Bab 47

Romance Series 35914

****

JACKIE ALBEMO menghempas tubuhnya di atas sofa bewarna hitam itu. Penat, mengantuk dan stress semua bercampur-baur dalam dirinya. Mana taknya, dia berhempas pulas dari siang hingga ke malam menyiapkan segala pekerjaannya yang bertimbun-timbun. Nak berjaya macam tulah, kena bersungguh-sungguh.

Dahinya di picit untuk mengurangkan tekanan yang dirasanya. Pada masa yang sama dia terfikir tentang Armel. Gadis yang bergelar tunangnya saat ini. Hanya satu langkah sahaja lagi, gadis itu akan bergelar menjadi isteri pula. Tapi, gadis ini juga yang memeningkan kepalanya saat ini. Bila berjumpa bergaduh, bila tak berjumpa tetap sahaja bergaduh melalui hujung talian. Itu tak kena, ini tak kena. Susah betullah!

Ada seperkara lagi yang membuatkan fikirannya tidak tenang mengenai gadis ini apabila satu pertelingkahan terjadi tadi di pejabatnya.

(Flashback)

“YOU dari mana ni? dua tiga hari ni asyik menghilang je. Call tak angkat, i mesej pun tak reply. You ada problem ke ?” tanya Jackie. Telefon yang dalam pegangan itu diletakkan di atas meja.

“Err..tak ada. i okay je. Biasalah banyak meeting dekat luar, you bukannya tahu pun.” jawab Armel acuh tak acuh. Matanya masih berganjak pada screen komputer.

“Hmm yelah. Tapi, takkanlah sampai cabut tudung bagai? mana perginya Armel yang cantik dengan tudungnya? kenapa sekarang nak freehair pula?” bertubi-tubi soalan yang diberikan kepada tunangnya. Hairan dia melihat Armel yang sekarang sudah tidak menggunakan tudung. Rambut pendek dan bewarna ungu pula tu.

“Kenapa banyak sangat soalan you ni? biarlah i nak pakai tudung ke atau tidak. it's not your problem!” balasnya dingin.

“Bukan problem i you kata? you tahu tak, orang-orang dekat luar tu asyik mengata pasal you je tau?! muka i ni tebal rasanya,”

“Eh? buang lautlah apa dia nak kata! Semua manusia mesti melakukan dosa...” jawab Armel selamba. Jelingan tajam di hadiahkan kepada sang tunangnya.

“Kenapalah dengan you ni Armel? dulu i puji you disebabkan akhlak you, cara you berpakaian. Tengok sekarang ni? kecewa i dengan you...” kata Jackie meleret. Kepalanya di geleng beberapa kali. Sirna harapan untuk memperisterikan seorang gadis yang solehah. Armel yang sekarang jauh banyak berubah. Dah macam hantu pun ada dia nampak.

“Kecewa? jadi you menyesal sebab pilih i? menyesal sebab tak pilih Amirah PA kesayangan you tu ?” dingin sungguh pandangan Armel melihat Jackie yang berada di hadapannya saat ini. Salah satu sifatnya yang suka berprasangka buruk terhadap Jackie.

“Apa kaitannya pula dengan si Amirah sekarang ni ?” tanya Jackie yang bengong dengan Armel.

“Jujur je lah, Jackie. I tahu you menyesal... but please, jangan bandingkan aku dengan perempuan tu !” Dia merengus geram.

“Sejak bila i kata i menyesal pilih you? sejak bila pula i bandingkan dia dengan you? merepek apa you ni? i kecewa bukan bermaksud menyesal, sayang. Tolonglah faham...” jelas Jackie. Armel mula mengalirkan air mata. Panik juga Jackie dibuatnya.

“Sayang.. please don't cry. I'm sorry,” pujuk Jackie. Salah tidak salah, dia tetap akan mengucapkan kata maaf kepada Armel. Sungguh dia menyayangi gadis itu walaupun sedikit kecewa.

“I tahu i tak solehah macam Amirah tu. I tahu i ni buruk, dan i minta maaf kalau semua ni buat you kecewa.....” balasnya dalam tangisan. Jackie mula menghampiri tunangnya.

“Shhh... My mistake, sayang. Stop crying. You cantiklah...dan i tetap sayang dan pilih you sebagai peneman hidup i. Dah, jangan nangis-nangis..” pujuk Jackie. Armel akur. Dia mengesat air matanya menggunakan tisu.

“You tak ada kerja ke? lepak dekat sini pula...” kata Armel cuba bergurau. Jackie tersengih.

“Ada.Tapi , saja nak tengok you. Rindu...”

“Elleh, mengada. Dahlah, pergi sambung kerja balik. Nanti kita jumpa lagi...” pinta Armel. Jackie mengangguk akur dan melangkah keluar.

Baru sahaja ingin menekan tombol lif, dia teringat telefonnya tertinggal di ruang pejabat Armel. Dengan malas, dia berpatah balik untuk mengambil kerana segala hal bermula dari benda kecil itu.

“Aku ada tugas untuk kau lagi. Aku nak kau culik Amirah secepat mungkin bawa dia ke markas aku. Gambar dia nanti aku send dekat kau...” Jackie mendengar perbualan Armel dengan seseorang dari corong telefon. Kebetulan pintu bilik Armel tidak tertutup rapat. Niat untuk mengetuk pintu itu dibatalkan serta-merta.

“Yelah... soal duit kau jangan risaulah! pernah ke aku tak bayar kau?”

“Good. Kau bawalah anak buah kau sekali. Kerja ni berat tak boleh lakukan sendiri. Ingat, bawa dia ke markas aku...”

“Okay good. Apa-apa kau call aku nanti !!”

(End Flashback)

Jackie mengeluh. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Armel nak culik Amirah sebab apa? Takkan sebab cemburu dengan gadis itu? Perasaannya mula di baluti kerisauan dan kebimbangan. Apa perlu dia lakukan saat ni? Tengok dan tunggu perkara berlaku seterusnya? Arghhhh !

BUNYI haiwan malam sayup-sayup kedengaran di luar sana. Pelbagai macam bunyi yang bergema di telinganya. Tapi, itu tidaklah menjadi isu. Dia merenung keadaan di luar yang gelap. Muncullah satu-satu kenangan manis dan pahit yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Rindu pula hendak bergurau dengan dua beradik itu. Rindu hendak mendengar bebelan daripada Erick Fauzan. Lebih-lebih lagi dengan budak Farish tu. Perangai gila-gila memang tak boleh lawan! Dia melepaskan keluhan halus. Entah apalah yang mereka lakukan sekarang ini.

“Abang yad termenung apa tu ?” tiba-tiba suara itu muncul dari pintu. Ziyad menoleh dan tersenyum.

“Tak ada apa. Meh sini duduk dengan abang Yad,” ajaknya. Budak itu langsung sahaja menghampiri Ziyad yang sedang duduk di beranda rumah itu. Dia bersandar pada dinding yang diperbuat kayu serta membuang pandangan ke luar sana.

“Abang Yad, nak tanya sikit boleh ?”

“Tanyalah, apa dia ?”

“Kenapa abang bawa kitaorang tinggal sekali dalam rumah ni sedangkan kita baru sahaja berkenal ?” tanya budak lelaki itu. Ziyad tersenyum lagi.

“Salah ke kalau abang nak tolong? lagipun kat dunia ni abang tak de sesiapa. Biar jelah abang tolong korang, abang dah anggap korang ni keluarga abang. Susah senang kita lalui bersama,” jelas Ziyad.

“Kitaorang pun dah anggap abang ni macam keluarga juga. Abang Yad ni baik dan sanggup pula tu pungut kitaorang dan bagi makan sama...”

“Apa cakap macam tu. Selagi abang masih hidup, abang takkan biarkan korang hidup terbuang macam tu. Kalau boleh abang nak adik sambung sekolah sampai berjaya. Tapi, bukan sekaranglah, abang tak ada duit lagi..”

“Tak payahlah abang Yad. Kitaorang dah banyak susahkan abang. Lagipun, kos nak sambung sekolah banyak..biar je lah adik cari kerja. bantu abang. Cukuplah pandai membaca je....” ujar budak itu pula. Walaupun masih kecil, tapi otaknya cukup matang.

“Abang cubit karang. Biar jelah,”

“Hehe, Terima kasih abang Yad...”

“Sama-sama.”

“Ermm macam mana abang Yad dapat rumah ni?” tanya Budak itu.

“Abang kan kerja dengan pakcik yang ada tanah tu. So , dia bagilah abang duduk rumah ni...” kata Ziyad. Walaupun rumah itu hanya sebuah rumah kayu yang agak usang, tapi tetap selesa dan dapat berteduh daripada hujan dan panas.

“Ohhh....adik suka. Selesa daripada rumah bawah jambatan tu...hehe”

Ziyad tergelak kecil. Masing-masing senyap memandang suasana luar gelap gelita.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience