik ada nampak tadi dia turun, tapi lepas tu pakcik pergi ronda dekat sana, jadi waktu dia naik pakcik tak nampaklah..” jelas pakcik tersebut yang merupakan pengawal keselamatan bangunan tersebut.
“Kawan pakcik yang satu ke mana?” tanya Erick. “Kawan pakcik tu biasalah, dia ronda bahagian atas untuk memastikan tempat semua suis mati..”
“Oh...okaylah pakcik terima kasih..” ujar Erick. Dia buntuh untuk mencari isterinya.
“Erick!” jerit Farish yang berada di tengah jalan laluan kereta itu. Erick terus sahaja berlari mendapatkan Farish.
“Tengok ni, ini kasut Amirah kan ?” tanya Farish. Dari tadi dia ke hulur-hilir mencari kakak iparnya sehinggalah dia terjumpa kasut tersebut. Erick mengambil kasut yang hanya tinggal sebelah sahaja itu.
“Dia di culik ke ?” tanya Farish lagi.
Persoalan Farish tadi terbang dibawa angin malam di kawasan itu. Erick hanya diam membatu ditempat. Kasut dalam pegangannya itu di tenung dengan perasaan cemas yang membuak-buak. Dia sangat cuai dan kecewa dengan diri sendiri.
“Semua ni salah aku...aku tak patut biarkan dia turun tadi!” kata Erick. Farish memandang Erick dengan raut wajah simpati. Memang nahas siapa yang buat semua benda ni.
“Nasi dah jadi bubur, Erick! sekarang bukan masanya nak kata salah siapa. Sekarang ni, kita pergi balai, buat report.Amirah dalam bahaya..” ujar Farish. Dalam hal macam ni, dia paling tidak suka membuang masa untuk meroyan, menuduh atau mencari kesalahan siapa.
“Polis? ya...jomlah....” kata Erick dengan otak yang masih cetek untuk berfikir. Fikiran Erick saat ini seperti kertas yang suci tanpa tulisan, Kosong!
“Allah! Kunci aku ada dekat atas. Kunci kereta kau ada bawa?” Tanya Farish. Erick hanya menggeleng lemah.
“Masa nak cepat semua tak ada! Kau tunggu sini, biar aku naik ambil.” kata Farish dan terus berlari masuk ke dalam bangunan. Erick hanya membiarkan sahaja. Dalam kepala otaknya hanya ingin Amirah kembali. Bunyi dan getaran telefon yang berada di dalam poket seluar dapat dirasakan. Dia mengeluarkan dan terus mengangkat tanpa melihat nama si pemanggil.
“Siapa ni ?” tanya Erick mendatar.
“Sial! kau cakap dengan aku, mana bini aku?!” Erick terus sahaja melenting. Nasib tiada orang sekeliling yang melihat. Wajahnya sudah merah padam di malam yang dingin itu dek menahan amarah setelah mendapat berita yang panas ditelinganya.
“Kau send lokasi, aku datang sekarang!” telefon di matikan. Dia terus mengeluarkan kunci keretanya yang tersimpan di poket kirinya dan memecut pergi.
Seketika itu, Farish turun bersama kunci keretanya di tangan. Terpinga-pinga dia melihat kereta Erick bersama orangnya sekali menghilang.
“Tadi kata tak ada kunci kereta!” Marah Farish sorang-sorang. Mana taknya, penat dia berlari-lari hanya untuk mengambil kunci. Dia mengeluh keras sebelum menghampiri kenderaan dan memecut pergi.
“APA lagi kau orang tunggu ni? Dia kata nak datang kan ke tempat tu, pergilah,” Arahnya dengan tegas. Dia dapat bayangkan hendak menyiksa mangsa-mangsanya selepas ini. Dia melirik ke arah Amirah yang tangan dengan kaki sudah terkunci dengan tali yang cukup kuat di ikat. Amirah masih lagi dalam keadaan tidak sedar.
“Kalau dia bawa polis macam mana? tak kan kitaorang nak ditangkap macam tu je?” salah seorang anak buah baruannya meluahkan perasaan bimbangnya. Dia tersenyum sinis seraya menggeleng.
“Aku perlukan orang cerdik kenapa aku dapat orang bodoh pula ni. Macam nilah, biar ketua engkau ni bagitahu kau nanti. Aku malas nak layan orang bodoh!” katanya.
“Kau tahu kan apa kau nak buat. Ajar sikit anak buah kau ni! jangan pelihara bodoh sangat.” ujarnya kepada baruannya.
“Anak buah aku ni memang macam tu, kau tak perlu risau. Semua ni akan berjalan dengan lancar.” kata si baruan dengan yakin. Mereka bergerak bersama keluar dari markas bawah tanah itu.
“Kesian kau ni, tak pe sekejap sahaja lagi kau akan tahu kenapa kau berada dekat sini. Kita tunggu suami kau eh. hahahaha” katanya seiring dengan ketawa di akhir kata. Dia bergerak ke sebuah meja kecil yang terdapat kersusi di sebelahnya. Dia melabuhkan punggungnya serta mencapai pisau yang berkilat. Dimain-mainkan pisau itu. Rasa tidak sabar untuk dimainkan kepada mangsanya.
Bersambung...
Share this novel