****
SUDAH sebulan kepergian orang yang bermakna dalam hidup Amirah menghadap pencipta-Nya.Walaupun sudah sebulan, tapi terasa seperti baru semalam kejadian tersebut.Segala peristiwa suka dan duka sentiasa tersemat dalam ingatannya. Kes berkenaan tembakan pada arwah abangnya itu pun belum lagi terungkai sampai saat ini. Pandai sangat orang tu menutup rahsia.
Amirah menghampiri cermin untuk membentuk tudungnya. Please, beri kerjasama ya tudung. Jangan bagi mood aku terbang melayang pagi macam ni.
“You so pretty, Amirah Faihanah..hmm” puji dirinya sendiri. Siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri. Dia berputar 360 darjah di hadapan cermin itu.
Perfect.
“Amboi, ceria je muka dia pagi ni...” tegur Erick yang baru keluar dari ruang salinan baju. Dia mengenakan kemeja biru langit dengan tali leher bewarna hitam dan dipadankan dengan kot kerja bewarna hitam. Perfect. Erick pakai apa pun, semua perfect. Amirah mengukirkan senyuman khas buat suaminya.
“Betul ke sayang nak pergi kerja ni ? Sayang dah sihat sepenuhnya ke ?” tanya Erick. Amirah menghampiri suaminya yang tinggi itu. Dia merapikan tali leher Erick.
“Betullah. Lagipun, sayang bukan sakit. Awak tu je larang pergi kerja sebelum ni. Kali ni abang tak boleh halang. Saya dah pakai cantik-cantik ni...” balasnya.
“Abang bukan apa, dekat luar tu bahaya. Elok lagi kalau sayang duduk rumah je.” Erick meluahkan rasa kebimbangannya.
“Tak nak...duduk rumah bosan. Dahlah saya seorang diri je.”
“Laaa, awak buatlah apa yang awak nak. Tu bilik untuk tengok wayang kan ada. Tinggal pilih je mana awak nak..” Amirah menggeleng. Keputusannya muktamad untuk bekerja. “Saya tetap nak bekerja. Awak kan ada, buat apa nak takut..kita satu syarikat juga. Awak bos saya..hehe” jawabnya sambil tersengih.
“hmm yelah. Tapi, hari ni awak ikut Ziyad eh. Saya dan Farish ada meeting dekat luar..”
“Baiklah...” Balas Amirah , akur.
“Ada apa-apa bagitahu Ziyad je. Kalau dia banyak songeh , lempang je. Tiada siapa boleh marah...” ujarnya sambil ketawa diakhir ayat. Amirah turut gelak sama. Tak dapat dia bayangkan kalau dia lempang muka Ziyad. Apa reaksi Ziyad agaknya ?
“Saya pergi dulu...jaga diri.”
“Eh, nak salam....” tangan Erick segera di ambil dan dikucup lembut.
“Salam je ke ? Kiss tak nak ?” kata Erick sambil tersenyum nakal. Merah serta merta muka Amirah menahan malu. Laki siapalah ni ?
“Mana boleh , masa dan tempat tak sesuai..” jawabnya malu-malu. “Apa pula yang tak sesuai ? Kita dalam bilik ni bukan dekat luar..”
“Dah , dah...pergi.Nanti lambat pula, kata ada meeting kan...jalan sekarang ni te.....”
CUPP!
“Nice, perisa strawberry. Perisa coklat tak de ke?” tanya Erick cuba berseloroh. Amirah yang terpempan itu mengatur nafas yang tidak keruan. Tak sopan punya orang, nasib baik suami aku.
“Nanti sayang guna lipstick perisa arang...” balas Amirah dengan gurauan. Erick tergelak seronok.
“Saya gerak dulu , jumpa nanti..i love you..” ujarnya dan melangkah keluar.
“I love you too...” balas Amirah dengan menghantar satu pandangan. Seketika , dia pun keluar dan menuju ke bawah. Terlihat Ziyad sudah menunggunya di dalam kereta.
“Sorry lambat...” ujar Amirah setelah masuk dalam perut kereta sport milik Ziyad. “It's okay.Lagipun , i panaskan enjin juga...”
“oh..” selang berapa saat , kereta yang dipandu oleh Ziyad meluncur ke luar daripada kawasan perumahan mereka.
ARMEL mundar-mandir di dalam biliknya. Fikiran dan hatinya sedang terganggu masa ini. Mana taknya, telinganya hari-hari kena mendengar 'mummy' mengomel, membebel, berleter semualah. Dia tidak tahan. Apa lagi dia dipaksa untuk menjauh daripada Jackie. Terkadang bukan 'mummy' sahaja yang membebel , 'daddy' juga turut sama. Stress bukan ?
“Armel ! Kan mummy dah kata , jangan dekat lagi dengan Jackie tu.Kamu putus jelah dengan dia.Dia berbahaya Armel !!” Semenjak Jackie keluar dari balai polis sebab kes tempoh hari , kedua ibubapa Armel juga was-was dengannya.
“Betul kata mummy tu Mel. Putuskan jelah talian pertunangan kamu. Kami sanggup tahan malu , daripada bekeluarga dengan seorang pembunuh..”
“Tak ...i Said no, NO!!!!” Armel terjerit sendiri di dalam bilik.
Mak senah yang terdengar jeritan itu bergegas naik ke bilik anak majikannya itu. “Armel..kamu okay ke?” ujar mak Senah sambil mengetuk daun pintu itu.Selang beberapa saat , pintu itu terbuka.Terjongkol susuk tubuh Armel dengan satu senyuman yang sedang terukir rapi di bibir.
“Mel okay je , mak Senah.Tadi terjerit sebab ada lipas.” tipunya. “Ohhh...ingatkan ada apa tadi.Terkejut mak Senah dibuatnya. Ni ada apa yang boleh ditolong tak?”
“Hehe , tak ada apa. Okay dah..Mummy dan daddy dah keluar ke ?”
“Tuan dah keluar.. Puan pula rasanya masih ada dalam bilik kot..”
“Oh...Mummy dah sarapan ke?” tanya Armel lagi. “Belum lagi..Armel tu turunlah sarapan.”
“Okay , mak Senah nak buat apa lepas ni ?”
“Nak bersihkan kebun dekat belakang rumah tu.Puan suruh semalam..kenapa ?”
“Tak ada apa.Tanya je. Okaylah , mak Senah buatlah kerja , nanti mummy bising pula.” Mak senah mengangguk dan terus beredar. Armel menarik nafas dalam sebelum turun ke bawah.
Kelihatan meja itu berisi dengan sarapan yang di hidangkan oleh mak Senah tadi. Armel mengambil tempat disalah sebuah kerusi. Sementara menunggu 'Mummy' turun , dia menyenduk makanan itu ke pinggannya dan pinggan 'mummy'. Entah, kenapa dia baik sangat.
Dia menoleh kiri kanan sebelum membubuhkan sesuatu kedalam makanan yang akan di makan oleh sang ibu. Botol kecil itu segera disembunyikan dalam kocek seluarnya. Dia mengacau makanan itu menggunakan sudu. Dia kembali ke tempatnya semula sambil menunggu sang ibunya turun. Haih , lambat benor perempuan ni bersiap.
“Tak kerja ke hari ni ?” tegur satu suara yang semakin lama semakin hampir dengannya. Armel menoleh dan tersenyum. Senyuman yang dibuat-buat.
“Lambat mummy turun , penat Mel tunggu..,” ujarnya dan membiarkan soalan yang dilemparkan kepadanya. “Sejak bila pandai tunggu mummy pula ni? mimpi apa semalam ?” Dia menuang air ke dalam gelas kemudian diteguk perlahan.
“Tak delah..Eh , mummy nak ke mana ?”
“Nak pergi kerjalah , ke mana lagi.” jawab 'mummy' malas. “Alaaaaa...sarapanlah dahulu.Penat Mel tunggu mama tau ! Mel pun dah sediakan sarapan ni..sayang kalau tidak dimakan.” pujuknya.
“Lagipun Mel ada sesuatu benda nak cakap,” tambah Armel lagi.'Mummy' melepaskan keluhan.Serba salah juga dia nak tinggalkan anaknya seorang itu. Nampak gaya serius sahaja perkara yang nak di katakan olehnya. Akhirnya dia mengalah dan mengambil tempat di hadapan pinggan yang telah berisi itu.
“Now , tell me.” Dia memandang anaknya.Armel tersenyum. “Sebenarnya...kita makanlah sama-sama dulu , baru Armel cerita..”
Tanpa berkata banyak , 'mummy' terus sahaja menyuap makanan itu ke mulutnya. Armel tersenyum lagi.
“Okay , macam ni..Mel dah fikir masak-masak Mel tak nak teruskan hubungan dengan Jackie..”
“Baguslah kalau macam tu , lega mummy dengar.Tu je ke nak cakap ? Mummy dah lambat ni. Makanan ni pun dah habis..”
“Tu je...mummy pergila kerja.Nak salam..bye-bye..”
“Okay , bye.Take care...” laju sahaja 'mummy berjalan keluar.
“Take...care...too..” perlahan-lahan dia membalas dari meja makan itu. Dia tersenyum puas hati. Mampus kau orang tua !
Dengan hati yang ceria , dia membasuh pinggan itu sambil bernyanyi-nyanyi.
“Seronok betul dia..ada apa-apa ke tu?” kata mak Senah yang baru tiba di ruang dapur itu. “Biasalah , orang bercinta kan mak Senah , hehehe..” balasnya.Mak Senah hanya menggelengkan kepala.
“Mak Senah dah habis bersihkan kebun dekat belakang ke ?”
“Belum lagi, mak Senah lupa ambil botol air ni..senang sikit kalau dahaga langsung minum...”
“hahaha , yelah.Tunggu Mel tau dekat belakang , Mel tukar baju jap ,lepastu bantu mak Senah.Lama dah Mel tak beraktiviti..hehe”
“Yelah , mak senah tunggu dekat belakang..bagus juga tu ada lah mak senah kawan sembang..hahaha ” ujarnya kemudian berlalu pergi bersama dengan botol air dalam pegangannya.
bersambung..
Selamat membaca
Share this novel