****
SUASANA ruang tamu itu sepi tanpa sebulat suara walaupun ia agak ramai. Hanya mata dengan mata yang bermain. Puan Davina dan Tuan Razin duduk bersebelahan manakala Ziyad dan Farish duduk di sofa berlainan. Emir yang duduk di sofa single itu tidak berani untuk membuka mulut. Dia memandang puan Hanifah untuk mulakan perbualan. Seketika itu , Amirah datang menatang dulang yang berisikan air. Seusai meletakkan dulang itu di atas meja , dia berlalu masuk semula ke ruangan dapur.
“Jemputlah minum , air sahaja yang ada..” pelawa Puan Hanifah sambil tersengih. Dia agak gugup juga apabila mengetahui keluarga Erick datang bertamu di pagi hari itu. Tak lain tak bukan , ini mesti masalah kelmarin malam. Fikirnya.
“eh , tak mengapa. Ini pun buat susah-susah sahaja...” balas puan Davina lembut. Masing-masing berbalas pandangan dan senyuman.
“taklah..er , maaflah , ada hajat apa ya ? ” tanya puan Hanifah secara terpaksa. Bukan apa , mata Emir asyik memandang ke arahnya. Rasa nak korek sahaja kedua biji mata anaknya itu.
“Ehem , kami semua nak minta maaflah sebab datang mengejut. Bukan sebab apa , ini atas permintaan anak kami yang sulung tu , Erick.” kata tuan Razin selepas berdehem mengatur suaranya. Bebola mata Emir laju memandang tuan Razin. Betullah tekaan hatinya. Cis , bawa rombongan kau ya, Erick. Bijak..
“Biarlah kami berterus terang , jadi tak membuang masa sangat. Sayang , awak yang nak cakap ke atau saya yang cakap ?” sempat lagi tuan Razin membisik isterinya yang berada di sebelahnya. Dia sebenarnya nervous juga , terasa macam aura yang pernah di alaminya muncul kembali. Kalau ingat balik , memang memalukan.
“Biar saya jelah yang cakap,” balas puan Davina dengan bisikan.
“Er...jadi sebenarnya macam ni, anak kami yang sulung tu , berkenan sangat dengan Amirah. Saya , suami dan adik dia pun juga sebulat suara nak jadikan Amirah tu sebagai satu keluarga...”
“Maaflah kalau saya menyampuk , tapi saya rasa saya ada hak berbual pasal benda ni juga. Sebab saya sebagai ketua keluarga dekat sini. Tak mengapa kan ?” tanya Emir dengan sopan.
“Ya , boleh.Kami faham..”
“Erm , apa yang special sangat dengan adik saya tu sampai anak tuan dan puan berkenan ? lagipun kitaorang ni taklah setaraf dengan tuan dan puan. Kitaorang ni cukup-cukup makan juga..” ujar Emir. Puan Hanifah hanya memandang.
“Kalau bagi kami , Amirah tu baik , sopan , peramah. Adik kamu tu pandai menjaga tatatertib. Soal harta kekayaan tu , kamk tak kisah. Asalkan dia tulus dan ikhlas. Itu sahaja yang kami cari. Dan ciri-ciri tu ada pada Amirah.” balas Puan Davina dengan tenang.
“Oh, panggil uncle dengan aunty sahaja...” tambah wanita itu lagi. Senyuman tak lekang dari bibirnya.
“Kami ni kiranya merisiklah , takut pula anak kami tu berkenan milik orang pula. Nanti padah jadinya..” terang Tuan Razin pula.
“Amirah tu belum ada yang ikat lagi..tapi saya kena tanyalah dulu dia...kot saya tak tahu,” jawab Puan Hanifah.
“Aunty , uncle . boleh saya bercakap dengan Erick ? dia ada ikut sekali tak ?” tanya Emir. Puan Hanifah sedikit tersentak dengan tindakan Emir. Bukan apa , takut pula dia maki hamun lelaki itu.
“Erick ada dekat rumah , dia tak sihat lagi. Dia demam..” balas puan Davina.
“Saya...minta maaf ye uncle , Aunty. Erick demam di sebabkan saya. Dia ada datang rumah kelmarin malam , tapi saya halang dia untuk berjumpa dengan Amirah. Dan, tak sangka pula dia sanggup berhujan tunggu depan pagar rumah...” jelas Emir dengan nada rasa serba salahnya.
“Uncle faham..Lagipun , Erick datang masa yang kurang tepat. Anak uncle tu suka sangat bertindak terburu-buru. Nanti, minta tolong juga dengan kami. harap dimaafkan ya dengan sifat Erick tu...” Emir terus mengukirkan senyuman.
“Emmm , bila nak masuk meminang ?” tanya Emir spontan. Pertanyaannya cukup mengejutkan bagi orang di situ termasuk uminya. Walaupun itu anaknya sendiri, tapi ia sukar di jangka. Beberapa hari ini asyik bertekak dengan Amirah pasal Erick Fauzan , sekarang boleh pula dia tanya bila nak masuk meminang ?
“Err...bincanglah dulu dengan Amirah . Nanti kalau dah ada jawapan , baru kita bincang lagi hal yang seterusnya...” ujar puan Davina tidak mahu terburu-buru nanti mengundang masalah.
“Tak payah bincang aunty sebab adik saya tu , suka juga dengan Erick. Tapi , saya je penghalangnya..saya minta maaf ya , kalau benda ni beban pula.”
“Lagipun , yang macam ni saya nak. Sekurang-kurangnya saya tahu , adik saya tidak dipermainkan oleh orang. Saya nak hubungan yang halal sahaja untuk adik saya...saya minta maaf ya sekali lagi...” tambah Emir lagi.
“Jadi , sekarang ni greenlight lah ?” celah Farish. Dari tadi dia dengan Ziyad hanya jadi pendengar dan pemerhati yang cukup baik. Hal orang tua , mana boleh campur. Kami masih muda lagi. Etchinggg !
“Kalau Emir dah cakap macam tu , saya sebagai ibu setuju jugalah. Nanti yang jadi wali , Emir jelah.” sambung puan Hanifah.
“Alhamdulillah , akhirnya Amirah jadi kakak ipar kitaorang juga !” ucap Ziyad yang di sokong oleh Farish. Masing-masing mereka bertepuk tangan riang mendengar jawapan tersebut.
AMIRAH duduk termenung di belakang rumah seorang diri. Lepas sahaja dia menghidangkan air , dia langsung ke belakang rumah. Dia malu untuk berhadapan dengan keluarga Erick Fauzan. Cincin yang diberikan oleh Erick telah disarung ke jarinya. Biarlah ini menjadi kenangan untuk dirinya walaupun pahit. Terima kasih , Erick Fauzan.
“Adik ? Ya Allah , kat sini rupanya adik abang ni. Puas orang cari dia tau !” bebel Emir sambil menghampiri adiknya di kerusi yang terdapat di luar belakang rumah. Amirah tidak memberi sebarang reaksi. Penat dia melayan karenah abangnya.
“Eee, sombongnya adik abang ni..” usik Emir.
“Abang nak apa lagi ?” tanya Amirah dingin.
“Marah nampak ! Garanglah adik ni , kita nak berbaik dengan dia je pun,”
“Adik tak nak berbaik dengan abang buat masa sekarang! Dah pergi sana, jangan ganggu adik !” Amirah masih lagi ikut emosinya. Emir hanya tergelak, sudah masak dengan perangai adik sendiri.
“Haih , dah nak jadi milik orang pun masih nak merajuk dengan abang ke ?” Amirah merengus kasar. Ada yang kena tak lama ni asyik nak usik orang dah kenapa ?!
“Umi !! Tengok abang ni dah kenapa ?! Minum ketum ke apa ?” lancar sahaja mulut menuduh abangnya yang sedang mengekori langkah Amirah masuk ke dalam rumah. Amirah berlari anak mendapatkan uminya yang sedang mengemas meja di ruang tamu.
“Kenapa pula dengan korang ni ?”
“Umi , tengok adik tu. Kita kata benda betul dia kata abang ni minum ketum. Eee geramnya!” Puan Hanifah menggeleng. Ada sahaja yang di bawa ribut oleh dua anaknya. Lepas ni mesti akan sunyi kalau Amirah dah berkahwin nanti.
“Umi , abang tulah , usik kata kita ni hak milik orang kenapa ?” cemberut wajah Amirah tatkala itu.
“Betullah , esok atau lusa bakal mertua adik masuk meminang. Umi dan abang sudah setuju, adik okay kan ?” tanya puan Hanifah serius.
“Si-siapa lelaki tu ?”
“Jangan berpura-pura ya Amirah Faihanah ! Siapa lagi kalau bukan Erick Fauzan. Jejaka pujaan hati adik kan ?” usik si abang lagi. Amirah terkedu seketika. Betul ke apa yang dia dengar ? Umi hanya tersenyum sebelum melangkah masuk ke dapur meninggalkan kedua anaknya di ruang tamu. Bergaduhlah kalau nak bergaduh , aku nak basuh gelas ni !
“Be-betul ke ? A-abang tak kenakan adik ke ni ?” Amirah cuba mencari kepastian.
“Betullah. Ni abang nak minta maaf sebab tampar adik hari tu hehe , sakit ke ?”
“Gila tak sakit ! nak runtuh gigi adik tau ! abang ni jahatlah ...” muka Amirah kembali cemberut mengenangkan tamparan Emir.
“heheh , abang minta maaf eh ? Terlalu emosi hari tu. Sorry ...” pujuk abangnya sambil mengusap lembut kepala si sang adik.
“Alaaa , maafkanlah abang. Okay , sekarang ni adik pergi bersiap , kita keluar dengan umi sekali. abang belanja..”
“Betul ni ? Okay kalau macam tu adik maafkan..” balas Amirah senang hati. Bukan selalu dapat di belanja oleh abang sendiri.
“Salam dulu , sebagai tanda damai .” Emir menghulurkan tangan dan di sambut mesra oleh Amirah.
“Damai !” balas Amirah sambil tersenyum lebar.
“Eh kejap , telefon adik mana ? Jangan cakap abang buang ye telefon adik tu !”
“Ada dekat bilik abang, ambil je atas meja tu. Oh ya , adik 'unblock' ye akaun Erick, abang sekat hari tu , heheh”
“What ?! Abang ni savage betullah ! Kasihan tau anak orang tu ! ”
“Ye abang tahu abang salah. Lagi satu , abang dah buat surat berhenti kerja dan bagi dekat Erick. Abang tak tahu kenapa abang tak suka sangat dengan dia tu , nanti adik minta balik kerja dengan dia eh ?” jujur Emir yang berasa serba salah sekarang. Kepala digaru. Amirah membulatkan matanya.
“Apa abang ni ?! Malulah adik nak minta kerja balik ! Itu pun Farish yang bantu tau !”
“Alaaa , kalau dah jadi tunang kau mintalah kerja balik. Bukan susah ! ”
“Banyaklah tak susah abang ! Dahlah adik nak pergi bersiap. Banyak adik nak makan ni,” Emir hanya tersengih.
“Umi , nanti siap tau. Abang nak bawa kita keluar makan..” jerit Amirah sebelum dia berlari naik mencari pakaian yang sesuai untuk digunakan.
bersambung..
Happy reading
Share this novel