Bab 20

Romance Series 35914

****

“GOOD Morning , bidadari. Macam mana kerja dekat sini ? It's everything okay ?” Tanya Farish yang baru sahaja memunculkan diri di meja kerja milik Amirah. Wanita itu menoleh dan tersenyum.

“Alhamdulillah, semua okay. Oh ya , saya nak ucapkan terima kasih sebab encik banyak bantu saya. Terima kasih banyak-banyak.” ujarnya sepenuh hati. Dia tidak lupa juga dengan yang di Atas. Semua benda ni jadi atas kehendak-Nya.

“Tak payahlah berterima kasih dengan i. Lagipun, you kan bakal kakak ipar i..” katanya selamba.

“Huh? apa yang encik kata tadi ? sorry, tak dengar.”

“Nothing. You Aamin kan sahaja, okay.” balasnya sambil mengenyitkan matanya dan terus meninggalkan Amirah dalam kebingungan.

You akan tahu dalam beberapa hari lagi. Getus hati Farish yang sudah pun berada di hadapan bilik pejabatnya.

“Aamin..” ucapnya dengan lembut walaupun dia tak tahu apa yang dikatakan oleh Farish sebentar tadi. Dia mencapai buku catatan dan buku jadual milik Erick sebelum masuk. Ini hari ke empat yang dia akan tempuhi demi mencari rezeki yang halal. Selama tiga hari dia berada disini , semua okay. Semua orang layan dia baik. Cuma satu je , Ziyad. Amirah belum lagi pernah melihat kelibat Ziyad sepanjang bekerja.

*TOK TOK TOK*

“Masuk,” suara Erick kedengaran dari dalam biliknya. Amirah pun melangkah masuk dengan senyuman yang manis terukir dibibirnya. Haih , cair Erick melihatnya .

“Selamat pagi, sir.”

“Selamat pagi. Duduklah,” pelawanya. Mata Erick terus ke baju yang digunakan oleh Amirah hanya ingin melihat warna baju sahaja. Sah ! Farish memang nak kena. Dah masuk hari ke empat warna baju aku dengan Amirah asyik sama. hari pertama merah, hari kedua biru, ketiga kuning dan hari ni coklat.

“Thank you. So, dari tengok buku jadual ni, sir tak ada meeting ataupun apa-apa aktiviti hari ini. Maknanya sir free hari ni.” ujar Amirah yang sedang melihat buku jadual.

“Ye ke ? Boleh awak tolong saya tak? Sebab saya rasa tak sempat nak buat semua benda. Kalau tak silap, esok saya ada meeting kan awal pagi?” tanya Erick. Amirah mengangguk.

“Saya kan pembantu peribadi sir, mestilah boleh. Sir nak suruh saya buat apa?” tanyanya. Pen yang berada ditangannya bersedia untuk menulis apa yang akan dikatakan oleh Erick. Di catat supaya dia tidak lupa.

“Macam ni , petang nanti awak ikut saya pergi buat lawatan dekat satu kawasan. Then saya nak awak buat e-mail dan hantar dekat Avroy. Avroy tu sahabat saya tapi sekarang dia ada dekat Australia. Nanti awak akan tahulah serba sedikit tentang kami. So , petang nanti boleh kan ikut saya?” ujar Erick panjang lebarnya. Matanya masih lagi memandang Amirah untuk mengetahui jawapan daripada gadis itu.

“Boleh. Tapi, saya hantar e-mail tu hari ni ke esok?”

“Hari ni. Eh tak. Esok awak buat e-mail tu. Sebab takkanlah awak nak kerja sampai malam. Karang ada hantu culik nanti. So, awak faham kan maksud saya ?” ujar Erick sambil tersengih-sengih.

“hahah , okay saya faham. Itu je ke?”

“Hmmm, yes. Itu sahaja.”

“Kalau macam tu , saya keluar dulu ya sir. Ada apa-apa just call me.” Erick mengangguk. Amirah terus berdiri dari kerusi itu. Baru sahaja kaki ingin melangkah, tiba-tiba ada soalan yang lupa untuk di tanya.

“Ya Allah , Sir ! ” jeritnya. Erick mengangkat pandangan ke arahnya. Terkejut juga dia dibuatnya.

