Bab 5

Romance Series 35914

****

SELEPAS saja menunaikan solat isyak, Erick Fauzan terus turun ke tingkat bawah. Perutnya pun mula mengeluarkan bunyi yang tidak sepatutnya. Lapar. Dia melirik disekitar ruang tamu yang besar itu. Mana tahu ada hantu sedang mengintip dirinya. Hantu yang dimaksudkan ialah Farish dan Ziyad.

“Tak de apa-apa ke yang boleh dimakan? Aduhh... dahlah aku lapar. Dua beruk ni ke mana pula? Farish! Ziyad!” jeritnya selepas menutup peti ais semula. Nama je orang kaya tapi kat dalam peti ais kosong!

“Farish?! Ziyad?! Mana korang ni?” dia bercekak pinggang sambil menoleh ke arah tangga menunggu kelibat dua 'beruk' itu muncul. Hampa. Seorang pun tidak muncul. Bahkan, menyahut panggilannya saja tidak. Mana pula diaorang ni?

BAM!!

Bunyi pintu yang terhempas dengan dinding akibat tolakan yang kasar mengasak kuping Erick. Mengucap terus lelaki itu dibuatnya akibat terkejut. Cepat-cepat dia beriak tenang apabila melihat Farish yang sedang tercegat di hadapan pintu. Ha, duk tercegat dekat situ kenapa?

“Kau dari mana ni hantu? Boleh tak kau buka pintu elok sikit. Ni tidak! Nak tercabut pintu tu tak lama kau buat!” Marahnya. Farish hanya tersengih sebelum melangkah masuk ke dapur.

“Oi, kau bawa apa tu? Ziyad mana?” tanya Erick lagi.

BAM!!

Bunyi pintu terhempas untuk kali kedua. Erick terus berlari keluar untuk melihat. Ziyad memegang beberapa beg plastik terus menapak masuk tanpa rasa bersalah. Erick hanya memerhati dan menuntun langkah mengekori Ziyad dari belakang. Ingin sahaja dia memaki hamun kedua manusia yang tak berdisiplin itu.

“Apa yang korang bawa ni?”

“Bawa makanan untuk kaulah,” jawab Farish dengan selamba. Erick tersenyum lebar tatkala mendengar jawapan tersebut. Macam tahu-tahu pula yang aku ni lapar. Getus hatinya. Kemudian, dia mengambil satu tapau lalu membukanya.

Bau mee goreng menyusuri lubang hidungnya. Lazat.

Selepas membaca doa makan, dia terus menyuap mee goreng tersebut tanpa mempelawa kedua adiknya itu. Farish dan Ziyad hanya diam memerhati. Berselera sangat tengok Erick makan.

“Aku tak suka kalau aku makan dipandang macam tu. Lebih-lebih lagi hantu macam korang ni!” tegur Erick. Jelingan dihadiahkan kepada dua adiknya itu.

Mendengar teguran tersebut, Ziyad terus berlalu pergi tanpa sebarang kata. Farish pula mengeluarkan semua tapau yang ada dalam beg plastik tersebut ke atas meja.

“Banyaknya tapau. Siapa yang nak makan?” soal Erick. Bukan apa, takutnya membazir nanti.

“Kita tigalah yang makan.” jawab Farish serius.

Erick hanya berdiam dan menikmati makanannya. Farish yang memerhati dalam diam tiba-tiba tersenyum sinis. Erick menggaul-gaul mee goreng itu sementara mulutnya masih mengunyah. Namun, dia perasan akan sesuatu. Seolah-olah mee goreng itu bergerak-gerak.

Dia menggosok matanya beberapa kali kemudian melihat semula ke arah mee tersebut. Biar betul mee ni? Dia mengangkat menggunakan sudu tersebut. Apa yang dilihatnya adalah cacing yang masih bernyawa. Perasaannya mula loya. Dia berlari menuju ke sinki dan mengeluarkan semua isi perutnya.

Farish tergelak kuat. Sekuat yang mungkin. Bukan, ini bukan Farish yang sebenarnya. Gelak tawa Farish jauh berbeza dengan yang ini. Habis tu, siapa pula ni? Pantas dia melihat ke arah yang menyerupai Farish.

“Sedap makan cacing? HAHAHAHAH”

“Kau, kau siapa ?!” tanya Erick dengan separah menjerit. Degupan jantungnya sudah tidak teratur. Parah!

“Aku... Hantu Farish. Hantu.... hantu... hantu...” Wajah Farish semakin lama semakin berubah. Buruk dan hodoh. Menggigil badan Erick. Dia terus berlari keluar dari dapur tersebut.

“Nak kemana ke tu? HAHAHAHA” Ujar Ziyad pula yang berada dihadapannya.

“Ka-kau?”

“Aku? Aku hantu Ziyad....” jawabnya sebelum melepaskan ketawa yang cukup menyeramkan. Merindung bulu roma dibuatnya.

“Tolong, jangan dekat dengan aku! Tolong.” Rayunya dalam ketakutan. Entah macam mana hendak dia melarikan diri. Kakinya berat untuk diangkat. Semacam diletak benda seberat 20 kilogram.

“Bukan ke kau suka panggil nama kitaorang.... Hantu! Dan inilah kami!” marah makhluk itu yang berbadankan badan Ziyad. Dua makhluk itu semakin dekat dengan Erick. Dekat dan terus mendekat.

“TOLONGGGGGGGGGGGG!!!”

BUSHH!!

Satu baldi air disimba ke muka Erick Fauzan saat itu. Tercungap-cungap dia bangun dan mengambil nafas. Farish dan Ziyad sudah pun meledakkan tawanya sehingga tergolek-golek dipermukaan lantai. Farish sempat merakam gelagat Erick yang menjerit meminta tolong sewaktu tidur tadi.

“Mana hantu?” tanya Erick yang masih tercungap-cungap mengatur nafasnya. Dia memerhati disetiap ruangan. Bajunya yang basah masih tidak dipedulikan sama sekali. Apa yang penting, dia tidak diterkam oleh hantu-hantu tadi.

“kaulah hantunya. Hahahaha” balas Farish kemudian tertawa semula. “Aduh...sakit perut aku...hahaha”

“Astagfirullahalazim,” Erick beristighfar berkali-kali. Raut wajahnya ditekup dengan telapak tangannya. Baru tersedar dari alam mimpi. Dia memandang kedua manusia yang seronok mentertawakan dirinya. Dia menjeling tajam.

“Tulah padahnya. Orang solat maghrib, dia sibuk tidur. Kan dah kena. Dahlah belum mandi.” sindir Ziyad. Ya, lepas balik kerja tadi, Erick terus berbaring di sofa. Entah kenapa dirinya terasa begitu letih. Tak sampai hati pula mereka nak kejutkan.

“Boleh ulang tayang tak part tolong tu, encik Farish?”

“Tolonggggg!!” ujar Farish dengan nada mengejek. Meledak lagi tawa mereka berdua. Erick mendengus kasar. Dia terus melangkah naik masuk ke dalam biliknya. Malas mahu melayan sikap kedua beruk itu. Jangan sampai dia pula naik hantu ditempat tersebut.

Selesai membersihkan diri, Erick langsung menunaikan solat maghrib yang masih belum terlambat lagi. Seusai itu , dia menghempaskan badannya di atas katil. Siling di pandang dengan lama. Fikirannya sedang bermain-main dengan mimpinya yang sangat mencarut tadi. Habis dirinya kena bahan tawa kedua adiknya.

Lantaklah ! Dorang je pun , bukan orang lain. getusnya.

bersambung...

Happy birthday <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience