****
AMIRAH FAIHANAH meletakkan barangnya di bahagian bonet belakang kereta. Apa yang terjadi hari ini membuatkan dia sedikit terkilan. Akibat syarikat itu disahkan muflis , dia telah diberhentikan kerja secara terpaksa. Keluhan dilepaskan lagi. kini , dia berada didalam perut keretanya. Dia tak mahu pulang ke rumah dahulu , dia hanya ingin sedikit ketenangan.
Kereta dipandunya hanya mengikut had laju yang ditetapkan. Hala tujunya sekarang ingin ke House Cafe. Terbayang-bayang sejak pertama kali dirinya datang pergi meeting tempoh hari. Semua corak dan hiasannya sangat mendamaikan. Dirinya tak sempat nak stay lama sangat akibat kekangan masa. Bukan itu sahaja , dia juga berjumpa dengan dua manusia yang agak pelik. Seram.
Tapi , kali ini tiada siapa yang dapat menghalangnya. Dia akan melihat sepuasnya isi house cafe tersebut. Paling utama dia nak melihat buku dan novel yang ada pada cafe itu. Bolehlah baca sambil menikmati makanan. Baru tenang ! haha .
“Akhirnya, sampai pun aku dekat sini. Alhamdulillah. Let's go Mirah !” katanya. Dia melangkah keluar dari kereta. Tudungnya dirapikan sedikit.
Dengan perasaan gembiranya, kaki dihayun menuju ke pintu House cafe itu. Diluarnya sahaja sudah menyenangkan hati Amirah. Gagang pintu dipegang dan ingin ditolak. Tindakannya itu berhenti apabila seseorang memanggilnya.
Erghhh! Siapa pula ni? Amirah menoleh ke kiri.
“Hai bidadari. We meet again. How are you?”
Alamak ! Kenapa mesti dia? getusnya.
“Hello? Are you okay?” Farish memetik jari dihadapan wajah Amirah beberapa kali.
“huh ? sa-saya okay je. Apa encik Farish buat dekat sini?” tanya Amirah.
“I tunggu youlah sampai sini. I kan selalu spy you.” Jawabnya selamba.
Biar betul mamat ni? Tapi ada betulnya juga. Dia selalu 'DM' dan 'Komen' apabila Amirah buat story instagram. Tapi, sedikit pun Amirah tak pernah layan.
“Terkejut ke? Tak delah. Kebetulan i turun nak tengok makanan apa yang ada. Laparlah. dekat pejabat takde buat apa pun...,” terangnya sambil tersenyum.
*Telefon milik Amirah berdering*
“Saya angkat telefon dulu ye..encik masuklah. Kata lapar kan..” ujarnya sebelum mengangkat panggilan daripada abangnya. Farish terus sahaja masuk ke dalam dan membiarkan Amirah sendirian.
“Waalaikumsalam. Kenapa call adik ni?”
“Ya. Nantilah bincang dekat rumah. Adik dekat Cafe ni. Nak hilangkan sikit rasa sebak adik. Bye..” dia terus sahaja meletakkan telefon. Benci rasanya ditanya itu ini oleh abangnya. Dia berputar 180 darjah untuk melangkah masuk ke pintu Cafe itu.
BRAKK!
Sekali lagi aksi langgar melanggar terjadi. Amirah melanggar seorang lelaki yang agak bengis. Telefon milik lelaki itu jatuh terhempas ke lantai dan menyebabkan ianya retak pada screen. Apa kau buat ni Mirah ?!
“Saya minta maaf encik. Ni telefon encik..,” ujar Amirah sambil menghulurkan telefon lelaki itu yang baru sahaja dikutipnya. Telefon itu bertukar tangan.
“Ganti rugi kau pecahkan telefon ni mana? Ni kasut aku kau pijak tau! Kau kena bayar juga .” ujarnya dingin.
“Telefon ni memang salah saya encik dan saya akan bayar. Berapa yang perlu saya bayar?”
“Dengan kasut aku semuanya Rm5000”
“Tapi, kasut encik tak apa-apa pun. Saya tak rasa saya pijak kasut tu..” tegas Amirah cuba menegakkan kebenarannya. Lelaki itu tersenyum sinis. Terasa tercabar pula dirinya kali ini.
“Kasut ni aku pakai tau! Aku tahu dan aku dapat rasakan !”