“Awak okay ke? ”

“Ha? saya okay. Maafkan saya sir. Saya terlupa nak tanya , petang nanti pukul berapa nak pergi tengok kawasan tu?” tanyanya kemudian tersipu malu sendiri.

“Ingatkan apa tadi . Hmm, pukul 4 lebih macam tulah. Lepas solat asar nanti. Awak bersedia je.” jawabnya.

“Baiklah . saya minta maaf ya Sir.Buat sir terkejut.Sorry sangat-sangat. Saya minta diri dulu.” ujarnya dan terus pecut keluar.

Gila punya mulut , boleh pula terjerit macam tu ! Buat malu je kau ni Mirah ! bebelnya dalam hati. Erick yang berada di dalam itu hanya memerhati sambil tersenyum sendiri dengan gelagat seorang Amirah Faihanah.

Petang itu, pukul 4:15.

MARCEDEZ-BENZ bewarna hitam berhenti tepat di hadapannya. Amirah terus memboloskan diri ke dalam perut kereta yang dipandu oleh Erick Fauzan. Ini kali pertama dia keluar dengan bos syarikat terbesar itu. Dua hari lalu , dia ada juga cari tahu pasal syarikat ini. Rupanya syarikat ini adalah paling terkenal dan berjaya. Segala pemasarannya sudah lama berada di peringkat antarabangsa.

Bukan itu sahaja , Amirah mendapati bahawa ayah Erick telah lama membangunkan sebuah Syarikat yang terbesar di Australia. Dengan berjayanya pusat syarikat di sana , ia berjaya membangunkan syarikat di Malaysia dengan menjayakan beberapa business seperti hotel , Mall dan lain-lain. Boleh dikatakan , Family mereka ini pandai dalam menguruskan business.

Selain itu , Amirah juga sempat membaca serba sedikit tentang latar belakang keluarga ini. Dimana tuan Razin Aqil telah berkahwin dengan Puan Davina Nichole wanita yang berasal dari Australia. Dari hasil perkahwinan mereka , lahirlah dua anak lelaki yang macho, Erick Fauzan dan Farish Evan. Sebab itu, mereka ada mix darah 'omputeh'. Muka pun ala-ala 'omputeh'. Tulah handsome , Seh !!

Tuan Razin dan Puan Davina juga mengambil Ziyad sebagai anak angkat selepas Ziyad menjadi anak yatim piatu. Bertuah Ziyad.

“Senyap je. Tak nak cakap apa-apa ke?” Erick terus memecahkan ruang kesunyian. Tersentak Amirah seketika itu. Bibirnya terus mengukirkan senyuman.

“Saya tak tahu nak cakap apa dengan sir. Lagipun , takut sir tak selesa nanti kalau saya asyik pokpekpokpek sepanjang perjalanan.” Erick tergelak kuat.

“Tak pe, saya lagi suka kalau macam tu. Taklah sunyi sepanjang perjalanan ni. 30 minit lama tu,” ujarnya. Amirah hanya tersengih ditempat. Mulutnya terkunci untuk mengeluarkan perkataannya.

“Okaylah , biar saya je lah tanya awak. Saya ada beberapa soalan ni, boleh kan ?” katanya lagi apabila kereta yang di pandu olehnya berhenti seketika disebabkan lampu isyarat yang telah bertukar merah. “Boleh , Sir nak tanya beribu soalan pun boleh,” balasnya sambil tersengih sendiri.

“Awak ada berapa orang adik beradik ?”

“Dua je. Saya anak bongsu.”

“Yang sulung tu perempuan ke lelaki ?”

“Lelaki. Dialah yang jadi ketua keluarga sekarang ni.” luahnya.

“Maksud awak ? err, ayah awak ke mana?” Tanya Erick ingin tahu.

“Abah saya dah lama meninggal dunia, so abang sayalah yang ganti tempat dia menjaga dan melindungi umi dan saya.”

“Sa-saya minta maaf. Saya tak tahu.” jawab Erick serba salah. Sesekali dia memandang Amirah yang berada di sebelahnya. Takut pula gadis itu tersentuh dengan soalannya.

