****
ERICK FAUZAN yang memegang briefcasenya itu menghentikan langkah di hadapan meja Nurul. Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya. Biasanya, selepas meeting, Erick langsung ke biliknya.
“Nurul, Siapa yang pergi meeting dengan Jackie Albemo ?” tanya lelaki itu ingin tahu. Jika Ziyad, maka dia ingin membawa Farish untuk melawat satu tempat pukul 4 petang nanti.
“Encik Ziyad yang pergi sebab Encik Farish busy katanya.” terang Nurul. Erick hanya tersenyum dan mengangguk sebelum melangkah masuk ke biliknya.
Busy konon. Hal syarikat satu je dia urus, huh. Pemalas ! bebel Erick dalam hati.
Briefcase diletakkan di atas mejanya dan mengeluarkan beberapa dokumen kemudian memasukkan dokumen lain yang berkaitan dengan tempat yang bakal dilawat olehnya. Sesudah itu , dia menuntun langkah keluar menuju ke bilik Farish.
Matanya liar melihat sekeliling ruangan bilik adiknya setelah mendapati Farish tiada duduk di meja kerjanya. Manalah tahu Farish tiba-tiba bertukar menjadi spider-man, atau menjadi kerdil ke. Siapa tahu kan ? Farish bukan boleh percaya sangat.
Pintu di tutup semula setelah hatinya puas mengatakan Farish tidak berada di biliknya.
“Excuse me, ada yang nampak Farish tak?” tanya Erick kepada beberapa pekerjanya yang berada disitu. Mudah sikit kerja mencari keberadaan Farish.
“Saya ada nampak dia dekat bawah tadi sebelum naik ke sini. Dia masuk ke House Cafe.” balas salah seorang daripada mereka.
“Okay thank you.” Erick terus berlalu pergi.
“Terima kasih atas kerjasama encik Ziyad dan encik Farish. Saya sebagai pihak syarikat Albemo akan meneruskan projek itu dengan jayanya. Terima kasih sekali lagi .” ujar Amirah dengan sopan. Tak sabar dia ingin beritahu berita gembira ini kepada Jackie Albemo. Mesti dia bangga punya.
“No problem. Lagipun awak menarik perhatian kitaorang. Lemah lembut dalam berbahasa.” puji Ziyad.
“Betul-betul. Kalau Jackie Albemo yang datang tadi , mungkin kami teragak-agak sikit meluluskan projek itu. Just kidding,” sampuk Farish sambil tersengih.
“Janganlah cakap macam tu Farish...” marah Ziyad. Amirah hanya tersenyum.
“Kan aku cakap, aku bergurau.” balas Farish enggan mengalah.
“Kalau macam tu saya minta diri dulu..,” Cepat-cepat Amirah memotong perdebatan kecil tersebut.
“Marilah kami hantarkan sampai ke kereta. Kan Ziyad ?” Farish mengguis lengan Ziyad.
“Ya, betul. Marilah..,”
“Ta-tak apalah. Bu-bukan jauh pun encik. Sa-saya pergi dulu..,” kalut dia menjawab. Dirinya bagai terserempak dengan orang kurang waras. Seram !
Amirah terus mengatur langkah keluar dari cafe itu. Langkahnya diikuti oleh Farish dan Ziyad. Hatinya tidak berhenti berdoa meminta perlindungan agar dihindari daripada dua manusia itu. Kunci kereta dikeluarkan dan dia terus memboloskan diri didalam perut kereta. Nafas lega dilepaskan.
“Bye-bye bidadari,” ujar mereka berdua sambil melambai ke arah Amirah yang sudah pun berlalu pergi dari tempat itu.
Erick memerhati dari kejauhan adegan mereka dengan pelik. Biar betul Farish dan Ziyad ni melambai ke arah Jackie? Bukan ke Jackie Albemo tu lelaki ? Tak betul dorang dua ni.
“Apa korang buat ni?” tegurnya. Farish dan Ziyad menoleh.
“Hei , brother ! Dah buta ke sampai tak boleh tengok kitaorang tengah berdiri ni ?” balas Farish dengan nada perlinya.
“Maksud aku bukan tulah bangang ! Maksud aku , apa korang buat tercegat kat sini sambil melambai tu ?” tanya Erick mendatar. Ziyad dan Farish tersengih seperti kerang busuk. Rasanya lagi busuk dari kerang.
“Tula kau tak tahu. Rugi kau tak hadir tadi , terlepaslah nak nampak bidadari..,” ujar Farish .
“Ada aku tanya pasal bidadari kau ?”
“Tak de , tapi kitaorang bagitahu je !!” balas Ziyad pula. Muka yang tidak bersalah ditayangkan dengan mesra.
“Whatever, Farish ikut aku buat lawatan sekarang. Kau kan king of pemalas. Sekali-sekala simpan tepi sikit jawatan tu.”
“What the fishball? King of pemalas kau kata aku? Aku baru je habis meeting tau .” balas Farish tak puas hati.
“Emang gua fikirin? Lagipun aku tak suruh dua-dua , aku suruh salah seorang je. Jomlah ikut aku! Er , Ziyad kau carilah kereta mana kau nak , nanti dah jumpa kau bagitahu aku. Hari tu ada kau minta kan?”
“What the fresh , betul ke ni?” tanya Ziyad , teruja. Erick mengangguk kemudian berjalan menuju ke keretanya.
“Thank you so much baby boy !!” Jeritnya tanpa menyedari dia sedang perhatikan oleh seorang kanak-kanak. Tak sangka Erick ingat akan permintaannya tempoh hari. Sebenarnya dia hanya bergurau nak kenakan abang angkatnya. Tapi, Erick dah kata macam tu takkan nak tolak ?
“Pilih yang mahal-mahal sikit , rugi kalau murah . Orang nak belanja tu !!” pesan Farish sambil terkekek-kekek ketawa.
“Woi , Farish ! cepatlah ..,” jerit Erick.
“Sabarlah !!” balas Farish separah menjerit. Kaki terus melangkah menghampiri Erick yang telah berkulat menunggunya. Ziyad pula terus melangkah masuk ke dalam cafe mengambil barang-barangnya dengan perasaan yang teruja. Lepas ni , misinya mencari model kereta yang terbaru dan termahal HAHAHA padan muka kau Erick Fauzan !
“Aku akan dapat kereta baharu ! Yuhu..,” Jeritnya sambil menari dengan ceria.
“Mama , tadikan adik nampak seorang abang tu menjerit sendiri.. Dia kenapa mama , sakit ke ?” tanya kanak-kanak itu kepada ibunya.
“Huh ? apa yang kamu merepek ni. Dah, jangan perhati orang lagi. Nanti tak pasal-pasal orang tu serang kamu.” balas ibunya.
bersambung..
Happy reading
Share this novel