“Saya minta maaflah , tapi saya tak akan bayar soal kasut encik tu. Entah-entah orang lain yang pijak , saya pula encik kenakan..,” Amirah enggan mengalah. Apa yang betul dirasanya itulah yang akan dipertahankan.
“Kau tak nak bayar ? berani kau eh?” Lelaki itu mengetap bibir.
“Mestilah , sebab saya tak pijak kasut encik. Buat apa saya nak takut?”
“Ikut aku !!” lelaki itu mula menarik tangan Amirah dengan kuat. Terkejut Amirah dibuatnya. Dahlah bukan muhrim , ada hati nak pegang anak dara orang !
“Lepaslah !! Tolong !!” jerit Amirah.
“Heii ! Jeritlah! Aku akan cakap dengan semua orang yang kau ni pencuri ! Kau curi barang aku !!” tegasnya.
“HEII GILA ! Lepaskan dia !” satu suara memberhentikan tindakan lelaki itu.
“Ada pula berlagak jadi hero ! Nice..,”
“Kau ingat ini drama ke ada hero bagai?” Farish mula melangkah menghampiri Amirah dan juga lelaki tersebut. Sikit pun tiada rasa gentar dalam dirinya. Tangan Amirah yang masih dalam cengkaman lelaki itu ditarik olehnya menyebabkan ianya terlepas.
“Stay away ye akak. Biar i selesaikan jamban ni !” ujarnya. Amirah tak banyak songeh , langsung berlari ke tepi tiang. Kini, Farish berdiri tepat dihadapan lelaki itu. Jarak wajahnya dengan lelaki itu hanya tujuh inchi.
“Kau nak apa? Tak malu ke pegang anak dara orang?” tanya Farish dingin. Pantang betul dirinya melihat bidadarinya diperlakukan sebegitu.
“Kau tak tahu apa-apa jangan masuk campur boleh tak? she's my wife !” Farish tersengih. Nampak sangat lelaki itu sedang berbohong.
“Really? Aku ni kembar dia tau. Tak tahu pula , kembar aku dah kahwin. Ke kau yang berangan ni?”
“Ke-kembar? Tak na-nampak sa-sama pun.” kalut lelaki itu menjawab. Seketika dia sempat menoleh ke arah Amirah untuk melihat wajahnya dengan Farish. Di mana sama muka mereka ni? Lelaki ni ada sikit kacukan 'omputeh'. Tengok mata pun jauh beza. Farish memiliki warna mata coklat pudar.
“Hoi jamban ! Kau tak pernah belajar sains ke ? mata pelajaran itu mengatakan bahawa kembar ada dua jenis , iaitu kembar seiras dan kembar tak seiras. Tulah, kecik dulu mak suruh pergi belajar, kau main tepi jamban buat apa?” bebel Farish panjang lebar. Siap dengan pakej mengajar mata pelajaran sains pula tu.
“Aku tak kisahlah kau nak percaya ke tidak , sekarang ni apa kau nak? apa kembar aku buat dekat kau sampai kau punya muka macam Alien ni ?” tanya Farish bertubi-tubi. Dia memasukkan kedua belah tangan ke dalam kocek seluarnya sementara menunggu jawapan dari lelaki itu.
“Kembar kau dah buat hal dengan aku. Dia retakkan telefon aku , dan dia pijak kasut aku.”
“No , aku tak pijak kasut kau lah!” Amirah terus menyambar tatkala mendengar tuduhan yang sama.
“Tengok kasut kau?” Farish menundukkan pandangannya ke arah kasut yang digunakan oleh lelaki itu. Kemudian dia tergelak. Amirah terpinga-pinga sendiri. Memang tak betul rupanya mamat ni! Aduh , macam mana ni ?
“Kau gelak kenapa? Kasut aku buat lawak ke?” lelaki itu seperti tidak mampu menahan emosi. “Yes.It's so funny !”
“so, berapa kena bayar?” Farish kembali serius semula.
“Rm5000, Mampu ke?” balas lelaki itu sedikit mengejek.
“Setakat Rm5000 petik jari bos! Sejuta pun aku mampu bayar. Tak miskin pun aku!” balas Farish sedikit riak. Ha, nak main-main lagi.
“Suka hatilah, mana duit aku ?” tanya lelaki itu tidak sabar. Farish tidak membalas dan langsung sahaja mengeluarkan telefonnya.
“Nombor akaun bank?”
lelaki itu pun menyebut nombor akaun bank miliknya. Akhirnya , pemindahan duit telah berjaya dilakukan melalui hujung jari sahaja.
“Aku dah bagi apa kau nak. Get lose dan jangan pernah muncul dekat kawasan ni lagi. Semak!!” ujarnya kemudian dia menghampiri Amirah yang terpinga-pinga itu. Lelaki tadi terus beredar dengan suka rianya.
“I dah sattlekan masalah you. So , tak payah nak pening-pening lagi. Jom masuklah..” pelawanya sambil mengenyitkan matanya sebelah.
“Wait.Encik bayar apa yang dia minta?” tanya Amirah serius. Farish mengangguk kemudian dia berlalu masuk ke dalam cafe itu semula. Makanan miliknya mesti dah menunggu kedatangannya. Amirah juga menuntun dari arah belakang.
“Kenapa encik bayar? saya tak pijak pun kasut dia.” ujarnya.
“Nak tahu kenapa ? jom kita duduk minum kat sini.” Dia mengambil tempat disalah sebuah meja yang kosong. Amirah hanya akur.
Selepas membuat pesanan , barulah mereka berbual semula.
“So?” tanya Amirah singkat. Farish menganggkat kening.
“Soalan tadi encik tak jawab lagi. So, kenapa encik bayar? Saya tak pijak kasut dia,”
“Saja nak bayar. Sebab i rasa dia perlukan kasut baru. Kesian dekat dia.” balas Farish selamba.
“Pula dah. Tapi , aku yang kena bayar nanti,” katanya perlahan.
“Huh?”
“Eh , tak de apa-apa,” jawabnya sambil tersengih.
“Jangan risau , you tak payah bayar satu sen pun.” balasnya sambil tersenyum. Mata Amirah terbuntang luas. Betul ke apa dia cakap ni? ke aku berangan ?
“Haih dia ni tak percaya pula. Listen , i yang nak bayarkan you. So , i tak akan minta you bayar balik okay ?” mata coklat memandang gadis yang masih dalam kebingungan.
“Be-betul ke ni? Banyak tu Rm5000. Tak pe macam ni, esok saya janji saya akan ganti. Tak pun, awak bagi no akaun awak, saya transfer sekarang juga,”
“If i said no . No lah ” balasnya mendatar membuatkan Amirah hanya akur.
“Boleh i tanya something?”
“Apa dia?”
“You kerja dekat syarikat Albemo kan? betul ke syarikat tu bankrup sekarang? i ada tengok dekat laman sosial media.”
“Ouh..cepatnya berita tersebar kan? Betullah tu. Tadi pun saya baru je diberhentikan kerja. Sekarang ni , entah kemana saya nak cari kerja..Dahlah, kereta saya tu baru beli. Habis duit simpanan dekat bank. haih..” luahnya tanpa sedar.
“Hehe, sorry terluah sikit.” tersengih-sengih dia seperti kerang busuk.
“Sokay . Betul ke you nak kerja ni ?” tanya Farish. Amirah membalas dengan anggukkan.
“Nice. Esok you datang sini pukul 8 pagi. Err, boleh bagi nombor telefon you. Senanglah nak contact kalau dah sampai sini..”
“Kenapa saya perlu datang sini?”
“Untuk interview kerjalah. Kata nak kerja kan? so , tak payah banyak songeh. You datang je but bagilah nombor telefon you. Malam nanti i akan text you guna baju colour apa ya.” ujarnya sambil menanyangkan giginya yang rapi bersih itu.
Amirah hanya akur dan tak banyak soal walaupun banyak benda yang ingin dia tanya. Kenapa tiba-tiba semua ni ? simpan dulu Amirah. Esok lusa kau tanyalah. InsyaAllah kalau tak lupa.
“I have to go. You minum eh. Sorry tak sempat nak temankan. Erick dah text i ni ada meeting. Nanti tak datang kata pemalas pula. Semua ni sudah bayar tau. You tinggal angkat kaki je. Chau..” pesannya lalu beredar. Amirah ditinggal dalam keadaan yang terpinga-pinga lagi. Hahaha.
bersambung..
Happy reading
Share this novel