“Sokay . Saya faham. Lama lagi ke nak sampai ?” Amirah mula membetulkan kedudukannya. Terasa lama pula dia duduk dalam kereta. Tapi, itu akan dirasakan oleh semua orang yang baru pertama kali pergi sesuatu tempat. Semua akan terasa lama tetapi apabila balik , perjalanan itu terasa sekejap sahaja. Pelik bukan ?

“Dah sampai dah. Kejap saya cari tempat parking dulu.” Ujar Erick sambil pandangan memandang kiri kanan tempat parking itu memastikan dia tidak terlepas pandang.

“Okay , kita dah sampai,” Amirah langsung melepaskan seatbelt yang dipakainya. Beg tangan dan buku catatannya di capai bersama sebelum melangkah turun dari kereta. Amirah melihat bangunan hotel yang mewah itu kemudian dia menoleh ke arah kiri dimana tempat itu lapang. Hanya kelihatan beberapa buah jentera , tumpukan batu dan juga tanah. Apa yang nak dibina dekat situ nanti ? tanya fikirannya.

“Jom .” ajak Erick. Amirah mengatur langkah mengikuti jejak Erick. Mereka pun masuk dan seseorang pelayan menyambut kedatangan mereka dengan mesra. Ruang utama hotel itu sangat cantik dan menarik perhatian. Barang perhiasannya semua dari kristal yang mahal.Kalau orang terlanggar dan jatuh pecah , Fuh memang membayar kau !

“Jemput duduk. Sekejap ya , saya panggilkan Encik Hilman.” ujar pelayan itu dan berlalu pergi. Amirah dan Erick mengambil tempat masing-masing.

Ruang utama sahaja cantik , macam manalah ruang setiap bilik hotel ni ? Mesti semua cantik dan lengkap ! memang puas hati.

“Mirah, Are you okay?” tanya Erick yang sedang memerhatikannya.

“Er , sa-saya okay.” balasnya tergagap-gagap. Aduh , tulah kau Mirah ! Jakun sangat tengok tempat ni, kan dah kena tegur. Mesti Sir tu kata kau ni tak pernah tengok barang mewah ! bebelnya dalam hati.

“What's up, Bro. Lama aku tunggu kau, baru hari ni kau munculkan diri. Kerja dekat sana tu tergantung macam tu je.” ujar seorang lelaki yang agak sebaya dengan Erick. Mungkin inilah Hilman. Teka Amirah.

“Sorrylah, bro. Aku busy sangat doh , baru semalam aku baca e-mail dari bawahan kau tentang projek tu. Tu yang hari ni aku pergi sini.” Hilman tergelak sambil menggeleng. Kemudian, matanya tertumpu kepada gadis yang berada di hadapannya.

“Kenalkan ini PA baru aku , Amirah.” Erick yang perasan itu terus memperkenalkan diri Amirah.

“Cantik. Hai, i Hilman .” Dia menghulurkan tangan dihadapan gadis itu. Amirah terus menjadi gelabah. Alamak , dia tak tahu ke aku ni tak boleh sentuh lelaki ? ish !! gumamnya sendiri.

Si Hilman ni pun satu bongok sangat kenapa ? Suka hati nak sentuh anak orang ! Hei Hilman , bukan muhrim kau tu ! Getus hati Erick dan dia terus berdehem. Haraplah si Hilman ni faham.

Hilman memandang ke arah Erick yang sedang mengisyaratkannya.

“Oh , i'm so sorry. I terlupa, kita bukan muhrim. Sorry , sorry ..” terangnya. Amirah tersenyum lega. Erick juga sama. Dia menepuk-nepuk bahu lelaki yang berada di sebelahnya itu.

“Amirah ni akan buat e-mail dan hantar dekat Avroy. Jadi, aku nak kau tunjukkan dia punya pelan tu projek tulah. Nanti Avroy tengok kalau okay , kita terus on. Kau pun tahu kan Avroy tu hebat gila dalam projek pembinaan ni,” terangnya panjang lebar. Hilman mengangguk setuju.

“Dia bila balik ? Lama gila dia dekat sana ,”

“Aku sendiri tak tahu bila dia akan balik sini , sebab projek dekat sana memang kena teliti dan kena bangun dengan cepat.” ujarnya.

