****
AWAL PAGI lagi Amirah Faihanah membebel sendirian di dalam biliknya. Memanglah tak bagus kalau awal pagi dah membebel kan? Tapi, siapa je yang tak geram kalau hari cuti tapi di minta untuk bekerja? Sakit hati! Amirah pun nak berehat juga!
Selesai sahaja tudung dipasang dengan rapi, dia bergegas turun ke bawah. Walaupun mood tak berapa okay, penampilan tu kena jaga. Hehe!
“Nak ke mana pula ni? Bukan ke hari ni adik cuti?” Tanya Emir, abang kepada Amirah.
“Tanyalah kawan abang tu, dia minta tolong dengan adik. Dahlah adik penat, adik pun nak berehat juga tau!” bebelnya.
“Sekali sekala tolong dia apa salahnya? Lagipun, dia mesti bagi kamu cuti lain hari. Bukan abang tak kenal dia tu.” ujar abangnya menyebelahi bagi pihak Jackie. Singkatkan cerita, Emir dan Jackie adalah kawan sejak zaman sekolah menengah lagi.
“Tak gunalah mengaduh dengan abang, asyik sebelahkan dia je!” Amirah mulai malas melayan abangnya yang asyik berpihak kepada Jackie.
“Dah namanya kawan, nak buat macam mana? Lagipun abang tak kisah kalau dia nak ajak adik keluar 'dating' sekalipun. Abang percaya dia.” ujar Emir dengan yakin. Amirah hanya menjelirkan lidah. Malas dia mahu bertekak dengan abangnya. Dia tak akan menang punya.
PON! PON!
“Umi , adik pergi dulu. Bye assalamualaikum.” ucapnya selepas bersalaman dengan uminya.
“Kau nak bawa adik aku ke mana bro?” Amirah menjeling apabila dia melihat abangnya sedang berbual dengan Jackie di luar pagar. Sibuk betul abang aku ni !
“Aku terlupa hari ni aku ada meeting. Yelah, kau tau kan Mirah je yang selalu teman aku pergi meeting luar ni. Kalau ada dia, semangat sikit aku ..,” ujarnya sambil mengusik Amirah yang datang menghampiri. Amirah hanya tersenyum hambar.
“Encik bos, jomlah gerak. Nanti terlambat pula kita sampai.” ujar Amirah. Malas melihat wajah abangnya yang asyik melihat dirinya dengan senyuman kambing.
“Okaylah bro, kitaorang gerak lu .”
“Yelah, jaga adik aku elok-elok. Aku dah letak kepercayaan sepenuhnya dekat kau.”
“Don't worry. adik kau , adik aku juga.” balasnya diikutinya dengan senyuman. “Nak salam..,” ujar Amirah sambil menghulurkan tangannya. Selepas itu , barulah mereka bergerak meninggalkan Emir sendirian di hadapan rumah itu.
“ALHAMDULILLAH , selesai pun meeting yang memboringkan tu. So, encik bos , bolehlah i balik kan?” katanya dengan senyuman lebar. Jackie menggeleng perlahan. Luntur senyuman gadis itu serta merta.
“alaaa, kenapa pula? i penat tau tak..,” rengeknya. “Dah alang-alang you ada, jom teman i makan. Lepas tu baru i hantar balik.” ujar suara garau itu. Amirah mengangguk perlahan. Orang dah pelawa takkan nak tolak, kan? Lagipun lapar juga perut ni. Siap dapat makan percuma pula tu huhu!
Jackie dan Amirah berjalan ke sebuah restoran yang terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap dan lazat. Tiba-tiba, jackie merungut.
“Kenapa Encik Bos? You tak bawa wallet ke?” tanya si gadis cuba meneka.
“Yes,exactly! You tunggu sini kejap, i pergi ambil dulu . okay?” ujarnya. “Guna duit i jelah. Tak payah susah-susah nak ambil lagi.” cadang Amirah.
“No , i nak belanja you makan sebagai tanda maaf i dengan you sebab ganggu hari cuti you . Kejap eh..,” Dia terus sahaja meninggalkan Amirah seorang diri. Amirah hanya menggeleng dan menunggu Jackie mengambil wallet yang tertinggal dalam kereta.
ZAPP!
“I'm so sorry..,sorry..” ujar gadis yang melanggar Amirah. Gadis itu segera melihat bajunya. Fuh , nasib baik tak ada corak baharu. Amirah mengangkat matanya memandang gadis yang sedang kalut itu.
“Hei? You ni yang i langgar hari tu kan?” tanya Amirah ingin memastikan bahawa dia tidak tersalah orang. Armel mengangguk dan tersenyum. Tak sangka mereka berjumpa lagi.
“Kita ni ditakdirkan untuk belanggar je ke?” katanya sambil tertawa kecil. Begitu juga dengan Amirah. “Pasal hari tu, i'm so sorry sebab tersimbah air coklat tu dekat baju you..,”
“No, it's okay. Oh, by the way I'm Armel, Armel Adresia.” ujarnya sambil menghulurkan tangan. Hulurannya di sambut mesra oleh Amirah. “I'm Amirah Faihanah. Just call me, Mirah.”
“Nice to meet you, Mirah. You buat apa dekat sini seorang-sorang?”
“I bukan seorang. I dengan..,” tiba-tiba Jackie berdehem.
“Ha,ni pun dia. Kenalkan ini bos i , Jackie Albemo. Encik bos , ini Armel . orang yang i langgar tempoh hari. Encik bos ingatkan?” ujar Amirah tersipu-sipu.
“Hai, sir. Nice to meet you.” Sapa Armel dengan ramah.
“Hai, you too sweetie,” balas Jackie berserta senyuman ditayangkan. Tiba-tiba sahaja dirinya jadi kekok berhadapan dengan wanita itu.
“Dia pandai cakap melayu ke?” bisik Armel kepada Amirah.
“Mestilah i pandai cakap melayu.. ” balas Jackie membuatkan wajah Armel sedikit merah menahan malu. Tajam benor telinga si Jackie ni !
“So, come join us. Kalau tak keberatanlah. Lagipun kitaorang berdua je , marilah gabung sekali. Manalah tahu boleh jadi bestfriend Mirah.” Armel dan Mirah tersengih.
“Bestfriend i ke , girlfriend you ?” usik mirah pula.
“Eh you ni . Potong gaji padan muka. So, how Miss Armel?” Armel mengangguk setuju. Tengok gaya , Jackie dan Amirah adalah pasangan yang peramah. Seronok kalau di bawa berbual.
MEREKA bertiga telah mengambil tempat di sudut ruangan yang agak privasi. Senanglah untuk gelak ketawa bagai. Amirah dan Armel duduk bersebelahan manakala Jackie berseorangan duduk berhadapan dengan dua gadis itu.
“Boleh i tahu , you kerja apa ?” Jackie memecahkan ruang kesunyian itu. “I ada bisness sendiri. I jual product . ” balasnya.
“wow, product apa tu?” tanya Amirah ingin tahu.
“Produk kecantikan luar dan dalaman khusus wanita dan ada juga untuk lelaki. So, korang boleh cuba. Semua produk i dijamin selamat untuk digunakan.” sempat lagi dia mempromosikan produknya.
“Apa nama produk you?”
“I bagi nama i je, Adresia. Takkan you tak pernah nampak muka i dalam kaca TV ? atau dengar nama produk i?”
“I macam pernah dengar, tapi tak tahulah. Sorry sebab terlalu busy..” ujar Jackie sambil tersengih seperti kerang busuk. Memang betul apa yang dia katakan, mana ada masa untuk tengok kaca tv.
“It's okay. Lagipun , lelaki ni jarang sangat tengok produk . Lainlah kalau bini dia yang suruh..,”
“Haha , tulah. Mirah, you guna produk apa?”
“Wait , produk Adresia ke? Kotak dia biru langit ditambah dengan warna pink tu?” tanya Mirah. Armel mengangguk .
“Seriously? I guna produk tu tau! Tengoklah comel tak i ?” ujarnya sambil mengedipkan matanya beberapa kali.
“Produk cik Armel memang comel, tapi kalau you, jauhhhhh..,” sakat Jackie entah yang keberapa kali. Amirah menjeling tajam sebelum menjawab, “Iri bilang bos !!” Meledak tawa Armel dan Jackie.
“Gurau eh , jangan ambil hati . Kalau you nak tahu , si Amirah ni kuat sangat merajuk dengan i .” Adunya kepada Armel.
“No .. jangan percaya , dia tu yang suka merajuk .” Armel hanya tertawa.
Begitu ke kalau orang bercinta? Seronok je mereka ni , getus hatinya yang mentafsir bahawa Amirah dan Jackie adalah pasangan kekasih.
“Fikir apa tu ?,” Tanya Jackie.
“You jangan salah anggap pula dengan kitaorang ni..,” sambung Amirah yang dapat menangkap fikiran Armel.
“Betul tu. Actually , we're friend. Saya kenal Amirah dah lama. sebab saya dengan abang dia 'bff' katakan. Waktu tu you umur , 17 kan ? nak ambil spm.” terang Jackie tanpa ditanya.
“Yup , I dulu suka sakat dia , sebab tak pandai cakap melayu hahahaha. Tapi , lepas habis belajar, abang i suruh kerja dengan dia. So, that's why kitaorang rapat macam ni..” Tambah Amirah pula.
“Oh , hehe sorry. I thought you're couple...” balasnya dengan satu sengihan.
“Hahahaha , dah agak. Taklah, kalau you nak encik bos i ni , ambil je..” kata Amirah selamba. Pandangan tajam di berikan oleh Jackie kepadanya. Huh, kisah apa aku?
“Tak payah layan sangat dia ni. Mulut dia agak jahat sikit....”
“Huh ? Eh , tak , tak adalah...” ujar Armel sebelum menyedut air minuman miliknya.
bersambung..
Happy reading <33
Share this novel