****
PAGI telah melabuhkan tirainya. Matahari mula bekerja mengeluarkan cahaya menyirami sebahagian bumi. Begitu juga dengan manusia yang mula keluar dari rumah mereka mencari rezeki masing-masing. Sama seperti Amirah, dia sedang merapikan tudungnya dalam keadaan tergesa-gesa. Dia tidak mahu terserempak dengan suaminya. Rasa sakit yang terukir di hatinya belum sembuh lagi. Dia kecewa. Kecewa dengan sikap suaminya sendiri. Ah, sudahlah!
Seusai itu, dia mengambil beg dan terus melangkah keluar.
“Sayang nak kemana?” suara garau itu menghentikan langkah Amirah. Ah, sudah!
“Nak pergi kerjalah..” jawab Amirah dingin. Cepat betul dia keluar dari bilik air tu!
“No, abang izinkan sayang cuti beberapa hari. Sayang tak sihat lagi tu,”
“Saya dah sihat.Tak perlulah nak cuti... saya pergi dulu..” kata Amirah kemudian berlalu keluar. Wajah suaminya langsung tidak dipandang dek kerana tidak mahu menambah rasa sakit jiwa terhadap diri sendiri.
“Sayang...” panggil Erick. Kakinya laju mengejar sang isteri keluar dari bilik itu.
“Farish...i nak tumpang boleh?” Farish menoleh ke arahnya. Kebetulan juga dia ingin ke pejabat. Kemudian, matanya beralih ke arah Erick yang baru muncul di belakang Amirah.
“I boleh je nak tumpangkan. tapi, you dah okay ke?” soal Farish ragu-ragu. Dia tidak mahu abangnya menyalahkan dirinya jika terjadi apa-apa nanti.
“Okay atau tak tu tak penting. Jomlah kita gerak..” ajaknya ingin cepat beredar dari situ.
“Kalau awak nak pergi pejabat, ikut saya jelah...” Erick menawarkan dirinya. Cuba untuk memujuk si isteri yang masih dingin.
“Tak apa. Saya ikut Farish je. Lagipun saya nak cepat, banyak kerja tertunda!” katanya dan melangkah keluar dari rumah itu. Erick mengeluh.
“Macam mana dia nak ikut kau, kalau baju pun tak pakai lagi. Tu yang di balik tuala tu, entah pakai atau tak. Aku tarik karang, demam setahun kau nanti..chauu!” kata Farish sambil mengenyitkan mata sebelum beredar.
Erick baru sedar bahawa dia keluar hanya bertuala sahaja. Belum sempat dia memakai baju tadi selepas keluar dari bilik air. Erick menggaru kepala yang tidak gatal. Malu juga dia ditegur oleh Farish tadi.
ZIYAD bangun dan meluruskan badan yang terasa di lipat-lipat akibat tempat tidur hanya beralaskan simen jambatan. Tiada tilam, tiada bantal dan tiada selimut. Berat sungguh ujian Ziyad hadapi saat ini. Tapi, dia tetap bersyukur kerana ada tempat untuk dia berehat melepaskan penat seketika.
Pandangan di alihkan kepada pakcik dan anaknya yang masih lena tidur berbantalkan lengan masing-masing. Satu senyuman terukir. Betapa sabarnya orang itu meneruskan kehidupan di dunia sementara ini. Ziyad berjalan keluar dari bawah jambatan sementara otaknya giat memproses sesuatu.
“Aku kena cari kerja sekarang ni. Tak boleh buang masa. Kalau bukan sekarang bila lagi kan?” ujarnya pada diri sendiri. Selain membantu diri sendiri Ziyad mempunyai niat untuk membantu pakcik tua yang sakit ini bersama anaknya. Lagipula, dia tiada sesiapa di dunia ini. Dia telah dihalau oleh abang angkatnya sendiri. Sudahlah, tak payah ungkit kisah yang telah berlalu.
“Abang Yad tengok apa tu?” tegur budak lelaki yang baru bangun dari lenanya. Ziyad menoleh.
“Tengok masa hadapan tapi tak tertengok-tengok...” balas Ziyad cuba berseloroh di awal pagi.
“hahahahaha...apalah abang Yad ni. Masa depan mana boleh nampak...” seronok dia tergelak. Ziyad tersenyum. Cepat sangat mood budak itu bertukar ceria meskipun baru sedar dari lenanya.
“Amboii seronok gelak. Meh sini abang Yad nak tanya sikit,”
“Tanyalah...” balasnya yang semakin hampir dekat lelaki muda yang tinggi di hadapannya. “Adik kan selalu meronda tempat sini, adik ada tahu tempat kerja kosong? tak kisalah kerja apa pun. Abang nak kerja, nanti bolehlah kita makan sedap-sedap sikit..”
“Wow, baiklah abang ni. Hmm, adik ada tahu satu tempat. Nanti kita pergi sana, haraplah masih ada kerja tu..” balasnya. Ziyad tersenyum lagi. Lancar sahaja budak ni bercakap. Walaupun baru semalam kenal, terasa seperti bertahun-tahun sudah berkenalan.
“kenapa harus nanti, kenapa bukan sekarang?”
“hehehe, yelah. Jom kita pergi sekarang. Ayah masih tidur lagi tu. Lagipun, adik nak beli kuih ni.”
“Jom....adik hantar je, lepas tu biar abang Yad uruskan sendiri.” kata Ziyad.
Dalam 10 minit berjalan, akhirnya mereka sampai ke tujuan. Di hadapan mata mereka terdapat sebuah rumah banglo letak yang cantik. Ziyad menunduk melihat ke arah budak lelaki itu.
“Pergilah, terima kasih sebab hantar abang. Hati-hati..” pesan Ziyad. Budak itu hanya tersenyum dan terus berlari pergi. Tumpuan Ziyad beralih semula ke rumah banglo itu. Dia menghampiri loceng dan menekannya.
“Ya? ada apa boleh saya bantu ?” tanya seorang lelaki tua yang nampak gaya sebaya dengan tuan Razin.
“Maaflah menganggu pagi-pagi. Sebenarnya saya tengah cari kerja. Kebetulan, ada orang kata dekat sini ada cari pekerja... Betul?”
“Oh ya ya. Mari masuk kita bincang pasal ni. Pakcik macam pernah nampak muka kamu dekat layar Televisyen. Tapi, mungkin serupa. Tak apalah, jom kita masuk..” Ziyad hanya tersenyum hambar. Bukan serupa pakcik, mana ada orang yang kacak macam saya ni. Sempat lagi dia membalas di dalam hati.
Tok ! Tok ! Tok !
“Masuk,” laungnya dari dalam.
Amirah berjalan menghampiri meja Erick. Fail berkulit keras itu dibawa bersama dalam pegangannya.
“Fail yang sir minta. Semaklah dulu, kot ada salah ke apa...” katanya dengan nada acuh tak acuh. Fail di hulurkan.
“Duduklah dulu. Tak penat ke berdiri?” Amirah terus duduk tanpa menjawab soalan Erick.
“Awak nak makan apa tengah hari nanti?” tanya Erick mencuba menarik perbualan isterinya.
“Tak ada apa,” jawab Amirah yang dipenuhi oleh ego yang menggunung.
“Takkanlah tak ada. Tak lapar ke? kasihan baby kita tu nanti...”
“Nanti kalau lapar, saya belilah dekat mana restoran nanti. Tak pun minta Farish belikan..” nadanya masih acuh tak acuh.
“Saya kan ada, kenapa perlu minta dengan Farish pula?” Erick memandang wajahnya isterinya dalam-dalam.
“Tak ada apalah... dah siap semak ke? Saya ada banyak lagi kerja kena buat,”
“Amirah...please. Saya tahu awak marahkan saya lagi. Saya minta maaf. Saya terlalu emosi waktu tu...” ujar Erick dengan penuh penyesalan. Wajah isterinya masih di pandang meminta simpati daripada wanita tersebut.
“Sir, kita dalam pejabat. Hal peribadi jangan bincang dekat sini...” katanya dengan tegas. Wajahnya kian tegang tiada tanda untuk mengukirkan senyuman.
“Sebelum ni okay je...siap main kejar-kejar lagi kita dalam bilik ni..” Erick masih lagi mencuba memujuk isterinya.
“Okaylah sir saya keluar dulu.”
“Sayang.....please....” Erick langsung berdiri mendapatkan isterinya yang ingin berjalan keluar. Tubuh sang isteri dipeluk erat.
“Please, forgive me...i miss you so much...please jangan buat saya macam ni,” rayunya.
“Awak lepaslah...ingat sikit, ini pejabat bukan rumah! Awak nak minta maaf apa lagi? Awak tuduh saya ni penipu. Awak tuduh saya dengan Ziyad ada hubungan dan awak hampir lempang saya disebabkan gambar tak guna tu!” Nafas Amirah mulai turun naik tak menentu akibat amarah yang di tahan. Suaranya juga cuba dikawal sedaya upaya.
“I know dear...i'm sorry for that.”
“Lepaslah...”
“No, selagi awak tak maafkan saya takkan lepaskan pelukan ni...” rayunya. Pelukan pada isteri di eratkan. Sesak nafas buat seketika. Namun, itulah yang dirindukan oleh Amirah. Pelukan yang hangat dan mesra. Tak semena-mena air mata Amirah mengalir laju.
Jujur, dia marah dengan Erick tapi pada masa yang sama dia rindukan lelaki itu siang dan malam. Erick meleraikan pelukannya. Badan isterinya di hadapkan bertentangan dengannya.
“Don't cry, sayang. Abang lemah tengok air mata sayang tu. Abang tahu abang salah. Abang telah sakitkan hati sayang. Abang minta maaf..” ujar Erick sambil menyeka air mata Amirah menggunakan hujung jarinya.
“Abang jahat....sampai hati abang tuduh kitaorang macam tu. Video dan gambar tu tak sama dengan cerita sebenar. Ziyad tak salah awak...”
“Cerita dia macam ni, bunga tu sepatutnya kitaorang tak nak beli tau, tapi oleh kerana dia tinggal satu je dekat situ, so terpaksalah beli dan bunga tu di bawa oleh Ziyad dan sampai dekat kereta, bunga tu dia bagi pada saya..” tambahnya lagi.
“Habis yang korang tersenyum mesra tu kenapa ?”
“Haih....tu sebab Ziyad kata, kalau Erick terima ni mesti dia melompat macam monyet nanti....sebab tu saya tersenyum..bukan tersenyum je ..tergelak juga saya waktu tu..”
“Betul ni ?”
“Ya Allah, saya berani bersumpah awak...”.
“Shhh...please don't say like that. Saya minta maaf sangat-sangat..awak pun satu kenapa tak chat or call saya dalam sehari tu? kena lagi ada orang kirim gambar tu..mana tak fikir negatif...”
“Sorry....saja je nak kenakan awak. Mana saya tahu benda ni jadi macam ni...”
“Sudahlah...benda dah jadi. Awak maafkan saya kan ?”
“Ya saya maafkan. Tapi, jangan lagi nak naik tangan..dan bawalah Ziyad balik dalam keluarga ni. Bukan ke awak kata nak balik Australia? Nanti mama tanya tentang Ziyad, nak jawab apa?”
“Saya pun fikir macam tu juga. Nanti saya cuba cari Ziyad. Entah di mana budak tu tidur. Semua duit dan kad bank dia tinggal...” ujar Erick penuh penyesalan. Tak dapat dia berfikir keberadaan Ziyad di mana. Baliklah Yad , kau tak rindu ke nak cari gaduh dengan aku ?
bersambung..
Share this novel