****
“HAI akak bidadari a.k.a my akak ipar...Berseri-seri wajah dia hari ni. Ada apa panggil i datang sini ?” soal Farish yang muncul di ruangan bilik Amirah. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Dia merenung wajah Amirah sambil menongkat dagu.
“Nak minta bantuan sikit boleh? Hari ni je...” balas Amirah dengan senyuman yang paling manis ditayangkan.
“Mestilah boleh, nanti kata tak boleh mengadu dengan suami pula. Lagipun, sekarang i tak ada kerja, bosanlah.” balasnya. Pen yang terletak bagus di hadapan Amirah itu di ambil lalu dimain-mainkan di jarinya.
“Eloklah tu. Jadi, macam ni. pukul dua nanti hantar i balik rumah. Hari ni kan Erick balik, jadi nak suprisekan sikit..hehehe,” malu-malu dia berkata demikian depan Farish.
“Wuuuuuu, main suprise eh. Untuk i tak ada ke ?”
“Nak suprise, you kahwinlah dulu. Nanti isteri yang bagi suprise...”
“Ishh, malaslah nak kahwin. Calon tak ada lagi..” balasnya meleret.
“Carilah, senang cerita..”
“Dah, tapi dia dah kahwin dengan orang lain,”
“Kasihan. Kalau boleh tahu siapa orang tu ?”
“Youlah. You kahwin dengan abang i sendiri. Erick tu merampas je kerja dia..” katanya selamba.
“Nanti i bagitahu dia...jagalah you..”
“Leklah...gurau je pun. Tak yah bagitahu Erick , nahas i kena bunuh nanti...”Amirah tergelak dengan telatah Farish. Ada sahaja dia mengata abangnya.
“Tahu takut...”
“hahahaha...so, ada apa-apa lagi ? kalau tak, i nak pergi tidur ni. Nanti jam dua kejut eh...”Kata Farish kemudian berlalu keluar. Amirah hanya menggeleng perlahan. Tak faham dengan si Farish tu. Dalam pejabat pun nak tidur , nasiblah nasiblah syarikat ni syarikat keluarga dia , kalau tak memang dah kena buang sejak azali lagi.
SEPERTI yang dirancang , Amirah dan Farish telah sampai ke rumah untuk membuat persiapan menyambut kepulangan Erick. Ziyad pula tinggal dipejabat kerana dia ada tugasan lain.
“Erick ada inform you dia sampai airport pukul berapa ?” tanya Amirah kepada Farish. Sememangnya dia tidak menghantar atau bertanyakan hal suaminya dek kerana nak membuat si suami tertanya-tanya.
“Dalam pukul 5 macam tulah. Dia suruh i ready tunggu dia dekat sana awal. Ingat dia anak raja ke nak tunggu-tunggu ? berangan.” balas Farish di selit dengan bebelan singkat.
“hahaha , tak baik kata abang sendiri macam tu..” ujar Amirah sambil menyiapkan diri untuk berperang di dapur.
“Puan nak saya bantu apa-apa ke ?” kata pembantu rumah yang dikhaskan untuk membersihkan rumah besar itu. Amirah tersenyum. “Elok juga kalau nak bantu. Tolong saya potong sayur-sayur tu eh. Saya pula nak potong-potong ayam ni..”
“I tolong tengok boleh ?” kata Farish yang bersandar di dinding ruang dapur itu sambil melihat wanita di hadapannya melakukan kerja.
“No. you kena tiup belon-belon yang ada dekat atas meja ruang tamu tu.” pinta Amirah. Tanpa membantah , Farish bergerak ke ruang tamu meninggalkan dua wanita itu di dapur.
Aku tiup belon? muka kacak macam ni tiup belon? haih, nasib baik kakak ipar aku. Kalau tak, kiamat nak tengok Farish tiup belon ni. Bebel Farish.
Dia mengambil satu belon dan meniupnya. Farish menarik nafas dan hembus udara ke dalam belon itu. Tiup , tiup , tiup ...
BAMM !
“Meletup aku ke udara.....!” Dia melatah saat belon yang ditiupnya meletup.
“Astagfirullahalazim. Bodohlah kau Farish. Tiup tu janganlah besar sangat ! ish !” bebelnya dengan diri sendiri. Dia mencuba sekali lagi. Lama-kelamaan , sudah 10 belon dia tiup dengan nafasnya sendiri. Kebas rasa bibirnya tika itu.
4:50 pm.
“Mirah , i gerak dulu ke airport. Karang sampai pula si ikan paus tu membebel sebab tak diambil.”
“Okay , hati-hati..” pesan Amirah. Dia mengambil iPhone dan terus menghubungi Ziyad untuk mengambil kek yang telah ditempahnya kelmarin.
KERETA Ziyad memasuki perkarangan rumah. Setelah memarkir di garaj, dia keluar dan masuk ke dalam rumah membawa kek yang ditempah oleh Amirah. Senang hatinya dan tidak sabar untuk melihat wajah Erick nanti.
“Sedap bau masakan semua. Rasa lapar pula. Ni kek you,”
“Terima kasih. You nak mandi dulu atau nak tunggu Erick dan Farish datang ?”
“Tunggu dorang jelah. Rasanya tak lama lagi mereka sampai. Bukan jauh pun airport dari sini..Takpelah , i tunggu dorang dekat luar.” balas Ziyad. Amirah hanya mengangguk akur.
Selang beberapa minit menunggu , akhirnya kereta yang dipandu oleh Farish berhenti di hadapan rumah itu.
“Dia dah sampai ,” kata Ziyad.
