Bab 8

Romance Series 35914

****

PERASAAN risau dan cemas semakin berombak-ombak apabila dia berada di hadapan rumahnya. Kakinya laju sahaja melangkah masuk. Sebelum pintu ditolak, dia melekapkan jari pada sistem fingerprint yang berada di sebelah pintu tersebut. Keadaan rumahnya gelap gelita. Hanya cahaya dari pintu yang terbuka sahaja dapat menerangi.

“Ziyad?! Farish?!” jeritnya. “Apa hal pula gelap macam ni?”

“Erick !!” panggil satu suara. Lampu dihidupkan oleh Ziyad. Erick menoleh. “Farish mana?” Ziyad terus menuding jari ke arah lantai. Tubuh Farish terbaring di sana dipenuhi dengan cecair merah. Erick beristigfhar berkali-kali dan cuba untuk bertenang.

“Farish.....” panggilnya dengan lembut. Dia mendekati adiknya yang terbaring itu. Ziyad hanya memerhati. Wajahnya masih lagi pucat. Mungkin kerana ketakutan.

“Farish, wake up. Hey, do you hear me?!” Erick menampar perlahan pipi Farish. Erick cuba memeriksa nadi Farish. “Nadi masih ada. Ziyad , bantu aku. Kita bawa dia ke hospital.” pintanya dengan cemas. Banya persoalan yang bermain di minda. Namun, ini bukanlah masa yang tepat untuk menanyakan soalan-soalan. Paling penting, nyawa adiknya.

Macam mana pun sifat Farish, Erick tetap menyayangi adiknya itu. Dia sanggup buat apa sahaja demi membahagiakan Farish. Begitu juga dengan Ziyad, walaupun dia hanya anak angkat, dia juga di sayang oleh Erick. Sedikit pun Erick tidak pernah membezakan kedua lelaki itu. Mereka berdua adalah penghibur dirinya setiap hari.

“Kau nak aku buat apa?” tanya Ziyad. Dia tak dapat mentafsir sesuatu. Otaknya sudah tidak berfungsi saat itu.

“Kau bukalah pintu , biar aku angkat Farish pergi hospital. Now! Takut nanti Farish tak dapat bertahan.” arahnya kepada Ziyad yang masih terpinga-pinga.

Ziyad terus berlari menuju ke dapur. “Oi! Kenapa kau lari dekat dapur? Aku suruh kau buka pintu!”

“Yelah ni. Aku lalu dari pintu belakang. Aku tunggu dekat luar.” balasnya separah menjerit. Erick hanya membiarkan dengan tindakan kurang cerdik Ziyad itu. Yelah, kan senang kalau terus ke pintu dan buka je? Mungkin Ziyad masih trauma agaknya ! haha.

“Berat juga budak ni!” ujar Erick tersekat-sekat apabila mendukung Farish. Darah yang berada di kepala Farish itu menitis jatuh ke atas lantai. Erick mula berjalan perlahan-lahan menuju ke muka pintu.

“Bukalah cepat!!” serunya. Ziyad pun membuka pintu tersebut.

“HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!” Laungan daripada mereka semua, Puan Davina, Tuan Razin, Ziyad dan termasuk Farish. Dia memautkan kedua tangannya pada leher Erick sebelum mencium pipi abangnya.

“Muah...Rupanya kau sayang aku ye ! ” ujarnya sambil tergelak. Erick melepaskan dukungan tersebut. Tak sangka dirinya sedang di tipu oleh dua penjenayah ini. Ikutkan hati, nak sahaja dia mencekik orang saat ini. Baju kemeja yang digunakan telah kotor dengan kesan darah Farish. Eh , pembetulan. Pewarna makanan sebetulnya.

“Ya Allah.... apa semua ni?” tanya Erick pasrah dengan keadaan. Hilang serta-merta perasaan risau dan cemas yang menebal dalam sanubari. Tak guna betul budak dua ni!

“Come! Kita celebrate dekat halaman belakang.” Ajak puan Davina. Pada masa yang sama , Armel juga turut sama hadir memeriahkan ulang tahun Erick yang ke-28 tahun.

“Takkanlah nak celebrate macam ni ?” kata Farish.

“Well , guna jelah. Kau yang nak sangatkan tadi?” balas Ziyad selamba. “Yelah....,”

Mereka semua menuju ke halaman belakang di mana semua sudah tersedia dengan rapi dan cantik. Terharu Erick melihatnya.Tak sangka mereka mengingat tarikh lahir dirinya sedangkan dia sahaja terlupa semua itu. Lagipun, umurnya sudah meningkat. Tak layak rasanya nak menyambut hari jadi sendiri.

“Apa lagi yang kau tengok? Tiuplah lilinnya,” pinta Farish yang sudah tidak sabar ingin menjamah kek tersebut. Erick tersengih kemudian meniup lilin itu dan sekaligus memotong kek.

“Good job bro. Today and everyday, wishing only the best for you. Happy birthday! One more thing, cepat-cepatlah kahwin. Aku dengan Ziyad tak sabar nak dukung anak saudara kami tau. Kan Ziyad?” Ujar Farish.

“Betul, betul. I pray that you never stop smiling and always be a good brother to us. Lepas ni, kau kena belanja aku satu kereta..,” ujarnya sambil tertawa.

Erick mencekik batang leher kedua mereka. Tangan kanannya Farish dan sebelah kiri pula Ziyad. “Korang dua ni, kalau nak buat sesuatu suprise tu janganlah sampai libatkan nyawa! Geram aku dengan korang ni!”

“Aduhhh...lepaslah...sakit!!” Rintih mereka.

“Erick, Mama nak cakap sikit.” kata Puan Davina. Erick segera melepaskan cengkamannya.

“Korang dua ambil kek ni bagi-bagi dengan papa dan Armel sana.” arah puan Davina. Farish dan Ziyad hanya akur.

“Erick, You're already 28 years old, right? harapan mama yang sebelum ni kamu dah capai and i'm so proud of you. So, ada satu lagi harapan mama kamu belum tunaikan..,”

“Apa dia yang Erick belum tunaikan?” Dia menatap syurganya dengan sepenuh perhatian. Tidak dapat dihitung bagaimana kasihnya terhadapan wanita dihadapannya saat ini. Apa pun, semua dia akan turuti demi puan Davina. Dia sebenarnya dapat meneka harapan Puan Davina. Tapi, Dia tidak tahu sama ada harapan ibunya kali ini boleh di capai ataupun tidak.

“Mama nak sangat kamu berkahwin sebelum mama dengan papa pindah ke Australia. Kalau boleh mama nak gadis seperti Armel. Dia baik, rajin dan paling mama suka dia solehah. Comel je.” puan Davina mula memetik nama Armel dalam perbicaraan mereka.

“InsyaAllah, Erick tak janji tau ma...harap mama faham..,” ujarnya perlahan. “Mama pun tak paksa. Mama just bagitahu, sekurang-kurangnya kalau boleh sebelum mama pulang ke Australia.” Erick mengangguk faham.

“Dah, tak payah fikir sangat.enjoy your day..,”

“Bongoklah kau ni Ziyad! Apa salah aku sampai kau sapu krim kek ni dekat muka aku! Arghh!” bebelnya. Puan Davina dan Erick segera menoleh. Dah mula budak-budak ni.

“Krim dia tak sedap gila. Baik aku sapu dekat muka kau!” balas Ziyad separah mengejek.

“Meh sini kau!” dia mengejar Ziyad untuk membalas dendam.

“Hei, happy birthday.” ucap Armel saat mendekati Erick.

“Thanks. So, you tahulah semua rancangan ni?” Armel mengangguk sambil tersengih.

“Farish dan Ziyad yang suruh. Sebenarnya, i tak sangka tau you sanggup keluar dengan i. Yela, you kan always busy. Mustahil you akan setuju dengan permintaan I. Tapi, tak sangka. Plan berjalan dengan lancar.” ujar Armel. Erick hanya menggeleng lalu tersenyum.

“Kalau i tolak , apa yang akan berlaku?”

“Kitaorang buatlah plan ke dua...,” tiba-tiba Farish menyampuk.

“Banyak kau punya plan ? kenapa aku tak tahu satu pun ?” tanya Erick mendatar. Kali pertama Farish dan Ziyad buat suprise menjadi.

“Dah kau merajuk dengan kitaorang , sampai tidur rumah mama pula tu.So, bagus jugalah sebab kau bagi kami peluang untuk atur strategi.” jawabnya.

“Kau ingat nak pergi berperang ke ada strategi bagai ?”

“Mestilah ! Sebab aku rasa lepas ni ada peperangan akan berlaku..,”

ZAP! ZAP!

Dua piring kertas yang berisi whipped cream itu melekat tepat pada wajah Erick. Armel , puan Davina dan Tuan Razin hanya memerhati dan menanti apa yang akan berlaku selepas itu.

“What the heck!” Ziyad dan Farish sudah pun berlari ke dalam bilik masing-masing. Itulah peperangan yang dimaksudkan oleh Farish. Walaupun agak berbahaya , tapi seronok! Padanlah muka kau, Erick.

“Are you okay Erick ?” tanya Tuan Razin. Erick tersenyum tawar dan mengangguk.

“Lebih dari okay...”

Farish , Ziyad ! Engkau tunggu pembalasan dari aku !! Getus hatinya sementara tangannya membuang sedikit demi sedikit sisa cream pada wajahnya.

bersambung..

Happy reading <33

Share this novel

Zigzag11
2021-01-02 09:22:03 

Bila nak update ?? tak sabar nak baca bab seterusnya hehe <3


NovelPlus Premium

The best ads free experience