****
PERTUNANGAN antara Jackie dan Armel sangat mengejutkan orang yang mengenali mereka. Perkenalan yang singkat itu telah membawa mereka ke arah yang lebih jauh. Sebelum ini, mereka hanya dilihat sebagai rakan yang rapat tapi ada segelintir yang menganggap bahawa mereka mempunyai hubungan secara senyap. Dalam hal ini, Amirah dan Erick turut menjadi mangsa perbicaraan warga media sosial. Ramai yang mengata dan bersimpati dengan nasib mereka.
'Kasihan Erick dan Amirah. Di tinggal macam tu je? '
'Aku dah agak, Armel dan Jackie ni mesti ada apa-apa hubungan. Tengoklah sekarang dah bertunang.'
' Sabarlah Erick. Kau kan kaya, ramai lagi yang boleh buat bini kau . Lol !'
Amirah mencampakkan Iphone 8 ke atas katilnya. Komen yang dibaca itu membuatkan darahnya mendidih panas.
“Tak ada cara lain. Aku kena ada boyfriend! Ya, aku kena cari boyfriend supaya tak menjadi mangsa perbualan warga natizen.” ujarnya dengan dirinya sendiri.
“Apa adik kata? Cari boyfriend? tulah, waktu dengan Jackie tak nak ungkapkan perasaan dekat dia. Sekarang siapa yang sakit ?” celah Emir yang tiba-tiba berada di muka pintu. Aik ? pintu aku tak kunci ke?
“Apa abang ni! Adik tak suka dialah, abang. Dia boss adik. Sekarang ni adik nak cari boyfriend sebab nak bagi puas hati natizen bahawa adik ni memang tak ada hubungan dengan kawan abang tu!” terangnya panjang lebar.
“Abang tak setuju. Jangan pandai-pandai cari boyfriend lebih-lebih lagi , lelaki yang abang tak kenal dan tak rapat. Kalau Jackie , boleh!” tegas abangnya kemudian berlalu pergi. Amirah mengeluh perlahan. Susah kalau terlalu dikongkong oleh abang sendiri, semua benda tak boleh. Tapi ada maknanya di sebalik larangannya itu.
Amirah menjejakkan kaki ke dapur untuk membantu uminya menyediakan makan malam sekali gus ingin meluahkan isi hati yang dipendam beberapa minit yang lalu. Uminya, puan Hanifah sentiasa memberi sokongan moral kepada kedua anaknya. Selepas kematian suaminya lima tahun yang lalu, Emir dan Amirah lah yang menjaganya sampai saat ini.
“Umi...,” panggil Amirah yang baru sahaja muncul. Puan Hanifah yang sedang mencuci sayur itu terus menoleh.
“ Ya ada apa? Anak umi okay tak ni?”
“Mestilah adik okay. Adik tak sakit pun..,” ujarnya.
“Baguslah. Ni umi nak bagitahu sikit , adik janganlah kecewa sangat. Soal jodoh tu ada dekat tangan Allah. Mungkin si dia bukan jodoh untuk adik, mungkin orang atau adik sedang di uji sekarang ni.” pesanan uminya membuatkan dia menggaru kepala yang tidak gatal , bingung.
“Maksud umi apa ni?”
“Maksud umi , kau janganlah sedih sangat sebab si Jackie tu dah bertunang. Lembab betul punya adik !” Emir terus mencelah.
“Abang ni kenapa?! Umi tengok dia tu..,” dia menghentakkan kakinya perlahan.
“Betullah. Si Jack tu dah bertunang baru nak meroyan!Padanlah muka,” balas si abang.
“Tusuk kang guna pisau ni baru tahu !” dia menghalakan pisau itu ke arah abangnya sebagai ancaman.
“Hei adik ! Sudah, jangan main pisau macam tu. Nanti tiba-tiba ada makhluk terus tolak kamu, habis abang kamu tu.” marah puan Hanifah. Emir terus menjelirkan lidah terhadap Amirah.
“Abang tu tak sah kalau dalam sehari tak sebut nama kawan dia. Benci tau tak! Adik bukan apa , adik dengan encik bos tu rakan je. 'Rakan sekerja'!” sengaja perkataan yang terakhir itu ditekankan.
“Huh ? Adik dengan Jackie rakan je ke?” tanya uminya, hairan. Amirah mengangguk laju. “Tapi, abang kata kamu dua , ka-kapal? er , koupel eh tak reti nak sebut. Kan Emir ?”
“Eh , hilang pula budak tu..,”
“What ? Abang kata macam tu dekat umi? Tak guna betul punya Abang !!” Amirah meletakkan pisau yang dipegangnya ke atas meja dan terus berlari untul mendapatkan abangnya. Makin panas pula dirinya malam itu. Puan Hanifah terus menggeleng perlahan.
“ABANG !! BUKA PINTU NI!” jeritnya dari luar sambil mengetuk dan menendang kuat pintu tersebut.
“Tak nak! Pergi main jauh-jauh!” halau Emir.
“SELAGI ADIK TAK DAPAT ABANG SELAGI TU ADIK TAK BERGANJAK DARI SINI! BUKA !!!”
“Adik nak apa ? Kalau tak penting jangan kacau abang , abang nak buat livestream game mobile legend ni!” balasnya.
“LIVESTREAM KEPALA HOTAK! RANK MOBILE LEGEND JE MASIH ELIT , ADA HATI NAK BUAT LIVESTREAM!”
“Suka hati akulah ! pergilah main jauh-jauh budak!”
“EEEE , BENCILAH ABANG NI!” dia memukul pintu keras tersebut kemudian berlalu pergi.
Sabar mirah , dia tak boleh ke mana pun! Kejap lagi nak makan malam , mesti dia akan keluar juga. Ha , masa tulah kau lepaskan semua yang terpendam. Bagi dia rasa cukup-cukup !! getus hatinya.
“BRO , kau okay ke? Termenung je aku tengok kau,” tegur Ziyad saat melihat Erick duduk termenung seorang diri.
“Entahlah, aku pening sikit. Banyak sangat kerja tadi.” balas Erick sedikit lemah.
“Ye ke ? bukan kau fikir pasal Armel?”
“Kenapa aku perlu fikir pasal dia?” Soalnya sedikit bingung. Tapi, betullah otaknya sering kali dihantui dengan gadis bernama Armel itu.
“Yelah , diakan girl yang rapat dengan kau , terus tiba-tiba sekarang dapat berita dia dah bertunang dengan orang lain. Kau terkesan ke? Ramai tau yang tag kau dekat instagram dia,”
“Terkesan tu sikitlah. Dia bertunang langsung tak bagitahu aku. Kau dengan Farish pun dia tak bagitahu kan ? Kawan jenis apa macam tu,”
“Manalah tahu dia nak suprisekan kita..,” ujar Ziyad cuba berfikiran positif. Erick tersenyum sinis.
“Suprisekan apa? Dia dah bocorkan dekat media sosial kan?”
“Hmm... jadi kau suka dekat Armel? ” tanya Ziyad serius.
“Suka tu tak delah suka sangat. Tapi, sejak mama kata dia nak sangat tengok aku kahwin, jadi aku pun nak coplah Armel tu,”
“Sabarlah Erick. Salah kau juga , lambat sangat !”
“Redha jelah. Lagipun, jodoh di tangan tuhan, aku hanya perlu menunggu dengan sabar..,” Balasnya. Ziyad mengangguk setuju.
“Semalam, diri ini bagai daun gugur , Lemah tak berkaki tak disayangi , Terus engkau pergi, biar 'ku sendiri
Hilang, sepi, tak berbunyi....,” tiba-tiba satu suara muncul di belakang mereka sedang menyanyikan lagu Aina Abdul yang bertajuk 'Semalam' .
“Serius aku cakap doh , suara kau sangat merdu ! Ni kalau masuk pertandingan dapat nombor satu doh,” puji Ziyad.
“Wow , really ?” kembang kempis hidungnya kena puji .
“Yup, tapi nombor satu dari belakang ! Jangan salah faham.” Celah Erick pula membuatkan Ziyad meledakkan tawanya. Farish mencebik perlahan. Susah payah dia mengalunkan suaranya agar tampak sama didengar macam penyanyi sebenar , Aina Abdul .
“Ni kalau dia masuk ujian try suara, baru tarik nafas dah kena halau,” Tambah Erick lagi. Seronok dia mengenakan adiknya.
“Belum cuba belum tahu,” balas Farish geram.
“Pergilah cuba , aku dah yakin dan aku tahu !”
“Shutup! So, Apa cerita dengan Armel? Aku tengok bukan main happy dia dekat story 'IG' tu. Boleh katakan 24 hours dia post tentang diri dia dengan Jackie.” ujarnya. Ziyad hanya mampu mengangkat bahu tanda tak tahu.
“Biarlah dia , tu kan tunang dia. ” balas Erick mendatar.
“Aku tahulah, sekarang ni aku tak puas hati sebab dia sikit pun tak bagitahu yang dia nak bertunang. Tup tup dah heboh dekat 'IG'” bebel Farish.
“Lantaklah dia, malas aku nak fikir. Doakan jelah yang terbaik untuk dia,” jawabnya acuh tak acuh.
“Yelah ikan paus. Aku bagitahu je luahan isi hati aku. Bagi aku semua tu tak adil.” balas Farish kemudian berlalu pergi. Erick hanya membiarkan sementara Ziyad pula menjadi pemerhati dan pendengar setia perbualan mereka.
“Kau tak ada benda nak luahkan?” Erick terus memandang Ziyad yang berada disebelahnya.
“Huh ? aku nak luahkan apa?”
“Mana tahu ada, otak kau dengan Farish biasanya sama.”
Ziyad hanya mampu tersengih kecil mendengar kata-kata Erick Fauzan.
bersambung..
Happy reading
Share this novel