Erick Fauzan langsung sahaja keluar dari kereta Farish dengan wajah serius seperti menahan amarah. Kakinya laju di hayunkan menaiki tangga kemudian masuk ke dalam rumah.
“Tahulah tak sabar jumpa bini , kalau ya pun bawalah beg sekali. Asyik nak menyusahkan aku je kau ni ikan paus !” bebel Farish yang masih di dalam keretanya.
“Welcome back , Bro....” tegur Ziyad setelah tubuh Erick terjongkol dalam rumah itu.
“Jantan tak guna !!!!”
BUKKK !!
Amirah terkejut melihat Erick menumbuk Ziyad di hadapan matanya. Kek dalam pegangan itu jatuh menjunam ke atas lantai. Laju dia berlari mendapatkan suaminya.
“Abang..apa ni?!”
“Ke-kenapa kau pu-kul aku ?” tanya Ziyad yang juga terkejut dengan tindakan Erick. Ini kali pertama Erick naik tangan dengannya.
“KAU TANYA AKU KENAPA ? KAU NI TAK SEDAR DIRI KE APA, HUH ? KAU JANGAN INGAT AKU TAK TAHU KAU AMBIL KESEMPATAN DENGAN BINI AKU !” Herdik Erick. Wajahnya sudah merah membahang.
“Abang, apa awak cakap ni ?!”
“AWAK DIAM ! LELAKI TAK GUNA NI TAK TAHU MALU. DIA LUPA ASAL USUL DIA ! DIA CUBA NAK DEKATKAN DIRI DIA DENGAN AWAK KAN ? BAGI AWAK BUNGA BAGAI ! PUIHHHH !”
“BELI BUNGA TU PUN GUNA DUIT AKU !!” Tambah Erick lagi.
“Bunga ? Sejak bila aku beli bunga ni ?” Tanya Ziyad. Dia mendekati Erick yang sedang dirasuk...Ah ! Setan kot.
BUKK !!
“ZIYAD !!! Farishhhhhh Helpp !!!!” jerit Amirah. Air matanya mula jatuh mengalir merintasi pipinya. Lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Dia terkilan dengan tindak-tanduk suaminya sendiri.
“JANGAN BERANI NAK DEKAT DENGAN AKU ! MULAI HARI NI KAU KELUAR DARI RUMAH NI ! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU ! MENYAMPAH !!”
“Erick kau apa hal ?!” Farish terus menolak badan Erick kebelakang. Hidung Ziyad sudah mengalir dengan darah. Tumbukan Erick memang kuat terkena wajahnya.
“Mengucap awak mengucap ! Apa salah dia sampai awak naik marah macam ni ?” Amirah memaut lengan suaminya. Erick menarik lengannya sedikit kasar dari pautan isterinya.
“KENAPA ? NI NAMPAK BENDA NI ! ” Erick mengeluarkan telefon dari kocek seluar.
“NAMPAK NI ?! ” mata Amirah laju melihat skrin telefon Erick. Jelas video itu memaparkan dirinya bersama Ziyad. Amirah menggeleng laju.
“Benda ni bukan macam apa yang awak fikirkan ! saya dengan Ziyad...”
“SUDAH ! KORANG BERDUA NI SAMA JE ! PENIPU !”
“Penipu ? sampai hati awak ! Awak langsung tak percaya saya...saya benci awak , BENCIII , BENCIIII !! ARGHH ...”
“ERICK ! KAU GILA KE NAK LEMPANG ISTERI SENDIRI ?! KAU NAIK TANGAN DENGAN DIA , NAHAS AKU KERJAKAN KAU !” Farish melindungi Amirah daripada Erick yang sudah mengangkat tangan. Tunggu masa sahaja untuk mendarat. Wajah abangnya di tatap tajam.
“SUDAH !!” Ziyad mula bersuara lagi. Ketiga-tiga mereka menoleh ke arahnya.
“Kau nak sangat aku keluar kan ? fine, aku keluar. Korang tak payah bergaduh. Ambillah semua benda ni. Aku tahu aku siapa...AKU HANYA ANAK ANGKAT DALAM RUMAH NI ! ” Dengan sebaknya dia mengeluarkan kunci kereta dan Wallet. Jam tangan yang digunakan olehnya turut di tanggalkan. Kemudian , melangkah menuju ke pintu.
“Ziyad....” bisik Amirah dalam tangisan.
“Kau perlu tahu , aku dengan bini kau tak ada apa-apa. Kalau aku nak dia, awal lagi aku yang kahwin dengan dia. Aku jumpa dia dulu sebelum kau jumpa dia. Dari situ kau tak boleh fikir ke ? Bodoh sangat dah otak kau ?”
“Sebelum aku pergi , halalkan makan minum aku. Maafkan juga salah silap aku. Jangan risau, lepas ni aku tak akan muncul lagi depan mata kau. Aku pergi dulu....” Dia terus berjalan keluar tanpa memandang wajah sesiapa. Jeritan daripada Amirah dan Farish tidak diendahkan sama sekali. Perlahan-lahan air matanya mengalir di pipi.
“Puas hati awak ?! Ini yang awak nak sangat kan ? Percayakan kata orang daripada keluarga sendiri ! Saya kecewa dengan awak Erick ! Saya kecewa..” katanya depan Erick. Nafasnya sudah naik turun. Pandangannya juga mulai kabur.
1 saat , 2 saat , 3 saat...
Amirah rebah di dada Erick. Panik lelaki itu dibuatnya.
“Sayang ? Wake up ...Mirah...Rish , call dokter datang sini...” pintanya pada Farish yang masih bengong dengannya. Erick mendukung isterinya naik bilik sementara Farish menghubungi dokter pada masa yang sama.
bersambung..
Share this novel