****
DIA menoleh ke langit memandang bulan yang dipagari oleh bintang-bintang yang tak dapat dihitung jumlahnya. Angin malam bertiup lembut menyentuh kulit membuatkan si gadis ini sedikit kedinginan di balkoni.
“Aku terima nikahnya Amirah Faihanah binti Zikrullah dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit di bayar tunai !”
“Macam mana saksi ? sah ?”
“Sah !!”
Hasil sebulat suara itu , dia sudahpun sah menjadi isteri kepada Erick Fauzan. Begitu cepat masa berlalu. Hanya sekali lafaz sahaja dia sudah pun memegang status isteri kepada suaminya. Goodbye single!
Bila ingat balik , begitu ramai yang menghadiri memeriahkan majlisnya bersama Erick Fauzan.
“Kalau arwah abah ada , mesti lagi ceria tengok anak bongsunya telah berkahwin.” kata-kata itu dikeluarkan dari mulut uminya semasa dia menjadi raja sehari di atas pelaminan. Jelas gembira wajah umi tatkala itu. Jauh disudut hati, dia mungkin enggan melepaskan anak perempuannya, tapi sudah takdir yang menentukan. Tiada ada apa yang boleh dilawan.
“Lepas ni, adik ada tanggungjawab sendiri tau. Dengar cakap suami. Ingat , syurga kamu sekarang ada di bawah tapak kaki suami..” pesan umi lagi.
“Abang yang rancang nak kahwin awal , dia pula yang melangkah dahulu. Hmm, lepas ni adik ada tanggungjawab sendiri tau. Jaga suami elok-elok. Kalau suami kau macam-macam , ingat jurus yang abang bagi. Kau smackdown je suami kau,” Seronok Emir ketawa waktu tu. Pesanan yang diberikan pun membawa ke masalah yang lebih besar. Tapi, ia hanya sekadar gurauan sahaja.
“Haihh..rindunya dekat umi dan abang. Kalau waktu macam ni ada je yang kitaorang gaduhkan sampai umi naik angin...” ujar Amirah sendiri. Apabila terasa dirinya sudah lama berada diluar balkoni itu , dia pun memutuskan untuk masuk ke dalam bilik. Dia berpusing 60 darjah.
“Oh , makkkk kau hijauuuuu !!” jeritnya apabila melihat Erick berada di pintu tersebut. Dia menekup mulut dengan pantas. Tak pasal-pasal dia melatah macam tu sekali akibat terkejut.
“Awak kata mama hijau...saya nak lapor dekat mama nanti,” Erick bersahaja menakut-nakutkan isterinya. Amirah menggeleng pantas.
“Tak , takk ! Saya terkejut tengok awak tiba-tiba dekat situ..” ujarnya gelabah. Erick tergelak dengan tingkah isterinya.
“Gelak pula dia. Sejak bila awak ada dekat sini ?!” marahnya. “Lama dah saya dekat sini. Awak je yang tak perasan. Mengelamun jauh sangat. Rindu umi dan Emir ke ?” tanya Erick walaupun sudah tahu. Amirah mengangguk perlahan.
“Esok kita pergi rumah umi. Tak payah buat muka macam tu , hodoh..” katanya selamba. Amirah membulatkan matanya. Sedap mulut kata aku hodoh ! Eee , suami siapalah ni ?
“Eh , tak payahlah pergi rumah umi. Sebab esok umi nak kesini juga tengok mama kan. Betul ke lusa mama dengan papa nak flight dah ?”
“yup, ticket dah tempah..”
“Alaaaaa, pukul berapa ?”
“Dalam pukul 4 petang macam tu...,”
“Kenapa awal sangat nak balik sana ?”
“I don't have an answer for that question, honey. Jom...” ajaknya.
“kemana ?”
“Turun bawahlah, Farish dan Ziyad tengah tunggu tu,” ujar Erick sambil melangkah. Amirah mengekori tanpa membantah. Sejak dua hari ini , Farish dan Ziyad asyik mengelak dari Amirah sahaja. Entah apa yang dia buat pun tak tahu. Pelik sungguh keluarga ini. Sementara membebel didalam hati , dia menuruni anak tangga menuju ruang tamu.
Tiba sahaja di ruang tamu, Kelibat Ziyad dan Farish tidak kelihatan.
“Mana mereka ?” tanya Amirah. Erick sekadar mengangkat kedua bahunya. “Dekat luar agaknya...Jom...”
“Mana ? kereta je ada tu...” Mata Amirah tekun mencari kelibat mereka dalam gelap itu. “Eee tak nampak apa pun , lampu dekat sini kenapa tak hidup ?Semalam okay je hidup...” kata-katanya diabaikan. Erick hanya membisu.
“Awakkkk ? eh , kemana pula dia menghilang ni..”
“Erickkkk ?” panggilnya lagi. Main sembunyi ke apa ni ?Beberapa saat kemudian lampu di halaman itu hidup.Mungkin Erick yang menghidupkan lampu ni. Fikirnya.
1 , 2, 3 BUSHHHH!!
Amirah disimba oleh seseorang dari belakang. Cecair hijau selamat mendarat di atas permukaan lantai halaman itu. Apa benda ni ?
“BUAHAHAHAHAHAHAHA.....” Tercetus gelak tawa dua orang lelaki. Amirah menoleh dengan pantas. Ada rasa nak telan hidup-hidup kedua manusia itu.
“Dah macam tuyullll......hahahahahhaa” Erick tertawa terbahak-bahak. Begitu juga dengan Ziyad. Dalam masa yang sama , Farish datang dari arah belakang Erick dan..
BUSHHHH !!
“HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.....” Giliran Erick pula ditertawakan.
“Jangan senang sangat brother, hahahahaha” ujar Farish kemudian tertawa.
“Dah macam Hulk ! hahahaaaa ,” ejek Amirah pula.
“Gelakkk lagi kuat...Biar semua orang dalam dunia ni dengar..” balas Erick mendatar. Yang dirancang lain , yang jadi lain. Kurang ajar dua beruk ni !
“Alaaaa , tadi gelakkan orang boleh pula. Giliran dia , nak marah pula...Podahhhh !!” kata Amirah dengan stylenya tersendiri.
“Yelah , yelah. Bukan marah tapi geram. Sepatutnya awak je yang kena , tapi saya sekali kena...” matanya tajam melihat Farish dan Ziyad yang tersengih-sengih di hadapannya. Kalau tak ada Amirah ni , sudah lama ke neraka budak dua ni !
“Tak adil kalau isteri kena sendiri...” balas Ziyad selamba. Tiada rasa bersalah yang terpancar diwajah lelaki itu.
“Kan...Tapi , korang guna apa ni ? ” Amirah menghidu cecair yang melekat pada lengannya itu.
“Tepung dengan pewarna makanan hijau. Letak air dan siap !!” terang Farish. “Pula dah. Sebenarnya apa motif korang buat macam ni ? kena mandi balik lagi lepas ni !”
“hehehe , saja je nak bergurau.”
“Oh bergurau..habis kenapa tak tegur i dua hari ni ?Asyik mengelak je,”
“Saja je. Prank..sebenarnya kitaorang nak bagi...jap eh, Jom Yad ambil present..”ajak Farish. Amirah menoleh ke arah Erick.
“Jangan tanya saya present apa, saya tak tahu...” ujar Erick.
Seketika itu , Farish dan Ziyad kembali semula membawa beberapa barang yang mereka beli. Barang itu diberi kepadanya. “Ini hadiah dari kitaorang, adik ipar awak!..hope you suka...sekian..,”
“Dan sorry sebab tak tegur..heheh , chau lu.” kata Ziyad selamba sebelum melangkah pergi mengekori jejak Farish ke dalam rumah. Terpinga kedua mereka ditinggal begitu sahaja.
“Tak apalah , jom kita masuk.” ajak Erick lembut.
MASING-MASING berebut untuk masuk ke dalam bilik mandi. Badan yang tagap itu menghalang di permukaan pintu , bermaksud dia yang hendak menguasai bilik mandi itu terlebih dahulu. Si badan kecil pula enggan mengalah.
“Bagilah saya mandi dulu...tepung ni dah nak kering dah....” rengek si isteri.Mana taknya , berebut bilik air punya pasal.
“Tak boleh , saya dulu. Tepung ni pun nak kering dah...” balas si suami. Lengan Erick ditarik sekuat hati. Namun , kekuatan dirinya tidaklah setanding lelaki tagap itu.
“Please....saya dulu...bolehlah...please...” rayu Amirah sambil membuat muka comel.
“No !” balas Erick tegas. Kononnya, tidak termakan dengan pujuk rayu si isteri.
“Fine.Mandi cepat ! jangan lambat-lambat tau ! ” pesan Amirah yang sudah mengalah dengan keadaan. Semakin diturutkan , semakin lambatlah pula mandi nanti.
“Alaaa , merajuk ke ?”
“Tak merajuk pun. Cepatlah mandi....”dia menolak tubuh badan Erick masuk ke bilik air. Erick menangkap tangan kecil isterinya sambil tersenyum nakal. Apa pula ni ?
“Jom mandi sekali nak ?”
“Err...saya rasa awak patut mandi. Saya nak siapkan sesuatu dulu..mandi eh , mandi lama-lama pun tak apa..” jawab Amirah kalut. Baru sahaja ingin melangkah , tubuhnya di tarik masuk ke dalam bilik air.
“Arghhhhhh.....”
pintu bilik terkunci rapat.
“Jom mandi sekali...janganlah menjerit seperti nampak hantu pula....”
“Taknak....awak mandi...dulu...sa-saya tunggu dekat sini...ce-cepatlah !”
“Nope...jom mandi..tak nak buka baju tu ke ?”
“Arghhh....no no...”
“Eh, nak menjerit pula. Saya ni suami awaklah...buka jelah...biar saya bantu ya...mari sini..”
“Nooooooooooooooooooo!!!”
bersambung..
Happy reading
Share this novel