“Okaylah, kalau macam tu jom kita gerak ke bilik meeting.” ujar Hilman dan terus bergerak.

“Awak gerak dulu, saya ekori awak. Calm down, Hilman tu tak makan awak pun. Kalau dia nak makan awak , saya terlebih dahulu makan dia tu,” usiknya cuba membuat Amirah tersenyum. Dari tadi, dia hanya berdiam sahaja.

“Ada-ada je sir ni. Saya okay je,” ujarnya sambil menayangkan gigi putih yang tersusun rapi. Comel je.

Mereka pun terus melangkah masuk ke ruangan meeting hotel itu. Bermulalah sesi penerangan tentang projek itu. Amirah sangat tekun mendengar dan mencatat satu demi satu. Kadang dia bertanya juga apa yang dia tak faham. Erick pula hanya memerhati mereka berdua tapi lebih fokus kepada Amirah.

Setelah hampir satu jam, mereka pun berhenti. Segala maklumat telah dicatat oleh Amirah. Dia tersenyum lega. Tinggal menulis e-mail sahaja esok.

“Selesai pun. Korang terus nak balik ke ni?” tanya Hilman. Amirah terus memandang wajah Erick. Semua jawapan ada pada dia.

“Kenapa ?” soalan di balas soalan.

“Tak delah , aku nak ajak korang minum dekat luar. Aku belanja , amacam?”

“Aku okay je. Amirah je aku takut dia tak boleh,” Pandangan Erick mula tertumpu pada Amirah semula. Aduh , takkan aku sendiri perempuan . Malulah aku! Nak tolak , tapi kesian pula mereka ni. Macam mana ni?

“Don't worry, Girlfriend i pun ada ikut sekali. So, bolehlah teman you borak nanti,” ujar Hilman yang dapat membaca fikiran gadis itu. Amirah terus tersengih seperti kerang busuk.

“So , Awak okay tak mirah ?” tanya erick ingin kepastian. Tak berani juga dia bawa anak dara orang keluar. Tengok jam pun dah pukul 6. Karang mencari pula sang ibu. Amirah terus mengangguk setuju.

“Nice . Korang gerak lu , aku nak ambil girlfriend aku dulu dekat tempat kerja dia. Erick nanti kau share location dengan aku ,okay. Chauu!” Hilman terus menuntun langkah ke keretanya. Begitu juga dengan Erick dan Amirah.

“Betul ke awak okay je nak keluar ni?” Erick masih lagi ragu-ragu.

“Ya okay je. Tapi, boleh bagi saya one minute . Saya nak call umi bagitahu saya lambat balik.”

“Sure. Saya tunggu dalam kereta iya.” Amirah mengangguk dan terus mencari telefon dalam begnya. Kemudian , nama uminya di cari dan terus membuat panggilan.

“Assalamualaikum, umi ?”

“Ya , waalaikumsalam adik. Kenapa tiba-tiba call umi ?”

“Macam ni umi , adik nak bagitahu adik balik lambat sikit ya hari ni. Adik keluar makan dengan boss. Tapi, bukan berdua, kitaorang berempat.” jelasnya.

“Ouh , yelah. Jaga diri tu , jangan balik lambat sangat.” pesan uminya hujung talian.

“Alright bos ! tapi , umi janganlah bagitahu abang ya. Pandai-pandailah umi bagi alasan dengan dia. Adik malas nak bertekak dengan dia tu. Boleh kan umi ?” pujuknya.

“Ya, Ya. dah pergilah , umi nak menonton drama ni. Bye.” Talian terus dimatikan. Amirah terus kembali ke kereta Erick. Lega perasaannya setelah memberitahu uminya.

“Sudah ?” tanya Erick.

“Sudah.” balasnya.

“Umi awak tak kisah ke ? tak marah ? ”

“Umi kata okay je. Cuma biasalah ada pesanan suruh jaga diri .. hehe”

“Don't worry. Awak sentiasa selamat selagi saya bersama awak. Jomlah kita gerak sekarang...”

Erick terus memulakan pemanduannya dan mencari restoran mana yang terbaik.

bersambung..

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience