Bab 4

Romance Series 35927

****

“AMIRAH FAIHANAH!!” Jerit seorang lelaki dari muka pintu bilik pejabat. Dia peduli apa dengan pekerjanya. Kalau dia nak jerit, dia akan jerit.Tak kisahlah tempat awam ke tempat tertutup. Itulah sifat asli seorang Jackie Albemo, usahawan muda berketurunan darah belanda yang berjaya.

“Aduh...mati aku!” gadis bernama Amirah menepuk dahi perlahan sebelum bergerak laju mendapatkan Encik Bosnya. Selama hampir tiga tahun bekerja dibawah Syarikat Albemo ini, itulah yang sering terjadi. Pada awalnya rasa nak nangis pun kena jerit macam tu. Tapi, setelah Jackie mengatakan, 'jangan ambil hati sangat, sebab tu memang sifatnya', so, sampai sekarang Amirah menganggap ia sebagai satu lelucon saja.

“Kopi I mana? Bukan you dah tahu ke waktu macam ni kopi i kena ada atas meja?!” tanya Jackie sedikit tegas. Wajah Amirah di cerlung dalam-dalam.

“I'm so sorry encik boss. I terlupa nak buatkan. Lagipun, bukan ke kita ada meeting kejap lagi? Jadi, tak payahlah minum kopi.. nanti pesan jelah dekat restoran tu..hehe” ujarnya siap mengatur pula tu.

“Banyak cantik muka you! Yang meeting dengan client tu i, bukan you! Dah, pergi buatkan i kopi. Now!” Terhinjut bahu Amirah dibuatnya. Terhegeh-hegeh dia berjalan laju menuju ke ruangan pantri yang tersedia. Padan muka tulah lupa lagi!

Elleh, yang meeting dia konon. Habis aku ni? tak meeting juga ke? Penat tau tangan aku ni menulis setiap kata client tu! Bukan menulis je, aku juga yang kena tanya tu ini! Dah macam wartawan pun ada! Aku rasa aku boleh jadi wartawan lepas ni! Getus nuraninya.

Dia menekan butang 'hot', sebelum air panas keluar mengisi cawan tersebut. Itu adalah tugas hariannya yang wajib dilakukan dua kali dalam sehari. Tak tahu kenapa hari ni tiba-tiba lupa. Ops, pembetulan. Bukan lupa sebenarnya, tapi aku malas! Setelah semuanya sebati, barulah dia membawa ke bilik Encik Jackie.

“Macam ni barulah 'Nice'. Thank you, Amirah.” ujarnya dengan senang hati. Cawan berisi air kopi itu di tiup dan dihirup perlahan. Amirah sekadar memerhati. Haih, dasar hantu kopi!

“You're welcome. So, ada apa-apa lagi?” tanya Amirah.

“Nope. Eh , but next time, jangan lupa lagi. Nanti you kahwin susah tau jadinya!”

Susah? Apa benda pula yang susah?

“Susah kenapa, encik bos?”

“Yelah, nanti you kahwin, tetiba lupa suami you macam mana? Tak ke susah tu? Menangis suami you nanti.” ujarnya sebelum menghirup lagi kopi yang masih panas itu.

“Apalah encik ni. Kesitu pula dia. Dahlah, baik i siapkan keperluan sebelum pergi meeting. Ingat ye encik bos, kita ada masa dalam 40 minit lagi.” pesannya sambil melirik ke jam tangan yang digunakan olehnya.

“Okay. Kalau i lupa. You jerit macam mana i jerit tadi.” balasnya diiringi dengan satu sengihan. Amirah hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. Kalau boleh, dah lama dia menjerit macam tu dekat bos sendiri. Tapi, takut pula kena buang kerja atas tiada penghormatan ke atas majikan sendiri. Fuh, lawak!

JACKIE ALBEMO bersama Amirah terpusu-pusu keluar dari perut kereta. Semua barang diserahkan kepada pembantu peribadinya.Terhegeh-hegeh gadis itu dibuatnya. Hatinya pun sudah bersumpah-sumpah dengan bos sendiri. Bukan dia tahu pun, hohoh!

“Cepatlah Mirah. Biarkan kita yang tunggu client tu. Jangan dia yang tunggu kita.” bebel Jackie yang sudah berjalan di hadapan terlebih dahulu.

Sabarlah gila! Briefcase kau ni berat sangat! Dahlah fail ni aku kena pegang. Tak berhati perut langsunglah boss aku ni! bebelnya dalam hati.

Tiba-tiba ,

ZAPP!!

Amirah terlanggar seorang gadis seusianya tanpa sengaja. Air coklat yang dipegang oleh gadis itu tertumpa dan terkena baju gadis tersebut. Amirah diam membatu buat seketika. Macam mana pula boleh terlanggar ni?

“Oh no!” ujarnya perlahan tapi masih dapat didengar oleh Amirah.

“I'm so sorry... Biar i bersihkan. Jom kita ke toilet,” akhirnya Amirah mengeluarkan suara dengan memohon maaf terlebih dahulu. Takutnya, wanita itu memaki hamun dirinya pula nanti.

“No. It's okay. Sikit je ni.” balas gadis tersebut lembut.

“Apa hal ni?” tegur seorang lelaki yang muncul dari belakang. Amirah dan gadis tersebut segera menoleh.

“Wow. Ada pelanggaran berlaku antara bidadari dengan bidadari.” ujarnya lagi apabila melihat baju gadis tersebut kotor akibat tersimba dengan air coklat.

“Mirah?! Hei, are you okay?” Jackie segera mendapatkan Amirah. “Oh my God! Kenapa boleh jadi macam ni? Mirah?” soal Jackie kepada pembantu peribadinya itu. Amirah tertunduk tidak menjawab.

“No, it's okay. Kitaorang dua-dua salah. Kitaorang tak nampak satu sama lain. Tu yang boleh terlanggar tu.” ujarnya cuba menyebelahi Mirah daripada di marahi.

“I'm sorry...,”

“Eh, no it's okay. I pun nak minta maaf juga. It's okay. Kami pergi dulu ye. Jom Ziyad.” ujarnya. Kini, Amirah dan Jackie ditinggal berdua. Terpinga-pinga Amirah dibuatnya.

“You ni, kalau tak boleh angkat tu cakaplah tak boleh. I boleh tolong..,” Jackie mula membebel. Amirah hanya membuat muka toya di belakang majikannya.

Elleh, Nanti orang minta tolong kata itu ini. Tu pun tak boleh angkat ke? Lemahlah you ni. Blablabla.... Amirah turut membalas leteran Jackie dalam hatinya.

“SAMPAI pun. Kenapa lama sangat? Kan i kata tadi biar i je yang bayar, tapi you tak nak.” tegur Erick setelah Armel masuk kedalam kereta. Ziyad dan Farish hanya mendengar di seat belakang.

“Alaaa..bagilah i chance untuk belanja korang semua. Sekali-sekala, apa salahnya kan?” ujarnya sebelum mencapai tisu yang ada pada kereta Erick. Dia mengesat air coklat yang melekat pada bajunya. Ada corak baru nampaknya. Namun, sedikit pun dia tidak marah pada gadis tadi.

“Kenapa pula dengan baju tu? Comotlah you ni..” Erick memerlinya.

“I tak secomot ni eh. Ini terlanggar tadi dekat dalam restoran tu. Kan Ziyad kan?” Armel mula memetik nama Ziyad.

“Betul, betul. Bidadari langgar bidadari. Memang powerlah.” balas lelaki itu. Armel tersenyum lalu menggeleng perlahan. Memang tak boleh serius ke macam mana?

“Seriously? Bidadari? Cantik ke?” Farish terus mencelah. Yelah, Ziyad mana pernah puji perempuan lain dengan pujian 'bidadari' melainkan Armel seorang.

“Ye Farish. Kalau kau ada tadi, bergetar tulang rusuk.” katanya dengan serius.

“Erick, jomlah patah balik! Aku nak tengok bidadari yang satu lagi.” Pujuk Farish sungguh-sungguh. Tak terbayang macam mana cantiknya gadis yang dimaksudkan oleh Ziyad. Tanpa banyak soal, Erick segera ke tepi jalan dan memberhentikan keretanya.Terpinga-pinga ketiga penumpangnya saat itu.

“Kenapa you berhenti?” Semua mata memandang ke arah lelaki tersebut.

“Turunlah Farish, kau nak sangatkan tengok bidadari tu. Pergilah, aku izinkan. Tapi, jalan kaki. Jangan susahkan aku. Berdikarilah sikit,” Ujar Erick dengan wajah dan nada serius.

“Cetanlah kau ni Erick!” Farish mencebik. Tubuhnya terus disandarkan pada kerusi kereta itu dengan rasa malasnya. Terkena lagi dia. Meledak ketawa Armel dan Ziyad serentak. Erick pula hanya tersenyum sebelum fokus semula dalam pemanduannya.

bersambung...

Happy reading <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience